Lisan 47 : Masalah di Osaka,bahagian 4


Shion mula bertenang,Emyriel tersenyum lembut dan memimpin Shion duduk di kerusi sofa.

"Terima kasih..."

"Puan tidak apa-apa..?" Alisa menyoal.

Shion menjawab dengan anggukan kepala yang lemah,senyumannya kelat dan matanya memandang ke arah Ikhwan.

"Apa motif kamu buat semua ini?" Shion menyoal tanpa selindung.

"Puan.. saya percaya sekarang Shiro berada di Osaka..." jelas Ikhwan dan Shion terkedu.

"Awak tak bohong kan? Shiro.. dia ada di Osaka?" Shion bagai tidak percaya dan Ikhwan mengangguk.

"Saya tidak akan main-main mengenai hal seperti ini puan.." jawab Ikhwan.

Shion terdiam seketika,suasana menjadi janggal dan yang lain selain Ikhwan berpandangan antara satu sama lain. Ikhwan menghela nafas pendek,dia berpaling ke arah lain.

"Kau nak ke mana?" soal Farhan dan semua memandang ke arah Ikhwan.

"Ryuzaki Shin.." jawab Ikhwan pendek dan Shion membulatkan matanya.

"Untuk apa awak nak jumpa dengan dia?!" Shion menyoal dengan nada yang serius.

"Bukan puan sahaja yang saya tunjukkan rakaman video itu.." jelas Ikhwan dan Shion membesarkan matanya.

"Jadi kamu harap dia datang berjumpa dengan Shiro dan memohon maaf? Ego lelaki itu sangat tinggi dan..sukar untuk ubahkan fikiran dia walau kamu berhujah banyak... dia umpama batu yang sangat keras..." jelas Shion tegas dan semua memandang ke arah mereka sahaja.

Ikhwan yang mendengarnya,memejamkan mata dan tersenyum sambil menghela nafas pendek.

"Jika kata-kata sukar.. dia perlu disepak.." jawab Ikhwan selamba melangkah pergi.

"Kamu tak tahu apa yang lelaki itu mampu lakukan!" Shion meninggikan suaranya,dia mula risaukan nasib Ikhwan dan langkah remaja itu terhenti.

"Lupakan hasrat kamu untuk bertemu dengan lelaki itu...jika kamu sayangkan nyawa kamu.." jelas Shion memberi amaran.

Ikhwan berdiri tegak membelakangkan mereka,Farhan sekadar menghela nafas pendek dan Fara dengan tenang menghirup air teh yang hangat. Alisa dan Emyriel terkebil-kebil melihat situasi ketika itu.

"Puan Sasaki Shion.. kamu juga tidak tahu apa yang saya mampu lakukan.." ujar Ikhwan tenang dan Shion kurang faham.

Ikhwan perlahan-lahan menoleh ke belakang,Shion terkedu melihat anak mata Ikhwan. Dia hanya tergamam melihat maksud anak mata yang menatap tajam ke arahnya,Shion tidak mampu memberi kata-kata susulan dan Ikhwan tersenyum lalu melangkah pergi.

"Maafkan sepupu saya..kata-kata dia agak kasar kedengaran,namun dia tidak memberi maksud yang tidak elok.." jelas Farhan dan Shion memandang ke arahnya.

"Kamu..tidak faham,Ryuzaki Shin bukan lelaki yang sembarangan.." Shion tetap risau dan Farhan menghela nafas pendek.

"Puan pernah dengar Puak Baiyura?" Farhan menyoal lagi dan Shion kehairanan.

"Ya.. mereka merupakan antara puak terbesar dan berpengaruh di negara Malaysia serta Asia.." jawab Shion dan Farhan tersenyum.

"Jika puan mahu tahu,dia adalah bakal peneraju seterusnya Puak kami.." jelas Farhan lagi dan Shion yang mendengarnya membesarkan matanya.

Ikhwan berjalan keluar dari bangunan syarikat keluarga Sasaki,selepas membuat satu panggilan dan seseorang menunggang sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR1000RR berhenti di hadapannya.

"Abang Yusri?" soal Ikhwan agak terkejut sebaik individu yang menunggang motorsikal itu adalah abangnya sendiri.

"Nah.. kau boleh lakukannya?" Yusri menyoal dan Ikhwan tersengih.

"Abang tolong bawa puan Sasaki pada Shiro... saya akan uruskan selebihnya.." ujar Ikhwan dan Yusri sekadar menggelengkan kepala.

Mereka berlaga penumbuk,sebelum Ikhwan terus berlalu pergi dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi itu.

VrrrRRMMMM!!!!

********

Kenderaan hitam yang membawa Shin terus menyusur lancar,di atas jalan raya dan trafik agak lengang. Shin masih lagi tidak berkata apa-apa,dia masih berfikir mengenai rakaman video yang dia tonton di pejabatnya tadi.

Apa yang patut dia lakukan sekarang ini?

Shin menyandar pada kerusi,sambil kepalanya didongakkan memandang ke atas.

"Tuan.." Dion menegur dan Shin memandang ke arahnya.

"Apa rancangan tuan nanti bila tiba ke Osaka..?" Dion menyoal.

"Kita perlu bertemu dengan pengirim video tu terlebih dahulu.. kemudian kita akan cari dan bawa balik Shiro.."

Dion terdiam mendengar jawapan Shin,dia tidak tahu apa yang dia mahu katakan. Rakaman video yang tonton,buatkan dirinya serba-salah.

"Tuan.. perlu ke kita paksa tuan muda Shiro lagi?" Shin memandang ke arah Dion yang menyoal lagi.

"Apa maksud kau?"

"Tuan.. perlu ke aku jelaskan? Rakaman video tu.. rakaman tuan muda kena SEKSA.."

"Aku tahu Dion,aku pun nampak.." jawab Shin.

"Tuan muda menderita tuan..!"

"Cukup,Dion.." renungan tajam Shin membuatkan Dion terdiam.

"Aku akan fikir perbualan ini tidak wujud.. jadi tutup mulut kau tu.." tambah Shin lagi.

Dion menghela nafas kecewa,ego majikannya masih tinggi.

Suasana menjadi sunyi seketika,Dion dan Shin diam tanpa sepatah huruf sekalipun.

"Tuan.. kita dah sampai ke alamat yang diberikan..." jelas Dion.

Shin mengangguk faham dan sebaik kenderaannya berhenti,pintu kenderaan terbuka dan Shin melangkah keluar dari dalam kenderaan.

Sebuah gudang yang besar,bangunan masih utuh dan hanya karat serta ditumbuhi hidupam hijau pada dinding.

"Betul ke sini?" Dion menyoal agak kurang yakin.

"Betul boss Dion.. dari alamat yang diberikan..inilah tempatnya.." kata orang bawahan yang turut mengiringi Shin.

Shin memandang ke sekeliling kawasan,dia melihat tiada sesiapa di situ.

"Rasanya kita kena scam agaknya?" ujar orang bawahan Dion lagi seorang.

"Bagaimana boss?" soal orang bawahan Dion.

"Kita tunggu sekejap lagi.. kalau tiada sesiapa yang muncul..kita balik.." jelas Dion.

Lima orang bawahannya hanya mengangguk,menurut arahan sahaja.

VrrrRRRMMM!!!

Shin dan Dion serta beberapa orang bawahan yang mengiringinya,menoleh serentak ke arah di mana bunyi yang kuat itu.

Seseorang menunggang motorsikal berkuasa tinggi muncul,lalu berhenti dengan brek menyeret tidak jauh di hadapan mereka.

Lima orang pengawal termasuk Dion segera melindungi Shin,Dion memerhatikan sahaja si penunggang itu turun dari motorsikalnya.

Topi keledar ditanggalkan dan Ikhwan menghembus nafas panjang,Shin kenal wajah remaja itu kerana dia ada mengawasi Shiro secara senyap-senyap.

"Itu bukan rakan tuan muda ke?" Dion menyoal.

"...." Shin hanya merenung ke arah Ikhwan sahaja.

Ikhwan kerap kali dilihat bersama Shiro,dia melangkah ke hadapan untuk memastikan adakah benar atau tidak.

"Tuan.." Dion agak risau dan Shin mengangkat tangan tanda menyuruhnya diam.

"Ryuzaki Shin right? Thanks for coming.." ujar Ikhwan namun membelakangkan Shin.

"Hey.. If you wanna make a conversation.. should you show your face properly.." Dion agak marah melihat sikap biadab remaja itu.

"Small fry should shut up.." kata Ikhwan dan Dion merenung tajam ke arahnya.

Shin menghela nafas pendek,dia kecewa kerana membazirkan masa datang sejauh ini.

"Where's he?" Shin menyoal dingin.

"Who?" Ikhwan menyoal kembali.

"Don't act like you don't know.. where's young master Shiro!?" Dion menjawab dengan perasaan marah.

"To be honest.. I didn't know where's he.." jelas Ikhwan mengangkat bahu dan menggelengkan kepala.

"What... don't you dare to lie..."

"Even if I know.. I wouldn't tell you.."

Jawapan Ikhwan semakin buatkan Dion hilang sabar!

Berani budak setahun jagung di hadapannya mempermainkan dia?!

Dion mengepalkan penumbuk sekuatnya,dia memejamkan mata dan menghela nafas pendek.

"Don't test me kid.. tell us where's young master..."

"Why should I? You master over there treat my friend like he doesn't even exist.. and now you wanna me to tell you where's he? Cut that bullshit.." jelas Ikhwan membidas.

Sudah cukup,Dion sudah tidak mampu menahan amarahnya.

"Itoh..! Goh! Subdue him.. make him confess and tell our young master whereabouts.." arah Dion.

Orang bawahan Dion yang dipanggil namanya,mengangguk faham dan Itoh terlebih dahulu meluru ke arah Ikhwan kemudian disusuli Goh.

"Sorry kid.. no hard feelings.. you choose this.." Itoh berkata seraya mencengkam bahu Ikhwan.

Namun Ikhwan tersengih,dalam masa yang sama pandangan Itoh berpusing dan tubuhnya dihempas ke tanah. Dion dan orang bawahan yang lain,terkejut namun Shin hanya diam memerhatikan sahaja.

"Macam kau kata.. 'no hard feelings' kan?" Ikhwan berkata tenang mendengar Itoh menjerit kesakitan.

"Itoh! Kau berani?!" Goh menghayunkan sepakan.

Ikhwan menepis ke mengalihkan haluan sepakan daripada Goh,kemudian Ikhwan serangan uppercut membuatkan Goh terdongak sebaik serangan Ikhwan mengenai dagunya. Goh terdongak dan terlompat jatuh meniarap,Dion dan orang bawahan yang lain terkejut melihat keadaan tersebut.

Lima orang bawahan yang Dion pilih dan bawa bersama mengiringi Shin,boleh dikatakan antara yang elit dan professional. Namun remaja itu dapat jatuhkan dua elit,dengan sebegitu mudah.

"Hakuto,Jirei,Noda.. jangan bagi peluang budak tu bernafas lega..serang!" Dion mengarahkan tiga lagi orang bawahannya.

Tiga lagi orang bawahan Dion segera menyerbu ke arah Ikhwan,remaja itu hanya tersengih licik dan Jirei menghayunkan tumbukan. Ikhwan dengan tersengih licik,menarik Itoh yang terbaring kesakitan menjadikan Itoh sebagai perisai.

"Uhurrkk!!!" Itoh mengerang senak apabila tumbukan Jirei tepat ke perutnya.

"Dia jadikan Itoh sebagai perisai!" ujar Noda.

"Oi main kotor!" Jirei geram.

"Hehehe...aku peduli apa?" Ikhwan ketawa kecil.

Ikhwan yang tersengih ketawa menyedari sesuatu dari sebelah kirinya,Hakuto dengan menggunakan senjata jenis tonfa menujah serangan dengan pantas.

"Mampus kau!"

"Kau ingat mudah?"

Secara pantas juga,Ikhwan menahan serangan tersebut dengan belakang telapak tangannya. Sebelum menahan serangan itu Ikhwan dengan pantas,terlebih dahulu mengaktifkan sarung tangan zirah yang bentuk samaran adalah gelang tangan.

"Bila masa dia pakai sarung tangan berzirah?" Dion agak terkejut.

"Sial.. Noda!!" Hakuto menjerit.

Ikhwan menjeling ke belakang,Noda sudah dekat dan menghayunkan tendangan. Ikhwan hanya tersengih dan melompat,seiring berpusing dan melakukan sepakan tepat ke dada Noda.

Hakuto tergamam melihat rakannya sudah dijatuhkan,Ikhwan tersengih dan Jirei menghayunkan tumbukan. Ikhwan menepis dan melekatkan kedua-dua tapak tangannya,pada dada Jirei.

"HAHH!!"

Jirei terbeliak matanya tercampak merempuh Hakuto,mereka bergolek jatuh terlentang namun tidak begitu serius.

"Palm attack?" Shin terkejut dan merenung tajam ke arahnya.

Ikhwan tersentak merasai daya aura yang memberinya ancaman,dia tersengih sahaja dan memandang ke arah Hakuto dan Jirei.

"Hey Jirei.. kau okay?"

"Aku okay...rasanya.."

"Hey still wanna go?" Ikhwan menyoal tersengih.

"Curse you kid!" Jirei berkata marah.

"Damn you right partner...!" Hakuto juga sama.

"Dion.. you go.." ujar Shin dengan tiba-tiba.

"Sir?"

Shin menunjukkan air muka yang serius,jelas tidak bermain-main riak wajahnya. Dion tidak mahu menyoal lebih,dia menarik nafas panjang dan dihelakan.

"Hakuto.. Jirei.. that's enough.." Dion melangkah ke hadapan.

"But sir! We still can!"

"It's master order..." ujar Dion serius.

Hakuto dan Jirei terus terdiam,mereka membantu rakan-rakannya yang sudah terbaring lalu bawa mereka ke kenderaan.

"Wha..? I thought big boss..but sidekick?" Ikhwan menyoal tersengih.

"Laugh while you can kid.. don't expect mercy from me.." Dion memberi amaran sudah siap-siap menyarung sarung tangan hitam.

Ikhwan sekadar tersenyum sahaja,Dion merenung tajam tepat ke matanya. Shin sekadar memerhatikan,suasana sunyi seketika seperti masa terhenti.

Dion terus menghayunkan tumbukan,Ikhwan tersentak dan mengangkat tangannya menahan serangan. Lengannya terasa bisa,dia sedar ada satu lagi serangan susulan dari sebelah kiri,Ikhwan terus berundur ke belakang dan tumbukan Dion tersasar.

"Pantas..!" getus hati Ikhwan berbicara.

Sedang Ikhwan berundur,Dion sudah mengejar meluru mendekati Ikhwan dalam sekelip mata.

"Alamak.."

Tumbukan pada bahagian kanan perut,Ikhwan mengetap giginya dan melakukan serang balas. Dion segera mengelak dan menghentikan kemaraannya,Ikhwan menekup bahagian yang terkena pukulan daripada Dion.

"Kau nak teruskan?" soal Dion serius.

Ikhwan hanya mendiamkan diri,dia mengatur nafas lalu dihelakan panjang. Ikhwan memasang kuda,serta gaya stance tanda untuk serius.

Dion menghela nafas kecewa,melihat remaja di hadapannya degil sama seperti tuan mudanya iaitu Shiro.

"Haaa...jangan salahkan aku..."

Dion terus meluru laju ke arah Ikhwan,selepas berkata-kata dan melakukan serangannya. Tumbukan dihayunkan pantas,Ikhwan yang menunggu serangannya mengelak namun Dion tahu hala tuju gerakan Ikhwan.

Dion mengejarnya dan terus menghenjutkan tujahan tendangan,Ikhwan sekali lagi mengelak dan Dion ingin menyerang juga.

"Urghh!!?" Dion terasa senak pada perutnya.

Ikhwan sudah dalam keadaan mengepalkan penumbuk,bermakna Ikhwan sudah menyerang tanpa sempat Dion sedar?

"Bagaimana dia melakukannya?!" Dion menyoal dalam hati,dia tidak dapat mengesan serangan balas remaja itu.

Sebelum sempat Dion mengambil nafas,Ikhwan sudah pun mengatur nafas dan sekelip mata Dion terpelanting ke belakang sebelum terbaring kesakitan tidak mampu bangun.

Shin agak terkejut sedikit,melihat orang kanannya ditewaskan dengan mudah?

Sementara itu di Tokyo..

Hernandez Florist

Aires duduk menyandar pada kerusi sambil memandang ke luar tingkap,dia tersenyum simpul dan menghela nafas pendek.

"Hey Haze..kau nak tahu satu benda?" soalnya pada orang kanannya,Haze.

"Tak,tak minat.." jawab Haze selamba.

"Budak bertuah,sekurang-kurang pura-pura la nak tahu.." Aires berkata bengang.

"Ha.. yelah..ha apa yang satu benda tu? Batu?"

"Heh.. kau tahu?"

"Apa dia?"

"Shut up and let me finish first!"

Haze mencebik menyampah,Aires hanya menghela nafas pendek.

"Di Malaysia ada satu puak..."

"Bukan ada banyak ke?" Haze mencelah selamba dan Aires timbul urat bengang.💢

"Ya.. ya.. banyak puak,aku cuma nak ceritakan satu puak je..paling berpengaruh.."

Haze diam sahaja menunggu Aires menghabiskan ceritanya.

"Puak itu diberi nama Puak Baiyura.. mereka ni digelar oleh orang ramai bermacam nama.. Mercenary.. Assassin. Peacemakers.. Bodyguard agency.. and etr..." jelas Aires.

"Dalam ramai ahli di Puak Baiyura.. ada seorang yang paling berbakat.. paling genius.. semua la terpaling hebat.." tambah Aires lagi tersengih.

"Siapa?"

"Individu tu memang penuh dengan skill dan kepakaran mencipta strategi.. malah di usia muda,dia telah menjadi calon pewaris untuk pemimpin Puak Baiyura.."

"Yelah.. siapa orangnya tu?!" Haze mula geram melihat boss nya itu mempermainkan sifat ingin tahu dia.

"Kau dah jumpa dah.." jawab Aires tersengih dan Haze membesarkan matanya.

"Budak sekolah tinggi dari Malaysia tu ke?" soal Haze dan Aires tersengih

Kembali semula ke tempat di mana gudang lama,di Osaka dan Dion mengaduh kesakitan. Dia mengusap-usap perutnya,dia terasa senak sehingga tidak mampu bangun.

"Boss Dion..!" Salah seorang orang bawahannya,walaupun cedera dia membantu memapah Dion untuk bangkit.

Dion dibantu oleh dua orang bawahannya yang tidak mengalami kecederaan serius.

Shin memandang semula ke arah Ikhwan,dia tidak sukakannya dan merenung tajam ke arah Ikhwan.

"Well..kau nak teruskan?"




🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

HELLO

What's up guys

Simpan sikit untuk Ikhwan berdepan Shin

Apa yang akan berlaku ya?

Well,itu bergantung pada kami untuk gayakan sambungannya

Harap korang berpuas hati la ya?

Faham?

Okay

Ciao!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top