Lisan 53 : Bertolak ke Hokkaido
"Tuan Shin.. ada orang nak jumpa tuan.." Dion masuk selepas mengetuk pintu.
"Dia ada temujanji dengan aku?" soal Shin matanya fokus pada komputer.
"Tak ada tuan..."
"Kalau tak ada..suruh mereka pulang,aku sibuk..." ujar Shin matanya tetap fokus pada skrin monitor.
Sebelum sempat Dion menjelaskan,seseorang muncul dan melepasi Dion dan terus masuk ke dalam bilik pejabat Shin. Seorang lagi dari belakang menyusul,sambil menggelengkan kepala.
"Ai.. dengan kitorang pun nak kena appointment dulu ke?"
Shin terkejut mendengar suara tersebut,dia menoleh dan sekali lagi terkejut apabila melihat dua figura yang dia kenal.
"Zahary? Hazen?"
"Yo cold ice Ryuzaki... it's been a while.." sapa Hazen tersengih.
*****
Seperti yang dirancang,Ikhwan dan Luke bertolak ke Hokkaido. Shiro dan Farhan akan menguruskan hal mengenai anak kepada mendiang Kenshin,Minatozaki Noe dan Ikhwan serta Luke akan uruskan misi mereka.
Misi mereka?
Tidak lain tidak bukan..
Membebaskan isteri kepada ketua keluarga Minatozaki,iaitu Minatozaki Hina.
Misi mereka berdua kali agak sedikit bahaya,kerana puan Hina dijaga di bawah sekumpulan skuad mercenery yang dianggap elit oleh sesetengah pihak.
Ikhwan dan Luke melangkah masuk ke dalam keretapi peluru,Bullet Train.
"Hey Luke.. boleh aku tanya satu soalan?"
Luke yang daripada tadi membuang pandangan ke luar, terus memberikan fokusnya pada Ikhwan serta belakang badan disandarkan selesa pada kerusi.
"Sure, kalau aku boleh jawab aku jawab. Tanya lah." Ujarnya tenang.
Ikhwan tersenyum mendengarnya,dia menghela nafas pendek.
"Kenapa puan Minatozaki diletakkan jauh dari Tokyo? Hokkaido..ianya countryside...aku agak musykil.."
"Plus.. puan Minatozaki Hina tahu apa yang berlaku pada anak lelaki sulung dia?"
Luke terdiam sedikit dengan persoalan itu. Nafas ditarik sebelum dihela perlahan. Raut wajahnya bertukar sedikit.
"Honestly? I don't like what I'm getting myself into. Keluarga ni terlalu.. Jijik." Luke mengenggam buku limanya seakan menahan marah.
"Untuk persoalan kau, Puan Minatozaki dengan kepala keluarga tak pernah bersefahaman. They are always fighting verbally. Tapi dari siasatan aku, dia di pindahkan atau boleh kata dibuang ke Hokkaido sebulan sebelum kematian Kenshin." Luke mengeluarkan phonenya lalu diserahkan pada Ikhwan. Gambar seorang wanita didalam sebuah rumah yang dijaga kemas dan rapi terpapar.
"Macam kau nampak, dia dikurung di sana tanpa seorang keluarga. Anak bongsu, Kai ada tapi mana? Sama macam abang dia, dia menjadi mangsa. Jika Puan Minatozaki cuba larikan diri, Kai akan dihukum.." Luke telan liur kelat.
"She didn't know about what happened to her older son. Dia anggap yang.. Kenshin larikan diri. But you know what make it sad?" Luke menatap Ikhwan bersama senyuman pedih.
"She's happy. Dia bersyukur Kenshin larikan diri.. Tapi hakikatnya." Luke menggeleng kepala.
"Dan itu juga salah satu sebab kenapa Puan Minatozaki dibuang ke countryside. Jadi khabar mengenai kematian Kenshin tak akan sampai pada dia."
Luke menghabiskan kata-katanya.
Mendengar penjelasan panjang daripada Luke,Ikhwan menyandar pada kerusi dan tersenyum.
"Thanks Luke... Now you give me a strong reason for me...kill them..." Ikhwan berkata tersengih.
Pada mulanya Ikhwan agak keberatan,kerana ianya melibatkan nyawa tetapi sebaik mendengar penjelasan Luke. Ikhwan menarik nafas lega,dia tidak perlu menahan lagi.
"No need to hold back" Ujar Luke tiba-tiba sebelum tarik sengih dan Ikhwan juga tersengih,Luke menunjukkan mesej dalam smartphone.
"Leader chat aku suruh sampaikan pada kau juga." Luke menggeleng kepala.
"Timing dia ni selalu aje kena. Tengah stalk kita ke apa?"
Ikhwan tersenyum mengingati kali pertama mereka bertemu,ketika Ikhwan menjalani misi di luar negara bukan di Jepun mahupun Malaysia.
"Leader kau ada hunch yang tinggi... Aku tak mahu menjadi musuh dia..bukan sebab takut atau dia kuat.. dia lebih senang dilayan sebagai kawan..." Jelas Ikhwan.
"Glad to hear someone can get along with that crazy punk." Ujar Luke bersama keluhan.
"I cannot handle him most of the time for real."
Kemudian satu persoalan terlintas.
"Kau pernah jumpa dia? Like, sebelum kenal aku? Sebab Leader pernah pergi Malaysia sebab misi. Masa tu jugak dia jumpa Dr. Ikmal dan big sis Ely."
Ikhwan terdiam sejenak dan teringat,semasa majlis besar di syarikat keluarga mereka.
"Aha.. yup masa itu pun ada.. aku tak tahu pulak dia ada misi di Malaysia.. aku nak tegur dia..tapi.. dia halang sebab tengah ada misi.." ujar Ikhwan senyap sekejap.
"Lepas tu aku dah tak jumpa dia dah... Tak sangka pulak dia tu anak didik tuan Hakuryu..." Sambung Ikhwan.
Sebelum sempat Luke mahu menyoal lagi,Ikhwan memintas lagi memberi soalan yang dia sudah lama simpan.
"Aku baru ingat... Masa letupan bangunan besar tu..berita tu seluruh dunia tahu,kerja dia dengan geng korang ke?"
Luke diam sejenak sebelum ketawa kecil. Tangan digoyangkan kiri dan kanan.
"Tak, tak. Itu dia punya kerja seorang. Dari yang aku dengar dari Rostam-san, masa tu Dr. Ikmal injured teruk sebab all out fight. Big sis pulak assist dia." Luke sengih.
"Must admit, it's kinda crazy because leader just come out from that building then tempat tu meletup terus. Leader just sengih buat peace." Luke menggeleng kepala.
"-'Well, where's my good job? Also, is he dead? Yikes, kena menanam ke lepas ni?' itu apa yang dia cakap sebelum kena belasah dengan Rostam-san. After that, I don't know how big sis dengan Doc terima tawaran dia. Aku belum join lagi masa tu." Jelas Luke.
Ikhwan hanya tersengih kemudian ketawa kecil,dia mula teringat situasi tersebut.
"I see.. because when that building exploded.. I was at rooftop.. enjoying the view.. well it's day before midnight in New Year.. y'know..."
"Sorry about that.. But you know, I hope I can go to Malaysia one day." Luke tarik sengih pada Ikhwan.
"Nah.. sebenarnya bangunan syarikat tu aku tak suka,sebab halang view.. cuma tak sangka pulak masa aku di atas bumbung bangunan.. bangunan syarikat tu meletup.." jelas Ikhwan ketawa kecil.
"Dari yang big sis dan doc ceritakan, Malaysia agak menarik. Aku tak pernah jalankan apa-apa misi di sana. Though, I'm thinking about bringing Shiro too." Luke memandang keluar tingkap.
"Jangan risau..kau akan ada peluang tu.. tengok keadaan lama atau sekejap je lagi..." jawab Ikhwan dan Luke mengangguk.
"I hope we finish this mission soon..." Gumamnya perlahan.
"Me too..."
Ikhwan tersenyum kelat mendengar apa yang dikatakan oleh Luke,dia memandang ke arah luar tingkap.
"Kau ada maklumat mengenai orang-orang yang mengawasi puan Minatozaki Hina?" soal Ikhwan sambil matanya memandang ke kiri dan ke kanan.
Memastikan tiada sesiapa berdekatan dengan mereka,takut juga jika ada yang terdengar perbualan mereka berdua.
"So far yang aku dapat, mereka daripada kumpulan mercenary yang agak elit." Ujar Luke perlahan.
Tidak lama kemudian, tangannya membuat satu isyarat pada Ikhwan untuk melihat phonenya.
'Ada yang mengawasi. Jam 4.' adalah apa yang diberi Luke.
"Baik atau Sebaliknya?" Ikhwan berkata dalam bahasa Melayu,untuk mengelakkan perbualan mereka difahami oleh pihak yang dimaksudkan oleh Luke.
Manakala Luke pula fasih dalam bahasa itu.
"Yang di pihak puan Minatozaki Hina..."
"Bagus.. aku nampak yang di pihak jahat.." jelas Ikhwan dan Luke mengerling ke satu arah,hanya mata sahaja.
Beberapa individu berpakaian formal dari dua sudut yang berbeza iaitu satu kelompok di belakang Ikhwan dan satu lagi di belakang Luke,namun dari gaya mereka dapat dikesan oleh dua orang remaja itu sedang memerhatikan mereka berdua.
"Memang misi tak ada yang tenang.." Luke mengeluh perlahan sebelum menatap Ikhwan.
"Patut bertindak sekarang atau?"
"Kau nak bergasak dalam keretapi ke apa? Sempit la daa...lagipun tak puas.." ujar Ikhwan dengan senyuman devil terukir.
Luke memandang dengan muka bengang,sebaik mendengar jawapan remaja itu.
"Jadi?" Luke menyoal ingin tahu.
"Kau ambil yang belakang aku.. aku pulak ambil yang belakang kau.."
"Kenapa pulak?"
"Aku tak perlu jawab rasanya..." kata Ikhwan tersengih dan Luke terkejut,sebelum dia juga sama tersenyum.
"Memang kau dengan leader mempunyai aura yang sama..." Luke berkata sambil tersenyum simpul.
"Kita tunggu sampai di Hokkaido nanti.." tambah Ikhwan lagi.
Bullet Train berhenti di perhentian kereta api Hokkaido,Ikhwan dan Luke mengangguk faham kemudian berdiri berjalan keluar sebaik pintu keretapi terbuka.
"Luke.. kau pergi arah jam 4.. aku ke arah jam 8.." kata Ikhwan dan Luke hanya mengangguk.
Dua kumpulan yang mengekori dua remaja itu tersentak,menyedari dua remaja itu berpisah ke dua arah. Salah satu kumpulan mengejar Ikhwan,manakala satu lagi kumpulan mengejar Luke.
Ikhwan berlari dengan kelajuan yang boleh dikejar oleh pihak yang sedang mengekorinya,kemudian terhenti di jalan mati di sebuah lorong dan memandang ke belakang.
"Dead end..." ujar salah seorang dari ahli kumpulan yang mengekori Ikhwan.
"..." Hanya tenungan dingin Ikhwan berikan.
"Bertenang budak..kita di pihak yang sama.." jelas lelaki itu tersenyum.
"Pihak yang sama?" Ikhwan kehairanan.
"Yup.. bukan kau nak tamatkan nyawa Minatozaki Hina? Puan Keiko sedia membantu.. kami sedia memberi bantuan.." jelas lelaki itu tersenyum sinis.
"Apa yang membuatkan kau fikir aku nak menamatkan riwayat madam Minatozaki?"
"Kau dan rakan berbincang tentang di mana lokasi dia berada bukan?"
"Yeah.. betul..." Kata Ikhwan.
"Sebab itu,aku boleh beritahu di mana lokasi dia dikurung.." kata lelaki itu dengan yakin,Ikhwan menyangkung berpura-pura seperti meregangkan otot-ototnya tetapi yang sebenarnya dia mengaktifkan gear miliknya.
"Kenapa tidak korang je yang selesaikan dia? Tidak perlu menunggu orang lain.." kata Ikhwan selamba,sambil bangun menekan pada bracelet dan berubah menjadi glove zirah teknologi Nano.
"Minatozaki Touya masih ada sedikit kasihan di hatinya pada isterinya.. dia tidak mampu membunuh isterinya sendiri.." jelas lelaki itu dan Ikhwan mengaktifkan pula gear Nano yang ada di jaketnya.
"Tidak sampai hati bunuh isteri dia.. tapi dia bagi anak sulung dia eksperimentasi sehingga mati tu bagaimana?"
Soalan Ikhwan membuatkan mereka terkejut,kerana maklumat mengenai Minatozaki Kenshin adalah rahsia dan sulit. Bagaimana budak mentah di hadapannya,tahu mengenai perkara itu?
"Siapa sebenarnya kau?"
"Yang penting bukan di pihak kau.." sebaik Ikhwan menghabiskan kata-kata,mukanya ditutupi topeng perisis naga.
Sekelip mata Ikhwan hilang dari pandangan mata kasar,menyebabkan lelaki itu terkejut dan jeritan kedengaran. Lelaki itu menoleh dan rakan sekumpulan menoleh ke belakang,Ikhwan yang mengenakan topeng sedang mencekik leher salah seorang rakannya dan dilepaskan rebah ke tanah.
"Jadi siapa seterusnya?"
"SIAL!! SEMUA KELUARKAN SENJATA KORANG!!" arah lelaki itu dan rakan sekumpulan yang lain segera menurut.
Namun tidak sempat,Ikhwan sudah melakukan tindakan balas. Seorang demi seorang dijatuhkan tanpa masalah,lelaki tadi yang fikir Ikhwan di pihaknya hanya mampu tergamam melihat semua ahli kumpulannya ditumpaskan.
Matanya tertumpu pada lambang jaket hoodie yang dipakai oleh Ikhwan,dia seakan tidak percaya dan menggigil-gigil.
"P-Peregrine Falcon?!"
Lelaki itu terus berlari meninggalkan kawasan,Ikhwan yang baru lepas menewaskan ahli terakhir hanya menghela nafas pendek kecewa.
"Kau ketua kot.. kenapa LARIII?!"
Ikhwan mengejarnya dengan kelajuan luar biasa,terima kasih pada teknologi yang dipasang kasut milik Ikhwan oleh Yusri. Memberi kemudahan Ikhwan untuk bergerak dengan kelajuan yang dia mahukan,sekelip mata sahaja Ikhwan berjaya menangkap ketua kumpulan yang cuba melarikan diri.
Ketua kumpulan pihak musuh dicekak lehernya,diangkat tinggi oleh Ikhwan walaupun mukanya ditutupi topeng namun jelas terasa renungan tajam oleh remaja itu.
"T-tak mungkin.. bagaimana kau berada di sini?" soal ketua kumpulan pihak musuh.
"Kau kenal aku?"
"Peregrine Falcon...penghapusan satu sindiket yang mempunyai ahli lebih dari ribuan orang bawahan.. hancur dalam masa semalam.. perkara itu menjadi misteri bagi pihak berkuasa.. ha..yang ada hanyalah klu panji bergambar helang sahaja.. hanya orang yang berada di dunia bayang sahaja tahu ini kerja siapa..namun tiada siapa mahu cuba mencabar mereka..." jelas lelaki itu panjang lebar,Ikhwan tersenyum di sebalik topeng.
"Nampaknya kau berpengetahuan juga.. jadi.." Ikhwan menghela nafas pendek,selepas menghentikan kata-katanya.
"Kau kata kau di pihak Minatozaki Keiko bukan?" soal Ikhwan menyambung kata-katanya dan lelaki itu mengangguk sahaja,lalu Ikhwan menurunkan ketua kumpulan pihak musuh.
"Jadi beritahu aku.. apa yang kau tahu..aku janji kau tidak akan dibunuh oleh aku..." Ikhwan berkata dengan nada yang dingin.
"M-miss Keiko..d-dia mengupah beberapa orang pembunuh upahan,untuk tamatkan nyawa Lady Minatozaki.." ujar ketua kumpulan pihak musuh.
"Kenapa dia nak buat semua itu? Bukankah Minatozaki Hina sudah dikurung jauh?" soal Ikhwan lagi.
"S-sebab miss Keiko takut! Takut jika Lady Minatozaki Hina akan bebas..dan menggugatkan kedudukan dia dalam keluarga Minatozaki..." Jawab lelaki itu pula.
Ikhwan berfikir sejenak,sudahlah suami sendiri dia beri dadah sehingga mati. Masih tidak cukup lagi? Dia mahu bunuh ibu mertua dia pula?
That woman really insane...
"How bout her daughter? Is she gonna harm her daughter too? Her own flesh and blood?" soal Ikhwan lagi.
"I-itu aku tak tahu,miss Noe dijaga oleh Minatozaki Kai!..jadi aku tak tahu apa yang miss Keiko rancangkan selepas ni.." jelas lelaki itu lagi.
"Good.. good... Sekarang...matilah!"
"K-kau kata kau takkan bunuh aku!.."
"Maaf aku tipu..." Ikhwan terus membuka gaya cakaran,lalu menghayunkan cakaran ke arah lelaki itu.
"ARGHHH...!!!!!" Jeritan kuat di lorong bergema.
Namun Ikhwan tidak membunuh lelaki itu sebenarnya,serangan Ikhwan sasarkan ke dinding dan lelaki itu terus hilang kesedaran diri lalu pengsan.
"....." Ikhwan memerhatikan keadaan lelaki itu yang sudah tidak sedarkan diri.
Topeng muka yang menutupi muka Ikhwan,terbuka hanya menunjukkan mata dan mulutnya dibiar tertutup. Tidak lama satu sekumpulan,muncul dari entah mana mendarat dan gaya seperti ninja dengan gear yang dipakai sama seragam.
Mereka adalah Black Shadow iaitu skuad di bawah Zahary,mereka yang bertanggungjawab melindungi Elisha dan Adrianne dari sisi bayang. Memastikan tiada sesiapa akan apa-apakan keluarga Zahary jika dia tiada,Ikhwan juga tidak terkecuali.
"Tuan muda Ikhwan.. tuan muda bunuh mereka?" soal salah seorang dari mereka,ketua Black Shadow.
"Apa? Nah.. mereka masih bernafas,aku hanya pengsankan diorang je.." kata Ikhwan dan kali ini topeng terbuka sepenuhnya.
"Jadi apa yang tuan muda mahu kami lakukan pada mereka..?"
"Hantar mereka ke hospital.." jelas Ikhwan sempoi.
"Baik tuan muda.."
"Jangan panggil aku tuan mudalah.." kata Ikhwan menggelengkan kepala,namun ketua skuad Black Shadow menggeleng kepala.
"Tuan Zahary amanahkan kami supaya mengiringi tuan,malah tuan bakal pewaris ketua Puak Baiyura.." jelas ketua skuad Black Shadow.
Ikhwan menghela nafas pendek,dia mengaktifkan lagi nano technology dan menutupi matanya dengan membentuk sepasang cermin mata.
"Aku kena bergerak sekarang,terima kasih bantu aku..kita jumpa nanti.." ujar Ikhwan berpaling dari ketua skuad Black Shadow.
Ikhwan melompat tinggi dan menggunakan dinding bangunan,menjadi pelantar bagi dia melompat lebih tinggi dan terus memecut ke hadapan.
"Walaupun di usia muda.. dia mampu menggunakan kekuatan teknologi tu tanpa masalah.." kata salah seorang ahli skuad.
"Itu yang kamu nampak..dia mampu buat lebih dari itu.." jelas ketua skuad Black Shadow.
"Ooohh..." ujar ahli skuad Black Shadow kagum.
"Okay cukup,kita uruskan semua ni.. kemudian kita akan menyusul tuan muda.." arah ketua skuad Black Shadow dan semua menyahut.
"Yessir!"
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Harap chapter ni dapat menghiburkan korang
Masih ada lagi aksi untuk disimpan di chapter seterusnya
Ingat nak santai,tapi terubah ke genre aksi gak eh..
Wanzenith kan, can't run from action genre ahaks!
So cringe!
That's all for today
See you in next chapter
Teruskan menyokong kami berdua dan komen serta vote okay?
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top