Chapter 17 : No One Will Ever Knew


Kamui menutup kedua telinga dia,mendengar jeritan Rumi yang menggegarkan gegendang telinganya. Rumi tergamam dengan penjelasan daripada Kamui,mereka akan ke rumah yang berpengaruh?

"Kita akan ke rumah yang berpengaruh?! Serius la!" Rumi cemas dan Kamui hanya menggelengkan kepala.

"Kenapa awak cemas sangat ni?" soal Kamui.

"Yamasato group tu seperti yakuza la kan? Mereka bunuh orang yang tidak ikut arahan mereka.." ujar Rumi.

"Rumi-san,simpan paranoid awak.. Mereka orang biasa seperti kita,mereka tidak akan apa-apakan kita kalau kita tidak buat salah.." jelas Kamui dan Rumi memandang ke arahnya.

"Betul ni?" soal Rumi.

"Ya.. Saya janji.." kata Kamui tersenyum kelat.

Pada masa yang sama,Inui baru sahaja sampai di hadapan rumah kediaman Yamasato. Matanya melirik ke arah seorang lelaki berambut hitam,bersebelahannya ada seorang wanita berambut putih dan mungkin pasangan suami isteri.

Si isteri menunduk hormat dan Inui membalas,dia sempat menjeling ke arah si suami dan mereka berbalas renungan bagaikan kilat bertembung. Pintu pagar terbuka dan Pheara muncul,dia sempat memberi sapaan pada pasangan itu sebelum kembali masuk bersama Inui.

Si suami dan si isteri memerhatikan,si suami kehairanan melihat si isteri yang tersenyum lebar. Gila ke isteri dia senyum macam tu?

"Awak kenapa?" soal si suami.

"Well.. Budak tu sama perangai macam awak masa kita berjumpa,dingin..." kata si isteri dan si suami hanya membuat muka blur.

Inui mengekori Pheara dari belakang,sambil memikirkan pasangan tadi. Dia merasakan aura luar biasa,datang dari pasangan tersebut.

"Siapa mereka?" soal Inui.

"Huh? Ouh.. Mereka? Mereka tu pasangan Kirisaki,jiran kami dan kadang setiap petang mereka akan duduk di luar menikmati permandangan petang..." jelas Pheara dan Inui mengangguk faham.

"Baiklah Inui.. Rasanya Kaguya ada di dalam.." kata Pheara dan beredar,Inui menunduk hormat.

"Kaguya..? Awak ada di dalam?" soal Inui mengetuk pintu dan terus terbuka,Kaguya dengan muka bosan merenungnya.

Kaguya.. San..?" Inui tersenyum kelat.

"Lambat!!" ujar Kaguya sambil memuncungkan mulutnya.

"Hey janganlah marah.." kata Inui memujuk.

"Saya bosan tahu? Duduk terperuk di dalam rumah.." jelas Kaguya.

"Bagaimana permainan video?" soal Inui.

"Saya dah habiskan semuanya.." jelas Kaguya dengan menjeling ke arah monitor television.

Inui menoleh dan terkejut kerana markah pencapaian permainan video,semuanya telah berjaya dipatahkan oleh Kaguya dan Inui terkebil-kebil sahaja.

"Kau ni betul-betul manusia ke?" soal Inui.

"Biadabnya,saya manusia okay?" ujar Kaguya tidak puas hati.

Yagami Kaguya sebenarnya menyimpan rahsia lain,apabila di sekolah dia adalah salah satu idol sekolah. Tetapi apabila di rumah,dia adalah gamer freak dan Inui tahu selepas beberapa hari dia bergaul dengannya.

"Hey.. Hey.. Inui! Jom main satu permainan?" pinta Kaguya dan Inui sekadar tersenyum.

Pada masa yang sama,pasangan Kirisaki itu juga menyedari kehadiran dua lagi pelajar. Kamui dan Rumi kemudian menundukkan kepala tanda hormat,pintu dibuka dan mereka melangkah masuk.

"Waa.. Mereka ramai tetamu hari ni.." ujar si isteri.

"Jangan sibuk hal orang..." balas suaminya dan si isteri tersengih sahaja.

"Yeayy saya menang!!" Kaguya bersorak dan Inui hanya mendesah sahaja,mana mungkin dia dapat tewaskan kaki gamer?

"Lagi sekali!" Kaguya berkata dengan tersenyum.

"Ha? Saya dah kalah banyak kali ni.. Cukuplah.." kata Inui merungut dan Kaguya mengembungkan pipinya.

"Main lagi sekali!!" Kaguya menerpa ke arahnya,Inui hanya mengetap gigi terkejut.

"Ha.. Oi! Oi! Arghh!!" Kaguya dan Inui hilang keseimbangan.

"Maafkan kami.." Rumi menyapa sebaik masuk bersama Kamui.

Namun mereka semua terpegun kerana Inui,berada dalam keadaan Kaguya di atas Inui yang terbaring. Rumi mukanya merah dan Kamui bersiul,dia tersengih kemudiannya.

"Wow.. Macam ni sekali kemajuan korang?" soal Kamui.

"Apa kemajuan? Nak kena sepak?" kata Inui menahan geram.

"Inui? Awak okay? Ada luka mana-mana?" soal Kaguya dan Inui tersentak,celahan dada Kaguya jelas di hadapan matanya.

"Inui?" soal Kaguya kehairanan.

"Ha!! Awak bangun la!!" kata Inui segera menolak Kaguya dengan lembut.

Inui menghela nafas pendek dan Rumi,hanya memerhatikan Inui dengan pandangan yang Rumi sendiri tidak dapat tahu. Kamui sekadar tersenyum kambing,Inui menjeling dia dengan renungan tajam.

"Seram sejuk rasanya.." kata Kamui.

"Huh? Rasanya air conditioner tiada masalah.." ujar Kaguya dan Inui menghela nafas panjang.

"Tak aku maksudkan benda lain.." kata Kamui dan Inui masih merenungnya,Rumi hanya ketawa kecil.

"Kaguya-chan.." Rumi memeluk Kaguya dengan tiba-tiba.

"Clas-rep?" soal Kaguya terkejut.

"Kamu tiba-tiba je tak datang sekolah.. Saya risaukan kamu.." ujar Rumi dan Kaguya terdiam.

"Maaf Rumi-san,banyak benda berlaku.." jelas Kaguya dan menghela nafas pendek.

"Tapi jika kamu ingin berjumpa. Kamu boleh datang ke sini.." ujar Kaguya lagi.

"Betul ni?" soal Rumi matanya bersinar-sinar,Kaguya memejamkan matanya pedih dan Inui serta Kamui sudah memakai cermin mata hitam.

"Ya.. Betul.." ujar Kaguya tersenyum.

Rumi tersenyum dengan lebar dan sinaran lebih gemilang,Inui dan Kamui menghadang mata dengan lengan masing-masing.

"Hentikan dari terus bersinar!!"

Takeru menggigit jari dan masih tidak puas hati,Eizan pula hanya menongkat dagu sahaja. Dia tidak faham dengan sikap adiknya,Eizan menghela nafas pendek.

"Kenapa kau obses sangat dengan pewaris Yagami tu? Perempuan ramai lagi kau boleh dapat.." ujar Eizan.

"Tiada siapa boleh gantikan dia.." jelas Takeru.

"Dia di bawah perlindungan keluarga Yamasato,kau aka tanggung akibatnya kalau apa-apa berlaku.." kata Eizan dan Takeru tersenyum.

"Kita tidak akan gagal aniki.." ujar Takeru dan Eizan hanya menghela nafas pendek.

"Buatlah apa yang kau nak.." Eizan putus asa dengan sikap degil adiknya.

Tiada siapa tahu apa yang berlaku selepas itu,tetapi apa yang akan dilakukan oleh dua orang Kusanagi ini hanyalah membangkitkan diri lama Inui yang telah lama tidur.























=======================

Lama aku tak update

Hahaha

Sebabkan ada lagi dua cerita.

Aku hampir lupa yang ini

Terima kasih kerana menyokong cerita ini..

Hanyalah coretan kecil sahaja..

Teruskan sokongan

Komen dan vote

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top