Chapter 6 : Sudden Visiting From Kurogami Residence
Aku dan Kaguya duduk berhadapan,semua kelas memerhatikan kami berdua. Tidak lupa juga Rumi yang tergamam,melihat tindakan Kaguya yang berjumpa aku seperti ini. Namun aku juga kena kawal perasaan,mimik muka yang selamba dan segera menghela nafas pendek.
"Kurogami Inui..." gadis di hadapan aku menyebut nama penuh aku,nafas aku lepaskan dengan helaan panjang.
"Yagami Kaguya..." saat aku menyebut namanya,muka dia menjadi merah epal.
"J-JANGAN SEBUT NAMA PENUH ORANG SESUKA HATI!!" Jerit Kaguya dan aku hanya menghela nafas pendek.
Lantas aku bangkit dari tempat duduk,aku berpaling dan melangkah pergi situ. Kaguya terkebil-kebil dengan tindakan aku,Rumi juga tidak dapat mengagak apa yang aku fikirkan.
"Hey!" Kaguya segera mengejar aku.
Suasana di dalam kelas menjadi riuh-rendah dengan pertanyaan apa yang berlaku,seseorang yang tidak dapat menahan perasaan segera bangun dan menarik nafas pendek kemudian dia helakannya. Dia berjalan menuju ke papan hitam,sebaik sahaja dia tiba di situ dengan segera menarik nafas panjang.
"Hibino?" Rumi tersenyum kelat.
"DIAMLAH SEMUA?! KORANG SEMUA BUDAK TADIKA KE HA?!" Jeritan daripada gadis bernama Hibino Mirai membuatkan semua pelajar di dalam kelas terdiam.
Aku seperti terdengar suara orang menjerit,siapa pula agaknya namun bukan itu yang patut aku risaukan. Kaguya mengekori aku walaupun dihalang dan apa yang dia nak?
"Aku tak nak tanya... Tapi apa yang kau nakkan daripada aku?" soal aku sebaik berhenti melangkah.
"Kenapa orang penting macam awak sekolah di sini? Bukankah lebih sesuai di akademi yang berprestij?" soalan Kaguya hanya membuatkan aku menghela nafas kesal.
"Orang penting? Apa yang kau cuba nak sampaikan?" soal aku pula menyilangkan tangan pada bahagian dada.
"Jangan nak berpura-pura,saya tahu identiti sebenar awak...!" ujar Kaguya.
"Hentikannya Yagami..." kata aku menundukkan kepalaku.
"Kurogami?" Kaguya kehairanan.
"Aku dah buang diri aku dari keluarga,jadi aku bukan seperti yang kau sangkakan..." jelas aku.
"Tapi kenapa...?" soal Kaguya ternyata dia tidak berpuas hati.
"Keluarga aku tidak semegah yang kau sangka,aku hanya merasai penderitaan..." ujar aku lagi.
"But!... Eh?" Kaguya cuba memujuk namun aku terlebih dahulu melakukan tunduk hormat.
"Kurogami...?"
"Please Kaguya...don't ask about it,I'm begging you..." ujar aku merayu dan menggigit bawah bibir.
"Kurogami-san..."
🕛🕧🕐🕜🕑🕝
THIRD PERSON OF VIEW (READER)
KAGUYA menghela nafas panjang,dia menyandar pada kerusi di kaunter perpustakaan. Dia menongkat pipi dan entah kenapa asyik memikirkan tentang Kurogami Inui,kenapa Kurogami sanggup melakukan seperti itu?
Apa yang berlaku dalam keluarga dia?
Kaguya langsung tidak boleh fikir benda lain selain perkara tersebut,namun apa yang dia mampu lakukan untuk Kurogami?
Kaguya menampar kedua pipinya dengan kedua-dua tangan,nafas ditarik kemudian dihelakan panjang. Saat dia mendongak Kaguya terkedu,Rumi dan Rukako berada di hadapannya.
"Fukami Rumi-san?"
"Yagami-san..."
Aku hanya menghela nafas pendek,menyandar pada dinding kemudian mendongak ke atas. Aku terkejut kerana seseorang berpakaian sut ninja,suasana menjadi tegang dan kedengaran bunyi burung gagak.
"EH?!"
"Bertenang tuan muda! Ini saya Yuuya!" ujar orang berpakaian sut ninja sebaik mendarat di hadapan aku.
"Yuuya?" soal aku dan ninja itu mengangguk
"Tengok? Saya ni..!" ujar ninja itu lalu membuka topeng,Kougami Yuuya.
"Apa yang kau buat di sini?" soal aku lagi.
"Puan minta tuan muda pulang.." ujar Yuuya tersengih.
"Jangan harap... Aku takkan ke mana-mana.." balas aku.
Aku segera beredar meninggalkan Yuuya,tanpa sempat berkata apa-apa. Aku tidak mahu terlibat apa-apa dengan keluarga Kurogami lagi,aku tidak mahu berada di 'penjara' itu lagi.
Aku kembali semula ke kelas dan semua rakan sekelas,hanya memerhatikan aku sehingga duduk di tempat duduk. Namun aku tidak menghiraukan mereka,aku lebih risau dengan apa yang mereka ingin lakukan.
Loceng terakhir berbunyi dan dengan segera aku berkemas sebaik guru keluar,semua memerhatikan aku keluar dengan tergesa-gesa. Aku berjalan laju sehinggakan tiba di luar pintu pagar,saat aku ingin beredar dengan tiba-tiba satu suara menegur.
"Inui..." aku terhenti dan menoleh dengan pandangan kosong.
Seorang wanita berusia 40-an dengan berpakaian kimono,berdiri di hadapan aku dengan muka yang tanpa berperasaan. Yuuya turut berada bersama di belakang mereka,ada sebuah kereta mewah parkir kemas.
"Sudah lama kita tak berjumpa kan Inui?" soal wanita itu.
"Tak payah nak bermukadimah,apa yang puan nak?" soal aku dingin dan Yuuya hanya menghela nafas kesal.
"Dah lama kita tak jumpa,ibu nak dengar kamu panggil ibu ni ibu..." ujar wanita itu dengan lembut.
"Salah siapa buatkan saya seperti ini?" soal aku dan wanita hanya mendiamkan diri.
"Jaga nada kamu Inui,kamu bercakap dengan ibu kamu..." satu suara menegur dan aku menoleh.
"Kamu pun ada di sini?" soal aku.
"Ya... In any case if you do something.." ujar lelaki itu,Wataru Rei.
"Do something,like what? Attack this woman?" soal aku melakukan provok.
"Aku dah cakap jaga nada kau..." Rei memberi amaran.
"Kalau tidak?" soal aku.
"Kalau tidak aku akan berikan kau pengajaran.." ujar Rei dan ingin mara ke arah aku,namun wanita itu atau ibu aku menghalang.
"Jangan apa-apakan dia..." ujar wanita itu.
"Puan Kurogami... Tapi dia.." Rei mula tidak puas hati.
Ibu aku merenung Rei dengan renungan tajam,aku dan Yuuya hanya mendiamkan diri. Rei sedar dan dia terus terdiam,bagaikan anjing yang setia kerana keluarga Wataru berkhidmat dengan keluarga Kurogami selama turun-temurun.
"Inui..." ibu aku menoleh ke arah aku.
"Ibu cuma harap maafkan kami,tolonglah kembali ke keluarga Kurogami..." ujar ibu aku atau nama penuhnya,Kurogami Reina.
Suasana seakan tegang dan beberapa pelajar yang pulang memerhatikan kami,aku pula hanya kekal berdiri memandang ibu aku. Tidak lama lepas itu aku menghela nafas pendek,ibu aku dan yang lain sekadar memerhatikan aku.
"Maaf oka-san,saya sudah bersumpah tidak akan kembali kepada keluarga Kurogami..." ujar aku dan ibu aku hanya memandang aku dengan pandangan sayu.
"Tidak lepas apa yang dia buat pada Ushio-neesan.." ujar aku dengan renungan tajam.
🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞🔞
Apa yang berlaku?
Kita tunggu
Sambungannya
Diharap bersabar
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top