Lisan 22 : Masalah di Akihabara
Ikhwan dan Alisa sudah berdiri di hadapan pintu masuk Akihabara,situasi janggal terasa kerana ini kali pertama bagi mereka.
"So... Ini Akihabara?" soal Ikhwan,dia kali pertama tiba di bandar itu.
"Ya.. awak belum pernah datang sini kan?"
"Y-ya.." jawab Ikhwan pendek.
Mereka berdua diam seketika,Ikhwan dan Alisa tiada idea untuk memulakan bicara.
"So! Lebih kita cepat-cepat selesaikan urusan awak! Lagi cepat lagi bagus.. mana la tahu ibu awak nak cepat?" Ikhwan berkata menamatkan kejanggalan.
"Ah..! Y-ya! Betul tu!"
Agak kekok bagi mereka berdua, sebelum ini mereka berbual tanpa masalah kerana ada yang lain bersama-sama. Namun hanya mereka berdua? Ianya janggal.
Suasana di Akihabara meriah dengan lampu bandar yang berwarna-warni,dengan gambar-gambar watak dari animasi menghiasi dinding bangunan kedai.
"Meriah nampaknya tempat ni.." ujar Ikhwan.
"Ya.. sini dikatakan tempat tumpuan bagi peminat animasi Jepun dan juga light novel.."
"Hmm..biasa saya tengok dari YouTube je.." kata Ikhwan mengangguk faham.
"Well awak sekarang dah berpeluang bukan?" Alisa berkata sambil tersenyum.
"Ouh ya.. ibu awak pun peminat animasi gak ke?"
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Alisa tergelak kecil.
"Bukan apa,awak juga yang cakap.. bandar ni tumpuan anime lover.."
"Ouh? Ahh..pasal tu...bukan lah.,ibu saya ada hantar barang untuk dibaiki..barang tu dah siap diperbaiki..tapi ibu tak dapat nak ambil sebab dia sibuk.. lagipun kedai tu hanya beroperasi sampai petang je.. ibu dekat maghrib baru balik.." jelas Alisa panjang lebar.
"Ouh..macam tu..terima kasih atas penjelasan anda.." balas Ikhwan.
"Sama-sama dan saya hargainya.." jawab Alisa pula.
Ikhwan dan Alisa berpandangan seperti terkejut,kemudian mereka ketawa kecil dan meneruskan langkah.
Tidak lama lepas itu,Alisa dan Ikhwan keluar dari sebuah kedai gadget. Alisa memegang satu beg,mungkin itulah barang yang diminta oleh ibu Alisa.
"Yeay..selesai.." kata Alisa sambil tersenyum girang,manakala Ikhwan yang memerhatikan Alisa sekadar tersenyum simpul.
"Jadi semua dah selesai..apa kata kita pulang?" ujar Ikhwan.
Saat Ikhwan ingin memulakan langkah,Alisa menundukkan kepala dan menarik lengan baju Ikhwan.
"Alisa?"
"Err..pasal tu,apa kata kita jalan-jalan di sini?" cadang Alisa.
"Huh?" Ikhwan kehairanan.
"Awak tahu la kan? Sini antara tempat tumpuan pelancong juga!" Alisa memberi penjelasan dan Ikhwan mendiamkan dirinya.
"Tapi kalau awak nak balik awal.. tak apalah.." ujar Alisa lagi.
"Okay..kita jalan-jalan dengan cari kedai makan yang halal.." kata Ikhwan setuju dan Alisa terkejut,sebelum berubah tersenyum ceria.
"OK!"
Ikhwan tersenyum tenang dan Alisa ketawa kecil,mereka berdua beredar dari situ. Tidak lama lepas itu,muncul kepala berambut warna putih dan oren serta hitam.
"Geez..dia ajak date pun tak faham ke mamat tu?" Shiro berkata.
"Takde,ni apa yang kita buat ni?" Luke menyoal dan Farhan di sebelah seakan tidak minat,dia ikut pun Shiro yang heret.
"Auw.. come on! Luke,kau tengok diorang tu.." ujar Shiro dan Luke menjengah.
"Diorang dah jauh tu.." jawab Luke selamba.
"Hah? Apa? Jom kejar! Jangan sampai mereka hilang dari pandangan kita!" kata Shiro penuh bersemangat terus berlari.
"Oi Shiro! Haish..kantoi dek mamat kena pukul aku tak nak tolong.." kata Luke mengeluh.
"Jadi? Kau nak follow ke?" soal Farhan.
"Hmm..kau lapar?" Luke menyoal dan Farhan kehairanan.
"Hah?"
Ikhwan dan Alisa berjalan secara bersebelahan,masing-masing diam tidak bersuara. Alisa menundukkan kepala dan Ikhwan sekadar memandang tegak ke hadapan,aku sebagai penulis pun hilang idea pasal diorang.
Hehe..
Joking aside,Ikhwan berdehem seketika dan Alisa menoleh ke arahnya.
"Hmm..mana kedai makan yang halal di sini? Tak jumpa-jumpa ni.." ujar Ikhwan.
"Awak lapar sangat ke?" soal Alisa.
"Kinda.. sebab tadi pun tak makan banyak..sebab tak lapar.." jelas Ikhwan tersengih.
"Mou..you hopeless..my uncle restaurant is around corner.." kata Alisa.
"Your uncle?" soal Ikhwan terkejut.
"Yeah! They got nasi lemak..! And Malay food.." tambah Alisa lagi dan Ikhwan mengangguk teruja.
"Alright milady.. please,show me the way.." ujar Ikhwan berlakon seperti putera dan Alisa terkejut,kemudian tersenyum dan pipinya merah sedikit.
Seperti babak romantis,kemudian dirosakkan dengan suara gadis tidak jauh dari mereka berada. Ikhwan dan Alisa nampak,tiga orang remaja dikepung oleh sekumpulan lelaki.
"Mari cik adik,kami cuma nak ajak teman makan bersama.." kata salah seorang daripada lelaki dewasa itu.
"Maaf kami kena balik awal.." jelas remaja gadis blonde,dua orang remaja yang bersamanya hanya mampu diam.
"Tak apa,ianya takkan ambil masa yang lama..teman kami makan sahaja.." jelas lelaki itu lagi.
"Hey! Kakak aku dah cakap tak nak kan! Korang paksa sangat ni apahal?" seorang remaja lelaki yang diam mula hilang sabar.
"Budak biadab ni.." kata salah seorang rakannya,menarik rambut remaja lelaki itu.
"Mari sini kau!!"
"Lucas!" Gadis berambut putih itu mula bersuara,namun dia agak takut.
"Lepaskan adik saya!" kata gadis itu namun dihalang lelaki tadi.
"Kalau cik adik tak nak apa-apa berlaku,ikut kami.." lelaki itu mula mengugut.
"Oi.." tegur satu suara.
Sekumpulan lelaki itu memandang ke arah suara tersebut,Ikhwan dan Alisa memerhatikan mereka.
"Apahal?"
"Well mereka tak suka kan..kenapa perlu paksa?" Ikhwan menyoal.
"Kau ni..." Salah seorang lelaki menghampiri dan mencekak kolar baju Ikhwan.
"Lebih elok kau berambus..kalau tak mahu sakit.." kata lelaki itu dan rakan-rakannya ketawa.
"Ouh?" Ikhwan tersengih.
"Kau sengih budak?" lelaki itu mula hilang sabar.
"Kamu semua dah besar dan seorang dewasa..tapi cari pasal dengan budak bawah umur?" soalan Ikhwan membuatkan mereka terkedu dan urat marah timbul.
"Untuk budak mentah,mulut kau boleh tahan pedas huh?!" kata lelaki itu sambil menghayunkan tumbukan.
Ikhwan menahan buku lima lelaki itu dan memukul kawasan tengah dada lelaki tersebut,membuatkan lelaki itu senak dan terbatal serangannya.
Dua lagi rakannya terus mara ke arah Ikhwan,namun Ikhwan sekadar tenang dan memberikan dua serangan. Satu tumbukan ke muka dan satu sepakan ke perut bagi susulan,seorang lagi berjaya menangkap Ikhwan dari belakang.
"Habislah kau!"
"Pilihan yang teruk kawan.."
Ikhwan menghentak muka dengan belakang kepalanya,membuatkan lelaki itu mengerang sakit dan tumbukan padu mengenai perutnya.
Manakala lelaki dewasa yang sedang memegang tangan remaja lelaki,iaitu yang dipanggil Lucas tergamam melihat keadaan tersebut. Remaja bernama Lucas itu tersengih,lalu menyepak di tengah-tengah kelengkang.
Pucat muka lelaki tersebut merasai 'telurnya' pecah,matanya juling kedua-dua ke atas dan jatuh sambil mengepit kaki menahan kesenakan.
"Korang tengok je ke?! Pergi pukul budak tu!! Takkan nak tengok dimalukan macam ni?!!" kata lelaki yang memegang tangan gadis blonde itu.
"Lepas lah!"
"Kau diam sini!!"
"Hoi bahalol! Lepaskan dia!!" Ikhwan memberi amaran.
"Jangan dekat!!"
Satu susuk berlari pantas melepasi Ikhwan,sepantas kilat dan lelaki yang memegang tangan gadis blonde itu tercampak apabila diberikan tendangan terbang.
"JANGAN SENTUH ADIK AKU SI KEPARAT!!" Shiro muncul dengan mengejut.
"Shiro?!" Ikhwan dan Alisa terkejut.
"Nii-san?(panggilan abang dalam Jepun)" Serentak gadis blonde,gadis berambut putih dan Lucas bersuara.
Pada masa yang sama,Luke dan Farhan menjamah makanan di sebuah restoran.
Makanan dipanggil ramen noodles ditatap lama oleh Farhan,kemudian dia menoleh ke arah Luke yang duduk di sebelahnya.
"Ramen ni halal kan?" soal Farhan.
"Jangan risau..tak ada pork.." jawab Luke dengan yakinnya.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
What's up
Lama betul tunggu eh,maaflah mood swing habis
Ni pun baru ad mood sikit²
Haha
Komen dan vote ye
Harap sabar menunggu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top