Chapter 19 : Inui's Rage
Motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju,memintas satu persatu kenderaan di atas jalan raya. Minyak dipulas dengan lebih,motorsikal berderam dan enjin semakin panas. Selekoh berbahaya selamba Inui lalu dengan lutut hampir mencecah tar,dia mengikuti peta yang ditunjukkan oleh Yuuya.
Pada masa yang sama,Takeru dan Eizan berbincang mengenai sesuatu. Seseorang menghampiri mereka berdua dan dua beradik itu hanya mengangguk,kemudian orang itu beredar sebaik perbincangan tamat.
"Bila kita akan bergerak?" soal Takeru.
"Malam.. Kita tidak mahu bertembung dengan dua keluarga lain.." kata Eizan.
"Bagaimana kalau dia datang?" soal Takeru.
"Kau takutkan dia?" soalan Eizan dan Takeru mendecih.
250km/j meter motorsikal berkuasa tinggi,masih meningkat dari semasa ke semasa. Inui memecut tanpa fikirkan apa yang bakal berlaku,dia harus cepat tiba kalau tidak dia dengan Kaguya pasti tidak akan bertemu lagi buat selamanya.
"Hey Raito.." Jun menyoal.
"Apa?" soal Raito menoleh.
"Apa yang buat kau berubah hati?" soal Jun lagi dan Raito menghela nafas pendek.
"Mungkin sebab usia.." ujar Raito dan Jun mengangkat sebelah kening.
"Aku gurau je la.." kata Raito dan menghela nafas pendek.
"Jangan bergurau macam tu,kau buatkan aku nak muntah.." Jun berkata selamba dan Raito menahan geram.
"Jadi apa sebab utama?" soal Jun.
"Aku terlalu fikirkan ego aku.. Selama ini aku hanya fikirkan prestasi dan bakat... Sehingga Shiina koma,Ushio dan Inui keluar dari rumah.." kata Raito dan Jun hanya mendengar.
"Hubungan aku dengan Reina semakin lama semakin kendur dan dingin,aku fikirkan aku mampu menangani semuanya tanpa bantuan sesiapa.. Tapi aku salah..aku lemah.." jelas Raito.
Setelah memberikan penjelasan,Raito mendiamkan dirinya dan Jun hanya menepuk bahunya. Jun tersenyum melihat Raito,rakan baiknya mula berubah semula.
"Inilah Kurogami Raito yang aku kenal suatu ketika dulu." ujar Jun tersenyum dan Raito menoleh ke arahnya.
"Diamlah..." Raito berkata bengang.
Salah seorang pengikut Kusanagi yang berkawal,mendengar bunyi deruman motorsikal. Dia mengamati imej dari jauh,lalu dia terkejut kerana Inui telah tiba.
"TUTUP PINTU PAGAR!!" arah salah seorang.
Pintu pagar villa itu mula ditutup,namun Inui menukar gear rendah. Pulasan minyak dilakukan dan memecut ke hadapan,Inui merempuh pintu pagar besi sehingga tumbang.
Motorsikal berkuasa tinggi melambung,kemudian mendarat menyeret dan berhenti di halaman villa. Inui tidak turun dari motorsikal dan hanya menunggang dengan enjin kekal hidup.
Inui memulas perlahan tali minyak motorsikal,enjin berderam beberapa kali dan pintu utama villa terbuka. Takeru dan Eizan menunjukkan diri,dari sebalik cermin helmet full face matanya merenung ke arah dua beradik.
"Siapa kau ha?" soal Eizan.
"Pulangkan anak perempuan keluarga Yagami.. Ini bukan rundingan.." ujar Inui.
"Suara tu.. Kurogami Inui?" duga Takeru dan Inui hanya menjeling ke arahnya.
"Apa yang seorang remaja mampu buat datang ke sini? Nak tempah maut?!" soal Eizan.
Salah seorang anak buah Kusanagi cuba memukul curi namun,Inui memulas minyak dan motorsikal berpusing lalu melibas memukul kakinya. Maka berpusing dan Inui menghadiahkan tendangan padu,lalu tercampaklah orang itu merempuh patung pancuran air kolam.
"Aku datang bukan nak berunding...jangan paksa aku katakan kali ketiga.." jelas Inui dengan renungan tajam,biarpun di sebalik cermin seolah-olah Eizan melihat renungan dia.
"BUNUH DIA!!" Jerit Eizan dan bersama Takeru melangkah masuk ke dalam villa.
Inui memerhatikan ramai mengepungnya,dia turun dari motorsikal dan enjin dimatikan. Tetapi dia masih memakai topi keledar,dia berdiri tegak dan puluhan pengikut Kusanagi mengepung. Sarung tangan dibetulkan oleh Inui.
"Sekarang.. Marilah.. Aku akan tunjukkan apa yang akan berlaku kalau kamu mencabar kesabaran aku.." ujar Inui.
Pengikut Kusanagi menjerit dan meluru ke arah Inui,remaja itu hanya menghela nafas panjang. Lalu mata dibuka dan menangkap salah seorang,dia menghadiahkan penumbuk padu ke muka orang itu.
Gigi orang tersebut terus patah semuanya,kepala dicengkam dan Inui dibaling orang itu ke arah rakan-rakannya. Inui berlari dan melompat kemudian memberikan flying kick,seorang lagi cuba menyerang hendap namun Inui tangkap besi yang dihayunkan.
"Serang hendap? Soal Inui memandang ke arahnya.
DUUUSSH!!!
Muka orang itu berdarah dek tumbukan Inui,kemudian dia terus melibaskan sepakan kaki tepat pada seorang lagi pengikut Kusanagi. Inui menahan serangan salah seorang dari pengikut Kusanagi,lalu ditarik helmet dan dipakaikan pada orang itu.
Inui menghayunkan penumbuk tepat ke cermin visor,darah memercik dan Inui menjerit lantang. Dua orang datang sekaligus,Inui tahan dan dihayunkan lalu melekat antara satu sama lain.
Remaja itu menyedari sesuatu lalu menunduk,serangan deras berjaya dielak kemudian Inui terus menghayunkan tumbukan tepat mengenai ke mukanya. Inui melompat dan menujah sepakan,tercampak seorang dua orang ke belakang.
Seseorang muncul dan Inui mengelak,lelaki dengan senjata nunchaku. Inui hanya mendiamkan diri,lelaki itu tersenyum sinis dan ketawa.
"Kau seorang lawan yang hebat!! Aku tak sabar nak belasah kau-URGHHH!!!" Sebelum sempat dia nak berkata habiskan ayat,Inui sudah menghadiahkan penumbuk padu tepat ke mukanya.
Lelaki itu terus rebah tidak sedarkan diri,para pengikut Kusanagi tergamam. Inui mengepalkan penumbuknya sekuat hati,dia menguis hidung dan menghelakan nafas.
"Don't talk.. Feel..."
Inui mengesan seorang lagi menyerang hendap,hayunan kakinya hampir mengenai mukanya. Lantas lelaki tersebut menujahkan sepakan,Inui hanya menahan dan terseret sedikit ke belakang.
"Kau seorang yang menakutkan.." ujar lelaki itu.
"Jangan cakap banyak..mari sini,berikan kau yang terbaik.." ujar Inui membidas kata-kata lelaki itu.
"Lihat pada umur kau,patutnya hormat orang lebih tua.." kata lelaki itu.
"Kau berpihak pada Kusanagi clan..aku tak boleh hormat.." jelas Inui.
Lelaki tersebut terus meluru ke arahnya,kaki dia hayunkan laju ke arah Inui. Namun Inui mengelak serangannya,namun lelaki itu menyerang Inui dengan sebelah lagi kaki. Tepat mengenai muka Inui,tidak kerana Inui sempat menahan dengan pergelangan tangan kiri.
"Boleh tahan..bagaimana dengan ini?" soal lelaki itu menghayunkan libasan kaki bertubi-tubi tanpa henti.
Inui hanya menahan sahaja,dia diasak hebat dan beberapa pengikut yang masih berdiri bersorak fikirkan Inui akan kalah. Inui merenung tajam ke arah lelaki itu,manakala lelaki itu menyedari renungan Inui dengan segera dia ingin berundur.
Tetapi Inui sudah bergerak untuk serang balas,dia mulai dengan serangan lutut. Gerakan lelaki itu terhenti dek senak di hulu hati,kemudian serangan bertubi-tubi di badan dan muka. Lantas diakhiri oleh kaki Inui dijulang ke langit,dia tergamam melihat gerakan Inui.
DUUUSSH..!!!
Hentakan kakinya menyebabkan lelaki itu terus pengsan,Inui menghela nafas pendek dan mengalihkan pandangan ke arah para pengikut yang masih mampu berdiri.
"Jadi siapa nak teruskan?" soal Inui dan para pengikut menjerit meluru ke arahnya.
Inui menghela nafas pendek kecewa,tetapi dia mengetap gigi dan berlari ke arah para pengikut Kusanagi. Inui tumbuk dan sepak menjatuhkan keseluruhan pengikut Kusanagi,Inui menggeliat meregangkan ototnya. Inui berjalan ke arah pintu utama,berkunci tidak boleh dibuka.
"Sudah tentu.." ujar Inui.
Tangan dihalakan ke arah pintu tersebut,Inui mengepalkan penumbuknya dan digerakkan ke hadapan. Pintu terus terkopak dengan dahsyat,Inui melangkah masuk dan seorang lelaki berpakaian butler sedang menunggu,Tsubume.
"Kau butler hari itu.." ujar Inui.
"Ya..kali ini saya tidak akan bertahan lagi.." kata Tsubume.
Inui merenung ke arah Tsubume,lantas dia meluru ke arah Tsubume. Tinju mereka berganti dan dihayunkan dengan kemas,Inui melibas dan Tsubume menepis. Inui ditangkap tangan dan dia mendongak,hayunan Tsubume berjaya dielak.
Tsubume ingin menyerang lagi namun,dia sedar sesuatu dan terlambat. Sepakan kaki mengenai dagunya,membuatkan dia sedikit melambung ke udara lalu terjatuh.
Tsubume kembali bangun dari jatuh,dagunya diusap dan menghela nafas pendek. Inui menyedari Tsubume ingin menamatkannya,Inui menghela nafas panjang kemudian membuka satu langkah.
Inui dan Tsubume meluru ke arah satu sama lain,Tsubume melompat dan melakukan flying kick. Inui tidak berbuat demikian,namun dia memusingkan tubuhnya lalu menyepak Tsubume sehingga merempuh ke luar tingkap.
Tsubume tergolek ke luar tingkap,dia termengah-mengah dan terlentang memandang ke langit. Nafas dihelakan dan Yuuya muncul,mereka berdua berbalas pandangan.
Inui berlari mendaki tangga,Takeru muncul menyerang hendap. Inui tergolek namun sempat imbangkan badan,kembali bangkit semula. Takeru ingin menyerang lagi,namun Inui menangkap kakinya dan memberikan tumbukan padu pada perutnya.
"Kenapa kau buat macam ni?" soal Inui dan Takeru menahan senak.
"Sebab aku cintakan dia..!" ujar Takeru.
"Cinta dari hati.. Bukan paksaan..kau tidak boleh paksa orang untuk cintakan kau.." jelas Inui.
"Diam!! Kau tak tahu apa-apa!!" Takeru berkata lantang.
Takeru termengah-mengah merenung Inui,manakala Inui hanya membalas dengan pandangan kasihan.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Takeru geram.
"Aku kesiankan kau.." ujar Inui dan Takeru mengetap gigi.
"SIAL KAU!!" Takeru meluru ke arahnya,Inui mengetap gigi dan memberikan penumbuk padu sehingga tercampak ke dinding.
Takeru tidak bergerak dan Inui berjalan ke satu arah,badannya sudah kepenatan tetapi dia kena selamatkan Kaguya. Akhirnya dia menemui Kaguya yang berada di atas katil,sedang memandang ke arahnya juga dan menggelengkan kepala tanda jangan ke sini.
Mulutnya diikat menyukarkan dia untuk bersuara,saat dia melangkah ke bilik. Satu tumbukan mengenai pipinya,lalu terjatuh menyeret. Eizan tersengih dan menghampirinya,Inui menahan sakit dan saat dia berdiri. Perut dia pula dihadiahkan penumbuk,Inui menahan sakit dan Eizan ketawa terbahak-bahak.
"Kau nak selamatkan dia? Diri sendiri pun tak boleh pertahankan!" kata Eizan dan Kaguya hanya mampu mengalirkan air mata.
"Lembik!!" kata Eizan terus mencampakkan Inui sehingga merempuh rak almari sehingga hancur.
Eizan tersenyum melihat Inui tidak bergerak,dia berpaling dan melangkah ke arah Kaguya. Namun Eizan menyedari sesuatu,apabila dia toleh Inui sudah melompat ke arahnya.
"KUSANAGI EIZAN!!!" Inui menghayunkan tendangan.
"Nani?!!"
======================
Cerita ini bakal tamat
Lagi pun ia agak kurang mendapat sambutan
Lagi dua atau tiga chapter tamatlah
Komen dan vote
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top