Prolog
Matahari pagi naik menerangi bumi,jam sekitar 4.30 pagi dan mengejutkan manusia untuk menjalani kehidupan seharian.
Seorang remaja bangun dari lenanya, mulut ternganga luas menguap dan turun dari katil lalu mencapai tuala. Bilik mandi tempat pertama dituju,sambil menyanyi-nyanyi remaja berambut putih itu membersihkan dirinya.
Cermin ditatap sebaik selesai menyalin memakai pakaian uniform, ataupun tidak dan tersengih sendirian di hadapan cermin.
"Aku nampak kacak hari ini..okay cukup puji diri sendiri.."
Di dapur,duduknya seorang lelaki berusia sekitar 50-an tetapi masih tubuhnya tetap sasa. Manakala seorang wanita sedang menyediakan juadah sarapan pagi,remaja itu muncul tidak lama lepas itu.
Remaja itu terus ke dapur dia menarik kerusi dan duduk. Sarapan dijamah dan perasan sudah tibanya waktu untuk dia berangkat,segera remaja berambut putih bangun.
"Nenek! Orang tua! Saya pergi dulu!!"
"Budak bertuah! Panggil aku atuk la!" Bebel lelaki itu,manakala isterinya ketawa kecil.
"It's been 1 year right?" soal si isteri.
"Yeah..that idiot Shin..haih.." rungut si suami.
"Itu masalah mereka..awak jangan nak keruhkan keadaan.." nasihat si isteri dan si suami hanya mengeluh sahaja.
"Ya.. ya.. saya tahu.." balas suami acuh tak acuh.
Remaja rambut putih berlari keluar dari halaman rumah,sehingga tiba di satu tempat dan melihat seorang remaja rambut hitam sedang berdiri menyandar tiang lampu.
"Yo Wan! Ohaiyo!!" Remaja rambut putih menyapa sambil mengangkat tangannya dan remaja rambut hitam memandang ke arahnya.
"Yo.." balas remaja rambut hitam pendek sambil bertepuk tampar tapak tangan.
PAKK!!
Dua orang remaja itu duduk menyandar pada kerusi di dalam keretapi elektrik,pagi itu agak sibuk namun mereka beruntung datang awal dan dapat tempat duduk yang masih kosong.
"Weh bro..kau dah siapkan kerja sekolah yang puan Reina bagi?" soal remaja rambut putih,Shiro Ryuzaki kepada sahabatnya yang duduk di sebelah.
"Petang semalam dah siap..apasal? Jangan cakap kau tak buat langsung.." ujar remaja rambut hitam,Ikhwan Syah Solleh.
"Hehehe..aku main permainan video sampai tengah malam.." balas Shiro dengan muka comel.
"Dah tu kau tanya aku dah siap ke belum apahal?" Ikhwan menyoal pura-pura tidak tahu.
"Ala bro.. apa lagi,pinjam weh..aku nak salin..?" Pinta Shiro.
"No way..ah uh.." kata Ikhwan selamba badak je.
"Weh tolong aku! Mampus aku kena dengan puan Reina nanti.." rayu Shiro.
"Heh..ada aku K?" Ikhwan menyoal tanpa menghabiskan ayat.
"K?" Shiro tidak faham.
"Kau fikir aku kisah?!"
"Kejam sial kau!"
"You reap what you sow!"
TOKYO METROPOLITAN HIGHSCHOOL
TMH singkatan bagi memudahkan orang ramai menyebutnya,sekolah tinggi yang terdiri daripada golongan elite serta yang mampu mencapai score tinggi bagi setiap matapelajaran.
Ikhwan dan Shiro berdiri di hadapan pintu masuk utama,kemudian melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.
"Nah..." Ikhwan menghulurkan buku nota.
"Maceh sayang kau ketat-ketat.."
"Geli bodo..." ujar Ikhwan nak muntah rasanya.
"Alelelew..suka lettew..."
KRAAKKK!!
"ADEDEDEHHH!!! SAKIT WAN!! SAKIT WAN!! SAKIT!!" Shiro menjerit sebaik Ikhwan mencengkam mukanya dengan kuat.
"Buat lawak gedik la lagi.." kata Ikhwan melepaskan cengkaman muka Shiro.
Mereka berdua menyedari renungan dua pasang mata di tepi,Shiro menjeling dan memberikan senyuman.
"Yo seitou kaichou! Have a good day.."
Pelajar lelaki digelar seitou kaichou atau president of student council, merenung tajam ke arah mereka berdua.
"Apa? Aku ada buat salah ke?"
"Sini..jangan layan diorang.." kata Ikhwan menarik Shiro pergi.
"Ha? Weh jangan tarik-tarik la..!"
Student Council President hanya diam dan memerhatikan sahaja dua orang itu pergi,Ikhwan dan pelajar itu berbalas jelingan namun Ikhwan hanya meneruskan langkahnya.
"Seitou kaichou?" sapa pelajar perempuan yang bersamanya.
"Tak ada apa.."
"Haaaaa siap salin...." Shiro mengeluh sambil merebahkan dagunya pada permukaan meja di dalam kelas.
"Ai teruk sangat ke sampai camtu sekali punya mengantuk..." omel Ikhwan dan Shiro memuncungkan mulutnya.
"Aku mengantuk doh..semalam main game sampai lewat malam.." keluh Shiro.
"Ceh main game online rupanya.. menyesal aku tanya.." ujar Ikhwan mendecih.
"Gehh! Tu minat aku okay,kau apa tahu?" Shiro berkata sambil protes.
"Game tak boleh bantu kau kalau kau buat masalah bro..."
"Oi....kau ni.."
"Aku apa? Betul la kau kadang buat masalah tak pernah sedar!"
"Ek eleh,kata orang..kau pun mengikut je..lagi nak mengata aku pulak?"
"Kau patut bersyukur aku selamatkan kau dari semua masalah yang kau timbulkan!"
"Macam la kau tu baik sangat,kau tak ingat kau letak gam gajah kat kerusi cikgu disiplin?! Mengamuk dia..dengan aku sekali kena.."
"Cadangan siapa? Kau kan?!"
"Kau salahkan aku? Kau ngikut je siapa suruh?!"
"Siapa pulak yang merayu mintak letakkan gam tu?"
"Diorang bertekak lagi?"
"Haha... diorang memang rapat.."
"Well.. sekurang-kurangnya kita selamat gak diorang ada di kelas ni.."
"Pagi-pagi dah bertekak..."
Dua orang remaja,seorang berambut oren dan berambut hitam hanya memerhatikan mereka dari jauh. Dua orang itu menghela nafas pendek,melihat karenah Ikhwan dan Shiro.
"Should we stop them Farhan?"
"Nah..let them be Luke,as long they don't disturb the others.."
"Oi..." Pergaduhan mereka terhenti sebaik beberapa pelajar dari kelas lain menegur mereka.
Semua muka pelajar itu jelas menakutkan dan merenung tajam,ke arah Ikhwan dan Shiro yang memandang ke arah mereka.
"APAHAL?" soal dua remaja itu serentak.
"Ikut kitorang.."
Satu bangunan lama,Ikhwan dan Shiro dibawa ke belakang bangunan sekolah yang lama. Bangunan itu agak jauh dari bangunan sekolah yang lain,Ikhwan dan Shiro hanya berlagak bersahaja.
"Korang tahu sebab apa kitorang bawak korang ke sini?" soal salah seorang pelajar itu,yang berbadan besar.
"Entah? Tak tahu pun.. kitorang tak pasti.." Shiro berkata dengan nada sarcasm.
"Korang bukan ke dari kelas 2-D..? Apa yang korang nak?" Ikhwan menyoal.
"Aku dengar korang ni hebat.." ujar pelajar berbadan besar menghampiri mereka,Ikhwan dan Shiro mendongak jika nak pandang mukanya.
"Jadi?" Ikhwan menyoal.
"Aku nak tengok sehebat mana korang.." sebaik pelajar itu berkata sedemikian,beberapa pelajar keluar dari pelbagai sudut.
Ikhwan dan Shiro hanya memerhatikan keadaan tersebut,kemudian mereka berdua berpandangan antara satu sama lain.
"Jangan nak berlagak hebat.." ujar pelajar itu dan Shiro hanya menghela nafas pendek.
KRAAKKK!!
Pelajar-pelajar itu terkejut, melihat rakannya yang berbadan besar rebah sebaik mengenai pukulan kaki oleh Ikhwan.
"Badan je besar.. tapi lembik.." ujar Ikhwan dan Shiro memandang seorang demi seorang pelajar itu semua,mulutnya terkumat-kamit seperti sedang mengira.
"Wan.. kau rasa satu ambulans cukup ke?" soal Shiro.
"Entah kau kira la.." ujar Ikhwan.
"Kena kira ke semua?" Shiro menyoal lagi.
"Yang kau tanya aku dah nape setan?"
"Aku tanya je kot,takkan tu pun nak marah.."
"Aku tak marah..sukaaaa..." jawab Ikhwan tersenyum manis.
"Muka kau tak sama dengan nada kau.." kata Shiro tersengih kelat.
"BERANI KAU PUKUL KAWAN KAMI?!!" jerit salah seorang pelajar itu,namun kini giliran Shiro.
DUSSHH!!
Pelajar yang menjerit ke arah mereka Shiro hadiahkan tendangan,sehingga itu sudah tercampak ke belakang.
Suasana jeda seketika..
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️<========
Pengsan,Shiro menurunkan kakinya dan mengorek telinga. Ikhwan hanya berlagak bersahaja,kemudian Shiro selesai mengorek.
"Jauh gak kau sepak dia..hidup lagi tak?"
"Oi..kau ingat aku pembunuh ke?"
"Relaks la paling teruk pun,kesalahan pembunuhan tidak disengajakan.."
Semua pelajar timbul urat bengang dan mereka ternyata berang,Ikhwan menggaru-garu pipinya dengan muka blur dan Shiro tersengih selamba.
"Oh boy.." keluh Ikhwan.
"Semua serang!!"
Semua pelajar itu dan lain meluru ke arah Ikhwan serta Shiro,manakala dua sahabat itu hanya menggelengkan kepala sahaja.
"So Ikhwan? What do you think?" soal Shiro.
"Apa lagi? Macam biasa la.." ujar Ikhwan sambil meregangkan ototnya.
"Setuju.." Shiro mengangguk dan mengepalkan penumbuk.
DUUSSHH!! BOKKK!!!
"KITA SELESAIKAN DENGAN INI!!"
BRAAKK!! KDUSSHH!!
BRAAKK!! KDUSSHH!!
BRAAKK!!!
DUSSHHH!!!
Seketika kemudiannya,dua pelajar muncul di tempat kejadian dan tergamam.
"Prez ini.." seorang pelajar perempuan dari Student Council berkata,sambil menoleh ke arah seorang pelajar lelaki yang berada di belakangnya.
Student Council President dan pelajar perempuan itu,adalah Student Council Vice-president.
Student Council President tidak menjawab dan sekadar menghela nafas pendek,puluhan pelajar terbaring dalam keadaan lebam dan berbenjol kepala mereka.
"Saya agak kita dah terlambat.." balas Student Council President itu.
"Wow..teruk gak mereka semua kena pukul.." muncul seorang guru.
"Mister Siegfried!?" Vice-president itu terkejut dan spontan memeluk lengan .
"Haa...Himiko,mister Siegfried bukan hantu nak terkejut macam tu.." kata Student Council President dan cikgu itu hanya tersenyum kelat.
"Maaf Hiroki,saya senang terkejut.." ujar pada Student Council President,ataupun namanya Hiroki.
Hazen Siegfried,guru kelas di sekolah tinggi tersebut. Sekadar tersenyum dan memerhatikan keadaan sekeliling,dia sekadar menggaru kepala sahaja.
"Aku rasa dua ekor tu terlebih agaknya.." ujar Hazen di dalam hati.
Pada masa itu di lokasi yang berbeza,Shiro dan Ikhwan berada di dalam tandas. Mencuci buku lima masing-masing,Ikhwan hanya sekadar mendiamkan diri.
"Bagus gak ada yang volunteer jadi tempat lepaskan geram.." kata Shiro tersengih.
"Kau rasa kantoi tak?" Ikhwan menyoal.
"Err.. entah,kalau tak ada cctv..mungkin kita terlepas kot..?" Shiro menjawab dengan gaya bersahaja.
Ikhwan tidak berkata lebih,dia hanya menghela nafas pendek. Mereka berdua melangkah keluar dari tandas,namun mereka terhenti kerana di hadapan mereka berdua adalah Hazen berdiri sambil tersengih.
"Heya guys, having fun don't you?" soal guru itu dengan mata bersinar, dengan gaya badan sasa berparut.
"ASHURA!!!" Jerit Ikhwan dan Shiro secara serentak.
"URUSAI FUTARI TOMO!!"
KTUNG! KTUNG!
"SAKIT LA CIKGU!!" Rungut Ikhwan dan Shiro.
"SAKIT LAGI HATI AKU!" balas Hazen geram.
"Ogre mengamuk!!"
"Ogre?! Mati korang aku kerjakan!!"
"Tidakkkkkkk!!!!"
Pada masa yang sama juga, mereka berdua yang diberi 'syarahan' percuma oleh guru tersayang mereka,sayang ke?
Lantaklah...!
Ada dua pasang mata memerhatikan mereka dari jauh, pelajar berambut oren ataupun Luke Tsuyoshi dan pelajar berambut hitam atau dikenali sebagai Farhan Tuzeman berdiri dari tempat yang agak tersembunyi.
"Risau aku tengok Shiro ni.. ada je masalah kejar dia.." kata Luke dan Farhan tidak berkata apa-apa.
"Bagaimana dengan kau?" Luke menyoal Farhan.
"Kenapa dengan aku?" Farhan tidak faham.
"Kau masih mahu membawa Ikhwan balik ke Malaysia?" Farhan terdiam mendengar soalan Luke,dia kemudian memandang ke arah Ikhwan dan Shiro yang bergurau kasar dengan Hazen.
"Entahlah,aku rasa mungkin dia gembira macam ni..?"
Luke sekadar tersenyum kelat,dia kembali memerhatikan Shiro dan Ikhwan. Setiap orang ada masalah,mereka sembunyikan dengan gelak tawa dan kadangkala menimbulkan masalah. Tiada siapa tahu masalah Ikhwan dan Shiro,melainkan orang yang benar-benar rapat dengan mereka.
Tetapi itu akan diceritakan pada masa akan datang.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Heheh
Ni dia cerita yang sama,tapi buat disebabkan ada perubahan untuk jalan cerita.
Sorry la eh pada reader yang lama,🤣🤣🤣🤣
Well mood aku masih kepada buat cerita baru tanpa tahu bile endingnya hahaha🥳🥳🥳
Mesti korang pelik kenapa boleh ada watak-watak dari tiga author bukan
Well sebenarnya aku dan Lovelive122003 berkolabrasi,mencipta satu story yang fresh tetapi menggunakan watak-watak ikon kami.
Jadi muncullah Ikhwan,Shiro dan juga penampilan istimewa watak ikon daripada sahabat author kami MuhdHayatulAkmal
Siapa lagi kalau bukan Hazen Siegfried dan ada beberapa watak dari novel THE TALE OF GREAT IMMORTAL.
Apakah role mereka,Hazen korang dah tahu bukan jadi untuk Aveline kena tunggu lah.
Ciao lu
Apa-apa roger kami di ruangan komen
Until next!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top