Chapter 15 : True Reason?
Hai guys cerita ini point of view tidak tetap,kadang dari watak utama kadang dari third person iaitu dari pembaca
"Hmmm.... Macam tu.." ujar Sanzo sebaik mendengar penjelasan daripada Inui.
Inui sekadar menghela nafas pendek,Sanzo berfikir seketika dan Inui menunggu kata-kata pandangan daripada gurunya itu. Tiada siapa tahu apa yang gurunya akan katakan,dia sendiri masih tidak faham personaliti gurunya itu.
"Kau memang nak bantu pewaris keluarga Yagami ni?" soal Sanzo dan Inui menghela nafas pendek.
"Kebiasaan saya tidak mahu masuk campur.. Tetapi apa yang dilakukan oleh keluarga Kusanagi adalah sangat melampau.." ujar Inui.
"Maafkan saya?" Kaguya mencelah dan mereka menoleh ke arahnya.
"Boleh saya tahu siapa sebenarnya Yamasato-san?" soal Kaguya dan Inui memandang ke arah Sanzo,gurunya mengangguk.
"Jangan terkejut..." ujar Inui dan Kaguya mengangguk sahaja,Inui membuka mulut dan memberikan penerangan.
YAMASATO SANZO adalah ketua dalam keluarga Yamasato,bersikap tegas dan juga tidak mudah lari dari pendirian hidup. Tiga Keluarga Utama iaitu,Kurogami,Kusanagi dan Yagami adalah di bawah pimpinan keluarga Yamasato.
Perkara ini sudah lama berlanjutan selama 100 tahun,bagi orang awam keluarga Yamasato adalah misteri. Ini kerana ketua keluarga Yamasato,jarang tunjukkan diri kepada awam.
Keluarga Yamasato dikatakan ada puluhan ribu pengikut,tetapi masing-masing semua bergerak secara senyap atau low-profile. Mereka melindungi keluarga Yamasato,dari bayang dan jika masalah datang. Pengikut inilah yang selesaikan masalah tersebut,keluarga Yamasato mempunyai tiga syarikat korporat dan setiap satu diuruskan oleh pengikut yang dipercayai sepenuhnya oleh Yamasato Sanzo itu sendiri.
Ada khabar angin mengatakan Yamasato Sanzo adalah immortal,hidup lebih dari ratusan tahun tetapi khabar angin itu tidak tahu sama ada kesahihannya.
"Macam tu la lebih kurang..." jelas Inui.
Kaguya tergamam dan terkebil-kebil,dia memandang ke hadapan ke arah Sanzo yang sekarang duduk bersilang tangan.
"Hey khabar angin tu tak payah la cerita..." ujar Sanzo.
"Ah.. Maaf guru,saya tak sengaja.." kata Inui tersenyum kelat.
"Memang betul kan,kau kan memang immortal..." Tezuka mencelah.
"Haha.. Jangan dengar kata-kata dia.." satu suara menegur dan Tezuka ditumbuk sehingga tercampak keluar.
Seorang wanita berambut hitam berkilau,panjang paras atas pinggang mengepalkan penumbuknya sambil menghembus nafas puas hati.
"Ah... Kak Elene..." ujar Inui.
"Hey budak,lama tak jumpa.. Sibuk study ke?" soal perempuan bernama Elene tersengih.
"Lebih kurang la macam tu..." ujar Inui.
"Err... Dia okay ke?" soal Kaguya pada Sanzo,manakala Sanzo menoleh ke luar.
"Oi.. Kau okay ke?!" teriak Sanzo selamba dan Tezuka bangun menghembuskan nafas lega.
"Okay pebenda kalau kena sepak dengan gorilla tu!!" Tezuka membalas dan Elene telinga bergoyang sedikit mendengar kata-kata lelaki itu.
"Gorilla..?"
Tezuka mengemamkan mulutnya,air liur ditelan dan memanjat dinding pagar lalu melarikan diri. Elene matanya bersinar dan terus mengejar Tezuka,Kaguya terkebil-kebil melihat keadaan tersebut.
"JANGAN LARI TAK GUNA!!" Elene menjerit.
"JANGAN KEJAR!" ujar Tezuka.
Suasana yang riuh-rendah itu hanya mampu didengari Kaguya,tanpa melakukan apa-apa dan Inui menghela nafas pendek.
"Abaikan..." ujar Inui dan Kaguya hanya mampu mengangguk perlahan.
"MARI SINI KAU...!!"
"HUP! HUP! TAK KENA! KAU TAK MAKAN KE?!"
"PROVOK AKU LAGI,AKU AKAN PASTIKAN KOREK MULUT KAU!!"
"LAGI KUAT AKU LARI!!"
Riuh-rendah itu kedengaran lebih jelas dengan bunyi lagaan besi,Kaguya menunjukkan reaksi muka pucat dan ingin bangun tetapi ditahan Inui.
"Duduk je.. Tak lama lagi senyap la.." Inui berkata dengan tenang.
"Apa yang sedang mereka lakukan?" soal Kaguya.
"Jangan tanya dan tidak perlu tahu.." kata Inui menekup muka.
"Tuan.. Patutkah tuan hentikan mereka..?" soal Kaguya memandang ke arah Sanzo.
"Jangan risau Yagami,mereka memang macam tu..." jelas Sanzo menyalakan asap rokok paip.
Kaguya terkejut dan Sanzo menghembus asap keluar,Kaguya putus asa ingin tahu dan Inui menyedari kehadiran Pheara. Wanita itu menghidangkan dua cawan teh pada Inui dan Kaguya,Sanzo memadamkan api rokok paip dan menyambut huluran cawan air teh.
Takeru menyepak tong sampah,dia bengang kerana rancangan dia terganggu. Eizan hanya duduk tenang di atas kerusi,sambil menghisap rokok dan dihembus asap ke udara.
"Celaka kau pewaris gagal,dia tidak datang ke sekolah untuk gagalkan aku ambil Kaguya..." ujar Takeru tidak puas hati.
"Kau kata dia adalah pewaris gagal?" soal Eizan.
"Ya aniki.. Dia dihalau keluar oleh keluarga Kurogami.. Beberapa tahun lalu..." jelas Takeru menjawab soalan Eizan
"Tetapi... Apa yang aku dengar,lain pula.." ujar Eizan dan Takeru kehairanan.
"Maksud aniki?" soal Takeru.
"Kurogami Inui sendiri keluar dari keluarga itu,kerana konflik dalaman keluarga Kurogami yang melibatkan kakak sulung mereka..." Eizan mula teringat peristiwa lama.
"Inui ada kakak sulung?" soal Takeru.
"Ya.. Kurogami Shiina kalau tidak silap namanya..." jawab Eizan.
"Kurogami Shiina? Bukankah itu bekas tunang aniki?" soal Takeru terkejut.
Eizan hanya mendiamkan diri,kenapa baru sekarang dia sedar dan ingat perkara itu. Perkahwinan dia dan Shiina telah diputuskan,namun Shiina membantah keputusan itu lalu melarikan diri dan kemalangan. Shiina koma dan ketika itulah,Inui keluar dari keluarga tersebut bersama kakaknya iaitu Ushio.
Apa yang buatkan Eizan terfikir satu teori,Inui masuk campur urusan keluarga Kusanagi dan Yagami adakah kerana sebab apa yang berlaku pada kakak dia yang sulung?
Inui mengerlingkan ke arah jam dinding,sudah menunjukkan waktu tamatnya persekolahan pada hari ini. Kaguya tersengguk beberapa kali,dia menahan mengantuk di tepi dinding bersama Inui.
"Kaguya.. Hari dah lewat.. Adakah awak mahu pulang ke rumah?" soal Inui dan Kaguya hanya menggelengkan kepala.
"Ibu bapa saya pasti akan serahkan saya pada keluarga Kusanagi.." ujar Kaguya dan Inui pula sekadar menghela nafas pendek.
Perbualan mereka didengari oleh Sanzo dan Pheara di sebalik dinding,Inui hanya menghela nafas pendek dan berfikir bagaimana caranya. Jika Kaguya tinggal bersama dia,lambat laun ibu bapanya akan mengambilnya.
"Kenapa tak biarkan dia tinggal di sini?" Pheara berkata menoleh ke arah Sanzo,lelaki itu berfikir sejenak dan menghubungi seseorang.
"Ya tuan?" ujar satu suara di hujung talian.
"Beritahu Yagami Jun,anaknya akan tinggal sementara waktu di bawah aku.." ujar Sanzo.
"Baik tuan.. Kami akan sampaikan.." ujar suara itu dan talian ditamatkan.
"Baiklah.. Awak berpuas hati?" soal Sanzo dan Pheara tersenyum.
"Guru?" Inui menegur dan Sanzo menoleh ke arahnya.
"Inui? Adakah awak dengar tadi?" soal Pheara dan Inui mengangguk sahaja.
"Aku akan bantu apa yang boleh.." ujar Sanzo dan Inui mengangguk sekali lagi.
"Terima kasih guru!" Inui menundukkan kepala tanda berterima kasih pada Sanzo,Pheara tersenyum dan Sanzo tersengih.
"Tapi..." ujar Inui memandang Sanzo dengan renungan tajam,Sanzo kehairanan.
"Bolehkah guru latih saya?" soal Inui tersenyum menelan air liur dan Sanzo tersenyum lebar.
"Aku akan lebih lagi bertegas kali ini..." ujar Sanzo.
"Ya.. Sudah tentu..." balas Inui tersenyum.
=============================
Setiap orang mempunyai satu warna mewakili diri sendiri
Apakah warna kamu?
Komen dan vote
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top