Lisan 50 : Epilog di Osaka
Semua hanya diam..
Katsu terkebil-kebil,beralih kepada Fara yang tidak faham. Alisa hanya tersenyum kelat,kemudian Emyriel agak terkejut.
"Mama..."
Shiro tersenyum girang memeluk ibu kandungnya,iaitu Shion dengan penuh riak air muka yang ceria.
"Abang Shiro..." Katsu terkebil-kebil.
"Apa? Bagi la abang peluk mama lama lagi.. abang rindu 15 tahun.." ujar Shiro mencebik.
"Cakap macam takkan jumpa terus je.. mengada la Shiro-nisan ni.." kata Katsu.
Shion ketawa kecil melihat reaksi anaknya,dia menghela nafas pendek kemudian menggelengkan kepala.
"Cemburu ye?" soal Shion.
"Cemburu? Hah! Katsu dah besar lah takde nak manja dengan mama!" Katsu mempertahankan dirinya.
"Alalala... jealous eh.. mari sini biar abang peluk Katsu..."
"Tak nak!"
"Janganlah malu-malu..."
Shion hanya ketawa kecil melihat Katsu melarikan diri daripada Shiro yang ingin memeluknya.
Suasana ceria itu hanya diperhatikan sahaja oleh Farhan,di sebelahnya adalah Ikhwan yang selamba membelek smartphone.
"So our problem is solved?" Farhan menyoal.
"I don't know.." kata Ikhwan.
Farhan menghela nafas pendek,kemudian dia tersenyum tumpang gembira. Masalah dapat diselesaikan,Shiro dapat bertemu dengan ibu kandungnya yang sebenar.
Jawapan juga semua terjawab,namun semasa dia tiba di situ. Kenapa situasi seperti baru selepas berdepan dengan hal yang serius,raut wajah Shiro agak suram pada awalnya.
"Okay.. apa yang berlaku sebelum kami sampai?" Farhan menyoal dan Ikhwan berfikir sejenak.
"Aku kena ceritakan ke?" soal Ikhwan dengan muka tak bersalah.
Farhan dengan reaksi muka bengang,Ikhwan pula tersengih melihat reaksi sepupunya itu.
"Alright... Alright... Let see..."
Sejam sebelumnya..
Shion dan Shin berbalas pandangan,mereka hampir sama tinggi dan Shion dengan tenang berbalas renungan mata dengan Shin.
Keadaan itu seperti seekor naga dan seekor harimau sedang berbalas renungan.
Ikhwan hanya bersiul kagum,Dion hanya menjadi pemerhati kemudian memandang ke arah Shiro dan remaja itu perasan pandangan lelaki itu.
"Dion-san.."
"Thank God young master..is okay.." ujar Dion perlahan namun difahami Shiro.
Shiro hanya tersenyum mengangguk sahaja,Shion seakan faham dan menghela nafas pendek. Ikhwan pula tersengih menjadi penonton,ingin tahu apa yang bakal berlaku.
"Lama tak jumpa ya,tuan Ryuzaki..." ujar Shion dengan nada sedikit sarcastic.
"Ya..kau juga puan Sasaki..gembira melihat kau sihat.." balas Shin.
"Is that true? Raut wajah kau sama je.. susah nak agak kau maksudkan apa yang kau katakan..."
"Cakap la apa yang kau nak.. aku datang bukan sebabkan kau.."
"Itu sudah pasti.. apa yang Ryuzaki buat di sini?"
"Ryuzaki Shiro.. ikut aku balik ke Tokyo.." kata Shin dan Shion membesarkan matanya manakala Katsu hanya mendiamkan diri serta cuba memahami situasi,Ikhwan menggelengkan kepala.
"Tak cukup lagi ke tadi?" Ikhwan berkata perlahan sambil tersengih,dia ingin melangkah namun ditahan Shiro.
"Shiro?" Ikhwan hairan.
"Tak apa.. aku boleh tanganinya.." kata Shiro dan Ikhwan hanya mengangkat tangan,kemudian memberi isyarat tanda 'okay,now it's yours'
"Ryuzaki Shiro...kau tak dengar apa yang ayah katakan?" Shin berkata serius dan Shiro mengetap giginya.
"Tak nak! Saya tak nak balik! Saya nak jumpa dengan mama!" Shiro protes dan Shion agak terkejut.
"Dia abaikan kau berbelas tahun,kau masih nak cari dia?"
"Lebih baik dari dengan ayah langsung tidak pedulikan saya berbelas tahun walaupun berjumpa selalu! Lagipun mama tak abaikan Shiro! Ayah yang halang mama dari berjumpa dengan Shiro!!" Shiro berkata dengan panjang lebar,Shin terkedu dan mula hilang sabar.
"Ryuzaki Shiro!!"
"THAT'S ENOUGH!" Shion bersuara dengan lantang.
Suasana menjadi sunyi seketika,Shiro dan Ikhwan terkejut membesarkan matanya. Katsu pula sudah menyumbat kedua-dua lubang telinga kiri dan kanan,dengan jari telunjuk kiri dan kanan juga. Katsu sudah faham ibunya dengan lebih mendalam,dia hanya menghela nafas pendek.
"Shion... this is not your problem.." ujar Shin.
"Not my problem? This is my child too.. saya yang lahirkannya! Saya mengaku,saya buang dia.. tapi saya sudah sedar,saya cuba betulkannya! Tapi apa yang awak buat Shin? Awak halang saya! Awak guna kuasa awak di dalam keluarga Ryuzaki untuk menghalang saya dari bertemu dengan Shiro.. he is MY SON! DAMN IT!" Shion berkata dengan muka yang serius.
Shin mengepalkan penumbuk dengan erat,dia mengetap giginya rapat dan Dion memegang lengannya.
"Sir..."
"Apa? Lepaskan tangan kau.."
"Cukuplah tu tuan.. rendahkan ego tuan.. tuan masih nak tegak benang yang basah?" Dion mula berbicara.
"Kau pihak mana sekarang ni?"
"Jangan soal saya di pihak yang mana tuan Shin,saya mahu tuan berfikir dengan betul.. tuan muda Shiro tidak mahu perkahwinan tu.." jelas Dion.
Shin masih mendiamkan diri,dia sedang berlawan dengan ego di dalam dirinya.
"Selepas semua kebenaran dijelaskan.. kenapa tuan masih lagi tidak mahu terima? Susah sangat ke?" kata Dion lagi cuba memujuk majikannya itu.
Shin memandang ke arah Shiro,kemudian dia pandang pula ke arah Shion. Wanita itu memegang tangan Shiro dengan erat,mata Shin yang sedang merenung dipejamkan dan dia mengawal diri lalu berfikir panjang. Tidak lama lepas itu,Shin menarik nafas panjang dan dihelakan perlahan-lahan.
"Shiro.." ujar Shin dan Shiro memandang ke arahnya.
"Ini yang kau mahu?" soal Shin tegas dan Shiro mengambil nafas.
"Ya.. ini yang saya mahu.."
Shin memejamkan matanya sekali lagi,kemudian dia berpaling lalu melangkah pergi.
"Buat apa yang kau mahukan...mari Dion,kita pulang sekarang..." Shin berkata dan terus melangkah tanpa memandang ke belakang.
Dion menundukkan kepalanya tanda hormat,lalu berjalan mengekori Shin dengan segera.
Shiro yang memerhatikan Shin sehingga tidak kelihatan bayangnya,terus melutut kerana kakinya menjadi lemah. Dia mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan ayahnya,Shion risau dengan apa yang berlaku.
"Shiro? Sayang okay ke? Shiro perlu ke hospital?" Shion menyoal risau begitu juga Katsu.
"Tidak mama.. Shiro okay.. Shiro cuma letih je..." jelas Shiro.
"Aaahh.. nasib baik ayah kau tak buat apa-apa.. aku standby je nak sepak buntut dia.." kata Ikhwan selamba dan Shiro ketawa sahaja mendengarnya.
"Hehehe.. kau brutal bro,tak agak-agak.." kata Shiro.
Katsu hanya memerhatikan perbualan dua sahabat itu,dia tersenyum teringatkan apa yang diceritakan oleh Shiro semasa di taman.
'Yup! My partner in crime too! Dia nampak aje cold, tapi sebenarnya baik. Sarcastic? Yes. Strong? Hella one..'
Katsu tersengih dan menghela nafas pendek,tidak lama lepas itu kedengaran bunyi kenderaan tiba di hadapan pintu utama kediaman Sasaki.
Tamat imbasan sejam sebelumnya..
"And then you guys arrive..." Ikhwan berkata selepas menamatkan penceritaannya.
"Oooh.... It's hard for Shiro.." ujar Alisa dan Emyriel mengangguk faham,Fara hanya tersenyum sahaja.
"Yep.." Ikhwan mengangguk.
"Bila masa korang berkumpul di sini?" soal Farhan.
Ikhwan hanya tersengih,dia memandang ke arah Shiro yang bergurau dengan Katsu serta Shion. Senyuman Ikhwan mula regang,matanya sayu dan ini disedari oleh Farhan.
"Hey..." Farhan menegurnya sebaik duduk rapat sambil berbisik.
"Kau apahal nak buat adegan gay ni?" soal Ikhwan selamba tanpa emosi.
"Kau kalau aku sepak kang ha... orang tengah risaukan kau tu..." balas Farhan bengang.
"Risaukan aku? Untuk apa?"
"Ikhwan.. aku kenal sejak kecik.. aku tahu kau rindukan ibu kau.."
Ikhwan terdiam sebaik Farhan bercakap mengenai ibunya,Ikhwan menarik nafas panjang kemudian dihelakan. Ibu Ikhwan,Rumina ketika ini sedang koma terlantar di hospital.
"Aku tak boleh risau mak sendiri ke?" soal Ikhwan dan Farhan terdiam.
"Aku ada cakap ke?" bidas Farhan.
"Kalau kau nak cakap benda tu sekarang ni.. diorang dah dapat cari di mana si keparat tu berada?" Ikhwan menyoal dan Farhan terdiam.
"Okay.. tengok,Aufa dan Aisy tengah usahakan.. abang Jamel pun sama.. jadi sabar.." kata Farhan.
Ikhwan tidak membalas jawapan Farhan,dia terus bangun dan pergi dari situ. Farhan mengusap kepalanya,dia mula rasa bersalah kerana bangkitkan hal mengenai ibunya.
"Ermm Farhan?" Alisa menyoal dan Farhan menoleh.
"Yes?"
"Ada masalah ke? Ikhwan pergi macam gitu je..muka dia nampak macam marah.." soal Alisa jelas raut wajahnya risau.
Sebaik mendengar jawapan Farhan,Alisa mengangguk faham dan terus menuju ke arah Ikhwan pergi tadi. Farhan hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal,dia harap Alisa boleh sejukkan hati Ikhwan.
"Aku tak nak jadi sparring partner dia nanti kalau Ikhwan tak boleh cool down.."
Shiro sebenarnya perasan keadaan tersebut,namun dia tidak mahu masuk campur. Tidak lama lepas itu,dua figura yang ditunggu Shion muncul.
"Kami dah balik!!" satu suara yang comel serta girang,menegur dengan tiba-tiba.
Shion mendekati individu itu,lelaki itu yang berpakaian sut hitam yang kemas. Mengucup pipi Shion,Shiro bersiul dan Katsu menggelengkan kepala.
"Father...we got a guests here.." Katsu menegur.
"Oh... Sorry,my bad.."
"Haha... it's okay.. we understand.." kata Farhan dan yang lain hanya tersengih segan.
"Katsu-nii!!" gadis berusia 9 tahun menerpa ke arah Katsu,sambil tersenyum manis.
"Hey Kiara.. how's your day?"
"It's good! But I miss you soooo much..!"
"Semua.. kenalkan ini suami dan anak perempuan saya.."
"Sasaki Touma.. pleasure to meet you guys.. make yourself at home.." kata Touma dengan tersenyum budiman.
"Ryuzaki Shiro...err.." Shiro agak risau dengan pandangan lelaki itu pada dirinya.
"Ah jadi kamu la Shiro? Segak betul kamu...dan kamu memang mirip sekali.. dengan Shion.." kata Touma tersenyum.
"Y-ya...haha...err .."
"Jangan risau.. kamu boleh panggil saya ayah.." jelas Touma tersenyum menunjukkan giginya,sambil efek cahaya berkilau.
"Uih silau.." kata Farhan memakai kaca mata hitam.
"BAIK AYAH!" Shiro menurut.
"Cepat betul!" Farhan dan yang memberi respon.
Shiro menoleh ke arah gadis comel yang sedang melambai ke arahnya.
"Kamu?"
"Oniichan.. oniichan ni siapa?" soal gadis itu dengan wajah polos,sungguh naif dan comel.
"Saya.. anak ibu adik... Cuma lain ayah.." jelas Shiro dan gadis itu berfikir sejenak.
"Jadi abang ni.. abang Kiara jugak la ya?" soal gadis bernama Kiara.
"Kiara?" Shiro menjungkitkan sebelah kiri keningnya.
"Sasaki Kiara.. selamat berkenalan Shiro nii-sama..!"
Shiro diam tanpa sepatah huruf,Emyriel kehairanan dan melambai-lambai tangan di hadapan mukanya. Tiada respon dan hidung Shiro keluar darah,Shion pula risau sekali lagi.
"Shiro? Shiro okay ke? Nak ke hospital ke?" Shion menyoal cemas.
"Tak! Tak! Shiro okay..ini angel ni anak mama ke?" Shiro menyoal.
"Bukan mama dah beritahu tadi..?"
"Jadi adik Shiro juga la ya?"
"Yalah...kenapa ni?" Shion kehairanan.
"Soooo... Cuuuteee...!!!" Shiro memeluk Kiara dengan tiba-tiba.
Semua terkebil-kebil dengan tindakan Shiro memeluk Kiara secara tiba-tiba,Touma hanya tersengih sahaja hilang kata-kata.
"Tak sangka aku ada adik secantik bidadari! Comel betul!!" Shiro berkata teruja.
Farhan mula risau,dia mahu menarik Shiro dari terus memeluk kanak-kanak perempuan itu. Hasratnya dibatalkan kerana Kiara ketawa girang,kanak-kanak itu seolah-olah menyukai Shiro memeluknya.
"Jadi inilah abang yang selalu mama ceritakan tu? Dia memang ada mirip mama! Hihihi..." Kiara tersenyum manis dan Shiro terkedu,dia menekup muka.
Shiro melepaskan pelukannya,lalu terbaring di atas lantai sambil tersenyum puas.
Pada masa yang sama,Ikhwan muncul semula bersama Alisa dan memandang ke arah Shiro yang terbaring dengan muka yang tersenyum.
"Shiro!" Shion mula risau.
"Shiro nii-sama!" Kiara menggerakkan badan Shiro,fikir Shiro pengsan.
"Hey son,are you okay?" Touma menggaru-garu kepalanya.
"Aku tak kisah kalau aku mati awal.. aku puas..." Shiro terasa bagai di kayangan, Ikhwan berjalan mendekati Shiro.
"Ha okay.. aku tolong.." suara Ikhwan kedengaran.
Sebaik Shiro membuka matanya,tapak kaki bersarung stokin hitam sudah hampir ke mukanya. Namun Shiro sempat berguling ke sebelah,mengelakkan pijakan kaki.
"Oi! Apahal? Kau nak bunuh aku ke!?" Shiro menyoal.
"Lah.. dah Kau kata nak mati awal.. ni aku nak tolong ni,apasal kau elak..?" Ikhwan berkata selamba.
"Aku cakap je! Bukan maksudkan betul-betul!!"
Gelagat Shiro dan Ikhwan diperhatikan oleh Shion,wanita itu tersenyum gembira dan Touma memeluk bahunya.
"Are you happy dear?" Touma menyoal.
"Yes.." jawab Shion kekal tersenyum.
"Putus nafas! Putus nafas!" Shiro kena cekak leher oleh Ikhwan,menggunakan kedua-dua lengannya.
"Ni akibatnya berahsia dengan aku.." ujar Ikhwan mengunci leher Shiro.
"Huwahh...jangan buli Shiro nii-sama.." Kiara menangis melihat Shiro yang kena grip oleh Ikhwan.
Suasana sunyi seketika, Ikhwan dan Shiro memandang Kiara yang sedang menangis. Shiro menunjukkan reaksi girang,suka melihat kecomelan adiknya itu.
"Oh my cute little angel, she's cute right.." kata Shiro dan Ikhwan dengan reaksi muka meluat menguatkan cengkaman lengannya.
"AHHHH...!!!"
Setengah jam kemudian,Kiara berjalan berpimpinan tangan dengan Shiro. Mereka bersiar-siar di sekitar bandar Osaka,ditemani Ikhwan dan Katsu.
"Kenapa aku kena ikut sekali?" Ikhwan menyoal dengan muka tidak puas hati.
"Apa salahnya.. lagipun aku ada nak cari souvenir untuk adik beradik aku di Tokyo bila aku balik nanti.." jelas Shiro.
"Kau cari sendiri kan boleh,madah tarik aku sekali buat apa.." bebel Ikhwan.
"Kau kan rindu aku? Sanggup datang jauh-jauh dari Tokyo.." usik Shiro.
Ikhwan mengangkat sedikit kedua-dua tangannya,matanya bersinar dan Shiro mengalir peluh di pipi.
"Err.. tak.. tak.. abaikan apa yang aku katakan tadi.."
"Nii-sama! Nii-sama!! Sana ada kedai cenderahati.. boleh kita tengok sana!" Kiara menarik-narik tangan Shiro.
"Okay.. mari..ala comel betul!" Shiro berkata girang.
"Kau tak ikut?" Shiro menoleh ke arah Ikhwan,remaja itu hanya menggelengkan kepala.
"That's not my thing.." jawab Ikhwan dan Katsu sekadar menjeling ke arahnya.
"Okay if you say so..."
Ikhwan memerhatikan sahaja Shiro memasuki kedai cenderahati,Katsu hanya berdiri di sebelahnya.
"Kau tak ikut sekali ke?" soal Ikhwan memandang ke arah Katsu.
"Tak.. saya tak minat sangat benda macam cenderahati ni.."
"Oh..jadi kau jarang bagi hadiah pada teman wanita la ni.." kata Ikhwan.
"Bukan macam tu.. hadiah tak semestinya bagi pada teman wanita sahaja.. keluarga pun boleh kan? Lagipun saya ni tak ada teman wanita.!" Jelas Katsu.
"Lantak lah bukan masalah aku.." balas Ikhwan selamba,Katsu bengang dengan reaksi kawan abangnya itu.
"Kenapa kau tanya tadi?!💢" luah Katsu di dalam hatinya.
"Kita cari taman jom?" Ikhwan mengajak Katsu pergi.
"Buat apa?" Katsu hairan dan Ikhwan menghela nafas kecewa.
"Kau nak berdiri sini berjam-jam? Kepala tu guna la sikit..." Ikhwan berkata selamba,Katsu menahan bengang.
Katsu duduk di kerusi yang disediakan di dalam taman, menghela nafas pendek kemudian seseorang menghulurkan air tin berisi air coklat.
"Terima kasih.."
"No biggie..."
Ikhwan duduk di sebelahnya sambil meneguk air minuman pepsi,nafas dihelakan dan Katsu ingin menyoal tetapi ada suara mengganggu.
"Hoi!!"
"Siapa pulak jerit ni.." kata Ikhwan.
Suara lantang menempik dari jauh,Ikhwan dan Katsu menoleh serentak. Muncul segerombolan para remaja menuju ke arah mereka,ada beberapa wajah yang Katsu kenal di antara ramai-ramai itu.
Sekelip mata mereka dikepung,Katsu mula risau dan Ikhwan menunjukkan reaksi selamba.
"Katsu..." ujar satu suara keluar dari ramai-ramai remaja itu.
"Hamada.." Katsu mengetap giginya.
"Kau fikir kau boleh lepas?! Hari ni aku akan pastikan kau terlantar di ICU..!! TANGKAP DIA!!"
Katsu mula cemas namun dalam sekelip mata,salah seorang dari ramai-ramai remaja itu tercampak. Semua terhenti pergerakan masing-masing,Hamada mengetap giginya amarahnya memuncak.
"Kau siapa pulak nak kacau urusan aku..?"
"Aku? Dah budak kau sentuh aku,nak biar je la tadah kena hempuk?" bidas Ikhwan semula,Hamada menggigil-gigil menahan marah.
"Belasah dia dulu!!"
Tiga orang remaja ingin menerkam ke arah Ikhwan,namun Ikhwan menyambut tangan salah seorang daripada mereka lalu remaja itu berpusing dan Ikhwan menujah tumbukan tepat ke dada.
Remaja itu tercampak melepasi Hamada dan terus tidak sedarkan diri,Hamada teringatkan babak rakan dia melambung dan disepak melayang.
"Hey kalau tak jadi macam tadi,baik korang semua berambus.." kata Ikhwan mengibaskan penumbuknya.
"Apasal kau nak bantu dia!? Apa hubungan kau dengan dia?!"
"Aku dengan dia? Tak ada seinci pun.." balas Ikhwan muka tanpa emosi.
"Kenapa?!"
"Simple... Dia adik kawan aku.. maksudnya aku anggap dia macam adik aku..jadi tugas abang melindungi adik dia.."
Hamada menggigil-gigil menahan marah,dia menunjukkan reaksi muka bengis dan memberi arahan menyerang.
Ikhwan tersengih menyeringai menunjukkan giginya yang keputihan itu,dia mengepalkan kedua-dua penumbuk dan bersiap-sedia.
"YEAH!! THAT'S IT! COME ON!! DON'T EXPECT MERCY FROM ME!!"
DUSSHH!! BOKKK!!
"ARGHH!!"
"Mari! Sini!! Ambik!!"
BRAKK!! PAKK!!
"Urrgghh!! Tidak!!"
"Sini!!"
"Jangan dekat!!"
DUSYUMM!!
"Uhukk!! Arghh!!"
"Ouh.. nehi..!! Nehi!!"
"Hindustan? Why should I care!! Take this!!"
TUNGG!!
Tidak sampai tujuh minit,Hamada terduduk menggigil-gigil kakinya manakala Katsu juga tidak lari dari tergamam. Dua puluh remaja semuanya,dua puluh terbaring tidak mampu bangun dan Ikhwan mengurut tangannya kemudian dia menggeliat.
"Hnnghh.. argghhh...dapat pun lepaskan stress... Diorang semua tak mati kan? Aku macam tak pukul kuat.." ujar Ikhwan tanpa bersalah,Hamada membuka mulut.
"KAU RAKSASA!!"
"Biadabnya..aku manusia la.."
"Bagaimana manusia biasa boleh tewaskan lawan bawah 8 minit atau kurang dengan begitu cepat!! Mereka semua bukan pelajar biasa.. mereka ahli pertahanan diri tali pinggang hitam!!' jelas Hamada.
"Well...kalau ikut standard kau,diorang ni memang kuat.. " ujar Ikhwan mengusap-usap lehernya.
"Huh?"
"Kalau standard aku, diorang mereka ni cuma anak ikan je..." Ikhwan menambah.
Hamada tersentak apabila matanya berbalas renungan tajam mata Ikhwan,dia seakan melihat seekor makhluk yang besar di belakang Ikhwan (well it's only his illusion..) dan Hamada terus berbuih mulutnya lalu pengsan.
"Pengsan dah? Lembik betul..huh?" Ikhwan berkata dan menyedari remaja itu terkencing sekali.
"Urghh... Jijiknya..aku tak buat apa-apa pun.."
Ikhwan terus menarik Katsu pergi dari situ,bau hancing semerbak di taman itu. Ikhwan hanya tersengih dan ketawa,Katsu yang sedar keadaan itu juga turut ketawa.
"Hey Ikhwan?" Katsu memanggil Ikhwan.
"Yeah?"
"Boleh saya panggil awak aniiki?" Katsu menyoal tanpa selindung,Ikhwan agak terkejut kemudian tersenyum lebar.
(Aniiki ni panggilan dalam Jepun bagi Big Brother,menunjukkan kau benar-benar hormat tinggi pada seseorang itu)
"Sure...suka hati kau.." ujar Ikhwan tersengih.
"Thanks aniiki.." Katsu tersenyum.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Bagaimana untuk arc ini?
Korang boleh faham? Boleh dapat tangkap?
Komen jika ada pandangan dan vote untuk aku terus bersemangat untuk mengarang
Jika hambar aku mungkin retire awal
Hahahaha
That's all
Ciao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top