Lisan 48 : Masalah di Osaka,bahagian 5
Ikhwan berdiri teguh dan Dion terbaring menahan sakit.
"Boss!" Jirei mendapatkan Dion.
"Boss! Boss okay ke?" Hakuto menyoal sambil membantu Dion untuk berdiri.
"Kau bodoh ke bangang? Tak nampak ke muka boss tengah tahan sakit tu? Lagi nak tanya.." Jirei mencebik.
"Kau bodohkan aku?" Hakuto terasa bengang.
"Haah..apahal ada masalah?"
"Weh korang,aku tengah sakit ni korang boleh bertekak pulak?" Dion timbul urat bengang.
"Sorry boss.."
Dion dipapah oleh Jirei dan Hakuto..
Shin merenung tajam dan tepat ke arah Ikhwan,lelaki itu membuka sut hitam dan dijatuhkan pada tanah.
"Aha the final boss.."
Shin mahu mara namun dia membatalkan langkahnya,Dion sudah berada di hadapan membelakangkan dia.
"Dion.. apa yang kau buat?" Shin menyoal.
"Saya masih boleh..!" Dion bersuara.
"Cukup Dion,budak tu bukan sembarangan orang..."
Dion terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Shin,remaja sekolah tinggi itu bukan remaja biasa?
Apa maksud majikannya?
Shin melangkah ke hadapan,melepasi Dion dan berhenti. Ikhwan hanya memerhatikan,sekadar tersenyum tanpa berkata apa-apa.
"Kau panggil aku ke sini,tumbangkan orang aku.. apa yang kau nak sebenarnya?" soal Shin.
"Haaaa...macam tu la,kita bincang elok-elok.." ujar Ikhwan tersengih.
"Cut the crap..give me your real reason.." Shin berkata mengugut.
"Are you threatening me?" Ikhwan menduga.
"I'm not.. but my patience is running low.." balas Shin.
Sebaik mendengar balasan Shin,Ikhwan terkejut dan ketawa.
"Hey..! What's so funny?!" Dion mula bengang.
"Okay..okay.. no need to mad.." kata Ikhwan selamba.
"Speak.." bidas Shin.
Ikhwan tersenyum dan mula melangkah mundar-mandir,namun setempat cuma bergerak ke kiri dan ke kanan.
"Should I call you sir? Mister? CEO.. Boss?" soalan Ikhwan hanya disambut renungan tajam.
Ikhwan mengangkat tangan tanda tidak mahu bermain-main,nafas ditarik lalu dihelakan panjang.
"Tuan sudah tengok video tu?" soal Ikhwan.
"....." Shin tidak menjawab.
"Tengok la ni.. walaupun aku sudah memberikan tunjuk video tu.. tuan masih tak punya perasaan?" soalan Ikhwan menikam tepat ke hati Shin.
"Apa yang kau nak cakap sebenarnya?"
"Simple.. kata la tuan berjaya jumpa Shin di Osaka.. apa yang tuan mahu lakukan pada dia? Heret dia pulang?" soalan Ikhwan tidak dijawab oleh Shin,Ikhwan sudah pun mengagak.
"Tak mahu jawab? Okay..dah agak pun.. biasa la orang yang ego terlalu tinggi agak kebal hati dia.. walaupun pada anak sendiri.." tambah Ikhwan masih mundar-mandir.
Dion yang mendengarnya hanya diam,dia turut menyaksikan keadaan Shiro yang ada di dalam video rakaman itu. Shiro diseksa dengan teruk,cukup teruk bagi remaja berusia 14 tahun ketika itu.
"Walaupun tuan sudah melihat rakaman video itu? Rakaman anak tuan,Shiro.. diseksa,disuntik pelbagai jenis dadah.. malah paling teruk.. Shiro bunuh budak-budak sebaya usianya.." tambah Ikhwan.
Ya,Shiro membunuh kanak-kanak yang dijadikan bahan eksperimen oleh Tyron dan Paxton. Shiro membunuh dengan pengaruh dadah yang diberikan kepada dirinya masa itu.
"Sedikit pun tak ada rasa apa-apa? Walau sedikit pun?" soal Ikhwan lagi.
Hati Dion bagai dijentik rasa bersalah,dia cuba berbincang dengan Shin. Namun jawapan Shin mengecewakan Dion,tapi apa yang dia boleh lakukan? Shin adalah majikan dan tuannya,dia hanya mampu berdoa agar Shin lembut hatinya.
"Apa yang aku rasa..apa tindakan aku.. semua itu bukan masalah kau.." kata Shin.
"Itu jawapan yang salah,tuan..apa yang saya boleh rumuskan.. apa yang tuan lakukan pada Shiro sejak dia kecil..." kata-kata Ikhwan terhenti seketika,semua memandang ke arahnya.
"Adalah untuk menutup malu tuan sahaja.." sambung Ikhwan.
"Well.. dia kan anak luar nikah? Betul kan? Bukan anak tuan dengan puan Kazumi.." jelas Ikhwan dan saat remaja itu menghabiskan ayatnya,Shin sudah meluru laju ke arahnya dan menghayunkan tumbukan.
Ikhwan terpelanting ke belakang merempuh motorsikal,lalu melambung dan jatuh ke timbunan pallet. Kayu pallet itu semua patah dengan teruk,Shin mengibaskan penumbuknya.
Shin bukanlah ahli perniagaan yang biasa,dia juga memiliki ki dan pemakai tali pinggang hitam sejak usianya belasan tahun lagi. Walaupun dia sibuk dengan urusan perniagaan,dia juga ada meluangkan masa untuk memperkuatkan skill tarungnya.
Timbunan pallet yang hancur dan patah diperhatikan,Shin menghela nafas pendek kemudian berpaling.
"Tuan..." sapa Dion mendekati Shin.
"Kita cari Shiro sekarang..kita dah buang banyak masa.."
"Tapi tuan? Budak tu?" soal Dion lagi dan Shin hanya menjeling ke belakang kemudian dia memandang Dion.
"Dia yang mintak..tanggung sendiri.."
Sebelum sempat Shin melangkah pergi,dia terdengar bunyi kayu patah. Dion menjengah ke belakang,dia terkejut dan Shin pula memandang ke belakang semula.
Shin dan Dion terkejut,Jirei dan Hakuto tergamam. Ikhwan berdiri sambil menggerakkan kepalanya,ke kiri dan ke kanan meregangkan ototnya.
"Haih.. sakit gak..betul la kerana mulut badan binasa....tapi peduli apa aku?" ujar Ikhwan selamba.
"Nasib baik baju baru aku tak koyak.. beli online ni,mahal weh..kalau koyak aku mintak korang ganti rugi.." tambah Ikhwan memandang ke arah Shin dan orang bawahannya.
"Pakaian yang dia risaukan?" soal Jirei.
"Aku hilang kata-kata.." Hakuto membalas.
"Aaahhh!? Motor aku pun jadi mangsa.. ni tahu dengan abang Yusri.. mahu kena bebel.. cari telinga aku.." bebel Ikhwan selamba,lalu mengangkat motorsikal dan dibangunkan.
"Motor dia pulak risaukan.." Hakuto berkata dengan muka blur.
"...." Jirei pula hilang ayat.
"Bapak! berat.."
"Memang la.. superbike kot?" Hakuto berkata lagi.
Setelah mendirikan semula motorsikal tersebut,Ikhwan terkejut akan sesuatu.
"Haa.. nah.. aih...ada calar sikit.." sambung Ikhwan sambil memeriksa keadaan motorsikal tersebut.
"Dia langsung tak apa-apa?" Hakuto menyoal terkejut.
"Sampai mana tadi? Aha..sampai part Shiro bukan anak hasil tuan dan puan Kazumi.." Ikhwan menyambung.
Namun Shin sudah meluru ke arahnya dengan begitu pantas,Ikhwan tersengih sahaja dan tumbukan mereka berlaga. Mata Shin merenung tajam tepat ke arah Ikhwan,manakala Ikhwan sekadar tersengih.
"Nampaknya tak ramai tahu ya fakta ni?"
"Kau memang nak mati ke?" soal Shin.
Shin menghayunkan sepakan,Ikhwan mengelak dengan cara mengundur beberapa tapak ke belakang. Shin mengejarnya dan melibaskan hayunan tumbukan,Ikhwan mengelak dan menepis.
"Well.. ajal maut tu urusan Dia.." kata Ikhwan tersengih.
Shin mengatur nafas dan sebelah kanan bahagian badan,bahagian rusuk kanan Ikhwan terkena tumbukan padu. Ikhwan agak terkejut,kemudian lehernya sebelah kiri dipukul dan muka dihinggap buku lima Shin.
"Kalau kail panjang sejengkal.. jangan lautan mahu diduga.." Shin memusingkan badan lalu menujah tendangan.
Tepat mengenai perut dan Ikhwan terpelanting jauh,Dion dan yang lain sekadar memerhatikan sahaja.
Shin memerhatikan keadaan di mana Ikhwan tercampak,dia memalingkan badan dan ingin menuju ke arah kenderaan.
Saat itu Shin terasa seram sejuk dan aura membunuh yang sangat kuat,Shin tersentak dan menoleh semula ke belakang lalu membesarkan matanya.
Ikhwan masih boleh berdiri,walaupun badannya penuh calar dan kesan darah sedikit. Ikhwan meregangkan lehernya dan mengesat darah pada bibir,Shin terasa hairan kerana perasaan seram sejuk tadi hilang.
"That's was close..." Omel Ikhwan sendirian.
"Hey.." panggil Shin dan Ikhwan memandang ke arahnya.
"What are you?" Shin menyoal.
"Human? What else?"
Manusia? Shin mengetap giginya,bullshit!
Itulah yang Shin fikir,walau sekuat manapun manusia. Dia takkan mampu bertahan apabila terkena serangan yang sangat kuat,malah Shin bukanlah sembarangan orang. Dia adalah elit dalam seni pertahanan diri,dia mampu melawan 100 orang sendirian!
Namun remaja di hadapannya,bukan sahaja sekali tetapi dua kali terkena serangannya. Mampu bangun tanpa menunjukkan kecederaan teruk,Shin terasa maruahnya sebagai fighter tercalar.
"You..." Shin berkata dan Ikhwan kehairanan.
Aura ki meletus mengejutkan semua,Dion tidak percaya Shin mengeluarkan aura ki miliknya. Jirei dan Hakuto tergamam,melihat sesuatu di luar jangkaan.
"Tuan?! Dia cuma budak je tuan!!"
Ikhwan hanya memerhatikan aura ki milik Shin,dia menghela nafas pendek mengingati perbualan lama dia dengan Hakuryu.
Ataupun lebih tepat,permintaan peribadi Hakuryu.
Imbasan lama bermain..
Tidak lama selang beberapa hari Shiro dibawa pergi oleh Shin,Hakuryu ada bertemu dengannya dan meminta pertolongannya.
Ikhwan dan Hakuryu berada di sebuah kafe berdekatan kawasan perumahan mereka,Ikhwan mencapai nescafe ice dan menghirup tanpa risau.
"Okay tuan.. ada sesuatu yang tuan mahukan daripada saya?" Ikhwan menyoal.
"Aku tak nak berkias.. aku rasa kau tahu bukan? Shiro dibawa pergi oleh bapa kandungnya..?" soal Hakuryu.
"....." Ikhwan diam.
"Aku anggap kau tahu..jadi aku membuat satu permintaan peribadi pada kau.." ujar Hakuryu.
Ikhwan membesarkan matanya,melihat Hakuryu menundukkan kepalanya.
"T-tuan.. angkat kepala tuan!"
"Tolong! Boleh aku serahkan hal Shiro pada kau?" Mendengar apa yang Hakuryu pinta,Ikhwan terdiam.
"Malah aku dengar juga,Shiro 'diculik' dan keluar dari Tokyo.." tambah Hakuryu mengangkat kepala memandang ke arah Ikhwan.
"By Luke supervisor.." ujar Ikhwan dan Hakuryu tersenyum kelat.
"Yeah.. and I believe.. Shin will be there.. to find him.."
"Haa... and I believe... Shiro's father just drag him back.." duga Ikhwan dan Hakuryu bersetuju dengan jangkaan Ikhwan.
"That's why.." Hakuryu tersenyum dan Ikhwan kehairanan.
"Aku percaya kau boleh sedarkan anak aku tu.." sambung Hakuryu dan Ikhwan tersengih sinis.
"That's my speciality.."
Tamat imbasan kembali..
Aura Shin berwarna putih menyelubungi tubuhnya,Ikhwan tersengih dan hanya memerhatikan Shin.
"This time.. I'll make sure you never wake up.."
"Hey mister.." ujar Ikhwan dan Shin merenung tajam ke arahnya.
Aura berwarna kuning cerah keemaaan muncul,di tubuh Ikhwan dan Shin bagai tidak percaya.
"You're not the only one with aura.."
Shin menghela nafas pendek,dia memandang lama ke arah Ikhwan.
"Beritahu aku..budak.." Shin berkata.
"Huh?" Ikhwan kehairanan.
"Kenapa kau sibuk sangat nak ambil berat pasal budak tu? Kau tak ada kena-mengena dengan dia langsung.."
Ikhwan mengeluh kecewa panjang,Shin mengangkat kening sebelah kanan tidak faham reaksi remaja itu.
"Tuan memang tak faham ya?" soal Ikhwan.
"Apa maksud kau?"
"Perlu ke sebab yang kukuh untuk mengambil berat atau melindungi seseorang?" jawapan Ikhwan membuatkan Shin terdiam,hilang kata-kata.
"You as a father.. should protect the child . Without discrimination.."
Shin mengepalkan penumbuk sekuatnya,dia memejamkan matanya dan ego tetap kukuh.
"I'll Protect Shiro . In my own way..."
"Ah God..what did I expected? Your EGO hard as rock..."
Suasana sunyi seketika,Dion dan orang bawahannya memerhatikan sahaja. Waktu bagaikan terhenti,dunia seakan tiada penghuni seketika dan titisan air jatuh ke tanah.
Ikhwan dan Shin terus meluru ke arah satu sama lain,tumbukan masing-masing dihayunkan pantas. Mereka berdua menahan tumbukan serentak,mata mereka berbalas renungan tajam.
Aura mereka berdua semakin marak dan meletus,Ikhwan dan Shin berpisah akibat impak itu. Ikhwan menyeret dan menghentak kaki,dia meluru laju ke arah Shin. Dia terus menujah tendangan lutut,Shin menahan kemas namun serangan Ikhwan tidak henti di situ.
Remaja itu terus melompat tinggi,kemudian menghentak buku lali kaki kanannya. Shin menahan lagi,dia dengan pantas mencengkam pergelangan kaki kanan Ikhwan dan ingin menghempaskan remaja itu.
Namun saat Shin ingin menghayunkan, satu sepakan kaki mengenai mukanya dan cengkaman kaki kanan Ikhwan. Shin hampir jatuh,namun dia sempat mengimbangkan badannya.
Shin menyeretkan kaki dan membuat pusingan badan,lantas melibaskan kakinya melepaskan satu gelombang. Ikhwan pula menggerakkan tangannya,kemudian melakukan tindakan yang tetapi dengan menggunakan tangannya.
Dua serangan itu bertembung lalu angin kencang terhasil,menggegarkan gudang lama itu.
Jirei dan Hakuto tergamam menyaksikan pertarungan tadi,mereka berpandangan antara satu sama lain.
"Apa yang kita lihat?" soal Jirei.
"Yeah.. macam dalam anime.." balas Hakuto.
Dion tidak menghiraukan mereka berdua dan dia lebih terkejut,remaja di usia sebaya Shiro mampu memiliki aura ki sekuat itu?
"Siapa sebenarnya budak tu?" soal Dion dalam hatinya.
"Not bad sir, you're strong.." ujar Ikhwan tersengih.
Shin mengesat darah pada bibir,dia memerhatikan darah merah pada jarinya.
"And you too,kid... you're not regular teenager.."
"Well I hear that a lot.."
Habis sahaja mereka bertukar pendapat,Ikhwan dan Shin kembali bertembung. Pertarungan mereka berdua begitu sengit,mereka berdua bertukar lagaan tinju demi tinju. Shin menukar rentak dan tumbukannya, mengenai perut Ikhwan dan remaja itu kesenakan. Shin mengambil kesempatan itu,menghujani tubuh Ikhwan dengan tinju yang bertubi-tubi.
"Ouhhhh!! Big Boss gonna win!!" Jirei berkata dan Hakuto mengangguk sahaja.
Shin mengepalkan penumbuk sekuatnya dan menghayunkan tumbukan, padu dan kuat lalu Ikhwan tercampak menyeret ke belakang. Shin menarik nafas pendek,dia menghilangkan lelah dan mengesat bibirnya.
"Macam mana rasanya?" Shin tersentak mendengar suara Ikhwan.
Dion,Jirei dan Hakuto juga terkejut,Ikhwan bangun dari terus terbaring. Remaja itu berdiri dengan mudah,seolah-olah tidak menerima pukulan daripada Shin.
"Macam mana rasanya menjadi seorang ayah yang menganggap anaknya tidak wujud?" soalan Ikhwan hanya dijawab renungan tajam oleh Shin.
"Lindungi Shiro dengan cara sendiri? Bullshit.."
"Jangan cakap seolah-olah kau tahu semuanya..."
Shin meluru ke arah Ikhwan,namun Ikhwan menepis serangan Shin terlebih dahulu.
"Jadi beritahu aku..apa yang aku tidak tahu!!" Balas Ikhwan dan melakukan serangan impak,menolak Shin ke belakang.
"Tuan tak rasa bersalah? Sedikit pun tidak?!"
Shin mendengar apa yang Ikhwan soalkan,dia mengetap giginya dan memecut ke arah Ikhwan lalu sekali lagi mereka berlaga tinju.
"Ya! Ada!!"
"Mengarut apa tuan? Kalau ada rasa bersalah.. kenapa tuan abaikan dia sejak kecil?! Apa dosa dia?! Sebab dia ANAK TIDAK SAH TARAF?!"
Shin mengetap giginya dan merentap,kemudian dia terus menghayunkan tumbukan padu ke atas Ikhwan. Namun Ikhwan sempat menahan dan menyebabkan remaja itu menyeret ke belakang,Shin menggigil-gigil menggenggam penumbuk sekuatnya.
"THAT'S NOT THE REASON!! I DON'T CARE ABOUT HIS TITLE!" Shin mula membuka mulut sepenuhnya.
"JADI APA?!"
"Dia tidak layak ada ayah seperti aku... Anak tidak sah taraf? Dia tidak patut lahir dengan title seperti tu.. sedangkan ibu kandung dia tak mahu terima dia.. sebab itu aku buat semua ini..."
Luahan Shin didengari oleh Dion,ini kali pertama melihat majikannya aktif berkata-kata seperti ini.
"Sebab itu tuan jauhkan Shiro dari ibu kandung dia?" Ikhwan menyoal.
"Ya..aku tak layak jadi bapa kandung dia.."
Ikhwan yang mendengar alasan lelaki di hadapannya,membuatkan hatinya semakin marah.
"Jadi..kenapa masa dia diculik.. kenapa kau tidak layan penculik ketika meminta wang tebusan?"
Shin tersentak mendengar soalan itu dan saat itu Ikhwan sudah dekat dengannya,tidak sempat bereaksi mukanya dihenjut satu tumbukan.
"Dia diseksa.." ujar Ikhwan menghujani pukulan kombo pada Shin.
"Shiro terseksa..menjadi mangsa eksperimen.." balas Ikhwan tidak henti-henti memukul Shin.
"Tuan! Ergghh.." Dion ingin membantu namun kecederaannya,tidak mengizinkan.
"Tolong! Berhenti!!" Dion merayu namun Ikhwan tidak peduli.
"Sebabkan kau...Shiro got PTSD..did you ever know that?!!" soal Ikhwan menghayunkan tumbukan padu,lalu menyebabkan Shin tercampak.
Wajah Shin hanya cedera pada hidung dan selebihnya,Ikhwan lebih memukul pada bahagian badan Shin.
"YOU DESERVE TO DIE!!!" Ikhwan diselubungi aura ki berwarna merah gelap,emosi marahnya telah menguasainya.
Ikhwan mengatur pernafasan,auranya berkumpul pada kedua-dua tinjunya. Ikhwan meluru laju ke arah Shin,pada masa itu Shin berada di dalam dunianya.
"Is this the end for me?" Shin menyoal dan Ikhwan semakin hampir.
Shin memejamkan matanya dan pasrah,namun seseorang meluru keluar dari tempat persembunyian dan menahan serangan Ikhwan.
Impak serangan itu mengakibatkan tiupan angin kencang,Dion terkedu merasai tiupan angin tersebut.
"..!?" Ikhwan terkejut dengan kehadiran individu itu.
"Hey.. it's enough right?" soal individu itu.
Salah seorang anggota ahli White Hawk,Doktor Ikmal ataupun Ikmal dan Ikhwan menarik tinjunya. Suasana sunyi seketika,kemudian Ikhwan menumbuk mukanya menyebabkan Ikmal tergamam.
"H-hey!"
"Shit.. what are you thinking? Wanna kill your own friend father?" soal Ikhwan dalam hatinya.
"Thanks doktor Ikmal.. for stopping me.." ujar Ikhwan dan Ikmal hanya tersenyum kemudian batuk darah.
"Oi!!"
Sementara itu,di lokasi lain..
Elysia yang sedang melakukan misi dengan Senjuro, teringat sesuatu yang penting iaitu mengenai suaminya.
"Hey leader..Ikmal ada bawak ubat dia tak?!"
Senjuro terkebil-kebil dan mendail satu nombor,iaitu Rostam.
"Weh Rostam! Ikmal bawak ubat dia ke tak dia ke Osaka tu?!" Elysia terkejut mendengar apa yang Senjuro katakan.
"Kau tak tahu Ikmal bawa ubat dia atau tak?!"
"Err...hehe..."
"Kau hantar dia ke Osaka.. kau tak ingatkan dia langsung?!" Elysia mula hilang sabar.
"Err.. lupa..."
"SENJURO...!!"
"Errk!! This must be hurt.."
Rostam yang mendengar bunyi bising di corong telefon,hanya terkebil-kebil kemudian menamatkan talian.
Kembali ke lokasi asal..
Ikmal mengesat darah dari mulutnya,sambil diperhatikan oleh Ikhwan yang agak terkejut.
"Doktor? Kau okay? Kenapa kau batuk darah?!" Ikhwan menyoal risau.
"Saya okay.. saya okay.. koff!" Sekali lagi batuk darah oleh Ikmal.
"DOKTOR TAK OKAY!!"
"Jangan risau,saya ada bawak ubat.." ujar Ikmal dengan muka masih tersenyum dan mengambil ubat lalu dimakan.
"Ada air hehe.." Ikmal menyoal dan Ikhwan membuat muka blur.
"Ini..." Dion menghulurkan sebotol air mineral.
"Terima kasih..." Balas Ikmal menyambut botol air mineral itu.
Seketika keadaan menjadi tenang,Ikmal kembali normal dan menghela nafas lega.
"Okay.. sekarang bagi saya rawat tuan Ryuzaki.."
Seperti magic,Ikmal merawat Shin dan seolah-olah memulihkan wajah Shin seperti sediakala. Hanya tinggal calar-calar sedikit,Dion dan orang bawahannya menghela nafas lega.
"Thank God you came on time.." ujar Ikhwan dan Ikmal tersenyum.
"Yeah thanks to you for holding back.." ujar Ikmal pula,Ikhwan terkejut kemudian tersenyum.
Kenapa Ikmal berkata begitu? Kerana Ikhwan ada menahan sikit dari menggunakan kuasa penuh serangannya,jika Ikhwan gunakan serangan kuasa penuh agak mustahil Ikmal menahan dengan keadaan tubuhnya itu.
Ikhwan memandang ke arah Shin,Dion memapahnya dan Ikhwan menghela nafas pendek. Ikmal pula membantu merawat Itoh,Goh dan Noda yang tercedera akibat melawan Ikhwan.
"🎶Pesakit.. pesakit.. aku suka orang sakit.. hehehe..🎶" Ikmal menyanyi sambil merawat mereka bertiga.
Shin yang dipapah oleh Dion,berbalas pandangan dengan Ikhwan. Shin ingin beransur pergi,namun Ikhwan menghalang.
"Apa lagi?" Shin menyoal.
"Kenapa tuan halang puan Shion bertemu anaknya? Shiro kan anak kandungnya sendiri?" Ikhwan menyoal.
"Dia abaikan Shiro masa bayi,kenapa aku perlu benarkan? Aku tak mahu Shiro lebih sakit..."
"Tuan abaikan dia..anggap dia tidak wujud..itu cara melindungi ke?"
"Aku mahu dia bencikan aku.. aku tak layak dipanggil ayah oleh dia.." jelas Shin.
"Apa? What a bullshit!"
"Aku tak harap budak macam kau faham.."
"Apa yang tuan lakukan hanyalah buatkan Shiro sakit.. dia tidak bencikan tuan.."
"Mustahil.."
"Tuan buat macam mana pun,tuan tetap ayah Shiro.. ayah kandung dia.. insan yang buat dia lahir ke dunia.. everyone making a mistake.." jelas Ikhwan dan Shin hanya diam.
"People can change sir.. miss Shion already regret for her past action.." jelas Ikhwan.
"Cut that bullshit..I don't believe you.."
"Everyday sir.. past 15 years.. she's regret for her action.. day and night.. she pray for she can meet her son..." Jelas Ikhwan dan Shin hanya diam,dia masih tidak mahu percaya.
"So how bout we prove that?"
"Huh?"
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
HELLO guys
Hope you Guys not waiting for too long
Just stay tuned for next chapter okay?
That's all
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top