Chapter 20 : Love Is... (END)
Kaguya P.O.V
Matahari terbit dan suhu yang dingin,menegur di waktu pagi dan aku menongkat dagu. Burung berkicauan di waktu pagi,kedengaran suara ibu menegur dari bawah.
"Kaguya.. Sudah siap ke?" soal ibu dan aku tersenyum.
Aku berlari anak menuruni tangga,kelihatan ayah aku sedang menghirup minuman. Aku tersenyum kerana mereka ada bersama,selepas peristiwa itu ayah dan ibu berjanji tidak akan tumpu pada kerja.
Aku masih ingat dengan jelas kejadian itu,ayah aku berdehem dan aku segera bersarapan. Selesai sahaja sarapan aku segera menyarung kasut,pintu rumah aku tolak dan tersenyum girang.
"Selamat pagi.." Kurogami Inui berdiri di hadapan aku,muka dia penuh dengan plaster.
"Pagi..." ujar aku tersenyum kelat.
Inui kerap menemani aku jika kami pergi ke sekolah,kami berjalan beriringan namun langsung tidak berbual. Keadaan yang janggal ini berterusan,tetapi ada yang menarik.
Inui dan ayahnya telah berdamai,tetapi Inui tetap tinggal bersama kakak nombor duanya. Yuzuki Ushio yang telah berkahwin dengan Yuzuki Daigo,Kurogami Reina kadang tinggal bersama mereka.
Kusanagi?
Memori lama aku bermain...
"KUSANAGI EIZAN!!!"
Tendangan padu mengenai bahu Eizan,lalu Eizan tercampak menyeret kemudian merempuh rak. Inui mendarat dan menghampiri aku,ikatan tali dibuka dan muka lebam aku usap sebaik ikatan terlerai.
"Ia okay.. Yang penting awak.." ujar Inui tersenyum,mana mungkin aku boleh katakan dia okay?
Eizan bangkit semula menjerit,Inui dan aku menoleh. Inui aku sedar dia ingin ke arah Eizan,aku halang dan Inui memberikan senyuman.
"Tunggu sini.."
Aku memandang dia satu,Inui pergi ke arah Eizan. Mereka menyambung pertarungan mereka,Eizan menyerang Inui dengan pantas namun Inui mampu mengelak semuanya.
Eizan menghayunkan tangan dan Inui menangkis,kemudian memberikan tumbukan pada muka Eizan. Inui meneruskan serangan,tumbukan Inui dihayunkan tepat ke muka dan membuatkan Eizan menahan kesakitan.
Semasa memberikan Eizan pukulan,aku mendengar jelas kata-kata Inui.
"Tidak cukup apa yang kau buat pada kakak aku.. Kini kau nak lakukan pada orang lain?!" soal Inui menghayunkan pukulan.
"Orang macam kau patut mati!" kata Inui menghayunkan sepakan.
Eizan terdongak dek sepakan Inui,aku terkejut adakah Inui akan bunuh dia?
Inui mengangkat kaki menegak ke atas,Eizan sudah tidak mampu bangun atau melawan.
"Mampuslah kau!!" Inui menghayunkan kakinya ke muka Eizan,aku membuka mulut.
"TOLONG BERHENTI!!!" Jeritan aku menyedarkan Inui,lalu dialihkan ke lantai dan retak.
Eizan terkejut dan menggigil kemudian terus pengsan,Inui bergerak ke belakang dengan terhuyung-hayang. Aku segera bangun dan menangkapnya dari belakang,Inui terjatuh ke lantai kakinya lemah.
"Kenapa? Kenapa awak sanggup bersusah-payah?" soal aku mengalirkan air mata.
"Sebab aku tidak mahu kehilangan sesiapa yang penting dalam hidup aku lagi.." ujar Inui dalam keadaan cedera,aku tergamam mendengar kata-katanya.
"Awak kata apa ni Inui?" soal aku dan Inui mengatakan sesuatu sebelum dia tidak sedarkan diri.
Selepas itu pihak polis tiba bersama ibu bapa kami,ibu aku mendapatkan dan memelukku. Ibu kepada Inui puan Reina,juga memeluk Inui yang tidak sedarkan diri.
Dua beradik Kusanagi ditahan oleh pihak berkuasa,atas tuduhan cubaan menculik. Aku harap mereka diberikan hukuman yang setimpal.
Selepas itu Inui dibawa ke hospital,dia ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Aku dan Rumi kerap melawat dia,Inui bagaikan menjadi orang lain selepas peristiwa itu.
"Kaguya?" soal Inui dengan tiba-tiba,membuatkan aku terkejut.
"Inui?!" aku terkejut dan menjarakkan diri.
Inui agak terkejut dengan tindakan aku,dia tersenyum kelat dan terus kembali melangkah. Aku tidak maksudkan apa-apa,cuma aku masih lagi terasa trauma dalam hal ini.
Sudah sebulan peristiwa itu berlalu,aku seperti biasa menjalani kehidupan normal. Keluarga Kusanagi pula telah menghukum dua anak mereka dihantar ke luar negara,ketua tiga keluarga Yamasato Sanzo juga meminta janganlah buang mereka.
Semua itu sudah selesai rasanya,tetapi ada satu perkara yang belum selesai. Aku menoleh ke belakang,Inui tidur dengan menyembunyikan wajah.
"Kaguya-chan!" Rumi menegur aku dengan tiba-tiba.
"Rumi-chan.. Ada apa-apa ke?" soal aku dan Rumi hanya membuat muka menyampah.
"Saya maksudkan awak dengan Inui.. Bagaimana?!" soal Rumi mendekatkan mukanya pada muka aku.
"Inui cintakan awak,Kaguya-chan!" Rumi berkata dengan nada berbisik.
Aku tersentak dan saat itu,aku baru teringat kata-kata Inui dengan jelas sebelum dia tidak sedarkan diri.
"Saya cintakan awak,Kaguya.. Saya serius.."
Sebaik kata-kata itu mula jelas,muka aku dari loading 30% terus bertambah kepada 100%. Pipi aku tekup dengan kedua-dua tangan,muka aku merah padma dan Rumi ketawa sahaja.
"Reaksi tu sememangnya priceless!! Hehehe.." kata Rumi dan aku bengang dengan usikannya.
"Hey dia sudah bangun!" ujar Rumi berbisik,aku toleh ke belakang.
Inui berjalan melepasi kami,dia menuju ke pintu belakang. Rumi memandang aku dengan muka geram,aku segera bangun dan menoleh ke arah Inui.
"Kurogami Inui!" ujar aku dan Inui terhenti langkahnya serta menoleh ke arah aku.
"Yeah?" soal dia dan aku menggunakan beg sekolah menghalang muka.
"Boleh kita pulang bersama?" soal aku dan Inui hanya mengangguk.
"Go for it Kaguya-chan!" kata Rumi.
"Urghh... Shut up!" aku mula bengang dengan usikan Rumi.
Aku dan Inui pulang bersama,tetapi fikiran aku tentang perbualan bersama Rumi serta luahan Inui. Aku terus berhenti di satu tempat yang tiada pejalan kaki,Inui turut terhenti langkahnya menoleh ke arah aku.
"Kaguya? Kenapa awak berhenti? Ada benda tertinggal?" soal Inui dan aku merapatkan bibir aku.
"Inui.. Awak ingat lagi apa yang awak katakan sebulan lalu?" soal aku dan Inui kehairanan.
"Sebulan lalu?" soal Inui.
"Semasa awak selamatkan saya.." ujar aku lagi dan Inui mula teringat,lantas mukanya merah padma dan ia comel.
"Itu.. Memalukan.. Saya harap awak tidak ambil serius.." ujar Inui.
"Tak.. Sudah terlambat.." balas aku dan Inui menoleh aku dengan muka merah.
"Can you said that words.. Again?" soal aku.
Aku dengan muka sedikit merah,sambil tersenyum yakin menghampiri Inui. Tangan remaja itu aku sentuh,Inui tergamam kemudian menghela nafas pendek.
"Kaguya.. I'm in love with you.." ujar Inui.
"Me too.. In love with you.." balas aku.
Cinta umpama rama-rama..
Cantik tetapi apabila cuba ditangkap..
Ia terbang pergi..
Kadang-kadang kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku pada kehidupan harian kita..
Bagaimana cinta itu datang?
Bagaimana cinta itu pergi?
Kita kena tentukannya...
Kita yang membentukkannya bagaimana cinta kita..
Cinta itu..?
CRAYON - tamat
Bonus untuk watak tambahan
Yagami Jun
Yagami Hina
Kusanagi Eizan
Kusanagi Takeru
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top