Lisan 5 : Persoalan & Minuman Malam
"Maafkan aku,nama aku Aires Hernandez.."
Lelaki di hadapan Ikhwan memperkenalkan dirinya,Aires Hernandez dengan senyuman ikhlas tanpa ada muslihat. Tangannya masih lagi dihulurkan ke arah Ikhwan,remaja itu agak lama membalas namun Ikhwan menyambut huluran salam tangan Aires.
"Ikhwan Syah Solleh.." balas Ikhwan dan Aires tersengih.
"Hehe..dinginnya nada,macam anak aku nombor dua.." ujar Aires ketawa kecil.
"Hmm... Tuan ni ketua diorang ke?" soal Ikhwan dan Aires memandang ke arah sekeliling.
"Heh,nampak gaya dari percakapan.. kau sedar kami siapa?" Aires berkata dengan tersenyum.
"Yeah.. some kind like Yakuza I guess..?"
Shiro dan Luke terkejut,mendengar apa yang Ikhwan katakan. Aires ketawa dengan tiba-tiba,dia teruja kerana tidak ramai budak muda seberani remaja di hadapannya.
"Kau seorang budak yang menarik! Tak takut mati..!" Aires berkata dengan tersenyum lebar.
"Apa yang aku lakukan adalah self defense..orang-orang tuan yang approach kami.." Ikhwan memberikan penjelasan.
"Ermm yeah..betul la tu,lagipun mangkuk tadi acu pistol pada remaja bawah umur.." kata Aires dan Ikhwan mengangguk setuju.
"Aku sukakan kau budak! Kita boleh jadi kawan.." ujar Aires tersengih.
"Berkawan okay kot,tapi serius saya tak mahu sertai Yakuza atau yang seantara dengannya.." jelas Ikhwan dan Aires tersengih lalu menghulurkan sekeping kad nama.
"Ini kad aku,kalau ada apa masalah kau hubungi nombor ni.."
"Baiklah,terima kasih.."
Aires memberi arahan pada orang-orang yang masih ada di taman,supaya beredar dan mereka semua segera meninggalkan tempat itu.
"Oh ya.." Aires terhenti sebaik teringat sesuatu.
Ikhwan kehairanan dan Aires tersenyum memandang ke arahnya.
"Dapat menggunakan ki di usia semuda kau,aku rasa kau bukan remaja biasa.."
Sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh Aires,Ikhwan membesarkan matanya merasai aura ki daripada Aires.
"See you around kiddo.."
"Weh kau gila betul,boleh layan orang dari gangster macam Yakuza tu?" Shiro menyoal tidak percaya.
Ikhwan tidak menjawab dan hanya tersenyum kelat,untuk dipendekkan cerita mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing.
🏂🏂🏂🏂🏂🏂🏂
Luke berdiri di sebuah tempat yang luas,seperti di atas gelanggang dojo. Luke memejamkan matanya dan sebaik sahaja matanya dibuka,dia menghayun penumbuk. Luke melakukan latihan kendiri,membayangkan seperti dirinya sedang berlawan dengan seseorang.
Luke lincah bergerak mengatur tinjunya,namun mindanya tidak berapa fokus kerana teringatkan situasi tadi di taman. Dia memang pasti dengan apa yang dia saksikan,pelajar bernama Ikhwan itu.
"Dia elak peluru pistol tu!" jerit Luke dalam hati.
Semasa kejadian matanya menangkap Ikhwan bergerak pantas,mengelak sedikit dan peluru itu melepasinya lalu mengenai gelongsor di belakang Ikhwan.
"Ha... Ha... Ha..." Luke terbaring termengah-mengah dan mengesat peluhnya.
Luke terdengar bunyi tapak kaki,dia menoleh ke arah bunyi itu. Dia terkejut melihat bapa angkatnya,Ryuzaki Hakuryu berjalan ke arahnya dengan tersenyum.
"Ayah..." Luke segera bangun.
"Ada yang tidak kena ke?" soal Hakuryu.
"A-apa maksud ayah?"
"Ayah macam nampak Luke seperti ada masalah?"
"Mana ada.. Luke okay je.."
"Jangan nak tipu,ayah kenal kamu.. bila ada masalah je kamu berlatih sendiri macam ni.."
Kata-kata Hakuryu membuatkan Luke terdiam,dia menundukkan kepalanya ke bawah. Luke kehilangan ibu bapanya ketika usia muda,di saat usia 3 tahun dan Hakuryu serta isterinya mengambil dia sebagai anak angkat.
"Ayah mampu elak peluru?" soal Luke dan Hakuryu mengangkat sebelah kening.
"Luke okay tak ni? Penyakit biol Shiro tak berjangkit pada kamu ke?" soal Hakuryu resah,Luke membuat muka blur.
"Luke okay,Luke serius.. ayah mampu elak peluru jika menggunakan ki?" soal Luke dan Hakuryu terdiam seketika.
"Benar pengguna ki mempunyai kelebihan jika mereka berlawan dengan menggunakan ki dalaman mereka..tapi untuk berhadapan dengan musuh yang menggunakan senjata api.. lebih bagus jatuhkan mereka sebelum sempat mereka tarik picu.." ujar Hakuryu panjang lebar.
"Tapi ini depan mata Luke,dia dapat elak peluru..pandangan mata orang biasa,fikir mereka tersasar.. tapi dia bergerak pantas mengelak dan kembali semula ke postur asal.." jelas Luke dan Hakuryu terdiam seketika.
Luke memerhatikan Hakuryu yang pening berfikir,mengenai soalan daripada dia dan Luke menghela nafas pendek.
"Luke naik dulu..nak mandi..dah berpeluh ni.." ujar Luke dan Hakuryu mengangguk sahaja.
Hakuryu memerhatikan anak angkatnya itu,meninggalkan gelanggang dojo. Hakuryu berjalan sambil memeluk tubuh,mendekati jendela tingkap dan memandang ke halaman belakang rumahnya yang gelap. Sekadar lampu kecil yang menerangi halaman belakang,Hakuryu mendongak ke atas langit.
"Ki User.. elak peluru.. hanya seorang sahaja yang aku pernah jumpa.."
Hakuryu teringatkan semasa dia masih muda,dia menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya. Hakuryu hanya tersenyum sahaja,dia menggosok-gosok belakang kepalanya.
"Tak mungkin dia ada di sini.."
Hachiuu!!
Seorang lelaki di melebihi pertengahan usia,terbersin dan mengesat hidung dengan handkerchief yang dihulurkan oleh seorang wanita.
"Abang demam ke?" soal wanita itu.
"Tak.. ada orang mengata abang agaknya.." ujar lelaki itu.
"Hmm..siapa je la nak mengata abang tu.." balas wanita itu pada suaminya.
"Hehe..Ikhwan ada hubungi kamu?"
"Ada dia dapat hantar melalui apps WhatsApp je.." jelas wanita itu dan lelaki itu mengangguk faham.
"Abang harap Rumina cepat sedar.." kata lelaki itu.
"Kita doakan yang terbaik sajalah.." kata si isteri.
"Harap dia okay di sana.."
"Kalau abang risau sangat.. apa kata kita pergi ke sana?" Cadang si isteri dan lelaki itu membesarkan matanya.
"Yalah, sayang ni geniuslah!" Lelaki itu berkata dengan tersenyum lebar.
"Tapi...kosongkan jadual baru boleh pergi.."
"Ah ya,esok kita ada temujanji dengan client.." ujar lelaki itu.
Ikhwan menguap dan menggeliat,dia memandang ke arah luar tingkap. Pen pada tangan dipusing-pusingkan pada jari-jemarinya,alunan muzik jazz yang mendayu-dayu dari apps YouTube.
Aires Hernandez,Ikhwan mengenali lelaki itu hanyalah melalui maklumat dalam internet sahaja. Tetapi individu itu ada terlibat dalam kumpulan seperti gangster atau mafia mahupun Yakuza.
Apa yang lebih mengejutkan,dengan apa yang dikatakan oleh Aires. Pengguna Ki,dia tidak akan tahu mengenainya melainkan Aires Hernandez juga adalah Pengguna Ki.
"Haa... Gimme a break.." ujar Ikhwan mengeluh dan mengusap lehernya.
"Haus pulak..."
Zahary turun ke dapur,mengisi air ke dalam gelas lalu diteguk. Matanya mengerling ke kanan,Ikhwan terpacul secara tiba-tiba dan Zahary tersembur air yang sedang diminum.
"Buruknya.." ujar Ikhwan selamba.
"Ni salah kau lah! Apahal kau muncul macam tu je?!"
"Dah uncle yang cepat sangat toleh,tak sempat saya nak tegur.."
Seketika kemudian..
Zahary duduk di hadapan meja makan,Ikhwan mendekatinya dengan membawa dua cawan berisi air nescafe.
"Thanks.." kata Zahary bila Ikhwan menghulurkan cawan berisi air nescafe.
Ikhwan duduk di hadapan bapa saudaranya,Zahary menghirup air nescafe dan menghelakan nafas.
"Nescafe buatan kau memang terbaik.. maid aku pun tak leh lawan.." kata Zahary memuji.
"Mana ada cik..biasa je." Ikhwan membalas dengan merendah diri.
"Eh betul..aku jujur ni.." Zahary berkata sambil tersengih dan Ikhwan tersenyum.
"Jadi bagaimana hari pertama persekolahan..?" soal Zahary.
"Okay je..semua berjalan lancar..," jawab Ikhwan.
"Kau... Tak ada buat masalah?" Zahary menyoal dan Ikhwan terdiam beberapa saat.
"Tak ada..semua okay.." jawab Ikhwan tersenyum.
"What the heck with that pause?"
"Nothing! Just thinking..heheh.."
"Yeah genius.." ujar Zahary sarcastic.
Zahary memerhatikan anak saudaranya,Ikhwan hanya tersenyum manis sahaja. Tidak lama lepas itu,Zahary menghela nafas pendek.
"Dah..jangan lewat sangat sangat tidur.." ujar Zahary selepas membasuh cawan dan beredar.
"Tahulah.. saya bukan budak-budak lagi.."
"Ya..ya.." balas Zahary.
Ikhwan sekadar tersenyum memerhatikan Zahary pergi,dia memandang ke arah luar tingkap sambil meneguk air minuman yang sudah mulai sejuk.
"I should go to bed.."
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hai guys
Apa khabar semua
Harap korang boleh terima la untuk REMAKE ni
Ada sesetengah chapter takkan diubah
Jadi storyline tak menyimpang jauh sangat.
Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top