Lisan 23 : Masalah di Akihabara II


Sebelum saat Shiro masuk campur...

"Eh? Mana diorang?" Shiro mencari-cari di mana Ikhwan dan Alisa pergi.

Shiro melilau memandang ke sana sini mencari Ikhwan dan Alisa,disebabkan orang awam yang ramai. Menyukarkan pandangan matanya,sehinggalah dia menangkap kelibat Ikhwan dan Alisa yang baru keluar dari sebuah kedai electronic.

"Itu pun diorang.. hehe.. wey guys.. lets.."

Fiuuuhhh...

Shiro terkebil-kebil melihat ke belakang,kelibat Luke dan Farhan tiada bersamanya.

"Mana diorang?!"

Well diorang pun malas nak layan kau la tu jawapannya.

"Erggh sampai hati mu author..uhuk.. uhuk.."

Mula la drama queen dia..

"Oi! Drama king la.. queen tu untuk perempuan okeh?!"

Boleh tak kau jangan cakap dengan kami,orang lain pandang kau semacam dah.

"Errkk??" Shiro menyedari orang sekeliling memerhatikan dengan pandangan pelik.

"Budak sekolah mana tu?"

"Takkan la ada sekolah untuk orang gila?"

"Aku rasa terencat akal kot..?"

Merah padma wajah Shiro,lantas dia terus memecut melarikan diri meninggalkan kawasan tersebut.

"Curse you author!!"

Pada masa itu,seorang lelaki dewasa duduk di kafe berhampiran ternampak Shiro berlari.

"Shiro?"

Mata Shiro meliar ke kanan dan ke kiri,mencari kelibat Ikhwan dan Alisa yang hilang dari pandangan matanya.

"Mana diorang ni? Ni salah author ah!? Aha.." Shiro membebel seorang diri,matanya tertangkap dua kelibat.

"ITUPUN MEREKA!!"

Shiro terus pergi untuk mendekati Ikhwan dan Alisa,kemudian dia menyembunyikan dirinya menunggu masa yang sesuai.

Namun berubah air mukanya,melihat situasi ketika itu.

"Lilia? Lucia! Lucas!?"

Shiro terus merempit,silap memecut berlari pantas melihat gadis blonde itu yang mahu dipukul. Sebaik melepasi Ikhwan yang terkejut,dia terus melompat dan melakukan tendangan terbang.

"JANGAN SENTUH ADIK AKU SI KEPARAT!!"

"NII-SAN?!!"

"SHIRO?"

Rakan-rakan lelaki dewasa yang masih berdiri,terus menyerbu ke arah Shiro.

"Ouh come on!!"

DUSSH!!

"Arghh!!"

BOKKK!!!

"AAaa.. mana aci cucuk mata!"

"Ni gaduh jalanan! Mana ada peraturan?!"

BUKKK!!

DUSSHH!!

Sedas demi sedas pukulan Shiro bagi,semua padu dan semua terbaring dalam sekelip mata.

"Ha.. ha.. mengah siak!" keluh Shiro penat.

Ikhwan bersiul kagum dan Alisa juga sama,bertepuk tangan Ikhwan tersengih dengan sarcasm.

"Wooo nice..nice.." ujar Ikhwan.

"Huh? Siot kau Ikhwan! Kau tengok je? Patut la lama habis..!" Keluh Shiro.

"Kau yang nak jadi hero.. so aku bagi lah.." balas Ikhwan dan Alisa mengangguk setuju.

"Korang berdua ni lah..herr.." Shiro ingin ke arah Ikhwan.

"Nii-san?" Shiro terhenti langkahnya apabila mendengar panggilan tersebut.

Gadis blonde,gadis berambut putih dan remaja lelaki berambut putih. Memandang ke arahnya,Shiro juga memandang ke arah mereka lalu berdehem.

"My little sister and brother!! 😘🥰" Shiro menerpa ke arah mereka bertiga.

"Nii-san! Lepaslah!! Kami bukan budak-budak lagi!"

"Ala..bukan selalu,bagi la nii-san peluk korang puas-puas!"

Shiro yang mulanya dengan muka yang seperti miang,tersentak baru sedar kewujudan Ikhwan dan Alisa yang sedang memerhatikannya.

Ikhwan dengan air muka yang mual,manakala Alisa pula hanya menekup mulut tidak sangka dengan apa yang dia saksikan.

"Ehem.. hey bro,kebetulan lah hehe.." kata Shiro tersengih.

"Ha.. Ha.. ya,kebetulan sangat.." balas Ikhwan tersengih mengangkat sebelah kiri keningnya.

"Shiro awak ni.."

"Saya apa? Hah? Bukan! Bukan! Mereka bertiga ni adik beradik saya!" Jelas Shiro.

Ikhwan dan Alisa memerhatikan Shiro dari bawah ke atas,masih terasa curiga dengan jawapan Shiro.

"Betul?" soal Ikhwan.

"Ya..aku tak tipu.." jawab Shiro mengangguk laju.

"Kamu bertiga..betul ke dia abang kamu?" soal Ikhwan menjengah ke belakang Shiro.

Tiga remaja itu berpandangan.

"Entah.." ujar gadis blonde.

"Sesat.." ujar remaja lelaki itu pula.

"Hehe..." Gadis berambut putih sekadar ketawa kecil.

Shiro bagaikan dipanah kilat dengan jawapan mereka beri pada Ikhwan.

Shiro duduk menyangkung tepi bangunan kedai,merajuk dan Alisa hanya sekadar menepuk-nepuk bahu Shiro.

"Terima kasih bantu kami tadi.. saya Ryuzaki Lilia.." gadis blonde itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Ryuzaki Lucas.." remaja lelaki itu pula menyusul.

"S-saya.. Ryuzaki Lucia.. yoroshiku!" Gadis berambut putih itu juga memberi pengenalan diri.

"Bukan benda besar.. saya Ikhwan Syah Solleh.. yoroshiku.." jawab Ikhwan tersenyum sahaja.

"Saya Alisa.. Alisa Darweez.. kami rakan sekelas abang kamu.." Alisa juga memberi pengenalan diri.

"Nama kamu.. kamu berdua dari Malaysia ke?" soal Lilia.

"Ya..saya.. baru je pindah awal tahun.." jelas Ikhwan.

"Saya asal Malaysia.. rumpun la.. ayah saya.. tapi,saya lahir di sini.. ibu saya warganegara Jepun.." jelas Alisa dan Lilia mengangguk faham.

"Macam tu.. saya takkan tahu kalau mereka tidak tanya.." kata Ikhwan tersengih.

"Huh? Saya tak ada cerita ke?" Alisa menyoal.

"Well kita mula tegur sapa minggu lepas je kan..macam mana nak tahu yang lebih terperinci.." jawab Ikhwan.

"Cukup!! Apa yang korang buat di sini tanpa bodyguard hah?!" Shiro menyergah dan menyoal.

Mendengar soalan Shiro,buatkan tiga beradik itu berpandangan. Mereka tersengih kelat,Ikhwan dan Alisa sekadar memerhatikan keadaan itu.

"Jalan-jalan?" Jawab Lilia tersengih.

"Jalan-jalan?! Ni mama tahu tak?! Tak tahu bahaya?!" Shiro mula membebel dengan mencekak pinggang.

"Maaf.." Lilia menunduk kepala mendengar leteran Shiro.

"Jangan marah nee-chan! (Kakak dalam panggilan Jepun)" Lucia mencelah dan Lucas juga sama mempertahankan kakaknya.

"Kamu berdua pun!?" Shiro ingin menyambung syarahannya,namun Lucia memintas.

"Kami cuma nak cari hadiah untuk hari jadi abang nanti!!" Kata Lucia dan Shiro tersentak,Ikhwan dan Alisa terkejut.

"Hari jadi Shiro?" Getus hati Ikhwan berbicara.

"Lucia!" Lilia dan Lucas menutup mulut Lucia.

Shiro terdiam terasa bersalah mendengar penjelasan adik perempuannya,tanpa disedari Shiro salah seorang lelaki samseng yang mengganggu adik-adiknya bangun secara senyap-senyap lalu mengatur langkah untuk menyerang Shiro.

"SHIRO!!" Ikhwan menjerit memberi amaran.

Shiro menoleh ke belakang,lelaki samseng itu sudah mengangkat pisau untuk menyerang. Ikhwan berlari segera untuk cuba menyelamatkan Shiro,Lilia,Lucas dan Lucia tergamam tidak mampu bergerak.

Namun nasib masih menyebelahi Shiro kerana seseorang muncul menghayun tendangan,lelaki samseng itu tercampak ke dinding batu kedai berhampiran.

"..!!" Ikhwan dan Alisa terkejut.

Shiro menoleh ke sebelah,seorang lelaki dewasa berbaju sut serba hitam serta berkaca hitam. Penampilan rambutnya kemas,mata Ikhwan tertangkap pada satu lagi susuk tubuh muncul menghampiri pemuda itu.

"Tak sangka kita jumpa lagi budak.." ujar lelaki itu tersengih sambil mulutnya terselit sebatang rokok.

Shiro terkebil-kebil melihat kehadiran lelaki itu,dia kenal lelaki tersebut lebih-lebih lagi Ikhwan.

"Aires Hernandez.." kata Ikhwan.

Lilia,Lucas dan Lucia tergamam melihat keadaan tersebut. Mereka memeluk abangnya yang masih terkejut,Ikhwan dan Alisa memandang ke arah Aires.

Sementara itu,Farhan dan Luke sedang berada di sebuah kedai sushi.
Tersusun beberapa piring kecil di tepi Luke dan Farhan,mereka berbual rancak.

"Macam mana?" soal Luke.

"Boleh tahan gak..makanannya segar-segar.." balas Farhan menjamah sushi.

"Aku dah cakap kan? Jangan risau.. ianya bebas dari pork.." jelas Luke.

"Haa..hmm.." Farhan seperti risau.

"Kenapa?"

"Kau tak apa ke biarkan Shiro sorang-sorang?" Farhan menyoal.

"Jangan risau.. dia tu kebal.." balas Luke.





🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hai guys

Bertemu lagi kita

Harap puas

Berikan komen dan pandangan

Harap korang sabar menunggu chapter seterusnya.

Sementara aku masih ada mood ni jangan buat aku tak ada mood..

Heheh

Itu je la

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top