Lisan 21 : Apa?


Sekolah berjalan dengan normal,para guru mengajar di kelas. Subjek diajar dengan teliti,supaya para pelajar mampu memahami dengan mudah.

Kelas 2-A juga tidak kurangnya,semua fokus dengan apa yang diajar oleh guru yang berada di hadapan.

Namun..

Tidak bagi Shiro yang tersengguk-sengguk,membuatkan guru yang sedang mengajar terasa annoying.

Ikhwan pula yang duduk di sebelah tidak menghiraukan Shiro,dia fokus mendengar apa yang guru tunjuk dan ajar.

Shiro terus terhantuk kepala pada permukaan meja,begitu kedengaran bunyi lagaan kepala pada meja.

"ADOIII!!!"

SEMUA pelajar memandang ke arahnya,guru yang mengajar mengeluh sahaja dan Ikhwan membuat muka selamba.

"RYUZAKI SHIRO!! BERDIRI DI LUAR!!"

Shiro berdiri di luar dengan muka tidak puas hati,kelas pula kembali menyambung pelajaran. Luke menekup muka dan Farhan hanya tersenyum kelat,Emyriel menggelengkan kepala sahaja dan Alisa mengintai Ikhwan di belakang.

Saat Ikhwan fokus sedang mendengar pengajaran daripada guru,matanya tertangkap pada mesej.

Awak tak kesian kat Shiro?
: Alisa

Ikhwan sekadar tersenyum membaca mesej itu,lalu dia menaip untuk membalas.

Salah dia,saya dah pesan jangan tidur lewat..
: Me

Alisa ketawa kecil membaca balasan chat daripada Ikhwan,dia tersenyum manakala Ikhwan kembali fokus pada guru yang sedang mengajar.

Waktu rehat..

Ikhwan dan Shiro serta yang lain,kini sedang makan bersama di atas bumbung sekolah.

"Sakit lagi bro?" soal Ikhwan dengan muka tidak bersalah melihat Shiro mengurut-urut dahinya.

"Kau apasal tak tolong?"

"Tak kuasa aku,sensei tengah mengajar kau bantai tidur..lepas tu homework tak buat salin aku punya.. senang hidup kau?" Ikhwan berleter panjang dan Shiro mencebik.

"Emy..Alisa.. tolong.." ujar Shiro dengan ala kegedikan,geli seyh!

"Well Shiro..awak nak layan online game tak salah,tapi kena la berpada-pada.." Emyriel bersuara memberi nasihat.

"Emy..awak pun sebelahkan Ikhwan.. sampai hati.." kata Shiro mencebik.

"Saya tak sebelahkan sesiapa.. saya cuma memberi nasihat.." jawab Emyriel.

"Shiro..masa di sekolah tak panjang.. setahun dua kita dah graduate.. awak tak boleh seronok bermain-main.." tambah Alisa memberikan nasihat.

Shiro tergamam mendengar Alisa juga setuju,sambil tergamam dia menoleh ke arah Luke yang duduk bersebelahan Farhan.

"Jangan tengok aku,hadaplah.." kata Luke malas nak berleter hari ni,sebab dah ada yang tolong.

"Why you guys sungguh kejam!?"

"Kalau tak nak kena bebel,jangan tido dalam kelas!" serentak Ikhwan dan Luke bersuara,ada keserasian.

Shiro terus duduk mencangkung menguis-nguis lantai,murung tiada yang mahu membantunya. Ada pak cik pun tak tolong,siapa suruh buat hal selalu.

Pintu terkuak kasar menghentak dinding,seseorang membuka dengan cara menendang. Serentak mereka berenam menoleh ke arah pintu dan beberapa wajah yang dikenali,muncul menunjukkan muka.

"Aku dah agak korang ada di sini.."

Pelajar dari kelas 2-C,Yusuke disusuli Masuzaka dan juga Tetsu. Ikhwan terkebil-kebil seketika,melihat tiga remaja itu merenung dengan serius.

"Siapa?" soal Ikhwan dan semua terkejut.

"Seriously?!" Luke menekup muka.

"Apa hal ni?" Farhan kehairanan sebab semasa konflik itu,dia belum lagi tiba di Jepun.

Shiro hanya diam tidak berkata apa-apa,Masuzaka,Tetsu dan Yusuke menahan marah.

"Mereka tu geng-geng yang buli Hanada.." bisik Alisa dan Ikhwan baru teringat.

"Ooohh..maaf-maaf,aku biasa malas nak ingat nama-nama orang yang tak penting dalam hidup aku.." tulus Ikhwan berbicara dan cukup menaikkan darah tiga pelajar itu.

"Kau!! Aku akan pastikan kau menyesal..!?" Saat Tetsu habiskan ayat,Shiro sudah berada dekat serta menghayunkan tendangan.

Tepat! Mengenai muka Tetsu,Yusuke dan Masuzaka tergamam melihat keadaan tersebut. Apatah lagi Ikhwan dan Farhan,Luke hanya mengeluh manakala Alisa dan Emyriel tidak terfikir Shiro akan melakukan tindakan mengejut seperti itu.

"Pengsan dah? Kata nak buat kami menyesal?" Shiro menyoal selamba.

Yusuke menahan marah dan menghayunkan penumbuk,Shiro melompat tinggi umpama sang naga dan menjunamkan tujahan kaki. Sekelip mata Yusuke padam,tidak bergerak dan Masuzaka hanya mampu tercengang. Masuzaka tersentak apabila Shiro,menoleh ke arahnya dengan pandangan mata seperti bersinar dari pandangan Masuzaka.

"Ooo...ooo.." Masuzaka mula gugup.

"O?" Ikhwan dan Luke mula curious.

"ONI!!! TASUKETE!! (SYAITAN! TOLONG!!)" Masuzaka berlari menyelamatkan diri meninggalkan dua rakannya yang sudah pengsan.

"What the f..muka jambu camni kata syaitan.. biadab!" Shiro berkata tidak puas hati.

Alisa memerhatikan keadaan Tetsu dan Yusuke yang pengsan,terasa simpati pula di dalam hatinya. Dia mencuit bahu Ikhwan,remaja itu menoleh ke arahnya.

"Could you guys bring them to infirmary office?"

"Alisa? Why? Mereka cuba nak cederakan kita.." Emyriel menyoal memprotes.

Ikhwan dan Luke berpandangan,mereka berbalas senyuman dan mengangguk. Farhan hanya menjadi pemerhdti,Shiro menggeliat lalu menghela nafas puas hati.

Seperti yang diminta oleh Alisa,Ikhwan dan Farhan membawa dua orang remaja yang tidak sedarkan diri itu ke bilik rawatan.

"Mereka tak apa-apa kan?" Shiro menyoal.

"Aik setan tahu rasa bersalah eh?" Luke menyoal selamba dan Shiro menahan bengang.

"Kalau aku setan kau pak cik setan.." bidas Shiro selamba.

Loceng penamat waktu persekolahan bergema,guru menamatkan pengajarannya dan mengucap selamat tinggal. Pelajar-pelajar segera berkemas untuk pulang,Alisa menerima satu panggilan.

"Hello mom?"

Emyriel bergurau dengan Shiro,dia menjeling ke arah Alisa. Melihat gelagat rakannya itu,kemudian Alisa menghela nafas pendek.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke? Puan Julie cakap apa?"

"Yeah.. dia mintak saya ambil sesuatu di bandar Akihabara.. boleh awak temankan saya Emy?" soal Alisa.

"Hmm.. sorry tak dapat,saya ada kelas piano nanti.." jawab Emyriel agak kecewa tidak dapat menemani Alisa.

"Ouh..tak apalah,nampaknya saya kena pergi sendiri.."

"Tak pun macam ni..sekejap.."

Alisa kehairanan melihat Emyriel berjalan mendekati Ikhwan,tidak lama Ikhwan dan Emyriel berbicara. Ikhwan memandang ke arah Alisa,kemudian remaja itu mengangguk tersenyum.

"Apa yang awak cakap dengan Ikhwan?" soal Alisa sebaik Emyriel kembali ke arahnya,pada masa yang sama Ikhwan berjalan menghampiri mereka berdua.

"How bout you guys go together? Right Ikhwan?" soal Emyriel memandang ke arah Ikhwan.

"Yeah..sure,I can accompany her.." kata Ikhwan tersenyum dan Alisa membesarkan matanya.

"Eh?"





🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hai guys

Lama tunggu?

Sorry..

Tolong komen pandangan dan cadangan,vote jangan lupa

Itu je lah

Maaf kalau pendek

Sebab aku tengah mood malas

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top