Lisan 27 : Tugasan & Kejutan


Individu itu hanya memerhatikan Farhan,dia menjeling ke arah batang besi yang Farhan pegang.

"Kau fikir dengan itu kau boleh tangani aku?" soal individu itu.

"Ouh..boleh cakap rupanya.. ingatkan bisu.." kata Farhan berpura-pura terkejut.

"Kau..." Lelaki itu tidak menunggu dan terus meluru ke arah Farhan.

Individu itu menujah pisau ke arah bahu Farhan,remaja itu menepis dan satu lagi tusukan dihayunkan. Farhan mengelak dengan menarik badannya ke belakang,batang besi dihayunkan.

Lelaki itu melompat ke belakang dan jauhkan jarak,Farhan memusingkan batang besi dan menghayunkan batang besi itu dengan gaya hayunan belantan baseball.

"Kau pukul angin ke?" soal lelaki itu sarcasm.

Farhan tidak menjawab dan mendiamkan dirinya,lelaki itu terasa hairan dengan Farhan tiba-tiba sahaja diam.

"Agak ringan dari pedang yang biasa aku guna.. Nak kena adjust sikit.." kata Farhan.

Lelaki itu terus mengambil kesempatan,lalu berlari meluru ke arah Farhan dan menyerang. Libasan pisau secara bertalu-talu,dihayunkan ke arah Farhan.

Farhan mengelak dan menangkis setiap hayunan pisau,nampaknya lelaki itu bukan juga sembarangan namun masih di level di mana Farhan mampu tangani.

"Budak ni bukan sembarangan..."

Individu itu tahu Farhan bukan calang-calang orangnya,dia menghela nafas pendek dan bersiap-sedia serta memasang kuda-kuda. Dua bilah pisau yang dipegang,muncul seperti asap di bilah tersebut.

Farhan menyedarinya juga,lelaki itu terus meluncur pantas dan Farhan terkejut lalu mengelak serangan yang pantas. Farhan memandang ke belakang,lelaki itu masih dalam keadaan membelakangkan dirinya.

Farhan membesarkan matanya melihat batang besi itu,terpotong tanpa dia sedar dan Farhan memandang ke arah lelaki itu.

"Ki User.." kata Farhan dalam hati.

Lelaki itu memalingkan badannya dan merenung tajam ke arah Farhan,si remaja itu pula menghela nafas panjang.

"Fine... I'll bite.."

Lelaki itu sekali lagi bergerak pantas,Farhan menahan kemaraan lelaki itu. Kali ini batang besi yang digunakan tidak dapat dipotong,lelaki itu tidak percaya.

"Kenapa nak terkejut? Kau belum pernah jumpa sasaran yang boleh gunakan ki?" soal Farhan dan lelaki itu segera berundur.

"Tch.. lebih baik aku berundur..!"

"Nope! Kau takkan ke mana-mana!!"

Farhan mengatur langkah dan lelaki itu terasa tiupan angin,Farhan memusingkan batang besi tersebut.

Skill Pedang Baiyura

Individu itu merasakan angin bertiup kuat,Farhan menujahkan batang besinya.

"Hiyargghh!!!"

Tujahan Badai!

"GAHHAARRKKK!!!" Lelaki itu menjerit kesakitan dan tercampak jauh secara berpusing lalu terus rebah.

Farhan menghela nafas pendek,dia memerhatikan keadaan tangannya yang menggigil sedikit.

"Aku perlukan lebih latihan.." omel Farhan sendirian.

Batang besi dicampakkan ke tepi,dia mendekati lelaki itu dan memastikan individu tersebut tidak sedarkan diri.

Nafas lega dihembuskan setelah lelaki itu betul-betul pengsan,dia mencapai dompet dan memeriksa.

"Nicholas Lee.. foreigner.. hmm.. banyak gak yen(matawang Jepun) dalam dompet.." kata Farhan sendirian.

"....." Farhan memerhatikan lama duit kertas yen itu.

"Ah pedulik lah,siapa suruh serang aku.. huehuehue..." Tambah Farhan selamba mengambil duit kertas yen tebal dari dompet lelaki yang pengsan itu.

Tiba-tiba deringan telefon kedengaran,Farhan tersentak terkejut mendengar bunyi deringan telefon secara tiba-tiba itu.

"Hello?"

"Farhan,kamu dah selesai tugasan kamu?" Farhan terkejut mendengar suara tersebut,itu suara datuknya iaitu Syufa.

"Atok?" soal Farhan.

"Ya.. atok ni...macam mana kerja kamu? Siap?" soal Syufa lagi.

"Ah.. ya dah selesai,Farhan kena serang hendap tadi.." jelas Farhan dan Syufa membesarkan matanya.

"Hah? Kamu okay ke? Nak atok datang sana ke?" soal Syufa risau dan Farhan tersengih mendengarnya.

"Farhan okay je..luka sikit je ni.. well my bad let my guard down.." jawab Farhan dan Syufa mengeluh.

"Dah kalau kamu kata kamu okay.. ni ada lagi tugasan untuk kamu ni.. rasanya email dah sampai.. kamu baca nanti.." jelas Syufa.

"Roger!" Farhan menabik spring dan Syufa ketawa kecil.

"And out!" Syufa berkata tersengih dan menamatkan panggilan.

"Apa tugasan lagi ni? Haa..." Omel Farhan sendirian dan membuka inbox mail.

Farhan membaca dengan teliti dan matanya dibesarkan luas-luas,mula digosok-gosok matanya untuk kepastian.

"HAH?"

✨🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸✨

Luke mengeluh seraya mengelap darah yang terpalit pada wajahnya. Matanya sempat melirik pada timbunan manusia-manusia yang baru sahaja menjadi mangsanya. Ada yang tercedera parah dan mungkin boleh cacat, namun tidak dipeduli.

"Luke kau di mana sekarang?" satu suara menyapa melalui earphones bluetooth miliknya.

"Baru habis clearkan budak-budak Blue Whale tu."

"Hah? Kau belasah diorang ke?"

Mata Luke terkebil-kebil sendiri. Dah kenapa senior dia macam terkejut?

"Yelah. Macam tak biasa.."

"Luke, tu squad elit."

"Oh."

Luke terdiam sendiri sebelum mengetuk kepalanya.

"Damn. You should tell me before I beat the hell out of them. At least let me hold back a little or get hit! Crap. What if the higher up find out?"

Luke mula gelabah. Ya, syarikat yang dia bekerja ialah syarikat ayah angkatnya, namun tiada sesiapa tahu kecuali senior merangkap strategist squadnya (Rostam), serta Advisor mereka, Hakari Senjuro.

Lebih teruk, kelebihan serta kemahirannya disembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Salah satunya, dia tidak mahu menarik minat mana-mana Higher up yang mungkin korup dalam syarikat mereka. Dia dan ayahnya masih mencari bukti dan apa-apa sahaja bahan untuk menyingkirkan mereka dalam syarikat.

"Gah! Should I shoot my leg? Or maybe my hand? Yang mana senior rasa impak dia tak sakit sangat?!" Luke tak boleh nak pikir dengan betul.

"Tenang babi. Kau gelabah aku lagi gelabah!"

"JANGAN LAH GELABAH!!"

"KAU BUAT AKU GELABAH SETAN!!"

"HAHAHAHHA!"

Terus mata Luke jatuh pada susuk tubuh yang menepuk-nepuk tangannya bersama ketawa. Mata Luke membulat sebelum wajahnya sedikit tenang.

"Advisor Senjuro.. Apa advisor buat dekat sini?"

Senjuro tersengih lalu menggeleng kepala. Tangannya naik menepuk-nepuk bahu Luke.

"I get your cover Luke. Jangan risau. Higher Up tak akan tahu. Kau juga Rostam. Tenang."

"Advisor.." Luke serta Rostam seakan mahu menangis serta lega.

"Lol. What with this shit looking face aye? Tenang-tenang sudah. As long as I'm your Advisor, nothing will harm our squad." Senjuro sengih lebar.

"So guys, the mission is complete! Let's get back to headquarters. Rostam, kau nak kami pick up?" Senjuro menyoal melalui earphones miliknya.

"Please do. Kaki aku tak boleh gerak lepas kena tembak tadi. Jangan risau, aku dah hentikan darah dari mengalir."

"Sakit tak?" Soal Luke sebelum sempat mengahalang diri.

"..." Rostam bengang.

"Tak, rasa nikmat dia macam kau kena campak dalam tub mandi dengan mawar! Absolutely nice and wonderful!"

"Pff-" Senjuro tahan gelak manakala Luke sudah memerah muka.

"Sorry tanya."

"Hehe.. Dah-dah. Jangan nak marah sangat junior kesayangan kita ni. Kalau dia yang kena, kau gak yang melalak macam hilang anak." Kutuk Senjuro selamba lalu mengunyah gula-gula yang sentisa dibawa bersama.

Tangannya pula mengeluarkan sapu tangan putih untuk mengelap pipi berdarah Luke.

"Ingatkan aku untuk tikam kau masa kau tido nanti setan."

"Oh ho? AHH!"

"KAU KENAPA???!!"

Rostam dan Luke terkejut dengan jeritan jantan Senjuro yang tiba-tiba sahaja bergema.

"Ya Tuhan! Rostam! Luke kena tikam!"

"HAH?!"

Luke melompong. Mana ada! Namun, laju Senjuro menekup mulut Luke.

"Aku rasa benda yang tikam Luke tu ada racun! Budak ni tengah menggelumpur woi!"

Senjuro membuat isyarat agar Luke membuat bunyi. Masih dengan otak yang cuba memproses apa yang tengah terjadi, Luke membuat juga bunyi.. Yang pelik.

"WEH BABI! BAWAK DIA PERGI HOSPITAL CEPAT! BODOH, BODOH! TADI DIA TAK-"

"HAHAHHAHA!!!"

"..."

Senjuro menekup perutnya bersama tawa yang jelas-jelas seakan puntianak mengilai.

"A-aku dah kata! Kau mesti melalak kalau jadi apa-apa dekat dia! Hahahha!"

"KAU MEMANG ANJING LAHA-"

Luke membuat muka blur sebelum mencabut earphonesnya yang merdu dengan pelbagai kosa kata yang sangat-sangat pelangi daripada Rostam. Sedikit sebanyak, dia rindu dengan teman-temannya, Shiro, Ikhwan dan Farhan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak segila.. Squad White Hawk.

"Dah lah Advisor. Jom pick up senior Rostam please.. Lagi cepat Advisor kena tikam dengan dia, lebih cepat mulut dia habiskan makian tu."

"AKU DENGAR TU LUKE!!"

Luke terkejut dengan suara kuat Rostam. Mak aih. Kalau dia pakai tadi, mahu pekak. Senjuro pun sempat keluarkan earphonesnya. Kalau tak, mahu masing-masing pekak.

"Ya lah. Ya lah. Jom pick up kesayangan aku tu heh."

"Please don't say something that will put our genre in a haram way. People can misunderstood, you know." Keluh Luke.

"Hah?"

"Advisor cakap macam nak pick up girl friend.. "

"Lahh, dia scandal haram aku lah!"

"I KILL YOU LITTLE ASSHOLE!!"

"Ha tengok.. Dah marah."

Luke nak pergi therapy.

***

"Buat masa ni Rostam tak boleh lakukan apa-apa misi yang melibatkan fizikal. But, he still can help you guys from headquarters as peninjau or hacker." Jelas Dr. Ikmal yang merupakan doktor yang di import daripada branch mereka di Malaysia.

Setiap Squad termasuk Squad White Hawk perlu memiliki 5 atau 6 anggota yang terdiri daripada Advisor sebagai leader, Doktor, strategist serta sekurang-kurangnya dua orang fighter. Hakuryu menjalakan sistem ini agar apabila mendapat pelanggan, syarikat mereka tidak perlu risau jika tidak mencukupi kaki tangan atau services yang kurang memuaskan. Juga untuk memastikan kerja mereka tidak sesak dan lebih efficient.

Pun begitu, setiap ahli juga perlu tangkas dalam berlawan supaya boleh melindungi client serta ahli squad yang lain apabila dalam kecemasan.

"Jadi kita akan elakkan Squad dari menerima misi yang extreme."

"Bagaimana dengan menjaga Young Lady Fuyuki?" Soal Luke mendapat sengihan Senjuro serta Ikmal.

"Yang tu kan memang kita punya job.." Senjuro mengangkat-ngankat kening pada Dr. Ikmal.

".. Atau favourite job kau~." Sambung Dr.Ikmal pula sebelum sama-sama melagakan penumbuk mereka.

"Senior..." Muka Luke mula merah kembali. Sehari kalau tak kena usik, memang bukan mereka lah.

"Dah lah. Tak baik lah asyik usik Luke aje." Tegur seorang wanita yang cantik berpakaian serba hitam. Darah jelas terpalit pada buku limanya.

"Sayang belasah siapa pulak ni.." Dr. Ikmal mengeluh lalu menarik tangan isterinya Elysia untuk dirawat.

"Squad bab-"

"Okey, Squad Red Tigress?"

"Mana lagi.." Rengus Elysia geram mendapat anggukan faham daripada mereka semua.

"Apa pulak mereka nak kali ni?" Luke menyoal. Pantas Elysia menatap wajah Luke.

"They want you to be in their squad. As if I'm gonna let them be. So, we fight. If they win, they get you. If not, you stay with us."

Elysia menghembus rambut depanya.

"How dare that trashy team thinking about getting you from us? Kau junior kami, jangan harap aku nak bagi. Dulu nak Advisor, tak dapat. Sekarang target kau pulak. Lawar kepala lutut!"

Luke tersenyum senang dan ketawa sedikit dengan celote isteri Dr. Ikmal itu. Namun sedikit hairan mengapa mereka mahukan dia.

"Because they saw you with him."

"Huh?" Satu suara lagi menyampuk. Seorang lelaki berambut putih masuk bersama sebuah file.

"Senior Jester."

"Kau kenal budak ni?"

Luke mengambil file tersebut lalu membukanya. Matanya terbelalak tak percaya.

"Ini.. Farhan. Kawan sekolah saya."

"Well, did you know he also do some kind of job like us?"

"Bodyguard? Or secret mission?" Senjuro pula menyoal lalu mengambil file ditangan Luke.

"Kinda. Dan kita akan ada kerjasama dengan syarikat budak tu kerja."

Jester mengetuk sedikit file ditangan Senjuro.

"Pihak atasan bersama Tuan Hakuryu dah sepakat, jika kerjasama ini berjaya Squad yang terlibat mungkin akan dinaikkan pangkat atau diberi ganjaran lumayan."

"Tapi seorang aje yang kena?" Dr.Ikmal menyoal.

"Ya. Dan orang yang mereka pilih random. Untuk tunjukkan syarikat kita boleh handle semuanya walaupun tidak memilih secara serius. Kata Higher up yang.. Kau tahu siapa." Jester mengguling biji mata manakala Dr. Ikmal serta isterinya membuat muka meluat.

"Riak betul." Kutuk suami isteri tersebut.

"Yeah, sebab tu mereka mahukan Luke. " Jester menatap Luke, serius berbaur risau ada dalam pandanganya.

"Kau.. Akan lakukan misi bersama budak tu."

"..."

"HAH?!"

🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Well it's not unexpected right?

Tugasan apa yang buatkan Farhan terkejut?

Mungkin berkaitan dengan Luke?

Kita tunggu Lisan seterusnya

Teruskan bersabar menunggu update seterusnya

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top