Lisan 32 : Onsen
Sebuah motorsikal berkuasa tinggi memecut meluncur di atas jalanraya,penunggang memakai topi keledar penuh dengan visor gelap.
Farhan menunggang motorsikal,matanya fokus ke jalan dan fikirannya melayang mengingati perbualannya dengan ahli skuad Peregrine Falcon.
"Misi kerjasama?"
Farhan mengangguk mendengar soalan dari seniornya,Jamel melalui perbualan dari video. Terdapat beberapa skrin menyala,dua daripada adalah perempuan. Salah seorang dari dua perempuan itu,adalah kakak kepada Ikhwan iaitu Reena.
"Farhan! Awak pasti awak boleh kerjasama dengan mereka?!" Soal seorang gadis,sebaya dengannya.
"Well Farhan kan nombor dua dalam skuad.. mesti okay punya.." kata seorang lagi pemuda yang tersengih.
"Betul tu bro..dia dengan leader dah cukup uruskan.." balas seorang lagi berwajah serupa.
Aufa Qayyum dan Aisy Qaiz,dua kembar seiras yang sama-sama gila perangai dua beradik ni. Farhan hanya mengeluh,dia tidak berapa berkenan dengan kembar seiras tu.
"Oi.. oi.. tahu la kau tak suka kitorang.." kata Aufa tersengih.
"Tapi sembunyi la riak wajah tu.." sampuk Aisy tenang.
"Suka hati aku la,muka aku.." balas Farhan.
"Mou!! Saya pun nak ke sana!!" Rengek si gadis tadi mengembungkan pipinya,memecahkan kedinginan Farhan dan kembar itu.
Jamel menghela nafas kesal,Reena pula ketawa kecil seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut.
"Sabarlah sayang.." satu suara menegur dari belakang Farhan.
Ikhwan menghampiri Farhan sambil tersenyum,Aufa dan Aisy tersengih melihat wajahnya. Si gadis menundukkan kepalanya,Ikhwan kehairanan dan si kembar melakukan kiraan.
"Dalam kiraan 1..2...."
"ABANG!!" jerit gadis itu.
"Tak habis kira lagi.."
Hampir bergegar satu bilik dibuatnya suara gadis itu,semua hanya menyumbat kedua-dua lubang telinga menahan jeritan gadis itu.
"Iris.. jangan jerit,rosak speaker.." kata Aisy.
"Mahal taw kitorang beli,gaji pertama ni.." susul Aufa mencebik,muka buat-buat kesian.
"Bro muka kau buruk buat macam tu.." kata Aisy.
"Eh babi,aku abang kau tau.. layan je lah.." kata Aufa mencebik.
"Rosak beli je baru,bukan sikit pun gaji korang.." ujar si gadis itu membalas dengan mengembungkan pipinya,Iris Zahara Solleh namanya.
"Hehe..comelnya adik abang ni.." Ikhwan ketawa kecil,Farhan berdehem.
"Cukup.. kita sekarang ada benda lebih penting dari ini..."
Ikhwan berkata sambil menekan papan kekunci,kemudian muncul gambar sebuah bangunan pencakar langit.
"Okay.. ini adalah lokasi sasaran untuk Farhan menyelinap masuk.." jelas Ikhwan.
"HOD Company... Syarikat ni dari maklumat yang dipercayai mereka banyak menyokong dan melindungi kerja-kerja kotor ahli politik.. malah mereka juga membayar pihak berkuasa untuk lepas dari undang-undang.." ujar Jamel membaca setiap maklumat yang diterima.
"Ya tuhan,kenapa mereka tak dihukum je? Teruk betul.." Aisy menggelengkan kepalanya.
"Kau tak dengar abang Jamel cakap tadi? Diorang dah rasuah pihak berkuasa yang terlibat..pihak atasan pihak berkuasa.." ujar Aufa pula.
"Yelah tapi takkan la semua?" Aisy berkata tidak puas hati.
"WELL... Kenjuro family tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Ryuzaki Group.." Jamel berkata dengan mengangkat bahu.
"If they say money is king.. what do you expect?" Ikhwan berkata dengan senyuman sinis.
"Nak buat macam mana..yang bawahan memang tak boleh buat apa.." ujar Aisy geram.
"Korang tak perlu risau,kerja korang tengokkan bahagian Puak Baiyura.. ayah aku juga dah beritahu pasal hal ni.. and watch out my brothers.m you know who I mean.." jelas Ikhwan.
"Roger boss!" Aufa menabik dan Aisy mengangkat ibu jari kanan.
"Abang Jamel.. aku dengar someone scout you.." ujar Ikhwan dan Jamel tersentak.
"Y-yeah.. tapi aku tolak.." jawab Jamel.
"Siapa? Kau tahu dia budak siapa?" Ikhwan menyoal.
"Elder Sahak.." jelas Jamel dan Ikhwan tersenyum.
"Orang tua tu.. dia memang nak masuk kubur awal ke apa.." ujar Ikhwan.
"Apa boss? Nak kitorang handle? Anytime..cangkul dah standby ni.." Aufa berkata selamba.
"Betul tu betul..kami sedia bergerak, kitorang pun tak suka dia.." Aisy berkata menambah minyak.
"Guys sabar,tunggu aku balik.. kita buat sama-sama.." kata Ikhwan tersengih.
"Cepat balik boss! Kitorang tak sabar nak cangkul lubang kubur ni.."
"Oi..!" Jamel mula rasa tak selesa.
Suasana sunyi seketika,Reena sekadar tersenyum simpul. Jamel menghela nafas pendek,Iris berdehem dan membuka mulut.
"Abang join misi Farhan ke?" Iris menyoal.
Ikhwan dan Farhan berpandangan,dua sepupu itu tersengih antara satu sama lain.
"Nah.. Farhan ada kawan baru.." ujar Ikhwan senyuman sinis terukir.
"Kau perli aku?"
"Wha? Aku cakap benda betul kan? Luke pun aku perhati,dia tampak serasi dengan kau.." jelas Ikhwan.
"Mengarut.." kata Farhan pendek.
"Aku cakap betul,dalam skuad kita..hanya aku je boleh serasi dengan kau.. tapi Luke,dia berbeza.. aku yakin misi ini pasti berjalan lancar.." kata Ikhwan yakin.
Farhan menghela nafas pendek,imbasan memori perbualan mereka terhenti sebaik papan tanda tempat yang ditujui mula terpapar dari jauh.
Farhan memperlahankan kelajuan motorsikal miliknya,dia menekan brek dan menukar gear ke gear rendah. Dia membelok memasuki ke satu simpang,sampai satu lagi simpang dia membelok dan memasuki ke dalam perkarangan parkir khas.
Parkir khas milik satu tempat penginapan yang disediakan oleh pihak Puak Baiyura,ataupun Syufa sendiri yang menguruskannya.
Suis dipulas ke simbol off dan enjin menjadi senyap,Farhan mencabut topi keledar penuh dan menghela nafas lega. Hampir sesak nafas,seseorang berjalan menghampirinya dari belakang.
Farhan tidak menunggu lama dan berpusing di atas motor,ala gaya acrobatic dan menghayunkan tendangan kaki. Namun serangannya terhenti,dan dalam masa yang sama orang yang menghampiri dalam keadaan penumbuk sudah hampir ke pipinya.
Luke dan Farhan berbalas pandangan,Farhan menarik kakinya menjauh dari bahagian tulang rusuk Luke. Sama juga dengan Luke,dia menarik tangannya.
"Kau nak patahkan tulang rusuk aku ke apa?" soal Luke.
"Kau tu,tak boleh ke datang cara normal..macam nak ambush je.." bidas Farhan.
"Ah.. maaf,aku dah terbiasa.."
"Nah..tak apalah..nasib baik aku dapat stop.."
"....."
"......"
Dua remaja itu terdiam seketika,Farhan berjalan melepasi Luke.
"Kau nak ke mana?" Luke menyoal.
"Kau tahu tak ni tempat apa?" Farhan pula menyoal menunjukkan jarinya ke papan tanda.
"Onsen?"
"Kita perlu rehat sebelum melakukan kerja.. so this is the right place.."
Luke terkebil-kebil dan tidak sedar dia sudah berada di dalam kolam mandian air panas,Farhan menghela nafas lega menikmati kehangatan kolam air panas.
"Haa.... Aku healing.." kata Luke tersenyum lega.
"Betul kan? Aku memang nak sangat datang nikmati macam mana rasanya.. tak sia-sia.." kata Farhan.
"Lain kali kita ajak dua ekor tu.." Luke berkata maksudkan Ikhwan dan Shiro.
"Ya..kita ajak diorang nanti.." ujar Farhan setuju.
"......"
"What the heck bro?!! That's not it!!" Luke menyoal sedar dan ingat apa yang dia nak tahu daripada Farhan.
"Ha apa?"
"Jangan.. 'Ha apa' dengan aku! Kau tu siapa? Macam mana kau ada nama sebagai wakil kerjasama dengan skuad aku?!"
Farhan mendengar soalan-soalan Luke,dia menekup mulut kemudian baru tersedar pasal itu. Dia perlu berikan penjelasan pada Luke,Farhan hanya ketawa sahaja.
"Apa yang kelakar?" soal Luke serius dan Farhan memandangnya,sambil meraup muka dengan air kolam mandian air panas.
"Apa yang kau tahu setakat ini?" soal Farhan.
"Kau.. Assassin dari Puak Baiyura.. salah seorang ahli Skuad Peregrine Falcon.." jelas Luke.
"Jadi,apa lagi yang kau tak puas hati?" Farhan menyoal tersenyum.
"Kenapa maklumat kau tak lengkap.. and leader bagi Peregrine Falcon.. serta ahli yang lain aku tak dapat nak tengok?"
"Ini baru pertama kali Ryuzaki Group dan Puak kami kerjasama..jadi kami tak boleh bongkarkan semuanya.." jelas Farhan menggeliat,terasa nikmat dengan kehangatan kolam air panas.
"Tapi untuk leader,aku bagi hint.. kau dah jumpa dia.." jelas Farhan.
"Ouhhh... Aku dah jumpa dia,camtu.. huh? Maksud kau?!"
"Better kita stop..kau boleh jumpa dan tanya dia.." kata Farhan bangun dan...
BIG ELEPHANT!!
"OUPS..Lupa nak tutup,jangan simpan dalam otak tau? Hehe.." Farhan tersengih dan beredar.
Luke hanya tergamam melihat apa yang dia nampak.
Elephant 🐘🐘🐘!!
"Wha? Dia betul ke remaja sekolah tinggi?!" Terus Luke menyepak mukanya sendiri.
"Forget it Luke.. forget it!!!"
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Apa khabar semua?
Sihat ya?
Harap tak tunggu terlalu lama
M00d ada swing sikit
Komen dan vote ye
Itu je la
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top