Lisan 38 : Temujanji Terganggu


Orang awam yang lalu-lalang sekitar kawasan memerhatikan lima jasad terbaring,tanpa memberikan bantuan dan hanya merekod ke dalam smartphone masing-masing. Sehingga seseorang remaja tiba dan menghampiri salah seorang remaja yang terbaring di atas lantai.

"Woi bangun..oi.."

Mata yang terkatup mula terbuka sedikit demi sedikit sebaik mendengar satu suara,dia membuka matanya dengan luas dan melihat awan di bawah langit. Manakala di sisinya ada seorang lelaki,yang memakai jaket hoodie memandangnya.

"Adededeh... Uurghh.." remaja itu adalah remaja yang baru dijatuhkan oleh Ikhwan tadi.

Dia teringat semula yang Ikhwan menyepak adiknya itu,masih senak terasa dan dia terasa geram bercampur marah.

"Apahal korang tidur di sini? Handa? Guys?" soal remaja hoodie itu.

"Tidur kau cakap? Aku kena smack ah.." kata remaja digelar Handa.

"What? Kau? A black belt expert?" Handa dibantu remaja hoodie itu bangun.

"Budak tu sembarangan.. dia macam dilatih dengan baik.." jelas Handa mengurut bahagian bawahnya,remaja hoodie itu menghela nafas pendek.

"Hey..buat kat tempat tertutup boleh tak? Orang ramai ni!" Remaja hoodie itu mengomel.

"Senak gila! Kau tak rasa lagi.." balas Handa.

"Akutsu..apa kata kau bantu kami ajar budak tu.." ujar rakannya sebaik mendekati mereka.

Remaja hoodie dipanggil Akutsu itu,hanya mendiamkan diri dan berfikir sejenak. Dia bukan suka cari gaduh,tetapi bila rakannya kena macam ni takkan nak berdiam diri.

"Morioka,Sumisu..Kazato,Tanigawa.. korang tak ada buat sesuatu?" Akutsu menyoal dan mereka berlima terkejut.

Suasana tegang seketika,Akutsu tahu juga mereka berlima kadang sering terlibat dengan masalah yang mereka sendiri yang mintak. Akhirnya dia juga nak kena hadap,Handa menelan air liur dan mengatur ayat.

"T-tak..mana ada,kitorang nak tolong sorang wanita ni..alih-alih datang sorang laki ni maybe boyfriend dia..cemburu mungkin,dia terus smack kitorang tanpa banyak cerita.." jelas Handa dan Akutsu merenungnya lama.

Akutsu memandang ke arah empat lagi rakannya,Morioka,Sumisu,Kazato dan Tanigawa mengangguk laju tanda menyokong keterangan Handa. Akutsu menghela nafas panjang,dia mendesah pula.

"Korang cam tak muka dia?"

"Err...tak dia pakai topi keledar penuh.." jelas Tanigawa tersengih.

"Dah tu camne nak cari dia?!" Akutsu geram.

Handa mula risau dan matanya terpandang ke satu arah,sebuah motorsikal berkuasa tinggi parkir berdekatan.

"Aku rasa kita boleh cari dia.." ujar Handa dan Akutsu mengangkat sebelah kening kiri.

=======>

"Addy apa khabar? Puan Elisha sihat?" Alisa menyoal.

"Addy macam tu lah,kalau mak ayah dia tak ada saya yang jadi peneman... tidur pun dia nak tidur sama-sama.." jelas Ikhwan.

"Auww.. so sweet,awak memang abang sepupu yang penyayang..." Alisa memuji dan Ikhwan sekadar tersenyum.

Ikhwan dan Alisa berehat di sebuah restoran,di dalam bangunan kompleks membeli-belah di Tokyo. Suasana dalam bangunan kompleks begitu meriah,orang awam ramai berjalan-jalan dan singgah ke kedai-kedai di tingkat bangunan tersebut.

"Ikhwan boleh tanya soalan personal?" Alisa menyoal.

"Depend.. soalan apa?" Ikhwan hairan,namun dia melayan.

"Hmm.. berapa ramai adik beradik awak?" Alisa memulakan soalannya.

"Ada 7.. well rasanya awak dah jumpa salah seorang.." jawab Ikhwan.

"Ramai juga.. kejap,saya dah jumpa?" Alisa hairan dan cuba berfikir.

"Beberapa tempoh minggu yang lalu.. masa awak jumpa saya dengan Addy.." jelas Ikhwan.

Alisa mengingati semula apa yang Ikhwan katakan,dia mula sedar dan mengetuk tapak tangan secara lembut.

"Ah! Ya..kakak awak.. Reena.. kan?" Duga Alisa.

"Ya.. dia anak perempuan sulung.. tapi yang betul-betul sulung lelaki.." kata Ikhwan mengangguk,kemudian dia mencapai cawan berisi latte dan menghirup.

"Jarak umur untuk keseluruhan?" Alisa ingin tahu lebih lagi.

"Dalam dua dan setahun.." jawab Ikhwan dan menghirup lagi air minuman.

"Waa..mak awak kuat eh?" Alisa berkata selamba dan Ikhwan tersedak.

"Ikhwan?!" Alisa mula risau,Ikhwan mengangkat tangan tanda dia okay.

"No komen mengenai itu.." jawab Ikhwan.

"Hubungan awak dengan adik beradik?"

Soalan itu membuatkan Ikhwan diam lama,dia mengingati wajah abangnya termasuk Yusri.  Alisa menunggu jawapan,Ikhwan tersenyum kelat.

"Boleh tak kalau saya tak nak jawab soalan tu?"

"Okay tak apa.. saya tak paksa.." ujar Alisa dan Ikhwan tersenyum.

"Terima kasih.." ujar Ikhwan pendek.

"Bagaimana dengan ibu dan bapa awak?"

"Okay..kami okay,ayah saya sekarang ni agak sibuk...jaga ibu saya.." Ikhwan mahu meneruskan ayatnya,namun tersekat kerana imej seseorang yang terbaring di atas katil menerjah di mindanya.

"Ikhwan?" Alisa agak risau dengan keadaan Ikhwan.

"Ya saya okay..thanks sebab risau.."

"Jaga ibu awak? Something happens to her?"

"Yeah..she got into accident,during protect me.. now she in coma.." jelas Ikhwan,wajahnya sayu dan Alisa simpati.

"Saya betul-betul mintak maaf,saya bersimpati.."

"It's okay,it's been 2 years..saya hampir hilang arah..." Jelas Ikhwan wajahnya ditundukkan.

Alisa memerhatikan keadaan Ikhwan yang mula sugul,dia mula rasa bersalah dan menghela nafas pendek. Ikhwan terkejut apabila tangannya dipegang Alisa,dia mengangkat kepalanya dan memandang ke arah gadis di hadapannya.

"Alisa?"

"That's enough.." ujar Alisa lembut.

"Huh?"

"Awak dah jawab semua soalan saya.." sambung Alisa tersenyum manis,Ikhwan tergamam.

"Saya doakan ibu awak semoga cepat sembuh dan bangun dari mimpi dia.." tambah Alisa lagi dan Ikhwan tersenyum simpul.

"Terima kasih Alisa..."

"Sama-sama.."

"Siapa dapat awak pasti beruntung.."

"Hmm? Ye ke?" Alisa menyoal tersenyum.

"Yup...ikhlas puji ni.." ujar Ikhwan tersengih.

"Bukan awak yang dapat?"

"Eh? Apa?"

"Cukup kita berhenti,kita sambung! Ada beberapa kedai saya mahu masuk.." ujar Alisa dan melangkah menuju ke kaunter juruwang.

Selesai membuat bayaran dengan apa yang mereka pesan,Ikhwan dan Alisa melangkah pergi keluar dari restoran.

"Awak tunggu sini,saya masuk kejap.." ujar Alisa tersenyum sambil mengenyit matanya.

"Dia ni mengusik aku ke apa?" soal Ikhwan mendongak kepalanya,memandang papan tanda.

LINGERIE SHOP

"Seriously author?"

Ikhwan hanya berdiri di tepi kedai,menunduk kepalanya mengelak dipandang dijeling oleh orang awam yang lalu-lalang di situ. Mukanya merah padma menahan malu,ikutkan hati mahu ke dia cabut. Tetapi dia bersama Alisa,takkan nak tinggal macam tu je?

"Hey.." seseorang menyapa dan Ikhwan menoleh.

Akutsu berdiri di merenungnya,Ikhwan menyedari ada lagi lima orang remaja di belakang Akutsu.

"Yeah?"

"Kau ke yang buat kawan-kawan aku tidur di jalan?" Akutsu menyoal dengan wajah serius.

Ikhwan mengerling pandangan ke arah lima orang remaja itu,dia memang kenal wajah-wajah mereka.

"Haah..kenapa?" Jawab Ikhwan pendek.

Hayunan penumbuk dihayun dan ditujukan pada wajah Ikhwan,Handa dan empat rakannya tersengih. Akutsu yang mulanya serius terkejut,kerana tumbukannya ditahan kemas oleh remaja itu.

"Apa?"

"Woo..apa ni? Kau nak balas dendam la ni?" Ikhwan menolak tangan Akutsu.

Akutsu terasa sedikit kebas,kerana cengkaman tangan yang menahannya agak kuat. Ikhwan membunyi-bunyi jari-jemari tangannya,dia memandang ke arah Akutsu. Ikhwan dapat rasa Akutsu di hadapannya itu,lebih bagus dari lima remaja tadi.

"You know..." Ikhwan bersuara dan Akutsu hairan.

"You should find another friends.." sambung Ikhwan dan Akutsu merenungnya tajam,lalu menyerang pantas ke arah Ikhwan.

Tetapi Ikhwan takkan hadap je,sudah pasti Ikhwan menepis dan menangkis setiap serangan daripada Akutsu. Ikhwan menyedari dari segi seni pertarungan Akutsu,Ikhwan tersenyum bangga.

"I see...kau guna pencak silat eh?" Ikhwan berkata dan Akutsu terkejut.

"Macam mana kau?"

"Nak tahu? Kalahkan aku,itupun kalau kau mampu..." Ikhwan berkata tenang.

"Hmmph! Tengok sampai mana kau mampu berlagak!"

Akutsu terus menyerang pantas,gerakannya tangkas dan padu. Ikhwan menangkis dan menepis,namun kali ini Akutsu terus memberi gerakan lebih bertenaga.  Akutsu lebih pantas dan saat dia dapat melihat titik buta,dia terus menyerang dengan pantas.

Tetapi Ikhwan sempat menahan dan tergerak beberapa langkah ke belakang,Akutsu agak terkejut dengan reflek daripada remaja itu.

"Fuh! Boleh tahan..kalau aku lambat,confirm aku dah terbaring.."

"Nampaknya kau bukan sembarangan orang.. tapi sayang,kau gunakan pada tujuan yang salah..." Akutsu berkata dengan nada yang tegas.

"Hah? Apa yang kau merepek ni mister?"

"Jangan nak berdalih,kawan-kawan aku cuma nak tolong girlfriend kau je..tapi kau salah faham dan terus serang mereka!"

"Apa?" Ikhwan agak speechless dan timbul urat bengang di dahinya,melihat ke arah Handa dan empat lagi kawan-kawannya.

"Hey dengar..."

"Diam! Aku tak nak dengar alasan kau!!" Akutsu terus meluru ke arah Ikhwan dengan pantas.

Ikhwan menghela nafas kesal,Akutsu melancarkan serangan dan Ikhwan terus berubah rentak cara seni pertarungan. Tangan Akutsu ditangkap dan terbaring,meniarap dan ditekan oleh Ikhwan dengan tangannya dikunci.

"Lepaskan aku!"

"Ikhwan? Apa yang berlaku ni?" Alisa yang dengar kekecohan dari dalam segera keluar.

Alisa agak terkejut melihat Ikhwan sedang mengunci pergerakan seseorang,terbaring di lantai bangunan itu. Alisa terkejut lagi melihat kelibat Handa dan empat rakannya yang mengganggunya tadi,Akutsu cuba bergelut untuk melepaskan dirinya namun gagal.

"Kau tahu Aikido?" Akutsu menyoal.

"Aikido? Well..lebih dari itu rasanya.. tapi itu tak penting sekarang ni..aku nak kau dengar baik-baik.. kawan kau tu semua,memaksa kawan aku ni..temankan mereka.. aku mintak lepaskan dia cara elok,tapi mereka serang aku.. jadi kau fikir aku patut biarkan je ke?"

"Kau bohong!" Akutsu masih berdegil untuk menerima penjelasan penuh,Ikhwan hanya sekadar menghela nafas kesal.

"Alisa..." Ikhwan berkata tenang dan Alisa memahami maksud Ikhwan.

Alisa mengeluarkan smartphone milik Ikhwan,lalu dia membelek dan menunjukkan satu video. Iaitu video semasa Ikhwan tiba di situ,adanya kamera yang dipasang dalam topi keledar penuh milik Ikhwan merakam segala-galanya. Sebaik melihat rakaman itu,barulah Akutsu bertenang dan Ikhwan perlahan-lahan melepaskan cengkamannya.

Handa dan rakan-rakannya sudah cabut lari,Akutsu mengetap bibirnya menahan malu kerana salah faham. Ikhwan memegang bahunya dengan tiba-tiba,Akutsu terkejut.

"Lupakan.. kau patut cari rakan lain yang lebih elok perangai dan dipercayai..yang takkan mintak kau memukul orang untuk kepuasan diorang je.." jelas Ikhwan.

Akutsu memandang tajam ke arah Ikhwan,dia menepis tangan Ikhwan menjauh dari bahunya.

"It's not your concern..."

Akutsu terus berpaling dan beredar pergi,Alisa sekadar memerhatikan sahaja dan Ikhwan hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Dia pergi macam tu je?"

"Lelaki,Alisa..ego kuat.."

"Macam awak?"

Ikhwan hanya sekadar tersenyum serta mengangkat tangannya,tidak mahu memberikan apa-apa statement. Ikhwan melangkah pergi,kemudian Alisa pula menyusul mengekorinya

"Kejap.." Ikhwan menghentikan langkahnya.

"Huh? Kenapa Ikhwan?"

"Saya ada benda nak buat..awak tunggu sini boleh?"

"Kenapa pula? Saya tak boleh temankan.."

"Sekejap je.. dalam 15 minit?"

"?" Alisa kehairanan.

Lokasi lain pula di mana Handa,Tanigawa,Morioka,Sumisu dan Kazato. Mereka berlari dan berhenti di satu lorong,mereka termengah-mengah dan menghelakan nafas lega.

"Sial.. rosak plan aku!" Keluh Handa.

"Hey Handa.. kau lari camtu je tinggalkan Akutsu?" soal Morioka.

"Habis tu? Nak tadah lagi? Memang tak ah!" Handa membidas geram.

Mereka senyap seketika,Tanigawa dan Sumisu berpandangan melihat keadaan tegang tersebut.

"So apa plan kau?" Morioka menyoal.

"Apa maksud kau?" Handa menjeling.

"Yelah kita tinggalkan Handa camtu je.. dia pasti takkan lepaskan kita.. sekarang kita boleh mengelak..di sekolah nanti?" Jelas Morioka.

"Betul tu Handa..macam mana?" Tanigawa menyoal risau.

Handa mendiamkan dirinya,apa yang dikatakan oleh Morioka tu ada betulnya. Akutsu bukanlah jenis yang pemaaf,dia pasti akan cari mereka di sekolah nanti.

"Aha.. di sini pun korang..." Satu suara menegur dan mereka berlima menoleh serentak.

Ikhwan berdiri sambil menyeluk kedua-dua tangannya,ke saku seluar dengan tersenyum sinis memandang ke arah lima remaja itu.

"Dia!?"

"A-apa kau nak?!" Handa menyoal gugup seketika.

"Apa aku nak?" soal Ikhwan sambil mengurut dan meletup-letupkan jari-jemari kedua-dua tangannya.

Lima remaja itu pucat lesi melihat wajah Ikhwan di selindungi gelap wajahnya,tapi jelas mata Ikhwan bersinar pada pandangan mereka.

"Pertama.. kau dah kacau kawan aku.." ujar Ikhwan tenang masih melangkah ke arah lelaki remaja itu.

"Kedua.. kau cuba nak balas dendam dengan memutar belitkan fakta.." tambah Ikhwan semakin dekat mendekati.

"Ekk....!"

"Ketiga.. kau gunakan kawan kau..." Ikhwan menambah dan dia berhenti,jarak mereka begitu dekat.

"Err.. itu...arr..itu.." Handa gugup untuk membalas,empat lagi rakannya menggigil-gigil ketakutan.

"Sooo....." Ikhwan menarik nafas.

"So?" Lima remaja itu menelan air liur.

"Say your pray...!!" Ikhwan menghayunkan tangannya.

"ARGHHH!!!!!"

BOOKKK!! BOOKKK!!!

15 minit kemudian,Alisa sedang duduk di kerusi awam yang disediakan dalam bangunan kompleks membeli-belah. Matanya menangkap kelibat Ikhwan yang menghampirinya,Alisa memberikan senyuman yang manis.

"Maaf lama tunggu?"

"Nope...tepat lima belas minit macam awak cakap.."

"Ouh ye ke? Saya tak tengok jam pun.."

"Mana awak pergi?"

"Tandas.. perut sakit.."




🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

Salam 8 syawal,betul eh dah seminggu raya baru nak selamat haha

Maaflah kalau lama tunggu

Sekarang ni pun mood pun ke laut

Tak tahu la,esok lusa terus tak nak karang dan bersara rasanya

Itu je lah...

Teruskan sokongan anda

Untuk aku dan partner Lovelive122003 agar dapat tamatkan siri ini

Walaupun masing-masing mood ke laut

Ciao!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top