Lisan 2 : Masalah di Pagi Hari & Kelas 2-A


"I'm home...." Ujar Ikhwan membuka pintu.

Tiada sesiapa di ruang pintu utama,sunyi sepi.

Ikhwan melangkah masuk dan teringat remaja bernama Shiro Ryuzaki,rambutnya agak unik bagi dia dan orang Jepun ada rambut macam itu ke?

"Mana kau pergi tadi?"

Langkahnya terhenti mengejut,dia menoleh ke arah suara yang menegur. Zahary sedang duduk di atas kusyen memerhatikan dia,Ikhwan menghela nafas pendek.

"Jalan-jalan?"

"Sampai lewat maghrib macam ni?" soal Zahary dan wajahnya serius.

Ikhwan mengeluh dan tenungan bapa saudaranya itu,mengingatkannya dia pada seseorang. Satu suara menegur dengan tiba-tiba.

"Sudahlah,dia dah balik kan?" seorang wanita yang wajahnya redup,tidak kurang cantik menyapa mengusap kepala Ikhwan.

"Auntie Elisha? Auntie pergi mana tadi?" soal Ikhwan pada wanita dipanggil 'auntie Elisha'

"Maaf auntie ada kerja di syarikat.. sebab tu tak ada dengan uncle Zahary masa sambut kamu tadi.." jawab Elisha,isteri kepada Zahary.

"Ouh..." Sahut Ikhwan pendek.

"Dah.. pergi mandi lepas tu solat,nanti boleh makan malam sama-sama.." kata Elisha dan Ikhwan berlalu pergi.

Elisha dan Zahary memerhatikan Ikhwan melangkah pergi,kemudian Elisha menoleh ke arah suaminya.

"Perlu ke nak muka camtu dengan budak tu?" soal Elisha.

"Elisha..saya risau..sini bukan Malaysia..."

"Ya saya tahu risau,saya pun risau juga..tapi awak tahu apa yang dia lalui bukan? Slow-slow lah.." balas Elisha dan Zahary menghela nafas pendek.

Ikhwan mengunci pintu,kemudian dia menanggalkan pakaiannya. Tuala dicapai dan mandi,selesai mandi dan menyalin pakaian baru. Ikhwan menunaikan solat.

"Fuh..lagi lima minit nak habis maghrib.." ujar Ikhwan dalam hati.

Makan malam hanya dengan empat orang,Ikhwan,Zahary,Elisha dan anak Zahary berusia setahun,baru sahaja pandai berjalan.

"Adriana..makan.." Elisha memujuk dengan senyuman.

"Uga..uu..gaga.."

Telatah Adriana diperhatikan Ikhwan dengan senyuman,Zahary hanya diam seketika memerhatikan anak saudaranya kemudian menjamah makanannya.

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Matahari mula terbit menerangi permukaan bumi,burung-burung berterbangan tinggi ke atas langit. Penghuni bumi sudah mula melakukan aktiviti harian,juga ada yang baru pulang bekerja dari shift sebelah malam.

Ikhwan baru selesai mandi dan mengeringkan badannya,baju uniform yang tergantung kemas dicapai.

"Woooaahhhh.." Ikhwan menguap sebelum mulutnya ditutup.

Aura mengantuk masih melekat,Ikhwan menggelengkan kepala dan badannya sedikit terasa sakit. Mana tidaknya semalam dia baru lepas bertinju dengan puluhan samseng,nafas pendek dihelakan.

Dia juga turut menerima pukulan curi ketika mempertahankan diri,namun tidak terlalu teruk atau parah. Nasib baik juga mukanya tidak mendapat lebam,jika ada pasti Zahary membebel semalaman.

Nafas ditarik panjang,kemudian Ikhwan helakan sebelum memulas tombol pintu dan berjalan keluar.

"Kau dah sedia?" soal Zahary dan Ikhwan tersengih mengangguk sahaja.

Zahary menghentikan kenderaan tidak jauh dari pintu utama sekolah,Ikhwan menolak pintu dan keluar dari perut kenderaan.

Hari ini adalah hari permulaan di sekolah barunya,Ikhwan memejamkan matanya dan mendongak memandang ke hadapan.

"Yosh!"

Zahary hanya memerhatikan sahaja gelagat Ikhwan dari dalam kenderaan,dia memandang sayu ke arah remaja tersebut. Ikhwan memandang ke arahnya,Zahary sedikit terkejut dan Ikhwan tersengih sahaja kemudian Zahary menghela nafas pendek.

"Rasanya aku tak perlu risau kot.." sebaik berkata demikian,Zahary memandu kenderaan beredar.

Kenderaan hitam tersebut meluncur hilang dari pandangan mata kasar Ikhwan,remaja itu melangkah ke arah pintu utama sekolah tinggi.

"Tuan rasa anak saudara tuan akan okay ke?" soal pemandunya dengan tiba-tiba.

"Apa maksud kau?"

"Sekolah tu terkenal dengan pelajar-pelajar bermasalah.. saya bimbang tuan muda Ikhwan akan dibuli..." Jelas pemandunya.

"Koki,saya hargainya..tapi anak saudara saya bukanlah remaja biasa.." jelas Zahary tersenyum membuatkan pemandunya,Koki hairan dan tidak faham.

Mata Ikhwan memandang lama ke arah papan tanda bertulis nama sekolah.

TOKYO METROPOLITAN ASUKA HIGHSCHOOL.

"Inilah sekolah yang akan aku pergi setiap hari?" soal Ikhwan sendirian dan melangkah masuk.

"Nanti.."

Ikhwan ingin melangkah masuk,namun dihalang oleh seseorang. Seorang remaja lelaki bersama remaja perempuan,riak wajah mereka serius dan tegas.

"Nanti..siapa kamu?" soal remaja lelaki itu.

"Aku? Aku pelajar baru mulai hari ini.." jelas Ikhwan.

"Boleh berikan surat pengesahan?"

"Kenapa aku perlu serahkan pada kau?" Soal Ikhwan dengan muka tidak bersalah.

"Ini prosedur.."

"Aku perlu bertemu dengan guru bernama Hazen Siegfried..jadi aku tiada urusan dengan kamu berdua.." kata Ikhwan lagi.

"Jangan cabar kesabaran kami.. serahkan sahaja surat pengesahan pada kami.." kata pengawas lelaki itu dan pengawas perempuan itu pula menghalangnya.

"Aku menolak.." balas Ikhwan tidak berganjak.

"Kau!"

"Apahal ni?!" Sergah satu suara dan mereka bertiga menoleh serentak.

Seorang lelaki berpakaian kemas dengan tali leher,mencekak pinggang kemudian berjalan ke arah mereka.

"Hazen-sensei?"

"Apahal ni?" soal lelaki dipanggil 'Hazen-sensei' itu.

"Dia ni,saya minta surat pengesahan mengatakan dia adalah pelajar baru untuk bukti dia berkata benar.." jelas pengawas lelaki itu.

"Aku dah pesan bukan,jika ada orang yang kata dia pelajar baru..serahkan pada aku?" soalan Hazen buatkan pengawas lelaki itu,terdiam manakala pengawas perempuan pula menundukkan kepalanya sahaja.

"Yang kau memandai-mandai mintak pengesahan tu buat apa?"

"M-maaf sensei..." pengawas lelaki itu hanya mampu memohon maaf.

"Kau.. ikut aku.." Hazen memetik jarinya mengarahkan Ikhwan supaya mengekorinya.

Ikhwan tidak banyak cakap,dia mengekori Hazen dari belakang. Ikhwan sempat menoleh ke belakang,dia dan pengawas lelaki itu berbalas pandangan.

Ikhwan hanya tersenyum sinis, pengawas lelaki itu pula tersentak dan mengetap giginya menyeringai menahan marah.

"That kid...." Pengawas lelaki itu menahan marah.

Pada masa yang sama,dia perasan seseorang berjalan secara senyap-senyap. Shiro sedar dirinya diperhatikan oleh pengawas itu,agak lama dengan bunyi burung gagak kedengaran.

"Morning?"

"RYUZAKI SHIRO!!!"

"Aku dah lambat masuk kelas! Jumpa lagi!! Babai!"

Sekelip mata Shiro terus memecut berlari laju,sebelum sempat ditangkap oleh pengawas lelaki tadi.

"Sial! Pagi-pagi dah menghadap dua masalah!" rungut pengawas lelaki itu dan pengawas perempuan hanya mampu mengeluh sahaja.

"Kenapa partner saya pagi ni dia?" keluhnya dalam hati.

Hazen meneliti data-data di dalam komputer,data mengenai Ikhwan dan memusingkan badan ke arah Ikhwan.

"Jom..kita ke kelas.." ujar Hazen dan Ikhwan sekadar mengangguk.

Hazen berjalan di hadapan dan Ikhwan di belakang,dia memerhatikan sahaja guru itu dari belakang tanpa berkata apa-apa.

"Kenapa kau jalan belakang aku? Sini jalan sebelah aku..jangan malu-malu.." ujar Hazen dan Ikhwan hanya menurut.

Remaja itu kini berjalan di sebelah Hazen,guru itu menjeling ke arah Ikhwan yang mendiamkan dirinya.

"Aku kenal pak cik kau.." ujar Hazen dengan tiba-tiba dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Cikgu ni kawan pak cik Zahary ke?" soal Ikhwan.

"Ya..kami rakan rapat satu sekolah.." jelas Hazen tersengih.

Ikhwan tersenyum sahaja mengangguk faham,akhirnya mereka tiba di sebuah kelas yang agak riuh dengan bunyi suara pelajar berbual.

Ikhwan memandang ke arah papan nama di atas pintu kelas,

"Kelas 2-A.." gumam Ikhwan dalam hati.

"Baiklah kelas.. duduk di tempat masing-masing...kita ada rakan baru dari Malaysia.." Hazen bersuara dengan kuat,tidak terlalu tetapi jelas.

Para pelajar segera duduk di tempat masing-masing,seperti yang diarahkan dan dalam masa yang sama. Seorang pelajar berambut putih,menyedari kehadiran Ikhwan dan bibirnya terukir senyuman.

"Dia tu.." ujar pelajar berambut putih dan rakannya berambut oren kehairanan.

"Kau kenal ke?" soal pelajar berambut oren.

"Dia baru sampai di Jepun dua hari yang lepas..dia akan belajar di sini sehingga tahun terakhir..jadi layan dia dengan baik.." ujar Hazen dan semua pelajar hanya senyap.

"Jadi.. Ikhwan.. kamu boleh kenalkan diri kamu.."

"Terima kasih cikgu,err.. ehem! Selamat pagi semua,saya Ikhwan Syah Solleh..berasal dari negara Malaysia.. Jangan risau,saya boleh bertutur bahasa Jepun..selamat berkenalan.." ujar Ikhwan dengan senyuman,para pelajar perempuan berbisik di antara satu sama lain.

"Waa..dia boleh cakap bahasa Jepun.."

"Kacak pula tu..ooh.."

"Kita boleh mintak alamat email dia tak eh?"

Para pelajar sebelah lelaki merenung tajam ke arah Ikhwan,cemburu kerana pelajar perempuan menyukai dengan kehadiran Ikhwan.

"Eh..awak,dia kira sama dengan awak la.." ujar seorang pelajar perempuan pada rakannya,manakala rakannya pula hanya memerhatikan Ikhwan sahaja.

"Jadi tempat duduk kamu..." Hazen berfikir sejenak,namun diganggu oleh seorang pelajar.

"Sensei! Sensei! Sini! Sini!"

Ikhwan memandang ke arah suara itu,dia terkejut kemudian tersengih kerana Shiro melambai ke arahnya dengan tersengih.

"Pelajar Ryuzaki?"

"Sini sensei,sebelah saya kosong ni.. hehe.." kata Shiro dan Hazen menghela nafas pendek.

"Jadi Ikhwan,kamu duduk di sebelah pelajar Ryuzaki dan Ikhwan sekadar menurut,lalu melangkah ke arah Shiro.

"Sensei! Please call me by my name.. not my surname.." ujar Shiro.

"That's up to me.." balas Hazen selamba.

"It's not hard..!" Shiro protes.

"You think I care?"

Shiro mengembungkan pipinya,sekelip mata sahaja peluru terbang hinggap laju ke dahinya. Hazen terasa jengkel dengan reaksi Shiro,fikir comel buat muka macam tu?

Ikhwan bersiul kagum,boleh tahan juga guru kelas mereka.

"Alright open the page menu.." ujar Hazen mengaktifkan skrin papan tanda.

Zaman semakin berubah,teknologi juga semakin maju dan ke hadapan. Para pelajar tidak perlu membawa buku teks,hanya perlu mencipta akaun khas untuk pembelajaran.

Teknologi di dalam sekolah lebih mudah,menggunakan komputer sahaja dan hanya perlu diakses oleh para pelajar.

"Kau okay? Hidup lagi?" soal Ikhwan duduk di sebelah Shiro.

"Selagi belum berlubang haha.." balas Shiro bersahaja.

"Kau dari Malaysia?" soal seorang pelajar,yang berambut oren.

Ikhwan menoleh ke arahnya,pelajar berambut oren itu tersenyum. Sambil menongkat lengan pada kerusi,dia tersengih menunjukkan giginya yang putih.

"Kau ni siapa?" Ikhwan menyoal.

"Ah..mana adab aku? Nama aku Luke Tsuyoshi..selamat berkenalan.."

"Dia pak cik aku.." Shiro berkata dengan tersengih,Ikhwan kehairanan dengan kenyataan Shiro.

"Jangan layan,aku anak angkat datuk dia.." jelas remaja berambut oren yang bernama Luke Tsuyoshi.

"Ah... ouhhh patut la dia panggil 'pak cik'..." Ikhwan berkata sambil menyalakan monitor komputer yang sedia ada di mejanya.

"Kau boleh sign-up sendiri? Atau nak aku bantu?" soal Luke.

"Kalau kau tidak kisah..tolong?" Balas Ikhwan tersenyum.

"Dengan berbesar hati.."

Satu tempat di sebuah bangunan,ada seseorang duduk di dalam sebuah pejabat. Matanya merenung ke arah samseng yang Ikhwan dan Shiro lawan semalam,masing-masing ketakutan dengan tenungan individu itu.

"Sasaran terlepas,lepas tu kalah dengan budak? Dua orang pun tak dapat nak hadap?!" Soal lelaki itu.

"Budak berdua itu bukan sembarangan boss! Mereka seperti terlatih!" Jelas salah seorang samseng itu.

"Oh jadi dua orang budak ni lebih hebat dari orang dewasalah?" soal lelaki dipanggil boss itu,masing-masing diam tidak berani bersuara.

"Cari budak tu!! Heret bawa datang jumpa aku!!"

Shiro mengorek telinga,terasa seperti dirinya bagai diseru. Ikhwan pula hanya fokus pada komputer,Luke sekadar mendengar penjelasan oleh guru yang mengajar.

🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hai guys

Maaf sebab remake mengejut

Aku dah tak boleh nak olah lagi untuk scene seterusnya bagi yang lama.

Harap korang boleh terima

Bukan mudah untuk mencipta sebuah cerita,idea mula-mula macam air terjun lepas tu terus kering. Jadi stuck lah kau,mood pulak terbang pergi jauh.

Jadi teruskan sokongan kamu semua

Tolong!

Komen dan vote

Tu je lah

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top