Lisan 26 : Keluar bersama


Shiro memandang ke atas siling bilik,matanya berkerdip-kerdip kemudian memandang ke kiri dan ke kanan. Dia bangun dari pembaringan dan memandang ke luar tingkap,Shiro menguap panjang sambil menggeliat.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi,kicauan burung kedengaran berhampiran.

"Pukul 10?.." soal Shiro dalam hati.

Shiro turun dari katil,kemudian dia menuju ke bilik mandi untuk membasuh mukanya. Shiro memejamkan mata,kemudian dibuka dan terasa hairan.

"Senyap je rumah.." kata Shiro dalam hati.

Selesai mandi dan menyalin pakaian,Shiro melangkah keluar dari bilik. Memerhatikan keadaan sekeliling,tiada sesiapa kelihatan.

"Luke pun aku tak nampak.. orang tua tu pun sama...nenek pun sama.." omelnya sendirian.

Sunyi....

Suasana rumah yang besar itu,begitu sunyi dan hanya kedengaran bunyi burung-burung berkicauan sahaja.

"Sunyi betul... Macam rumah hantu pun ada.." kata Shiro sendirian lalu berfikir,kemudian dia menyedari sesuatu.

"Ataupun aku berada di dunia lain? Hmmm.."

🕊️🔸🔸🔸🔸🔸🕊️🔸🔸🔸🔸🕊️

"Nah...nah.. mana mungkin.." Shiro menggelengkan kepalanya,berfikir sesuatu yang mengarut.

Author : Banyak sangat layan movie,ni la jadinya..

Shiro memeriksa smartphone,di skrin tertera satu mesej dari apps LINE.

Kami keluar,ada urusan..
from : Nenek tersayang

Shiro tersenyum sahaja membaca mesej daripada Alverta,kemudian dia mendapati ada lagi satu mesej. Kali ini daripada Luke,Shiro menekan untuk membaca.

Aku ada urusan penting,kau jangan nak buat hal pulak..
from : uncle Luke

"Dia kalau mesej tak membebel tak boleh ke? Haduyai.." omel Shiro.

Tiba-tiba sahaja smartphone berdering,menyebabkan Shiro terkejut sehingga buatkan smartphone miliknya hampir terjatuh tetapi sempat diselamatkan.

"Moshi-moshi? (Hello in Japan)"

"Hai Shiro! Emy ni.." suara yang lembut menegur.

"Ya Emy? What's up?"

"Are you free today?"

"Well..kinda..."

"Good! Let's date!!"

"Eh?!"

Setengah jam kemudiannya,pada waktu yang dijanjikan.

"Shiro~~~~" sapa Emyriel.

Shiro menoleh dan tergamam melihat penampilan kasual Emyriel.

Jadi kembali ke situasi di mana Ikhwan dan Alisa,bertemu Shiro dan Emyriel.

"Jadi Emy ajak Shiro teman?" soal Alisa.

"Yeah... Well,awak tahu kan birthday Shiro hujung minggu depan?" Bisik Emyriel dan Alisa mengangguk faham.

"Ya.. patut kita beritahu Ikhwan sekali?" Alisa pula menyoal.

"Ya.. awak patut beritahu.. jangan sampai Shiro tahu.." kata Emyriel.

"Weh apa yang korang bincang kan tu? Tak nak share ke dengan kami?" Shiro menyoal dengan tiba-tiba.

"Mana boleh,hal perempuan.. sibuk je.." kata Emyriel menjelir lidah pada Shiro.

"Eyy! Kedekutnya.." kata Shiro mencebik dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Gediknya kau..buat mulut macam tu.." kata Ikhwan.

"Eyy kau kalau tak usik aku tak boleh ke?" Shiro mencebik.

"Mana mungkin,usik kau tu satu keperluan bagi aku..hehe.." balas Ikhwan tersengih.

"Eyy! Kau ni lah.."

"Ara.. makin ramai.." tegur Reena yang menghampiri mereka.

Empat orang remaja itu menoleh ke arah Reena,Elisha juga menyusul di belakang sambil mendukung Adriana.

"Siapa mereka ni?" Elisha menyoal.

"Nama saya Shiro.. saya rakan sekelas Ikhwan.." ujar Shiro menunduk hormat.

"Emyriel Celeste,rakan sekelas juga.." Emyriel juga memberi namanya.

"Saya Elisha,ibu saudara Ikhwan..ini Adriana,anak saya.." kata Elisha sambil tersenyum.

"Reena Solleh,kakak Ikhwan.." kata Reena pula sambil tersenyum manis.

"Wow saya tak tahu pula Ikhwan ada kakak dan mak cik secantik ni.." Emyriel berkata sambil tersenyum manis.

Mendengar kata-kata pujian daripada Emyriel,membuatkan Reena dan Elisha ketawa kecil.

"Tambah lagi satu kakak cantik!" Adriana berkata pelat kanak-kanaknya.

Suasana sunyi seketika,kemudian Emyriel bersinar-sinar wajahnya melihat kecomelan Adriana.

"Waw comelnya anak miss Elisha.. berapa tahun?"

"Addy nak masuk tiga.." jawab Adriana tersengih girang.

"Addy?"

"Her nickname.." jawab Elisha.

"Memandangkan kita dah berkumpul.. sudah nak masuk tengahari.. apa kata kita lunch bersama?" Reena mencelah memberi cadangan.

Elisha tersenyum sahaja dan semua mengangguk setuju,pada masa yang sama di lokasi lain. Farhan menghela nafas pendek,mengesat darah yang terpalit pada pipinya.

"Haa..." Farhan mengeluh mengambil nafas.

"Farhan?" soal satu suara di dalam alat perhubungan yang disumbat di telinganya.

"Yes abang Jamel.." jawab Farhan.

"Bagaimana dengan maklumat? Dapat?"

"Mereka cuma anak ikan je,mereka cuma ikut arahan..jadi tak ada sorang pun daripada mereka ada maklumat yang kita mahukan.." jawab Farhan kecewa.

"Agak mengecewakan..aku dengar ada maklumat mengenai dia di Jepun.. terima kasih Han,sorry susahkan kau.." kata lelaki bernama Jamel itu.

"Nah no biggie,kalau ianya ada berkait dengan Ikhwan.. aku tak kisah.." balas Farhan.

"Ouh ya.. Aufa dan Aisy kirim salam.. dua kembar tak seiras tu rindukan korang.." kata Jamel dan Farhan sekadar tersenyum simpul.

"Diorang okay?"

"Diorang okay kau kata? Minggu lepas diorang cari pasal dengan budak Clan lain..nasib baik tok guru selesaikan.." jelas Jamel merungut geram dan Farhan hanya ketawa kecil mendengarnya.

"Tapi aku tak rasa diorang cari pasal tanpa sebab.. mesti ada something punya.." kata Farhan.

"Ikhwan tak ada susah nak kawal diorang lah.." tambah Jamel.

"Abang boleh bang,chaiyok.."

"Chaiyok kau.."

Sedang Farhan masih dalam perbualan seseorang muncul secara senyap-senyap,kemudian menghayunkan penumbuk tetapi Farhan seorang yang sensitif. Dia menyedari serangan tersebut dengan segera mengelak dengan mudah,Farhan berundur beberapa langkah.

"Siapa kau?"

"Huh Farhan? Kenapa tu?" soal Jamel risau.

Individu itu tidak memberi jawapan dan terus meluru laju ke arah Farhan,sebilah pisau di tangannya lalu dihayunkan ke arah Farhan.

"Damn it!!" Farhan nyaris terkena tikaman pisau.

"Farhan? Hey Farhan!" Jamel mula cemas.

"Nanti saya call semula.." kata Farhan menamatkan panggilan.

Individu itu memakai jaket hoodie serta menutup mulut,jadi menyukarkan untuk melihat wajah si penyerang. Individu itu terus menerus menyerang,Farhan mengelak dan terus mengelak. Individu itu menarik sebilah lagi pisau,Farhan tersentak dan mengelak hayunan pisau.

Pipi Farhan sedikit calar dan berdarah,dia menekup pipinya mujur tidak terlalu dalam. Individu itu memusingkan bilah pisau,merenung tajam ke arah Farhan. Remaja itu menghela nafas pendek,dia tidak mahu benda ini berlanjutan.

"Nampaknya aku tidak ada pilihan lain..." Farhan berkata mencapai sebatang besi yang kebetulan berada berdekatan dengannya.

Individu itu tidak berkata apa-apa,cuma memandang tepat ke arah Farhan. Besi dicapai dan lalu Farhan halakan ke arah individu misteri itu.

"Let's wrap this up.."

🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

Apa khabar semua?

Lama ke tunggu,seminggu ke lebih?

Whatever

Harap you guys stay lagi dengan aku,komen dan vote

Silakan bersabar untuk menunggu chapter seterusnya

Ikhlas daripada Lazy Author

Ou..Yeah!

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top