Lisan 43 : Bertolak ke Osaka


Aires meletakkan smartphone miliknya di atas meja,dia tersenyum sendirian dan Haze memandang ke arahnya dengan air muka blur.

"Boss? Are you okay? Tak hilang lagi skru ke?"

"Apahal? Aku senyum pun salah ke?" soal Aires.

"Tak adalah,kalau nak gila tu gila sorang-sorang..ni kedai boss tengah ada pelanggan.."

Aires memerhatikan keadaan sekeliling,ada dalam empat pelanggan di sudut berbeza memerhatikan bunga yang dipamerkan. Aires menghela nafas pendek,dia ketawa kecil.

"Gelak pulak.."

"Sorry..sorry,aku gelak sebab Hakari Senjuro culik anak sulung CEO Ryuzaki Group..."

"I see.. boss nak masuk campur ke?" soal Haze.

"Masuk campur? No.. kita jadi penonton je Haze...pelakon dah cukup,tirai layar sudah dibuka.. aku tak sabar nak tengok kemunculan watak utama.."

"Watak utama?" soal Haze dan Aires tersengih tidak menjawab,malah ketawa kecil dan dia teruja.

"Sah boss aku dah sewel.."

"Aku dengar tu Haze.."

"Kisah pulak aku..?"

======>

Mendengar lokasi yang disebut oleh Ikhwan,Farhan agak terkejut dan Yusri sekadar mendiamkan diri.

"Osaka? Kenapa jauh sangat?" soal Farhan.

"Kau baca ke tak baca information yang aku bagi tu?" Ikhwan menyoal mengerutkan dahi.

"Baca...tapi tak semua.." balas Farhan tersengih mengerang busuk.

"Ni kalau maklumat misi kau buat macam tu,aku tanam kau hidup-hidup.." kata Ikhwan dengan tersenyum.

"Mimik muka dan kata-kata kau langsung tak serasi..." balas Farhan.

"Okay,sekarang ni macam mana?" soal Yusri.

"Apa lagi? Kita akan trip ke Osaka la.." jelas Ikhwan.

"Bagaimana kita nak pergi sana? Naik motorsikal?" Farhan menyoal.

"Kalau kau tak kisah menunggeng berjam-jam.." kata Ikhwan.

"Maksud kau?"

"Tokyo ke Osaka agak jauh.." Yusri mencelah sambil meng 'Google' maklumat.

"Berapa jauh?" Farhan menyoal.

"12 jam tanpa tol,macam jalan pedalaman la..bukan lebuh raya.." Yusri menjawab dan Farhan tercengang.

"6 jam dengan tol.." jelas Ikhwan pula.

"Jauh betul...kematu kalau naik motorsikal.." Farhan berkata sambil menggaru belakang leher.

"Tahu pun kau.." balas Ikhwan.

"Jadi kau ada solution nya?" Farhan menyoal dan Ikhwan berfikir sejenak.

"Aha..." Ikhwan mendapat idea.

Selang sejam kemudian...

Ikhwan dan Farhan berada di sebuah kafe,nescafe ais dua gelas terhidang dan Farhan langsung tak faham.

"Kau nak buat apa ni? Kita tunggu siapa ni?"

"Chill out bro..nanti sampai la diorang.."

"Apa? Siapa?"

"Asalamualaikum..." sapa satu suara yang lembut.

Farhan menoleh dan terkejut melihat Alisa bersama Emyriel,Ikhwan sekadar tersenyum sahaja dan lebih mengejutkan Farhan adalah..

"Fara? Apa yang awak buat di sini?" Farhan menyoal kerana kehadiran tunangnya bersama Alisa dan Emyriel.

"Fara ni kawan kami juga,cuma lain sekolah je.." jawab Alisa.

"Itu tak menjawab bagaimana dia ada sekali di Tokyo?!" Farhan tidak berpuas hati.

"Jangan marah mereka..saya temankan parents saya atas urusan kerja.. mereka risau saya kebosanan,jadi mereka cadangkan saya bersiar-siar di Tokyo.." jawab Fara dengan lembut,Farhan mengangguk faham.

"Kebetulan kami terserempak..jadi alang-alang macam ni,kami ajak la Fara datang sekali.." Emyriel mencelah sambil tersenyum,Alisa mengangguk dan Fara hanya tersenyum kelat.

Ikhwan dan Farhan merapatkan wajah masing-masing,tiga gadis itu kehairanan dengan gelagat mereka.

"Macam mana Wan?" Farhan menyoal sambil berbisik.

"Dah dia ada sekali,takkan nak halau pulak.." jawab Ikhwan sama berbisik.

"Apa yang kamu berdua bisikkan?" Emyriel menyoal.

"Tak! Tak ada apa!" Farhan menjawab sambil tersengih dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Dah jadi camni,better kita beritahu je lah.." ujar Ikhwan mengalah.

"Tapi takkan kau nak beritahu orang luar?" Farhan menyoal dengan nada berbisik.

"Bukan Fara tunang kau?" soalan Ikhwan mendiamkan Farhan.

"Sooner or later,she will got into a mess.. better tell her then sorry.." balas Ikhwan.

"Hey.." Farhan berubah riak air mukanya.

"It's a fact.." Ikhwan berkata selamba mukanya.

"Apa yang kamu berdua bisikkan?" Alisa menyoal.

"Yelah,macam pasangan gay pun ada.." Emyriel mencelah selamba dan Fara hanya ketawa kecil.

"Oi..kami straight okay?" Farhan membidas dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Okay cukuplah..guys dengar ni,Fara harap awak rahsiakannya okay?" Ikhwan mula mengatur ayat.

"Baik saya faham.." Fara mengangguk sambil tersenyum.

Ikhwan memberi penjelasan sepenuhnya pada Alisa,Emyriel dan Fara. Tiga orang gadis remaja itu bagai tidak percaya,lebih-lebih lagi Emyriel kerana dia mengambil berat mengenai Shiro. Sejak dari insiden Shiro menceritakan dia pengsan atas alasan nampak katak, Emyriel risau dan sentiasa perhatikan Shiro.

"Benarlah kata orang,sentiasa ketawa.. sentiasa tersenyum..menyimpan luka yang dalam di hati.." ujar Alisa dan Ikhwan mengangguk sahaja.

"Shiro..." Emyriel menundukkan kepalanya.

"Untuk dua minggu cuti sekolah ni,kamu bertiga ada urusan lain ke?" Ikhwan menyoal dengan tiba-tiba.

Alisa terdiam mendengar apa yang disoalkan oleh Ikhwan,Emyriel terkebil-kebil dan Fara hanya kehairanan.

"Tiada... Kenapa awak tanya?" soal Alisa.

"Bagus.. kami akan ke Osaka esok.. nak join?" Ikhwan menyoal lagi dan Farhan agak terkejut.

"O-Osaka?! Jauhnya?!" Emyriel menyoal terkejut.

"Kenapa Osaka?"

"Sebab Shiro larikan diri dan menuju ke Osaka..?" Jawab Ikhwan.

"Hey Ikhwan! Apa yang kau plan ni?" soal Farhan.

"Jadi? Untuk berapa lama?" Alisa menyoal dan agak ragu-ragu.

"Hmm tak berani nak jamin berapa lama.. kami akan cuba dua hari sebelum waktu persekolahan bermula.." ujar Ikhwan.

Alisa berfikir sejenak begitu juga Emyriel,Fara mencuit lengan baju Farhan. Hanya gelengan kepala sahaja daripada Farhan,dia tidak boleh nak mengagak apa yang difikirkan oleh sepupunya itu.

"Bagaimana Emy? Awak nak follow ke?" soal Alisa.

"Hmm susah sikit la Lis.. kos lagi.." ujar Emyriel agak risau,walaupun dia tergolong dalam keluarga yang mampu tetapi Emyriel tidak suka menghabiskan duit sakunya sesuka hati.

"Berkenaan kos.. jangan risau,kami tanggung.." jelas Ikhwan tersenyum dan pada masa itu,mata Emyriel bersinar-sinar sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh remaja itu.

"Okay! Deal! Kami ikut!"

"Emy?!"

"Sure.." jawab Ikhwan hanya tersengih.

Melihat Emyriel bersorak girang sambil dileteri oleh Alisa,Ikhwan hanya tersengih sahaja dan Farhan mendekatinya.

"Kau pasti ke? Banyak tu nak tanggung tiga orang.." ujar Farhan berbisik.

"Kenapa pulak,duit aku banyak.." kata Ikhwan selamba dan Farhan mencebik.

"Berlagak.."

"Plus.. aku tanggung dua orang.. apahal sampai tiga orang?" Tambah Ikhwan lagi dan Farhan terkejut.

"Dia tunang kau kan,kau la tanggung... Latihan untuk masa dah lepas nikah nanti.. hehehe.." ujar Ikhwan lagi dan Farhan mencebik lebih teruk bibirnya.

"Sepupu tahi hidung masin.."

========>

Esok harinya...

Alisa dan Emyriel terkebil-kebil melihat sebuah kenderaan SUV yang begitu besar baginya,yang mengambil mereka berdua. Emyriel sudah berada di rumah Alisa,ini kerana ibu bapanya ada urusan kerja dan perlu masuk awal pagi.

Pintu terbuka dan Ikhwan turun dari dalam kenderaan,kemudian dia mencapai bagasi milik Alisa dan Emyriel.

"Naik lah.." pelawa Ikhwan tersenyum.

Alisa tersenyum segan melihat senyuman remaja itu,Emyriel ketawa kecil sahaja dan menolak lembut badan Alisa untuk masuk ke dalam kenderaan. Sebelum Ikhwan masuk ke perut kenderaan,dia sempat menoleh ke belakang iaitu ke pintu utama.

Dua susuk figura berdiri di hadapan pintu utama rumah,tuan Darweez dan puan Sumaiyah iaitu nama ibu bapa kandung Alisa. Mereka berdua tersenyum ke arah Ikhwan,remaja itu membalas senyuman mereka dan terus masuk ke dalam kenderaan.

Darweez dan Sumaiyah hanya memerhatikan sahaja kenderaan itu berlalu pergi,Sumaiyah menarik baju lengan Darweez.

"Abang..itu kan orangnya?" soal isteri Darweez.

"Ya..."

Yusri sebagai pemandu mengintai dari cermin pandang belakang,memerhatikan keadaan penumpang di belakang. Ikhwan berada di penumpang hadapan,Alisa dan Emyriel di tengah dan Farhan bersama Fara di belakang sekali.

"Han..kat belakang sana tu jangan macam-macam okay?" Yusri berkata selamba.

"Oi! Agak lah!"

Yusri dan Ikhwan ketawa sahaja dengan reaksi bengang Farhan,Fara pula hanya mampu tersipu-sipu malu. Alisa sekadar tersenyum menggelengkan kepala,Emyriel pula memerhatikan skrin pada smartphone miliknya. Gelagatnya diperhatikan Alisa,dia tahu apa yang difikirkan oleh Emyriel.

"Emy?" sapa Alisa lembut dan Emyriel tersentak.

"Ha? Ya?" soal Emyriel menyimpan smartphone miliknya.

"Awak okay?" soal Alisa sedikit risau.

"Ermm...saya okay.. jangan risau.." Jawab Emyriel acuh tak acuh,Alisa hanya tersenyum kelat mendengar jawapan rakan karibnya itu.

"Emy.. kita dah berkawan baik sejak kecil.. saya tahu apa yang awak fikir.." ujar Alisa dengan nada yang lembut,Emyriel hanya diam.

"Awak risaukan Shiro bukan? Awak cuba hubungi dia,Shiro tak balas langsung.. betul kan?" Alisa menduga dan Emyriel tersentak,namun matanya nampak berkaca.

Alisa memeluk erat Emyriel,mengusap belakang rambutnya dengan lembut. Ikhwan hanya memerhatikan keadaan luar tingkap kenderaan,Yusri memandu sambil bersiul mengikut irama lagu di radio. Farhan dan Fara hanya memerhatikan gelagat dua rakan karib itu,tanpa berbuat apa-apa.

"Semuanya akan okay..." Pujuk Alisa dan Emyriel membalas pelukan rakan karibnya itu.

Tidak lama lepas itu,mereka meleraikan pelukan masing-masing.

"Dah okay sikit?" soal Alisa.

"Ermm.. terima kasih Lis.." balas Emyriel.

"Jangan risau Emyriel.." Ikhwan mencelah dan dua sahabat itu memandang ke arahnya.

"Mengenai Shiro,aku akan sepak punggung dia dan heret dia balik.." ujar Ikhwan dan Emyriel agak terkejut,kemudian dia ketawa kecil.

"Awak bergurau kan..." Emyriel membalas dan Ikhwan hanya tersenyum sahaja.

"Hehe bergurau.. yeah... Gurau.."

Pada masa yang sama,Shiro terasa seram sejuk tanpa sebab. Entah seperti dia dapat merasakan aura yang mengancamnya.

"Brr...! Kenapa aku rasa seram sejuk.. plus kenapa muka Ikhwan yang muncul dalam fikiran aku?"

Shiro berfikir sejenak,dia berfikir sambil duduk di tepi tingkap hotel.

"Ah..aku tak balas langsung mesej dia.." ujarnya.

"Aku nak charge phone aku.." kata Shiro lagi menggodek beg miliknya,dia tersentak.

"Charger aku tak ada..."




🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

It's been a while right?

Mood aku untuk mengarang memang swing habis

Lagipun partner aku student,jadi agak lambat untuk update secara kerap.

Harap korang puas hati dengan chapter kali in

Stay tuned for next lesson okay

Alright! Done for double update..

Rest for a decade

Bye!

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top