Chapter 13 : Having Hard Time Bro?


Matahari menjengah dan terbit,hari mulai terang pada jam 5 pagi. Aku memandang pantulan imej diri sendiri pada cermin,aku memerhatikan rambut putih dan mengetap gigi. Aku langsung tidak sukakan wajah ini,wajah aku persis seperti orang itu.

Ayah aku sendiri..

Kenapa dia ingin berubah hati?

Apa rancangan dia sebenarnya kali ini,aku tidak akan mudah terpedaya. Penumbuk aku kepal sekuat hati,helaan nafas aku lepaskan.

Tuala aku capai dan keluar dari bilik mandi,baju uniform yang kemas disangkut pada dinding aku capai. Segera aku salin baju dan bersiap-siap,jam tangan aku pakai dan tidak lama lepas itu kedengaran bunyi loceng pintu.

Siapa pula yang datang pada waktu ini?

Apabila aku buka,aku agak terkejut kerana Kaguya berdiri di hadapan pintu pagar. Tiada kelibat kenderaan dan adakah dia bersendirian ke sini?

"Yagami?" soal aku.

"Inui..." ujar Kaguya tersenyum kelat.

Aku tidak berkata lebih dan mengajaknya masuk ke dalam rumah,kakak aku dan suami dia tiada di rumah kerana ke luar negara sekali lagi atas sebab urusan kerja. Kaguya duduk di kerusi ruang tamu,dia hanya diam dan menundukkan muka.

"Kau dah bersarapan?" soal aku dan Kaguya hanya mendiamkan diri.

Aku tidak bertanya lebih dan hanya menyediakan sarapan,pasti dia belum sarapan kerana datang dalam waktu seawal begini.

Semalam dia tidak hadir ke kelas,hari ini dia datang ke rumah aku pula. Apa yang berlaku sebenarnya,aku segera menyediakan sarapan dengan cepat.

Selesai menyediakan sarapan,aku hidang ke meja dan menghampiri Kaguya.

"Kaguya.. Sarapan dah sedia.." ujar aku.

"Tak.. Saya..." Kaguya ingin berkata lebih tetapi perutnya berbunyi,aku hanya membuat reaksi muka kosong dan kami berbalas pandangan.

"Makan." ujar aku pendek dan Kaguya hanya mampu menurut.

Kaguya mengambil tempat duduk,aku menyediakan sarapan nasi goreng. Air teh dan juga beberapa hidangan tambahan,seperti omelette dan tempura. Kaguya memandang ke arah aku,sedar pandangan mata Kaguya dan aku mengangguk suruh dia menjamah makanan aku sediakan.

Gadis itu mencapai sudu dan menjamah nasi goreng yang aku sediakan,sebaik sahaja dia telan dan matanya dibesarkan serta bersinar. Aku hanya tersenyum sahaja,lalu bersarapan bersama-sama.

Seusai selesai bersarapan kami berdua basuh pinggan mangkuk bersama,walaupun aku sudah katakan pada dia tidak perlu. Kaguya tetap berkeras ingin membantu,tetapi aku agak kagum kerana gadis keluarga Yagami tahu melakukan kerja-kerja di dapur.

Selesai semua itu aku dan Kaguya pergi ke sekolah bersama-sama,wajah Kaguya seperti berada dalam masalah. Aku menghela nafas pendek,kemudian berhenti dari terus berjalan.

"Inui?" soal Kaguya.

"Kaguya.. Kau ada masalah?" soal aku pula dan Kaguya tersentak.

"Tak.. Saya.. Tak ada masalah.." ujar Kaguya.

"Jadi kenapa muka kau lain dari hari biasa? Diam dan langsung tunduk ke jalan?" soal aku lagi dan Kaguya terkejut.

"Aku nampak seperti tidak bersosial di dalam kelas Kaguya,tapi aku perhatikan semua gelagat rakan sekelas.. Bagaimana personaliti mereka..semua aku tahu termasuk kau.." jelas aku lagi dan Kaguya menundukkan wajahnya.

Suasana sunyi dan bagaikan tiada siapa berada di jalan kami berada,Kaguya yang mulanya menundukkan wajah serta berdiam diri. Memandang aku dan terkejut kerana mata Kaguya berkaca,aku mula kehairanan kenapa Kaguya bersikap seperti itu?

"Keluarga Kusanagi datang ke rumah saya malam tadi.." kata Kaguya dan aku terkejut.

"Mereka mengugut akan hancurkan keluarga Yagami,jika saya tidak bersetuju menerima lamaran mereka..." jelas Kaguya lagi dan aku hanya mendengar.

"Tidak cukup dengan semua itu,mereka ingin saya berhenti sekolah dan duduk bersama mereka sehingga cukup dewasa untuk berkahwin.." tambah Kaguya lagi dan aku baru faham kenapa Kaguya datang bersendirian.

Aku tidak berkata apa-apa dan hanya mengusap kepala Kaguya,gadis itu terkejut dan menggigil kemudian memeluk aku lalu menangis teresak-esak. Aku agak terkejut dan hanya membiarkan sahaja,kemudian menenangkannya.

"Apa yang patut saya lakukan Inui? Saya tidak mahu berhenti sekolah.. Saya inginkan masa depan saya tentukan sendiri.." ujar Kaguya dalam pelukan aku.

Aku mendiamkan diri dan biarkan Kaguya melayani perasaannya,selepas itu kami berdua ke sekolah seperti biasa. Namun ketika dalam perjalanan kami ke sekolah,Takeru menghalang jalan menunggu kami ataupun lebih tepat dia menunggu Kaguya.

"Kusanagi..." ujar Kaguya dan dia kelihatan menggigil.

"Aku datang ke rumah,kau tiada... Kau bersama pewaris gagal?" soal Takeru dan aku agak kagum,dia masih mampu meneruskan plan dia selepas apa yang aku katakan pada dia.

Aku membelakangkan Kaguya dan Takeru agak terkejut,kami berbalas renungan dan Takeru mengetap gigi.

"Kau memang suka menyibuk ha?" soal Takeru.

"Aku tak suka jadi penonton kalau bab seperti ini..." jelas aku.

"Apa yang kau boleh buat? Kau tiada apa yang mampu menyokong kau untuk menentang aku!" Takeru berkata angkuh dan aku melangkah ke arah dia sehingga muka kami begitu rapat.

"Aku boleh buat dari apa yang kau bayangkan..." balas aku dan renungan tajam aku,membuatkan Takeru berundur dengan segera dan dia menelan air liur.

"SEMUA INI TIDAK AKAN BERAKHIR.. KAU TIDAK AKAN SELAMAT!" Takeru berkata lantang.

"Kau nak mengugut aku?" soal aku dan Takeru tersentak.

"Jangan ingat aku akan diamkan diri.. Kaguya tidak akan ke mana-mana,dia akan graduate dari sekolah ini.." ujar aku lagi dan Kaguya menghampiri di belakang.

Tidak lama kedengaran bunyi tepukan tangan,kami semua menoleh dan seorang pemuda berusia 20-an berdiri di belakang Takeru. Sambil tersenyum dengan sinis dan Takeru tersengih,aku rasa itu mungkin kerabat Kusanagi.

"Hebat ucapan kau.. Budak hingusan kau.." kata pemuda itu melangkah dan berhenti di sebelah Takeru.

"Aniki.." ujar Takeru.

"Kau pula siapa?" soal aku dan memastikan Kaguya rapat dengan aku.

"Nama aku Kusanagi Eizan.. Anak sulung keluarga Kusanagi.." ujar pemuda itu dan aku hanya memandang kosong ke arahnya.

"Jadi?" ujar aku.

"Serahkan perempuan itu pada kami kalau kau nak selamat.." kata Eizan dengan angkuhnya.

"Kalau aku tak nak..?" soal aku dan Eizan tersenyum lalu memetik jari.

Lima buah kenderaan hitam parkir dan mengepung kami serta keluar beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam,aku agak terkejut dan sudah boleh mengagak perkara seperti ini. Eizan ketawa dengan kuat,memikirkan dirinya sudah menang.

"Aku minta cara elok,kau tidak mahu bukan? Berikan gadis itu,kalau kau ingin hidup lama..." Eizan memberi amaran dan Takeru hanya tersenyum sinis sahaja.

"Kau fikir aku takut dengan semua ini?" soal aku.

"Kau memang menguji kesabaran aku.." kata Eizan geram.

"Inui.. Sudahlah tu.." ujar Kaguya.

"Tak apa Kaguya.." kata aku dan kedengaran bunyi jentera,mereka memandang ke arah bunyi itu datang.

Sebuah bulldozer yang besar memecut laju ke arah kenderaan yang mengepung aku dan Kaguya,lelaki berpakaian hitam itu semua larikan diri dan bulldozer itu merempuh kelima-lima kereta tersebut.

"Apa?!" soal Eizan tergamam.

"Yo.. Inui.. Having hard time..?" soal pemandu yang membawa jentera besar itu,lelaki berambut panjang serta mengenakan hakama.

"Yeah.. And thank you Sanzo-shishou.." ujar aku tersengih dan Kaguya pula hanya tergamam.

























=======================

Apa yang akan berlaku selepas ini?

Sanzo?

Hehe jangan terkejut,sebab cerita ini pun gunakan latar belakang negara Jepun

Kan..

Hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top