Lisan 60 : Zenith,Death of Baiyura & Watatsumi


Wow.. 2Rascal dah capai 60 chapter..
Terima kasih pada yang teruskan usaha menyokong itu
Love you guys!

Suasana menjadi tenang seketika,Ikhwan dengan stance gaya bersedia kemudian Tyran dan Paxton berpandangan lalu tergelak.

"Budak kau ada bakat, buatkan aku ketawa...kuat sangat ke pukulan kau Tyran?" Paxton berkata sinis.

"Kau ingat kau menari macam tadi tu boleh buatkan kau bertambah kuat? Heh,so.. 'im holding back..' heh!" Saat Tyran berkata sambil melakukan sarcasm,Ikhwan terlebih dahulu melakukan tindakan.

"Kau terlalu banyak cakap old man.. how bout you give a try?"

Tyran terkedu mendengar apa yang Ikhwan katakan,dia mula trigger dengan kata-kata budak yang masih mentah bagi dia.

"Aku takkan bagi kau mati dengan mudah budak mentah..aku pastikan kau akan menyesal kerana kerana lahir di dunia ni!"

"Hah.. tiru ayat aku ke? Tak takut la.."

Tyran meluru laju ke arah Ikhwan,Paxton menyusul dari belakang dan mengasak remaja itu.

Mereka berdua mengasak dengan lebih agresif,tidak memberi peluang sedikitpun pada Ikhwan.

Namun..

Serangan mereka walaupun begitu kemas,kerjasama yang sempurna tetapi tidak mampu menyentuh.

Saat tangan Tyran menyentuh tubuh Ikhwan,dengan sekelip mata Ikhwan tepis dan tolakkan serangan itu ke Paxton. Malah sama juga situasi dengan Paxton,saat dia dapat menangkap Ikhwan dan mengunci pergerakan remaja itu.

"Sekarang Tyran!"

"Hah! Kau mati!"

"Heh... Kau ingat mudah?"

Ikhwan menarik Paxton dan menjadikan badan Paxton,sebagai perisai dan Tyran terus menghentikan hayunan tangannya. Paxton tergamam dan merasakan dunianya berputar secara tiba-tiba,lantas terhempas ke lantai dengan kuat.

Tyran terkejut melihat remaja itu memusingkan tubuh Paxton,lalu menjatuhkan partner dia ke lantai dengan hempasan kuat. Tidak terhenti di situ,Ikhwan menghayunkan tumbukan dan Tyran terus menyerbu.

Ikhwan sedar kemaraan Tyran dan terus melepaskan tangan Paxton,lalu terus berundur menjarakkan dirinya setelah mengelak serangan Tyran.

"Kau okay?"

Paxton mengangguk sahaja dan memandang ke arah Ikhwan,Tyran tidak sangka pula kali ini mereka agak struggle berdepan dengan remaja yang difikirkan budak mentah itu.

"As I expected Paxton's bodyguard.. heh.." kata Ikhwan tersengih.

Sekali lagi Ikhwan menggayakan tari lengguk tangannya,kali ini gayanya berubah dan nafasnya diatur lalu menenangkan dirinya untuk lebih fokus.

"Sekarang giliran aku.." kata Ikhwan tenang,Tyran menarik keluar sepucuk pistol.

"Cukuplah main-main!!" Tyran berkata dengan tersengih,ingin menarik picu.

Namun pistolnya terbelah seperti dipotong oleh sesuatu,Paxton terkejut melihat sepuluh bilah pisau terapung di sekeliling Ikhwan.

"Teknik Rahsia Puak Wijaya.. Jilid Satu,Pisau Langit.."

"What the heck is this?!" Tyran berkata dengan bengang.

"That kid.. is Ki User?!! Kenapa aku tak ada maklumat mengenai dia?!"

Ikhwan dengan menumpukan ki di tapak kaki,bergerak pantas mendekati Tyran. Saat pemuda itu sedar keadaan tersebut,sudah terlambat kerana perutnya menerima tujahan tendangan padu sehingga terpelanting jauh.

Paxton tergamam melihat keadaan tersebut,dia tidak mampu bereaksi dan Ikhwan menjeling ke arahnya dengan renungan tajam.

"Kau RAKSASA!!" Paxton menjerit dan mengacukan pistol ke arah Ikhwan.

Remaja itu hanya menghela nafas pendek,bahu Paxton terpacak dua bilah pisau dan pistol dipotong menjadi seribu bahagian.

"Raksasa? Yeah..aku dah biasa dengar...tapi.."

Muka Paxton dicengkam kuat lalu dihempas kepalanya ke lantai kayu, Paxton mengerang kesakitan namun masih hidup kerana Ikhwan mengawal kekuatannya.

"Aku masih ada hati.. tahu nilai nyawa.."

Dia belum mahu menamatkan nyawa mereka,Tyran bangkit dengan bersusah-payah seperti merasai ada beberapa bahagian rusuknya patah. Dia menyedari keadaan Paxton,Ikhwan tenang dalam keadaan berdiri di sebelah Paxton yang terbaring menahan kesakitan.

"JAUHKAN DIRI KAU DARIPADA DIA!!" Tyran mengamuk dan meluru laju ke arah Ikhwan.

"Wow... Dia masih mampu bergerak dengan keadaan macam tu?" Ikhwan dapat tahu keadaan Tyran,hanya dengan imbasan retina dari topeng mukanya.

Tyran menghayunkan tumbukan bertubi-tubi,Ikhwan dengan mudah menepis dan menangkis setiap serangan Tyran.

"Why?"

Tyran kekal menyerang dengan gaya kemas,walaupun dalam keadaan marah dia dapat mengawal pergerakan serangan tinjunya.

"Why?!!"

Tyran menyerang dan terus mengasak remaja itu,namun satu pun tidak mampu menyentuh Ikhwan.

"Why my FIST CAN'T reach this brat!!??"

"It's simple answer dude..."

"Huh?"

Ikhwan menangkap pergelangan tangan Tyran,kaki Ikhwan menyepak kaki Tyran dan remaja itu terus memusingkan tubuh Tyran.

KRAAKKK!!

DUSSSHHH!!!

Tubuh Tyran terbenam di lantai dek hempasan dari tumbukan Ikhwan,darah menyembur keluar dari mulut Tyran.

"Because I'm stronger than you.."

"Bullshit!!"

Ikhwan terkejut dengan serangan mengejut daripada Tyran,dia sempat menahan dan tertolak menjauh sedikit ke belakang.

Tyran dengan wajah yang bengis,amarahnya semakin kemuncak dan menyedari mulutnya berdarah.

"Darah?" Tyran menyoal dan tubuhnya menggigil,sedang dalam amarah.

"Aku berdarah?! Daripada budak mentah tu?!!"

"Siapa yang kau panggil budak mentah?"

Ikhwan berkata seraya sudah begitu hampir kepada Tyran,tidak sempat Tyran mahu bereaksi sudah tercampak ke belakang akibat tendangan padu Ikhwan.

"S-sial...!!" Tyran bangkit semula dan Ikhwan bersiul.

"Degilnya.. liat gak nyawa kau eh orang tua?"

"Diam!!" Jerit Tyran mengacukan pistol ke arah Ikhwan.

BLAMM!!

BLAMM!!

Tembakan bertalu-talu daripada Tyran,namun satu pun tidak menembusi perisai pada sut nano tech milik Ikhwan.

"Uish? Berapa besar saiz baju kau orang tua?"

Ikhwan menyoal kecewa sebelum terkejut,kerana bom tangan muncul di hadapan matanya.

"Seriously?"

BOOMMMM!!

Letupan kuat terhasil dan mengejutkan Luke yang mengendong Shiro,Farhan,Noe dan Kai terhenti langkah mereka sambil memandang ke belakang.

"I-Ikhwan!" Shiro risau namun disebabkan kecederaannya,dia tidak dapat berbuat apa-apa.

"Kita teruskan!" Farhan bersuara dan Luke agak terkejut.

"Hey! Kau pasti nak biarkan sepupu kau tu?!" soal Luke.

Farhan tidak menjawab dan terus melangkah ke hadapan,Shiro mendiamkan diri tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"What a heartless.." ujar Noe dan Kai terkejut.

"Hey Noe!" Kai memberi isyarat supaya jangan bersuara.

Langkah Farhan terhenti begitu juga mereka,dia memandang ke arah Noe yang bersahaja.

"Miss Minatozaki Noe.. awak kenal saya dan sepupu saya ke?" soal Farhan.

"Tak.."

"Jadi DIAM.." ujar Farhan melepaskan bloodlust.

Noe yang mulanya bersahaja,tiba-tiba merasakan nafasnya menjadi berat. Hampir sahaja dia terjatuh,mujur Kai ada menangkap tubuh anak saudaranya itu.

"Farhan! Cukup!" Luke terus membelakangkan Noe dan Kai,menghalang bloodlust Farhan.

"Mereka priority utama kita!" jelas Luke.

"Nope.. priority utama aku cuma Ikhwan.. misi ini aku hanya sukarela membantu.."

Luke dan Farhan berbalas pandangan,mata mereka berbalas tenungan yang tajam kemudian Farhan menghela nafas pendek.

Bloodlust Farhan lenyap serta-merta,dia berpaling dan terus melangkah pergi.

Pada masa itu di tempat Ikhwan berhadapan Tyran dan Paxton,asap tebal berterbangan memenuhi ruangan rumah itu. Tyran ketawa dengan kuat,dia puas hati melihat letupan kuat itu.

"HAHAHA!! MATILAH KAU! BERLAGAK SANGAT!! HAHAHA!!"

"Siapa yang mati?"

Tawa Tyran terhenti mendengar suara yang menegur,asap menipis dan figura bayang kelihatan dan Ikhwan dengan wajah ditutupi topeng mukanya.

"Kau... Kau..." Tyran bagai tidak percaya,Paxton yang sudah mula mendapat kekuatan sebentar tadi juga tergamam.

Nano Tech System..

Checking the Damage...

Result...

Suit Damage in 35%...

Ikhwan membaca maklumat mengenai sut tempur miliknya,letupan tadi mengurangkan durability sut tempur itu.

"Nampaknya aku kena serius mulai sekarang..." Desis hati Ikhwan bermonolog.

"Bagaimana kau masih boleh selamat!?? Bom tangan tadi mampu menghancurkan sut gear!" Jelas Tyran.

"Jangan samakan teknologi sut aku dengan sut gear yang lain..ianya hasil ciptaan genius!"

******

Hachiuu!!

Yusri terbersin dengan tiba-tiba,masa itu dia sedang menyiapkan kerja di biliknya.

"Sape pulak ngumpat aku nih?"

Yusri berfikir sejenak,cuba meneka dan...

"......."

"Aha! Mesti Ikhwan.."

******

Tyran memandang ke arah Ikhwan,dia tidak lagi bersikap angkuh seperti tadi. Namun dia masih lagi mempertahankan maruahnya,dia masih ada ego untuk mengakui dia tidak mungkin boleh menang jika terus berhadapan dengan remaja itu.

"Dah sudah?" soal Ikhwan.

"Huh?"

"Ada lagi senjata nak dicuba? Mana la tahu boleh bunuh aku?" Ikhwan menyoal sinis dan Tyran berang dengan ajukan remaja itu.

Paxton dalam keadaan menahan sakit,dia kuatkan diri untuk menghalang Tyran dari terus mara meluru ke arah Ikhwan.

"Lepaskan aku..!"

"Kita tidak boleh menang.. kau sedar juga itu bukan?!"

"Jadi apa yang kau nak cadangkan?" soal Tyran.

"Aku malu nak mengakui.. tapi budak tu..bukan seorang yang calang-calang..kita kena berundur.."

Paxton menampalkan sesuatu pada dinding kayu,tidak sampai lima saat letupan kuat terhasil.

Lubang besar terhasil akibat dari letupan besar tadi,Tyran dan Paxton terus berundur berlalu pergi.

"Aku sumpah! Lain kali bila kita jumpa lagi.. Aku mahu siat-siat kulit kau!"

Melihat dua orang itu cuba melarikan diri,membuatkan darahnya mendidih dan Ikhwan tersengih dari sebalik topeng mukanya.

Nano System Technology..

Full Combat mode

Activate..!

Garisan cahaya dari berwarna biru pada sut nano Ikhwan,berubah kepada warna merah dan Ikhwan terus memecut laju mengejar dua orang pemuda itu.

"Whose permission..."

Tyran dan Paxton terhenti dari terus melangkah,apabila Ikhwan muncul di hadapan mereka.

"SAID YOU CAN GO?!!"

Jerit Ikhwan sambil menghayunkan tendangan kaki kiri kemudian berganti kanan,mengenai Tyran terlebih dahulu disusuli Paxton.

DUSSSHHH!! DUSSSHHH!!!

PADU! Menyebabkan dua orang pemuda itu tercampak,masuk semula ke dalam rumah agam milik keluarga Minatozaki.

Mereka sempat menahan tendangan remaja itu,namun terasa bahang di lengan tangan mereka. Begitu kuat dan padu impak tendangan Ikhwan,Tyran dan Paxton bergolek jatuh kemudian Tyran segera bangkit walaupun dalam keadaan menahan kesakitan.

"Damnit!" Tyran menyumpah.

"Pantasnya?!" Paxton menyoal di dalam hati.

Ikhwan melangkah memasuki kediaman Minatozaki semula,dia berdiri di hadapan lubang dinding kayu yang baru dirosakkan oleh Paxton tadi.

"AKU TAK PERNAH BAGI SASARAN AKU TERLEPAS.." kata Ikhwan tenang namun memberikan aura yang sangat menakutkan.

Paxton yang masih terbaring ternampak satu lambang di sut gear milik Ikhwan,dia baru sedar dengan siapa berhadapan.

Tyran membantu Paxton bangun,mereka sedar keadaan mereka kini seperti di hujung tanduk. Remaja itu bukan remaja biasa,remaja itu adalah..

"We got into a big trouble..." Paxton berkata dengan tiba-tiba.

"What do you mean..." Tyran menyoal.

"He's born to kill.." jelas Paxton dan Tyran ternganga.

"What the heck you talking about?! It's not funny okay?!'

"He's from that clan.. Baiyura Clan.." jelas Paxton dan Tyran terdiam.

"You wanna say that kid.. got connection to Sahak?" Tyran menyoal dan Ikhwan membesarkan matanya apabila terdengar nama itu.

Sebelum sempat Paxton ingin menjawab,Ikhwan sudah mencelah menanyakan soalan.

"How did you know that name?" soal Ikhwan dan Tyran memandang ke arahnya.

"Huh?"

"Tyran.. don't talk anymore.." ujar Paxton menyedari aura remaja itu berubah semakin gelap.

"I said.. HOW. THE. FUCK. YOU. KNOW. ABOUT. THAT. OLD. MAN.."

"HOW? Heh.."

"Tyran don't answer!" Paxton menghalang.

"Kenapa kau takut sangat? Dan kau,tanya pasal orang tua Sahak tu ke?" Tyran berkata sinis.

"Apa yang lucu sangat?"

"Well.. aku ingat dia upah Paxton untuk lakukan ujikaji pada kanak-kanak berusia lebih kurang 12 tahun? Kalau tak silap 3 tahun lepas?"

"Tyran! Hey!"

"What? Dia tanya kan? Kita jawab la kan?"

Jawapan Tyran cukup memberikan trigger pada Ikhwan,untuk menyambung dan mengaitkan pada yang berlaku pada Shiro. Ikhwan diam agak lama,kemudian matanya bergerak memandang ke arah dua orang pemuda itu.

"Aku ubah fikiran.. aku akan bunuh kamu berdua SEKARANG. DI SINI."

"HAH! AKU NAK LIHAT KAU CUBA!!" Tyran melakukan provokasi.

Ikhwan menarik nafas panjang,lalu menumpukan ki serta mengaturkan Yin & Yang. Tubuhnya seakan berasap,tetapi sebenarnya diselubungi aura ki.

"Ki Control.. Full Body.."

Tyran masih tidak serik walaupun tubuhnya kesakitan,dia lebih percayakan otot badannya yang sasa. Ikhwan menghela nafas panjang,lalu terus bergerak pantas.

"Huh?" Tyran terkedu melihat remaja itu sudah berada dekat di hadapan.

DUSSSHHH!!

"HERRKK.. GAHHH!!" Senak perut Tyran dibuatnya.

"Aku tak nak main-main lagi..." kata Ikhwan menghayunkan tinjunya berulang-kali,menghinggap ke tubuh badan Tyran bertubi-tubi.

DUSSSHHH!!

DUSSSHHH!!

"Tinju Wijaya.. Jilid Satu.."

DUSSSHHH!!

DUSSSHHH!!

"Amukan Naga Pawaka..!"

DUSSSHHH!!

DUSSSHHH!!

DUSSSHHH!!

DUSSSHHHHHH!!!!

Tyran terus tumpas sebaik memuntahkan darah dari mulutnya,matanya putih dan melutut lalu rebah tidak lagi mampu bangkit.

Paxton menggigil-gigil,dia teringat perbualan semasa dia dan lelaki digelar Sahak tentang sesuatu.

"Hidup lagi ke dia?" soal lelaki bernama Sahak, Paxton tersengih.

"Jangan risau tuan,dia masih dapat bernafas..tubuh dia boleh tahan kuat.." kata Paxton yakin.

Lelaki bernama Sahak itu memeriksa keadaan tubuh seperti remaja,dia menjeling ke arah Paxton.

"Aku nak beri kau amaran.. kau pernah dengar mengenai Zenith dari Peregrine Falcon?" soal Sahak dan Paxton kehairanan.

"Yeah ada.. orang gelar dia Malaikat Maut Baiyura? Heh.. kau bergurau ke orang tua?" Paxton menyoal sinis tidak mahu percaya.

"Kalau macam tu.. kau perlu bertemu dengan dia.." ujar Sahak dan menyimpan tangannya ke belakang.

"Kau serius?"

"Aku lebih berharap kau takkan bertemu.." balas Sahak tersenyum simpul dan Paxton mengangkat sebelah kening.

"Maksud kau?"

"Tiada seorang pun yang mampu bernafas selepas menjadi sasaran dia.."

Pada masa itu Paxton terus berpaling melarikan diri,dia melemparkan bom asap tebal dan memecut berlari untuk selamatkan dirinya. Namun sia-sia kerana belakang kepalanya,dicengkam oleh Ikhwan dan mukanya terus menjunam ke bawah mencium lantai.

KRAAKKK!!

"ARRGGGHHH..!!!"

"MANA KAU NAK LARI?"

Paxton menghalakan sepucuk pistol ke arah Ikhwan,dengan segera remaja itu bergerak ke belakang terpaksa melepaskan kepala Paxton.

"You just a human!!" Paxton menjerit menembak bertalu-talu ke arah Ikhwan.

BLAMM!!

BLAMM!!

Ikhwan terpaksa bergerak ke belakang,menjarakkan dirinya untuk mengelakkan tembakan bertalu-talu daripada Paxton.

"Hahah!!" Paxton terus menembak dan mengisi peluru dengan pantas.

"JANGAN PANDANG RENDAH PADA AKU!! PEDULI APA KAU DEATH OF BAIYURA!??"

SHRAKK!!

Paxton terkaku melihat sebilah pisau terpacak pada dada kanannya,begitu dalam dan darah memancut dari luka yang terhasil dari pisau tersebut.

Paxton memandang ke arah Ikhwan, dia tergaman melihat puluhan pisau terapung.

"Teknik Rahsia Puak Wijaya.. Jilid Satu  Bahagian Dua.. Sisik Waja Naga.."

Paxton ingin melarikan diri,namun kakinya seakan dirantai pada tanah dengan ketat.

"Junaman Meteor!!"

SHRUKK!!

SHRRUUKK!!

SSHHRUUKK!!

SHHRRUUUKKKK!!

Serangan terakhir memutuskan tangan kiri Paxton,menjerit Paxton dan Ikhwan sudah berada di hadapannya lalu mencengkam kepalanya.

KRAAKKK!!

"Argghhh...!! Arrgghh!!! H-hentikan! Argghhh!!"

"Sakit kan?" soal Ikhwan dengan tersengih.

"K-kau RAKSASA..!!!"

"Aku tak nak dengar dari mulut kau..." Ikhwan mengepalkan sekuat penumbuknya,ki dikumpulkan pada satu tempat iaitu di penumbuknya.

Jurus Penamat Wijaya..

"N-nanti.. ak-aku tak mahu mati!! Aku merayu!! Tolong!!" Paxton merayu dan Ikhwan sudah siap-sedia melancarkan serangan.

REMPUHAN NAGA PAWAKA

Paxton menjerit seraya letusan kuat,sehingga menyebabkan pertarungan Shin dan Yuuto terhenti sejenak memandang ke arah mereka.

Paxton tidak sedarkan diri,mulutnya berbuih namun masih hidup. Tumbukan tadi dilepaskan ke lantai,keadaan lantai merekah melengkung dengan begitu teruk seperti hempasan meteorite.

"Haa...." Ikhwan menghela nafas pendek.

Yuuto tergamam dengan apa yang terjadi dengan kedua-dua Paxton serta Tyran. Ikhwan memandang ke arah Shin,lelaki itu menyedari pandangan remaja itu.

"Hey old man.. my part already done!" Ikhwan berkata selamba dan Shin hanya tersengih kelat.

"Ba-bagaimana..?"

"They already fuck up when they decide to fight him." Shin membalas tenang sambil tangan mengelap darah daripada bibir.

Matanya kosong menatap Yuuto yang tidak kurang teruk digasaknya. Darah serta lebam berada di mana-mana.

Yuuto mencerlu mata. Gerahamnya diketap kegeraman. Darah menitik daripada telapak tangannya yang berdarah. Shin senyap tanpa berkata apa-apa.

Hari semakin gelap, kawasan yang diterangi sorotan bulan, Shin serta Yuuto berdiri di hadapan satu sama lain. Kedua-dua mereka tidak memutuskan pandangan pada satu sama lain.

"Mampus kau hari ni!" Yuuto meluru bersama sebilah pedang yang disaluti Ki miliknya.

KTANGGGG!!

"Cuba lebih baik sikit.." Shin melakukan ajukan seraya menghalang serangan pedang itu. Ki miliknya juga diaktifkan.

Dengan gerakan yang lincah, Yuuto serta Shin saling berbalas serangan. Shin langsung tidak tergugat dengan setiap serangan berat yang diberi Yuuto. Tubuhnya menari melalui angin, pedang bersinar memotong udara.

KTANGGG!!

KTANGGG!!

Yuuto mengetap gigi tak puas hati. Lebih menyakitkan hatinya apabila matanya menangkap satu bayangan hitam yang misterius dibelakang Shin. Bayangan seakan seseorang! Tiba-tiba matanya terbeliak apabila satu tumbukan menghinggapi tubuhnya!

BAMMMMMM!!

"GAHAKKK!!"

Tubuhnya melayang menghentam dinding! Tidak cukup dengan itu, wajahnya dihujani beberapa tumbukan yang berat! Darah keluar tanpa henti! Iris matanya tidak dapat difokuskan apabila bayangan dibelakang Shin semakin jelas.

BAMMMM!!

"You must saw it..."

Shin menghentikan serangan. Yuuto meludah darah ke tepi bersama mata yang tajam menatap lelaki itu.

"Di belakang aku ada sesuatu." Tambah Shin lagi.

"Aku.. Pernah dengar khabar angin mengenai darah Ryuzaki.. Jika Ki yang mereka guna semakin kuat.."

"Kau boleh nampak 'corruption', bayangan hitam." Shin menyambung.

"Tapi bagi kami Ryuzaki.." Kolar baju Yuuto ditarik sehingga kaki lelaki itu tidak menyentuh tanah.

"..Itu tandanya lawan kami sangat lemah." kata Shin dan menjeling ke arah Ikhwan,remaja itu dalam keadaan bersila di atas lantai.

Shin tersenyum simpul berfikir,remaja itu sudah pasti sudah melepasinya sebab itu bayangan hitam itu tidak muncul di pandangan mata Ikhwan.

Yuuto terdiam sebelum menjerit kemarahan! Pegangan Shin terlepas sebelum menghalang sepakan udara lelaki itu!

BAMMMMMM!!

BAMMMMMM!!

"Jangan berlagaklah kau celaka!!!"

BAMMMMM!!

"Aku cuma bagitahu hal yang betul."

BAMMMMM!!

Setiap serangan dan belokan tubuh menjadi lebih pantas dan agrasif. Yuuto mengambil katana yang berdekatan sebelum menampilkan kekuatannya dengan gerakan yang kuat, sementara Shin memanfaatkan kelenturan tubuh untuk mengelak dan membalas dengan serangan balik yang tajam.

SLAHHHHH!!

Desiran angin memperdalamkan ketegangan di antara keduanya. Mereka saling bergasak, mata bertatapan dengan fokus yang kuat. Setiap langkah terhitung, setiap serangan menjadi berat dan pantas. Pedang bertemu dalam percikan sinar bulan, menciptakan kilatan cahaya yang menggambarkan ketangguhan dan kecepatan kedua-duanya.

"MAMPUSS KAUU RYUZAKII!!"

Dalam keadaan yang memuncak, Yuuto dan Shin melepaskan seluruh kekuatan mereka. Tubuh mereka bersatu dengan pedang, menciptakan gambaran yang memukau seolah waktu berhenti sejenak. Siapa yang akan keluar sebagai pemenang dalam pertarungan pedang yang penuh gairah ini? Bulan yang semakin naik menjadi saksi bisu di langit malam.

"Ryuzaki secret art.." Shin berbisik bersama mata yang tertutup. Tanganya kemas memegang hulu katana.

"MATI KAU JAHANAM!!" Yuuto meluru terus.

"..Watatsumi."

Seakan air menitik, keadaan disekeliling Shin menjadi tenang. Yuuto yang meluru pantas tadi seakan bergerak perlahan. Bersama mata yang masih tertutup, pedangnya bergerak melibas dalam beberapa bentuk sebelum Shin menyimpanya didalam sarung.

SLASHHHH!!!

SLASHHHH!!!

SLASHHHH!!!

SLASHHHH!!!

Di saat mata Shin terbuka, Yuuto sudah meraung kesakitan bersama darah yang menyelimuti tubuh. Katanya pula sudah berkecai menjadi cebisan.

"TIDAKKK!! TIDAKKK!! AHHHH!!!"

Shin melirik sahaja daripada ekor mata dengan keadaan Yuuto. Setiap kali lelaki itu bergerak, bahagian badanya perlahan-lahan terputus. Daripada jari jemarinya, lengan kemudia tangan. Tidak cukup dengan itu, tubuhnya rebah apabila kakinya pula terputus.

"GAHAKKK!!"

Mulutnya pula terputus dan bebola matanya terkeluar. Sesiapa yang menatap adegan itu, tidak akan percaya semuanya daripada tekni rahsia yang digunakan Shin. Sangat brutal. Sangat kejam.

Shin diam. Sangat-sangat diam dan dalam masa yang sama teringat perbualanya bersama Hakuryu semasa dia masih berlajar dengan lelaki itu.

"Watatsumi adalam mitos negara kita. A water dragon deity." Ujar Hakuryu. Tangan mengasah katana. Shin pula senyap mendengar.

"Dan teknik rahsia kita berasal daripada nama itu."

"Maksud ayah?"

"Serangan daripada teknik itu tidak membunuh secara terus sama seperti laut yang dijaga naga itu. Kapal tidak terus tenggelam, tetapi perlahan-lahan.. sangat perlahan.." Pedang dihulur pada Shin.

".. Ditelannya sehingga habis. Dan teknik ini, membunuh mangsanya dengan sangat-sangat perlahan, terkseksa sehingga nyawa mereka menemui ajal."

Shin meneguk liur.

"Setiap Ryuzaki perlu tahu dan digunakan pada orang yang layak terimanya. Faham?"

"Faham.. Ayah."

Shin membuka kembali matanya. Kakinya perlahan-lahan melangkah pada Yuuto yang jelas perlahan-lahan meninggalkan dunia ini dengan keadaan yang sangat.. Sadis.

"Aku dah janjikan?" Shin menyoal datar.

"Aku akan bagi kematian yang lebih sakit daripada yang kau bagi pada Kenshin." Badan ditundukkan sehingga matanya dan Yuuto bertembung.

"Goodbye world, welcome to hell mother fucker."

"Arghh- Arghh!"

Shin menegakkan kembali tubuh sebelum beredar. Langsung tidak menghiraukan Yuuto yang sedang dalam kesakitan dan langsung tidak sedar..

Air matanya mengalir.

"Kenshin.. My friend. Please rest in peace now.. You deserve it.. I'll take care of everything from here on." Bisiknya.

Angin malam bertiup menampar lembut pipi Shin serta mengalunkan rambutnya.

Matanya terbeliak sedikit sebelum tersenyum tipis. Dirinya seakan merasakan roh rakannya di belakang.

'Thank you.'

Shin mendekati Ikhwan,mereka berbalas tenungan kemudian Shin memandang ke arah dua orang pemuda yang ditumpaskan oleh Ikhwan.

"Teruk kau kerjakan diorang.. aku rasa kau dah rasa lega..?" Shin menyoal.

"Yeaaahhh.. a little.."

"Cuma 'little'?.." Shin berkata tersengih.

"Akarnya masih belum dihapuskan.." jelas Ikhwan serius dan Shin faham.

"Just contact me.. if you need my help.." Shin berkata sambil tersenyum.

"Yeah.. right now.. I need your help.." kata Ikhwan dan Shin menjungkitkan kening kirinya.

"Carry me sir,I can't move my body.."

"Wha...??"

***

Shiro menatap bulan sambil orang-orang ayahnya berada di merata-rata. Menguruskan banyak benda. Semua para doktor peribadi milik Ryuzaki juga disitu, membantu mereka yang tercedera. Shiro senyap dan tubuhnya masih menggigil sedikit. Masih terganggu dengan kehadiran Paxton serta Tyran.

"I can't be like this forever haih.." Keluhan panjang dilepaskan sebelum mengambil phone. Dahinya bergerut apabila nama Senjuro naik.

[Good job kid. I'm proud of you. I'll have good news for you later on! Sooooo, wait for it! Good bye darling!]

Shiro terkebil-kebil namun tawanya terlepas.

"Thank you sensei.."

Shiro memandang ke satu arah,Shin muncul sambil memapah Ikhwan berjalan ke arah mereka. Ikhwan sempat memberikan arahan pada squad yang mengiringinya dari sebalik bayang,memindahkan Tyran dan Paxton ke tempat yang ditetapkan.

"Ikhwan!" Shiro ingin bangun,namun Luke sudah menghalang.

"Duduk diam-diam! Kau cedera!" Sergah Luke.

Ikhwan hanya ketawa kecil,Shin hanya tersenyum simpul dan mengusap kepala Ikhwan.

"Thanks kid.." kata Shin dan Ikhwan agak terkejut,kemudian tersenyum dan Farhan muncul menyambutnya.

"Back at ya.."

"Kau guna Full Body? Kau gila ke?" Farhan mula berleter.

"Mereka berdua ada kena-mengena dengan kes Farouz.." Ikhwan membalas dan Farhan terdiam,air mukanya berubah.

"Mana kau letak mereka?" soal Farhan dengan nada yang luar biasa.

"Hey chill out.. not now okay?" Pujuk Ikhwan dan Farhan menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dan kembali bertenang.

"Aku dah arahkan squad yang escort aku.. alright?"

Farhan tidak menjawab dan sekadar mengangguk sahaja,dia memapah Ikhwan menuju ke sebuah van ambulan.

Farhan memandang ke arah luar,kemudian mendongak ke arah langit malam dihiasi dengan bulan penuh.

"What long night..."


🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

We're back

Hopefully can give you guys a satisfied for this chapter

Well both of us in slump.

Pehal aku teks dalam bahasa English ni?

Okay

Melayu on!

Untuk siri ni aku dan Lovelive122003 karang bersama

Harap korang berpuas hati,3k lebih words mat/minah oi!

KOMEN N VOTE

ALRIGHT?

Stay with us

Just a little

Okay?

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top