Lisan 58 : Operasi Ikhwan
Boots dipakai kemas..
Tali pinggang dikunci dan jacket hitam hoodie disarung.
Sarung tangan sedia sudah dipakai..
Ikhwan dan Farhan berbalas pandangan,mereka mengangguk faham tanpa perlukan ayat.
Mereka menekan satu butang komunikasi,serentak mereka memberi ayat arahan.
Suit Nano Tech activate..
Everything is Ready to Go...
Good luck..
Pakaian yang mereka pakai adalah gear untuk melakukan misi,garisan corak pada gear mereka menyala tanda suit mereka sudah aktif.
Luke bersiul kagum,Ikhwan dan Farhan memandang ke arahnya.
"Aku dah tahu siapa korang.. tapi aku tak boleh biasakan diri..." Luke memberi komen sambil tersengih kelat.
"Kau patut biasakan..." Farhan menjawab tersenyum.
"Nanti kita akan bekerjasama bagi misi yang besar di masa akan datang.." Ikhwan berseloroh.
"Jangan mengarut walaupun gurauan.." balas Luke menghela nafas pendek,Ikhwan ketawa kecil.
"Bagaimana Shiro?" Farhan mencelah.
"Entah.. seminggu hilang tiba-tiba.." Luke berkata tidak puas hati.
"Kalut sangat kau ni,jangan risaulah.." kata Ikhwan dan Luke merenung tajam ke arahnya.
"Kau patut tahu apa yang pernah berlaku pada Shiro.."
"Apa yang berlaku pada Shiro? Maksud kau?" Ikhwan menyoal pura-pura tidak tahu.
"Kau ingat aku tak tahu pasal rakaman video yang dihantar pada abang aku?"
Farhan terkejut dan memandang ke arah Ikhwan,namun Ikhwan langsung tidak goyang dengan renungan tajam Luke.
"Kau overprotective tanpa sebab lah.. bukan kau tak tahu ke mana je dia hilang.. kalau bukan berguru dengan ketua kau tu.." jawab Ikhwan selamba.
"Kau boleh jamin yang dia akan selamat? Ketua aku bukannya robot.. dia pun manusia gak!"
"Pembetulan.. MANUSIA LUAR BIASA..." balas Ikhwan selamba lagi.
Luke membuat muka blur memandang ke arah Ikhwan,dia hilang kata-kata untuk membidas apa yang Ikhwan maksudkan mengenai Senjuro dan memandang ke arah Farhan.
"Jangan pandang aku.. sepupu merangkap ketua skuad kami memang macam ni.. tak ada siapa boleh menang lawan mulut.." kata Farhan tanpa perasaan.
Tiba-tiba bunyi panggilan masuk kedengaran,dari smartphone milik Luke. Tanpa menunggu lama,Luke memeriksa dan nama Shiro terpapar pada skrin.
"Baru sekarang nak call?" Omel Luke sendirian.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,kemudian tersenyum kelat kerana reaksi Luke.
********
Farhan Dan Luke memerhatikan Shiro dari jauh,remaja itu menyelinap masuk ke dalam kediaman Minatozaki.
"Alright... dia dah masuk.. Jom kita gerak.." kata Luke dan Farhan hanya mengangguk.
"Sebelum tu.. mana Ikhwan?"
Soalan Luke hanya dijawab dengan senyuman sahaja oleh Farhan,Luke jeda seketika kemudian menoleh ke arah kediaman yang besar itu.
"He already?..."
Farhan hanya tersengih kelat dan mengangkat bahu,Luke menghela nafas berat dan terus melangkah untuk menyusul.
Pada masa yang sama juga,seiring Shiro menyelinap masuk tanpa disedari oleh Shiro ada sesuatu mengekorinya. Ianya adalah drone bersaiz serangga,malah berbentuk serta bersaiz sama dengan saiz lalat dan dikawal oleh Ikhwan memantau Shiro.
"Ikhwan?" Suara Farhan kedengaran di alat komunikasi.
"Yeah?"
"Lokasi kau di mana?" Luke mencelah.
"Betul-betul hampir dengan pintu utama.." jawab Ikhwan tenang.
"Seriously? You rascal.. apahal kau tak info awal-awal?"
"Shh! Aku rasa Shiro bakal buat hal.."
"Huh?" Farhan terkejut.
"Apa tak kau pun sama...?" Luke berkata nada sarcasm.
"Aku belum lagi.." jawab Ikhwan selamba.
Ikhwan bersembunyi di sudut laman kediaman Minatozaki,tidak jauh berhampiran di pintu masuk utama kediaman tersebut. Ikhwan terkejut melihat Shiro menegur beberapa pengikut pihak Minatozaki, dia menekup mukanya yang ditutupi topeng penuh.
"Haa.... seriously this rascal.."
"Apa Hal tu?" Luke menyoal.
"Shiro.. making contact with Minatozaki's minion.."
"WHAT?!" hampir gugur jantung Luke mendengar apa yang Ikhwan katakan.
"Keep your voice down... my ear gonna explode if you scream like that.." kata Ikhwan selamba.
"This is not funny! Shiro will get caught!" Luke ingin bertindak menyerbu,namun Farhan segera menahan dengan cara merangkul kedua-dua bahagian bawah bahunya.
"Farhan! Lepaskan aku! Shiro dalam bahaya!"
"Dan rosakkan rancangan kita?"
"Nyawa Shiro lebih penting!!" Luke cuba bergelut untuk lepaskan diri dari kuncian Farhan.
Farhan tersengih kelat dan Ikhwan menghela nafas pendek,Ikhwan meregangkan otot-ototnya kemudian melakukan sedikit regangan tulang lehernya.
"Guys.. serahkan pada aku.." kata Ikhwan mencelah dan Luke berhenti dari bergelut dalam kuncian Farhan.
"Kau pasti? Kau boleh uruskan?" Luke menyoal.
"Ini kepakaran aku..." kata Ikhwan selamba,Luke kembali tenang.
Farhan menghela nafas lega,Ikhwan menyelinap dari semak samun yang berhampiran kediaman Minatozaki. Ikhwan memejamkan mata dan membuka mulut,berkata sesuatu dan berbunyi.
"Mission Codename:Chaos King.."
Ikhwan terus keluar dari semak dan menyerang minion Minatozaki yang menjaga pintu utama kediaman,gerakan Ikhwan yang pantas membuatkan minion musuh tidak sempat untuk bertindak. Sekelip mata sahaja empat minion yang mengawal pintu utama,ditumbangkan dengan pantas.
Pintu diterajang sehingga tertanggal dan mengejutkan minion yang mengawal di bahagian dalam kediaman,semua menarik pistol dan senjata api berat. Namun Ikhwan langsung tidak goyang,dia menarik keluar lapan bilah pisau kecil bersaiz hanya ibu jari.
Mereka tergamam kerana lapan bilah pisau itu terapung dan Ikhwan tersengih,lalu kelapan-lapan bilah pisau itu terus melayang menyerang minion Minatozaki yang mengacukan senjata api ke arah Ikhwan. Jeritan mereka menarik perhatian rakan-rakannya yang lain,salah seorang dari belakang ingin menyerang Ikhwan.
Namun Ikhwan bukanlah calang-calang kehebatannya,dia terlebih dahulu bertindak mengelak serangan lelaki itu. Ikhwan kemudian terus menghayunkan tendangan kaki kiri,lalu berpusing individu tersebut tercampak merempuh kabinet perhiasan sehingga hancur.
Lapan bilah pisau kembali ke pegangan jari Ikhwan,remaja itu menyedari semakin ramai yang datang. Dia juga sedar Shiro dapat meneruskan misinya,malah berjaya bertemu dengan Minatozaki Kai dan Minatozaki Noe walaupun ada sedikit masalah timbul.
"Good.."
Ikhwan berkata lega namun seorang lagi minion sudah mengatur langkah,menyerbu ke arahnya dengan laju namun Ikhwan menangkis tumbukannya dan melakukan counter dengan tumbukan padu tepat ke perutnya. Senak! Menyebabkan dia melutut dan Ikhwan mengangkat kaki kirinya,lalu menghenyak kepala musuh dan individu itu tidak bergerak.
Suasana menjadi senyap seketika, tiada lagi yang berani mahu mara untuk menyerang. Ikhwan memerhatikan keadaan sekeliling,dia memejamkan matanya menumpukan fokus dan mengesan tiga ki berwarna merah.
Tiga ki merah,salah seorang mesti Yuuto Minatozaki...
Lagi dua itu...?
Monolog kata hati dan Ikhwan menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dan memandang ke hadapan.
"Korang dah tak nak serang lagi?" Ikhwan menyoal dan semua diam,walaupun Ikhwan menyoal dengan bahasa Jepun.
Tiada respon dari minion Minatozaki,Ikhwan memerhatikan ke arah sekeliling kemudian mengangguk faham.
"Apasal diam? Sebab aku guna bahasa korang ke?" tambah Ikhwan lagi,minion keluarga Minatozaki berpandangan sesama mereka.
Ikhwan mengangkat kedua-dua bahu,dia meregangkan otot-ototnya dan tersengih.
"Kalau macam tu,aku pula yang menyerang.." Ikhwan berkata sambil tersengih menyeringai menunjukkan taring giginya.
Farhan terasa seram sejuk dan memandang ke arah kediaman Minatozaki, dia seperti tahu apa yang Ikhwan sedang lakukan di dalam kediaman tersebut.
"Kenapa?" Luke menyoal kerana dia sedar reaksi Farhan.
"Aku rasa seram sejuk..." kata Farhan.
"Dengan?"
"Ikhwan..."
Luke terdiam seakan faham maksud Farhan,jika Senjuro pernah kata Ikhwan sepertinya. Dia pasti faham apa yang dimaksudkan oleh Farhan,namun Luke juga tahu Ikhwan pasti tahu mengenali sekutu atau seteru.
Bahu Farhan disentuh oleh Luke.
"Ikhwan tahu bezakan kawan atau lawan.." kata Luke dan Farhan memandang remaja itu.
"Luke.. kau tak kenal Ikhwan lagi.." kata Farhan dan Luke kehairanan.
"Ikhwan lebih bahaya dari musuh yang ada semua ni..." Jelas Farhan lagi.
Ikhwan menghayunkan tendangan ke arah salah seorang minion,melayang orang itu dan jatuh bergolek di atas lantai dan mengerang kesakitan.
"Panggil yang lain!! Minta hantar bantuan lebih ramai! Musuh bukan manusia!!" Jerit salah seorang minion dan Ikhwan mengerutkan dahi.
"YA!! DIA RAKSASA!! YAKSHA!!" rakannya pula menambah.
"Wey itu biadab..." ujar Ikhwan mengangkat kerusi plastik lalu dilemparkan ke arah yang mengatakan dia raksasa.
Muncul satu susuk tubuh mengejut dari belakang,menyerang dengan pantas dan Ikhwan mengelak. Musuh itu memegang sebilah pedang,jenis katana yang panjang.
"Wow... Katana in flesh!" Ikhwan bersorak dalam hati,well dia juga peminat anime culture.
"Yaksha! Bersiap-sedia untuk mati!!'
"Perlu ke menjerit?" soal Ikhwan muka blur.
Individu itu terus meluru ke arahnya dengan hayunan pedangnya,Ikhwan terkejut dan terus berundur ke belakang mengelak libasan pedang katana tersebut. Libasan diteruskan dengan hayunan bilah pedang yang pantas,Ikhwan mengelak dan teruskan mengelak.
Pemedang itu mendecih dan menghentikan langkahnya,Ikhwan kehairanan dan bilah pedang katana itu diselubungi aura keputihan. Ikhwan tergamam dan pemedang itu melakukan libasan dari jarak jauh,satu potongan gelombang meluru laju ke arah Ikhwan dengan begitu laju.
"Whoopss!!"
Sudah tentu Ikhwan dapat mengelak,pemedang itu terus menerus menghayunkan libasan senjata dengan amat laju. Akibat Ikhwan mengelak serangan libasan itu,merosakkan keadaan sekitar ruang rumah agam di mana mereka bertempur.
"Rank 3..." kata Ikhwan sendirian.
Ikhwan berlari sekeliling kawasan ruang rumah agam itu mengelap setiap serangan,menyebabkan pemedang itu mula hilang sabar dan mengambil keputusan untuk mendekati Ikhwan.
"Kau macam lipas!! Duduk diam-diam dan mati!!" Pemedang itu melakukan hayunan tetakan sebaik menghampiri Ikhwan.
Remaja itu hanya menarik keluar sebilah dagger lalu digabungkan aura ki miliknya,lalu menahan tetakan pedang katana tersebut.
"Kau boleh tahan pedang aura aku di tahap ini?!"
Ikhwan tidak menjawab dan pemedang itu senak perutnya apabila dihenjut penumbuk oleh Ikhwan,pemedang itu menggigil-gigil tubuhnya dan remaja itu sekali lagi menghayunkan tendangan kaki kiri tepat ke rusuk kiri pemedang tersebut dan terhumbanlah individu itu serta terus pengsan.
Suasana kembali sepi diperhatikan oleh beberapa minion Minatozaki yang masih berdiri,Ikhwan mengibaskan pakaiannya yang sedikit terkena habuk lalu menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah minion Minatozaki yang masih mampu berdiri dengan tersenyum serta matanya bernyala (imaginasi minion Minatozaki yang ketakutan)
"Now... Who's next?" Ikhwan menyoal dengan menyeringai menunjukkan gigi taringnya.
Apa yang berlaku di dalam rumah tersebut disaksikan jelas,oleh dua pasang mata iaitu Farhan dan Luke. Menggunakan mata kamera dari drone berbentuk serangga mini,mudahkan untuk melakukan siasatan atau misi menyelinap.
"That's insane..." Luke berkata.
"Insane? Heh,this is only just a beginning.." Farhan berkata.
"Apa maksud kau?"
"Ikhwan cuma main-main je ni.."
"Main-main?"
"Yup...kalau Ikhwan serius,mereka semua dah tak boleh bergerak dah.."
"Maksud kau mati? Begitu?"
"Terpulang pada imaginasi kau.."
Sedang mereka berbual,satu susuk tubuh berjalan mendekati mereka tanpa dua remaja itu sedar dan bahu mereka disentuh.
"Hah?"
KLOONNGG!!!
Minion terakhir ditumpaskan,Ikhwan menghela nafas pendek dan meregangkan otot-ototnya. Menggunakan sistem retina pada topeng mukanya,memeriksa jika ada musuh yang masih mampu bergerak.
Tapak kaki dalam keadaan berlari kedengaran,Ikhwan bersiap-sedia untuk menyerang jika itu adalah musuh.
Tetapi bukan,apabila muncul Shin disusuli Luke dan Farhan. Ikhwan agak terkejut melihat kehadiran Shin,pada masa yang sama Shin juga terkejut melihat keadaan yang berada di hadapan matanya.
Luke dan Farhan muncul tidak lama lepas itu,melihat puluhan orang-orang Minatozaki yang tidak mampu bergerak. Sebelum sempat Luke nak menegur Ikhwan,Shin sudah bersuara.
"Siapa kau? Semua ni kerja kau ke? Mana Shiro?"
Farhan terus mendekati sepupunya yang masih menutup mukanya dengan topeng,Shin kehairanan dan risau keselamatan Farhan.
"Weh..teruknya keadaan..! Kau tak bunuh mereka kan?" Farhan menyoal.
"Seriously itu yang kau tanya? Kau tak risaukan aku ke?" balas Ikhwan.
"Aku risau? Pada kau? Perkara sia-sia.."
"Sampai hati kau,aku ni sepupu kau.."
"Dulik hape aku?"
"Ouch! Tergamak kau..."
Gelagat itu diperhatikan Shin dengan penuh tanda tanya,Luke mengeluh melihat Ikhwan dan Farhan bertekak mulut.
"Guys.. we got other thing to do.." Luke mencelah dan Shin menoleh ke arahnya.
"Luke? Kau kenal yang bertopeng tu?"
Topeng muka terbuka dan menunjukkan wajah Ikhwan,Shin terkejut melihat remaja itu adalah rakan kepada anak sulungnya.
"K-kau?" Shin tergamam.
"Aku la Ikhwan.. heh.. semua ni memang kerja aku.. and mengenai anak kau.."
Tiba-tiba sahaja bunyi isyarat amaran kedengaran dari sistem suit nanotech kepunyaan Ikhwan,topeng muka terus menyarungi wajah Ikhwan kembali.
"Anak kau dalam bahaya!"
Mendengar apa yang Ikhwan katakan,Shin membesarkan kedua-dua matanya begitu juga Luke. Mode overprotective dah on!
"WHERE?!!" serentak Luke dan Shin menyoal,sehingga Ikhwan terkedu seketika.
"Wow.. perfect sync.." Farhan berkata sambil tersengih.
"Follow me.."
Ikhwan terus berlari kemudian disusuli oleh Shin,Luke dan Farhan. Kamera drone milik Ikhwan jelas menunjukkan Shiro,sedang bertarung dengan Minatozaki Yuuto iaitu ketua keluarga Minatozaki. Jelas nasib tidak menyebelahi Shiro,dia harus cepat!
"Mana Shiro?" Shin menyoal sambil berlari.
"Depan tu je.."
Tanpa teragak-agak dengan menumpukan aura ki pada tapak kakinya,Shin terus memecut laju meninggalkan tiga orang remaja itu di belakang.
"Tch! Shiro!" Luke juga sama mengejar dari belakang.
Ikhwan dan Farhan hanya memerhatikan sahaja,masih lagi berlari dengan kelajuan biasa.
"Nak kejar ke?"
"Biarkan..tak jauh dah.."
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Apa khabar semua
Lama tak jumpa di update ya..
Harap maaflah..
Mood aku timbul tenggelam,kadang tenggelam langsung tak nak timbul-timbul
😁😁
So bagaimana utk chapter kali ini?
Harap korang terhibur
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top