Lisan 7 : Peras Ugut & Kantoi?.
"Sini rumah kau?" Ikhwan menyoal.
"Ya.. terima kasih.." Hanada menunduk tanda berterima kasih.
"Tak ada hal la,kami suka bantu orang yang memerlukan.." Shiro berkata dengan bangganya.
"Kau cuma tengok je,bukan nak buat apa-apa pun.." ujar Ikhwan menyampah.
"Sakit tu bro.."
"Kisah pulak aku.."
Ikhwan dan Shiro beredar sebaik Hanada melangkah masuk ke halaman rumahnya,jam hampir menunjukkan pukul 5.30 petang tetapi hari sudahpun gelap seperti hampir maghrib.
"Jauh pulak rumah dia.. haa.." keluh Shiro.
"Kalau menyesal jangan ikut tadi.." kata Ikhwan.
"Aku tak menyesal pun..aku cuma mengeluh je.."
"Apa tak sama je.."
Shiro hanya mencebik sahaja,dia mengangkat bahu kemudian terfikir sesuatu.
"Alang-alang kita jauh ni,jalan-jalan pusing jom?" Shiro memberi cadangan.
"Huh?" Ikhwan mengangkat sebelah kening.
🚶🚶🚶🚶✨✨
Convenient Store
Seorang wanita berambut putih, wajahnya cantik dan matang. Membuatkan para lelaki terpikat,termasuk yang sudah bergelar suami dan mereka semua ditarik telinga oleh isteri masing-masing.
Wanita itu melangkah keluar dari kedai tersebut,sambil tersenyum sendirian dan berdiri satu tempat seperti menunggu seseorang.
Tiba-tiba dia didatangi oleh beberapa orang,wanita mengerutkan dahinya melihat kehadiran mereka.
"Hai cik adik manis.. seorang saja ke?" soal lelaki itu.
"Kalau seorang saja,izinkan kami menemani cik adik manis.." kata rakannya dan yang lain ketawa kecil.
"T-tak apa..saya menunggu seseorang.." ujar wanita itu dan lengannya dipegang oleh lelaki itu.
"H-hey...!"
"Tak baik menolak pelawaan orang yang berniat baik.."
"Betul tu betul.. apa kata kita sewa satu bilik hotel.. kita boleh berkenalan rapat di sana.. haha.." ujar si lelaki itu dan wanita itu mengetap bibir dengan rapat.
"Hey bro tengok tu..ada sampah masyarakat mengotorkan keharmonian bandar lah.." satu suara menegur.
Mereka memandang ke arah suara itu,Ikhwan dan Shiro berdiri selamba berhampiran mereka.
"Sampah? Kenapa tak panggil najis je?" Soal Ikhwan.
"Ehh..kejam sangat tu.." jawab Shiro.
Suasana menjadi sunyi seketika,lelaki yang memegang lengan wanita tadi segera melepaskan pegangannya. Dia mengalihkan pandangan ke arah dua orang remaja itu,lelaki itu melangkah ke arah Ikhwan dan Shiro berada. Rakan-rakannya menyusul dari belakang,wanita itu pula sekadar mengurut-urut lengannya yang dipegang kuat tadi.
"Kau cakap apa tadi budak?"
"La tak dengar ke? Sian pekak rupanya.." kata Shiro tersengih dan lelaki itu mula hilang sabar.
"Kau memang dah lama hidup ya?!"
Namun sebelum sempat lelaki itu berbuat apa-apa,Shiro sudah menyepak lehernya dan lelaki itu terus terbaring.
Suasana sunyi seketika dan rakannya,mula berang dengan tindakan Shiro.
"KAU!!!"
"Seriously dude,must you kick him like that?" soal Ikhwan.
"Cakap elok-elok pun bergaduh..baik terus kasar je.." balas Shiro mengangkat kedua-dua bahu.
"Ajar budak dua ekor tu cukup-cukup!!"
Semua samseng itu terus menyerang ke arah mereka berdua,Ikhwan dan Shiro serentak menghayunkan tumbukan.
DUSSHH!!
BOKKK!!
BRAKK!!
Selang beberapa minit kemudian...
Samseng itu semua terbaring mengaduh kesakitan,Ikhwan hanya meregangkan ototnya dan Shiro tersengih hingga ke telinga.
"Woohh..syok gak senam petang-petang ni.." kata Shiro tersengih ketawa kecil.
"Satu hari tak ada masalah tak boleh ke? Haduyai.." ujar Ikhwan mengeluh.
"Chill ah bro.." kata Shiro.
"Terima kasih kamu berdua.." Ikhwan dan Shiro menoleh,ke arah wanita berambut putih itu.
"Tak ada apalah,kebetulan kami lalu di sini.." jawab Ikhwan.
"Saya ikhlas,saya hargainya.." ujar wanita itu.
"Kami juga ikhlas membantu.." kata Shiro pula dan wanita itu ingin berkata sesuatu,namun air mukanya terkejut.
Seseorang di belakang Shiro dan Ikhwan,memegang pisau dan mahu menikam salah seorang dua orang remaja itu.
"Hey! BAHAYA!!" Wanita itu memberi amaran,remaja berdua itu menoleh ke belakang.
Saat itu Ikhwan dan Shiro terkejut,mereka tidak dapat melawan atau melawan kerana jarak sudah semakin rapat. Pisau itu sudah semakin rapat,rapat ke arah Ikhwan namun muncul penyelamat dengan mengejut melakukan tendangan sehingga si penyerang tercampak melanggar dinding.
"Seriously guys,stay alert will ya?" ujar si penyelamat itu,Ikhwan dan Shiro terkejut dengan kehadiran si penyelamat.
"Luke!" Shiro tersengih.
"Haih...aku dah suruh korang tunggu kan tadi?" Luke menyoal sambil mengeluh.
Wanita itu mengambil nafas lega,kerana tidak berlaku kejadian serius. Seseorang berjalan menghampiri wanita itu dari belakang,lalu orang itu memegang bahu wanita berambut putih.
"Nasib baik kau sempat,kalau tak berlubang perut aku.. terima kasih Luke!" Ikhwan mengucapkan terima kasih,Luke sekadar tersenyum.
"Sama-sama..kau kawan aku..jadi tak salah selamatkan kawan sendiri.." jelas Luke.
"Aku? Kawan kau?"
"Yelah..kenapa tidak?" Jawab Luke hairan dan Ikhwan tersenyum,mukanya merah sedikit.
"Kau apahal blushing doh? Huh?" Shiro menyoal sebelum dahinya dijentik oleh Ikhwan.
"Adoooh! Apahal kau jentik aku!?"
"Waaah meriah korang eh?" Mereka bertiga terdiam,sebaik mendengar satu suara menegur.
Ikhwan,Shiro dan Luke berbalas pandangan. Mereka mengenali suara itu,namun masih lagi ragu-ragu.
"Hey korang dengar suara cikgu Hazen?" soal Shiro.
"Suara dia ke tu?" soal Ikhwan pula.
"Aku bab cam mengecam suara ni lemah sikit,tapi macam suara dia.." ujar Shiro tersengih.
"Apa benda kau ni,yakin tak yakin?" Luke pula berkata,tidak berpuas hati.
"Woi.."
Sebaik di 'woi' kan barulah tiga orang remaja itu,menoleh ke belakang dan terkejut. Hazen memeluk tubuh memerhatikan tiga pelajarnya,wanita berambut putih itu hanya tersenyum sahaja.
"Betul la kata aku,Hazen-sensei!" Shiro berkata sambil menuding ke arah Hazen.
"Tadi kau yang kata macam ya tak ya.." ujar Ikhwan.
"Shiro nak serius,jarang sekali..tahu game dengan tidur je..," jelas Luke.
"Sampai hati kau kata anak buah kau yang comel ni macam tu? Uhuhuhu.." ujar Shiro.
"Berhenti GEDIK!!" Luke dan Ikhwan serentak menampar belakang kepala Shiro.
"Woi depan aku pun korang nak bertekak ke? Hormat sikit!"
"Hah? Hello.." Ikhwan menyapa dengan nada sarcasm.
"Ala dia pun dengan kita pun takde formal..nak mintak kita hormat dia pulak.." Shiro mencelah dan Luke mendiamkan dirinya.
"Betul gak tu.." Ikhwan mengangguk setuju.
"Seriously guys..?" Luke tersenyum kelat.
Mendengar apa yang dikatakan oleh pelajarnya,Hazen timbul urat bengang dan mengepalkan penumbuknya.
KTUNG!
"AYARK!" Shiro mengaduh.
KTUNG!
"Erghh!" Ikhwan menahan sakit.
KTUNG!!
"Saya pun sekali?!" rungut Luke.
Ikhwan,Shiro dan Luke mencangkung serta kepala masing-masing benjol tambah berasap.
"Abang.. apa ni pukul pelajar sendiri?" Wanita berambut putih itu menyoal.
"Awak jangan nak masuk campur..ini urusan cikgu dan pelajar.." ujar Hazen.
"Ala abang masa zaman sekolah pun perangai sama macam diorang.." kata wanita itu dan Hazen tersentak,Shiro dan Ikhwan pula mendengar dengan telinga bergerak-gerak.
"Itu kisah lama la,jangan la ungkit.."
"Tak nak saya ungkit,abang berhenti dera diorang.." kata wanita itu dan Hazen terpaksa mengalah.
Ikhwan,Shiro dan Luke agak terkejut dengan keadaan itu. Hazen menjeling tajam ke arah mereka,tiga remaja itu mengalihkan pandangan ke tempat lain.
"Korang bertiga.." panggil Hazen dan tiga remaja itu menoleh serentak.
"Kenalkan isteri aku,Aveline Siegfried.." jelas Hazen.
"Isteri? Waa.. saya Ikhwan Syah Solleh.." ujar Ikhwan tersenyum.
"Ryuzaki Shiro.." Shiro menunduk hormat.
"Tsuyoshi Luke.." begitu juga dengan Luke.
"Selamat berkenalan.. lagi sekali saya Aveline Siegfried,terima kasih bantu saya tadi.." ujar wanita itu atau namanya,Aveline dengan senyuman yang amat manis.
Ikhwan,Shiro dan Luke mengecilkan mata seperti melihat bidadari muncul dari langit yang bersinar.
"Too bright..."
✨✨✨💢
Malam sekitar jam 8 malam,Hanada keluar dari rumah untuk ke kedai serbaneka yang berdekatan. Sambil melangkah sambil melayani smartphone,tiba-tiba jalannya dihalang oleh seseorang. Hanada memandang ke hadapan,dia terkejut melihat Mazusaka dan Tetsu.
"Yo.." sapa Mazusaka dan Tetsu ternyata tengah marah.
Hanada menelan air liur dan terus berpaling,dia melarikan diri namun seseorang sudah menunggu. Yusuke muncul dan terus memukul,Hanada terjatuh terlentang.
Hanada menahan sakit dan Tetsu merentap rambutnya,Mazusaka sekadar memerhatikan sahaja. Hanada dibelasah teruk oleh Tetsu tanpa henti,walaupun Hanada merayu dan kedengaran bunyi wisel.
"Hoi! Apa yang kamu semua buat tu ha?!"
"Ah shit..polis.."
Yusuke,Mazusaka dan Tetsu segera melarikan diri. Polis pula tidak mengejar,mereka mendapatkan Hanada yang dipukul teruk.
"Hey Gai, hubungi pihak hospital.." arah polis itu pada rakannya.
Keesokan harinya..
"Hanada dimasukkan ke wad?" Shiro terkejut mendengar berita tersebut.
"Ya..ibu bapa dia kata dia dipukul masa nak ke convinient store.." jelas guru kelas mereka,Hazen.
Semua pelajar di dalam kelas 2-A berbisik-bisik,mendebatkan mengenai kes Hanada yang dikatakan dimasukkan ke dalam wad hospital.
Shiro mula risau manakala Ikhwan,hanya mendiamkan dirinya dan terpandang ke luar tingkap. Yusuke berdiri memandang ke arahnya dari bawah,sambil menggayakan tangan berbunyi 'aku akan sembelih kau'. Selesai memberi isyarat,dia beredar dengan tersengih licik.
"Apahal? Telan pil kuda ke?" soal Ikhwan menggaru-garu kepala.
Waktu rehat agak kurang biasa,ini kerana Ikhwan,Shiro dan Luke makan tengahari bersama Alisa dan Emyriel di atas bumbung sekolah.
"Hanada dimasukkan ke wad.. kamu ada terlibat ke?" soal Alisa.
"Woo...woo..apa punya soalan tu? Kami takkan buat macam tu.." kata Shiro agak kecewa dengan kata-kata Alisa.
"Kami tak terlibat,lepas kami temankan terus kami ke tempat lain.." jelas Ikhwan.
"Dengar tu..kami ni baik taw?" Shiro berkata dengan tersenyum.
"Saya cuma soal je kan..kalau tak katakan tak.." jelas Alisa.
Sedang mereka berbincang,terdengar bunyi pintu ke bumbung terbuka. Mereka berlima menoleh,muncul Mazusaka dan Tetsu.
"Korang lagi?" soal Shiro.
"Kau fikir dah habis? Aku nak balas apa yang kau dah buat semalam!" Tetsu berkata dengan bengis.
"Buang masa je lah.." Ikhwan mengeluh.
"Buang masa? Kau agak angkuh.."
Satu suara menegur dan Ikhwan memandang ke hadapan,Yusuke muncul di belakang Mazusaka dan Tetsu.
"Pelajar aku nampak tadi.." gumam Ikhwan dalam hati.
"Aku dengar kawan kau masuk hospital?" soalan Yusuke membuatkan lima orang itu terkejut.
"Macam mana kau tahu?!" Shiro menyoal dan Ikhwan mula syak sesuatu.
"Berita tersebar pantas.. Mulut orang kan?" Yusuke berkata dengan tersengih.
"Kau-?" Shiro ingin mengatakan sesuatu,namun Ikhwan menghalang.
Yusuke tersenyum sinis,Ikhwan melangkah ke hadapan. Membelakangkan empat rakan sekelasnya,memandang tenang ke arah tiga remaja di hadapannya.
"Jadi kau ke yang buatkan Hanada dimasukkan ke dalam hospital?" soal Ikhwan tanpa selindung.
Shiro dan Luke terkejut,begitu juga Alisa dan Emyriel. Mazusaka dan Tetsu merenung tajam ke arah Ikhwan,Yusuke bersiul dan ketawa kecil.
"Berat tuduhan kau tu..kau tiada bukti...." Yusuke berkata sinis dan Ikhwan tersenyum sahaja.
"Kenapa kau senyum?" Tetsu menyoal.
"Untuk pengetahuan awak,hal mengenai Hanada..hanya kelas 2-A saja yang tahu.. Hazen-sensei masih lagi bincang dengan ibu bapa Hanada..dan ibu bapa Hanada sendiri tak mahu hal ini dihebohkan.." jelas Alisa panjang lebar.
"A-apa?" Yusuke,Mazusaka dan Tetsu terkejut.
"Betul tu betul.. hanya kelas 2-A sahaja yang tahu.." Emyriel menguatkan kenyataan Alisa.
"As expected of honor student.." Shiro berkata sambil tersengih dan Luke menghela nafas pendek.
"Walau macam tu pun,kau tetap tak ada bukti!" Tetsu berkata lantang.
"Err.. actually,kebetulan masa korang bertiga datang..aku aktifkan kamera phone ni.. saja nak test rakam video kan?" Shiro berkata dengan tersengih dan Ikhwan tersenyum lagi.
"Sial!!" Yusuke menghayunkan tumbukan.
Tetapi Ikhwan lebih pantas,tumbukan Ikhwan tepat dihayunkan pada perut Yusuke. Tindakan Ikhwan menyebabkan Yusuke,perutnya begitu senak sehingga melutut.
"Already done? though I'm holding back.." ujar Ikhwan sendirian kemudian dia beredar.
Yusuke memegang perut menahan senak,Luke,Shiro,Emyriel dan Alisa mengekori Ikhwan dengan segera. Mazusaka dan Tetsu pula cuba membantu Yusuke,Shiro dan Luke sempat menoleh ke belakang.
"That's must be hurt.." kata Shiro tersengih.
"Hey Shiro tak elok taw?" Emyriel berkata dengan nada tegas.
"Emy... I saw you smile that time when Ikhwan throw a punch at him.." Alisa berkata dengan tersenyum.
"Ehehehe...." Emyriel ketawa kecil.
"Well... You reap what you sow.." kata Luke pula.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Apa khabar semua
Harap sihat sentiasa
Makin tak meriah dunia oren,haih aku rindu reader lama.
Vote dan komen
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top