Lisan 6 : Kecoh di Kelas
Kelas 2-A
"This is...."
Guru subjek math seperti biasa,memberikan nota dari monitor besar di hadapan. Teknologi semakin ke hadapan,kapur dan papan hitam tidak lagi digunakan,kini dengan hujung jari sahaja dan cara pengajaran lebih efisyen.
Ikhwan hanya mengambil nota ringkas rekaan sendiri,isi-isi penting dan dimasukkan ke dalam telefon pintar miliknya untuk dijadikan rujukan. Matanya menjeling ke luar tingkap,melihat keadaan padang. Ada beberapa kelas menjalani kelas P.E,dia hanya melepaskan keluhan.
"Pelajar Ikhwan.." guru math menegur dan Ikhwan memandang ke arahnya.
"Ya?" sahut Ikhwan.
"Kelas saya ni membosankan ke?" soal guru itu.
"Kalau saya jawab ya dan tidak.. ianya tiada beza.." jawab Ikhwan selamba dan rakan sekelas terkejut.
Shiro di sebelah bersiul,Luke yang tempat duduk di hadapan sekadar mendengar. Guru itu tersengih geram menahan sabar,urat marah timbul.
"Ooh? Macam tu ya.. pelajar Ikhwan.. sila jawab soalan ini!"
Satu soalan yang agak rumit terpapar di monitor besar,Ikhwan memerhatikan setiap nombor dan simbol pada soalan itu. Ikhwan mula menaip dan melakukan beberapa formula,kemudian menekan butang 'enter' dan jawapan serta cara penyelesaian terpapar.
"Nah.."
Semua di dalam kelas terkedu,guru math membetulkan cermin mata dan memeriksa jawapan.
"B-betul.."
Ding dong kedodong..🔉🔉
Waktu rehat...
"Hahaha!! Kau memang superb la bro!" Shiro berkata dengan tersengih.
"Ha? Kenapa pula?"
"Muka Reina-sensei tadi merah habis! Tapi kan kau ni genius ke apa?" Shiro berkata lagi ingin tahu.
"Genius? Kenapa?"
"Soalan matematik tadi tu tahap University..mustahil kau dapat jawab.." Luke mencelah.
"Matematik memang subjek yang sama je..tak kira di tahap sekolah atau universiti..asalkan tahu formula tak ada masalah untuk menjawab.." jelas Ikhwan panjang lebar.
Luke dan Shiro hilang kata-kata,dua orang remaja itu hanya mampu berbalas pandangan. Ikhwan pula hanya menjamah bento (bekalan makanan) yang dibekalkan oleh Sanae.
"Seriously this guy.." Luke mengeluh.
Mata Ikhwan menangkap ke satu tempat,seorang rakan sekelasnya sedang berkumpul. Apa yang menarik perhatiannya,salah seorang sedang dipukul walaupun tak kuat tidak terelak dari merasa sakit.
"Kau tengok apa Wan?" soal Shiro dan memandang ke arah Ikhwan sedang pandang.
"Mereka tu dari kelas 2-C.. selang satu kelas.." ujar Shiro.
"Apa yang kelas 2-C buat di sini?" Ikhwan menyoal.
"Weh ni je ke kau ada?" soal salah seorang pelajar itu,bernama Tetsu.
"Y-ya...itu je yang aku ada.." jawab pelajar itu,bernama Hanada.
"Aku rasa dia sembunyikan la bakinya.. sebelum ni kan banyak je kita dapat.." rakannya bernama Mazusaka mencelah,manakala seorang lagi Manaka hanya mendiamkan dirinya.
"Ouh ya?" soal Tetsu tersengih dan menumbuk perut Hanada,menyebabkan Hanada senak.
"Hey!!"
Jerkahan suara dari seseorang mengejutkan,Tetsu,Mazusaka dan Manaka. Dua orang pelajar perempuan,sedang berdiri merenung ke arah mereka.
"Heh.. Emyriel Celeste dan Alisa Darweez.. a honor student.. is arrived.." Shiro berkata dengan tersengih.
"Emyriel Celeste? Alisa Darweez?"
"Mereka berdua adalah honor student di sekolah ini.." jelas Luke.
"Diorang bangun melawan pembuli di depan mata mereka.." kata Shiro pula dan Ikhwan memerhatikan keadaan itu.
"Apa yang korang fikirkan hah? Kamu bertiga bukan pelajar kelas 2-A! Sila beredar! Atau kami panggil guru!" Emyriel berkata dengan lantang.
Mazusaka ternyata berang,Manaka masih bersahaja dan Tetsu mendecih kemudian menolak Hanada dengan kasar.
"Kau tak payah nak menyibuk tak boleh ke?" Tetsu menyoal.
"Ini bukan kelas awak..boleh pergi dan jangan ganggu Hanada lagi.." ujar Emyriel dan Tetsu menghela nafas marah.
"Kau memang menyakitkan mata la perempuan.." ujar Tetsu terus menghayunkan tumbukan.
Emyriel tergamam melihat tindakan Tetsu,dia membesarkan mata dan pada masa itu sesuatu terbang laju mengenai bahunya lalu membuatkan tumbukan dia tersasar.
Semua terkejut dan Tetsu mengetap giginya,dia memandang ke satu arah dengan wajah yang bengis.
"SIAPA YANG BALING HAH?!" jerit Tetsu sambil menyoal.
Semua senyap dan tidak berani bersuara,seseorang menghela nafas keluhan.
"Aku.. apasal? Sakit ke? Patah ke?" Ikhwan berkata dengan nada sinis.
"Hah?!" Tetsu mengalihkan sasaran dan Ikhwan bangun bergerak keluar dari tempat duduknya.
Tetsu mencekak kolar baju Ikhwan,dia merenung tajam tepat ke anak mata Ikhwan. Tetapi Ikhwan berlagak biasa seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Kau nak mampus ke?"
"Tak.." jawab Ikhwan pendek.
"Jadi yang kau masuk campur apahal?"
"Macam miss honor student kata,ini kelas kami..bukan kelas korang.. jadi ianya normal untuk masuk campur.."
Jawapan Ikhwan membuatkan rakan sekelasnya,terharu dan Shiro tersengih manakala Luke agak kagum. Emyriel dan Alisa pula sekadar memerhatikan sahaja,Manaka merenung ke arah Ikhwan dan Mazusaka ketawa kecil.
"Haha..kau pukul je la dia Tetsu..tengok macam mana hero lepas tu.."
"Kau nak berlagak hero huh? Tengok macam mana kau boleh berlagak ke tak lepas ni!" Tetsu mengepalkan penumbuk dan ingin menghayunkan tumbukan.
Namun Ikhwan menangkap pergelangan tangan Tetsu,tidak sempat Tetsu mahu menghayunkan tumbukan kerana dia kesakitan.
"ARGGGHHHH!!!" semua terkejut mendengar jeritan Tetsu,sehingga melutut sakitnya.
Tetsu mengerang kesakitan dan badannya,menggigil-gigil dibuatnya dan membuatkan semua tidak faham dengan apa yang berlaku. Shiro dan Luke juga hairan,Alisa dan Emyriel berbalas pandangan.
"Saaa...kitt...ha.. ha... Ha..."
Tetsu mendongak ke atas,ke arah Ikhwan dan terkedu melihat renungan mata Ikhwan. Seperti melihat renungan mata haiwan pemangsa,Ikhwan mencengkam pergelangan tangan Tetsu dengan lebih kuat.
"AAARRGGGHHHH!!!"
"KAU APA YANG KAU!!" Mazusaka ingin menyerang,namun Ikhwan terus melepaskan Tetsu dengan menolak pergelangan tangan Tetsu ke belakang.
Tetsu memegang pergelangan tangannya,sakitnya bukan kepalang dan hampir menangis. Mazusaka melihat keadaan itu,mula hilang sabar dan cuba menyerang ke arah Ikhwan. Namun Manaka menariknya,menahan dia dari mara ke hadapan.
"Cukup Mazusaka!" Manaka berkata dan Mazusaka menurut,Manaka membantu memapah Tetsu.
Tiga pelajar dari kelas 2-C itu keluar dari kelas 2-A,semua pelajar sekelas menghela nafas lega. Ikhwan menghampiri Hanada,membantunya bangun dan dibersihkan pakaiannya yang kotor.
"Kau okay?" soal Ikhwan.
"Y-ya..terima kasih.." ujar Hanada.
"Aku tak rasa diorang akan lepas macam tu je.." ujar Shiro sebaik menghampiri Ikhwan dan Hanada.
"Yeah..aku rasa macam tu gak.."
"Hanada,balik nanti kau saing kitorang lah..takut diorang nanti lepaskan geram kat kau pula.." kata Shiro dan Hanada mengangguk faham,dia memandang ke arah Alisa dan Emyriel.
"Emyriel-san.. pelajar Alisa.. terima kasih cuba melindungi saya.." ujar Hanada.
"Takpe-takpe! Saya cuma tak nak kejadian buli berpanjangan!" Emyriel membalas.
"Tapi apa yang awak lakukan tadi,sangatlag bahaya..kalau Ikhwan tak lakukan tindakan,muka cantik awak pasti dah lebam.." ujar Shiro dan Emyriel tersentak,kerana Shiro memujinya cantik.
"Ikhwan bukan? Terima kasih selamatkan Emy dan Hanada.." lembut Alisa berkata-kata,Ikhwan tergamam seketika.
Wajah Alisa yang tersenyum,dia perhatikan agak lama. Ikhwan tersentak dan menggelengkan kepalanya,dia menghela nafas pendek.
"Sama-sama..saya cuma tak mahu tengok orang disakiti.." jelas Ikhwan tersenyum.
Alisa mengangguk setuju,mereka berbalas pandangan dan senyuman. Tidak lama lepas itu,mereka beredar dan ke tempat duduk mereka sendiri. Shiro dan Emyriel berpandangan,dua orang itu seperti dapat mengagak mengenai sesuatu.
"Hey Emyriel.. mereka berdua seperti ada vibe di antara satu sama lain.." bisik Shiro mendekati Emyriel.
"Nanti dulu,jangan main cakap..kita perhatikan dulu..bagaimana?" Emyriel memberi cadangan.
"Okay!" Shiro berkata sambil menaikkan ibu jari.
"Nice!" Emyriel juga sama.
"Shiro dengan Emyriel ada hubungan apa-apa ke?" soal Ikhwan melihat gelagat Shiro dan Emyriel.
"Shiro dan Emyriel sudah biasa bekerjasama sebelum kau datang sini.. kami rakan sekelas sejak tahun lepas.." jelas Luke dan Ikhwan mengangguk sahaja.
"Bagaimana dengan Alisa?" soal Ikhwan lagi.
"Kenapa dengannya?"
"Tiada apa..just curious.." jelas Ikhwan dan Luke tersenyum.
"Alisa menetap di sini,malah dia dan Emyriel rakan sejak kecik kalau tak silap dengan apa yang aku dengar lah.." jelas Luke dan Ikhwan mengangguk faham.
"Kau berminat ke?" Usik Luke dan Ikhwan memandang ke arah Luke yang tersengih.
"Mungkin? Biar masa tentukan.." jawab Ikhwan tersenyum dan Luke agak terkejut mendengar jawapan daripada Ikhwan.
"Kau agak matang.." Luke memuji dan Ikhwan tersengih.
Pada masa yang lain,di kelas 2-C pula si Tetsu terjatuh ditumbuk oleh seseorang. Mazusaka membantu memapah Tetsu bangun,Manaka pula hanya duduk memerhatikan keadaan itu.
"Bodoh..kau peras ugut,tapi sebaliknya..kena halau?" soal pelajar lelaki yang menumbuk Tetsu.
"Yusuke,dia bukan calang-calang.." Manaka mencelah dan pelajar dipanggil Yusuke, menjeling ke arahnya dan tersengih.
"Jadi pelajar tu, HEBAT?" soal Yusuke.
"Mata aku tak menipu.." jelas Manaka.
"Kenapa kau tak cabar dia?"
"Aku memilih untuk natural apabila berhadapan dengan dia.."
"Kau pengecut.."
"Cakap apa yang kau mahukan.."
Yusuke menghampiri Manaka,dan melekatkan dahinya pada dahi Manaka dengan kasar. Sambil tersengih merenung tajam ke arah mata Manaka,malah Manaka juga membalas tenungan mata Yusuke.
"Kalau kau takut,biar aku yang URUSKAN DIA!! KAU JADI PENONTON!" Yusuke berkata yakin dan Manaka tersenyum.
"Hooo? Aku tak sabar nak tunggu.."
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Heya guys
Apa khabar semua?
Sihat hendaknya ya..
Terima kasih kerana sudi membaca story ini
Komen dan vote ya..
Itu je lah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top