Lisan 19 : Bertemu Hakuryu & Alverta
Malaysia
Sebuah rumah yang sederhana besar,bertemakan seni bina jenis tradisional. Tingkap jendela yang dijaga dengan baik,kalau tidak mana mampu bertahan.
Kawasan rumah yang dikelilingi pagar,halaman seluas 6 ekar dan kelihatan seorang wanita berjalan keluar ke sebuah pondok.
"Ni bang.. airnya.." ujar wanita itu Mareena Sham,walaupun sudah berusia hampir 70 tetapi wajahnya tampak muda.
"Terima kasih sayang.. pisang goreng.. kena pula hujan..hehe.." ujar lelaki itu pula,Syufa Buhari.
Tepat-tepat Mareena menghidangkan air dan pisang goreng,hujan turun dengan tiba-tiba dan Mareena sekadar tersenyum.
"Abang.. Alverta ada hantar email.." kata Mareena dan Syufa yang tengah mengunyah pisang menjeling terkejut.
"Ouh..huh? Jap..jap.. haa.. apa dia hantar?" soal Syufa sebaik menelan pisang goreng yang baru dikunyah.
"Dia kata dia jumpa Ikhwan.." jelas Mareena dan Syufa ketawa kecil.
"Ouh... Dunia ni kecik je kan..?" Syufa menyoal dan Mareena tersenyum.
"Dia sihat?" soal Syufa lagi dan Mareena faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya.
"Hakuryu sihat.. dia ada sekali.."
"Ada sekali..?"
"Yeah.. ni tengok.."
Mareena menunjukkan gambar menunjukkan Alverta,Hakuryu dan Ikhwan ada bersama. Syufa ketawa sahaja melihat gambar tersebut,lebih tepat dia hanya tumpukan pada Hakuryu.
"Hehe.. sama je tak berubah.. mereka.. Alverta dengan muka tanpa emosi.. Hakuryu masih lagi dengan muka yang cari gaduh..hehe.."
"Abang...tak baik.." ujar Mareena.
"Sayang comel kalau marah hehe.." balas Syufa selamba dan Mareena tersenyum tersipu-sipu malu.
"Ala abang ni..mana ada..dah tua buat cara dah tua.." ujar Mareena.
"Umur je tua,tapi wajah tetap nampak cam kita muda-muda dulu..hehe.." kata Syufa mula nak menggatal.
Yusri dengan muka blur,sambil memegang payung berdiri di hadapan mereka berdua. Syufa dan Mareena yang sedang bermesra,terkebil-kebil sebelum Syufa terkejut baru sedar kehadiran Yusri.
"Uwaah!! Yus!? Bila masa kau sampai?!"
"Baru je..apasal berhenti? Baru nak layan wayang free.." seloroh Yusri berkata dengan selamba.
Seorang wanita dalam bawah setahun Yusri,muncul dan menampar belakang kepalanya dengan kuat.
"Arghh!! That's hurt Hidayah!" Yusri mengerang sakit,hampir terlepas payung dari pegangannya.
"Sorry.. there's fly over your head.." jawab Hidayah Mazri,teman wanita Yusri.
"Liar..you just wanna smack my head right?"
"Nooo..just your imagination.."
Syufa dan Mareena hanya memerhatikan mereka berdua,Mareena berdehem dan Syufa tersentak lalu menghela nafas pendek.
"Korang pulak nak bagi wayang free ke apa? Duduk sini.. hujan lebat ni.." kata Syufa menggelengkan kepalanya.
Yusri dan Hidayah terhenti dari bertekak,kemudian menurut arahan Syufa. Yusri dan Hidayah duduk bersebelahan,Mareena dan Syufa berpandangan kemudian tersenyum.
"Jadi Yus? Jadi ke?" soal Syufa.
"Jadi apa? Tunang? Lama lagi.." jawab Yusri selamba dan Syufa membuat muka blur.
Hidayah menampar bahu Yusri dengan tiba-tiba,Yusri terkejut dan menoleh ke arah Hidayah.
"Apa?!"
"Tuan Syufa tanya awak jadi bertolak ke Jepun..tu maksudnya.." jelas Hidayah.
"Ouh.. ohhh... Hehe.. sorry-sorry tersalah tafsiran maklumat.." kata Yusri tersenyum sumbing.
"Kalau aku terajang cucu aku ni karang..saja je.."
"Jangan tuk..mahu keluar makanan saya baru telan tadi..dah la mahal.." balas Yusri dengan loyar buruknya.
Sekali lagi Syufa membuat muka annoying,begitu juga Hidayah yang menekup muka dan Mareena menahan tawa.
"Okay..Hidayah atuk berikan kebenaran pegang dia.. atuk nak try seberapa jauh Yusri boleh tercampak kena terajang.." ujar Syufa sambil menyinsing baju dan Hidayah mengangguk.
"Huh? Hah? Relaks la tuk gurau je.."
"Aku relaks la ni,kata gurau kan.." balas Syufa.
"Err...huh Hidayah? Awak buat apa?" soal Yusri apabila Hidayah memegangnya tidak bagi lepas.
"Tadi kan tuan Syufa nak bagi awak sepakan manja?" Jawab Hidayah dengan tersenyum manis.
"Kata-kata awak langsung tak serasi dengan air muka awak.. kejap! Tuk! Nek! Tolong!" Tidak dapat lari,Yusri cuba meminta bantuan neneknya.
"Yusri.." ujar Mareena seperti mahu membantu dan Yusri tersenyum lega.
"Tahan je la,kata lelaki gentleman?" Mendengar kata-kata neneknya, mukanya terus membiru pucat.
"Ekk.. HELLLPPPP!!!"
Jepun
Hakuryu membesarkan matanya,dia terkejut mendengar penjelasan daripada Alverta.
"Budak ni? Cucu orang tu?" soal Hakuryu dan Alverta mengangguk.
Hakuryu terdiam sejenak dan teringat Shiro ada ceritakan,dia ada rakan sekelas baru dari negara Malaysia. Tak sangka pula rakannya adalah cucu rakan lamanya,Syufa Baiyura.
"Hey budak.."
"Nama saya Ikhwan..bukan budak.." jelas Ikhwan memintas kata-katanya.
Hakuryu terkejut mendengar kata-kata Ikhwan,tidak ubah sama persis dengan Syufa.
"Hey kau.."
"Aku ada nama.. nama aku Syufa.. bukan 'hey kau..'..."
Memori lama bermain sejenak di awal Hakuryu dan datuk Ikhwan,iaitu Syufa Baiyura bertemu. Hakuryu tersenyum dan tidak lama dia ketawa kecil,Alverta sekadar tersenyum.
"Sama dengan atuknya ya?" bisik Hakuryu dan Ikhwan kehairanan.
Hakuryu tersedar akan gelagatnya yang berada di dalam dunianya seketika,Alverta hanya menggelengkan kepalanya faham perangai suaminya dan Ikhwan hanya mendiamkan dirinya.
"Jadi.. Ikhwan-kun.."
Sebelum sempat Hakuryu mahu menghabiskan ayatnya,mereka didatangi sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Tenungan mereka tajam menatap Ikhwan,Hakuryu dan Alverta.
"Ryuzaki Hakuryu?" soal salah seorang daripada mereka.
"Dan kamu ni?" balas Hakuryu.
"Siapa kami tidak penting.. apa kata tuan ikut kami sekarang? Kalau tidak mahu timbulkan masalah.." ujar lelaki itu tersenyum.
"Kalau aku tak nak?" balas Hakuryu lagi.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang kami akan buat pada mereka.." kata lelaki itu tersenyum.
Lelaki yang lain mengepung Ikhwan dan Alverta, Hakuryu mendecih geram menahan marah.
"Kau..."
"Kalau tak nak berlaku apa-apa pada mereka..ikut cakap kami.."
"Ni apahal ni?" soal Ikhwan selamba.
"Hey budak baik kau diam.." kata seorang lagi lelaki yang mengepung Ikhwan dan Alverta.
"Aku tak nak diam.." balas Ikhwan dan tindakannya menaikkan amarah mereka.
"Kau memang tak sayang mulut ke hah?" Salah seorang daripada mereka cuba menyerang.
DUSSH!!
Tetapi dengan pantas kaki Ikhwan hinggap sedas ke mukanya,Alverta dan Hakuryu terkejut.
"Sorry.. my leg slip.." kata Ikhwan tersenyum tidak bersalah.
Lelaki tadi yang memberi arahan,mulanya tergamam berubah wajah marah melihat keadaan anak buahnya.
"Pukul mereka!!"
Ikhwan tersengih dan terus melayangkan tendangan,mengenai dua orang lelaki sehingga pengsan. Seorang lagi cuba menerpa ke arah Alverta,namun Hakuryu dengan pantas menghayunkan tumbukan sehingga tercampak jauh.
Remaja itu bersiul kagum,sebelum mengelak serangan hendap. Ikhwan berpusing dan melakukan tendangan,Hakuryu agak kagum dengan gerakan remaja itu.
"Serang!" Bukan sikit ahli kumpulan tersebut.
"Kau hebat macam mana pun.. kau tetap manusia!! Serang dia sampai penat.."
"Haih ramai pula.. hmm.. nampaknya aku kena gunakan tinju tu.."
Hakuryu kehairanan sebelum dia tergamam,melihat gerakan tangan remaja itu.
"Hupp!!" Ikhwan melepaskan tumbukan.
Salah seorang ahli tertolak ke belakang,seperti ditembak oleh benda yang tidak nampak.
"Apa yang berlaku?!"
"Apa yang kau buat hah?!" soal lelaki itu dan Ikhwan tersenyum.
Lelaki itu berang dengan Ikhwan yang tersenyum sinis,dia menjerit mengarah anak buahnya serang ke arah Ikhwan sahaja.
"Memang itu yang aku nak!! Korang akan sasaran latihan aku!!" Ikhwan juga sama meluru ke arah sekumpulan lelaki yang ramai.
DUSSH!!
Seorang demi seorang dijatuhkan oleh Ikhwan,gerakan remaja itu begitu lincah dan tangkas.
PRAKK!!
Seni tinju yang digunakan oleh Ikhwan,mampu menghadapi musuh yang ramai.
BOKKK!!
BRAKK!!
"B-bagaimana...?"
Ikhwan berdiri di tengah-tengah puluhan lelaki dewasa,yang terbaring di lantai dan mujurlah di kawasan itu tiada orang lain.
"Haa... Letih.." keluh Ikhwan.
"Hey belum habis lagi!"
Ikhwan tersentak seraya melakukan gaya bertahan,satu tendangan yang kuat mengenai lengannya dan menyebabkan dia tercampak lalu jatuh berguling.
"Abang,bantu dia!" kata Alverta dan Hakuryu menggelengkan kepala.
"Belum lagi.." kata Hakuryu dan Alverta kehairanan.
Ikhwan bangun dan meregangkan otot badannya,sakit akibat jatuh berguling tadi dan memandang ke hadapan.
"Boleh tahan.. boleh tahan.. aku kagum.." ujar lelaki itu dan ketika itu,Ikhwan mengibaskan lengannya terasa kebas.
Lelaki itu tidak berkata apa-apa lantas meluru ke arah Ikhwan dengan laju,tujahan kaki dihayunkan dengan pantas dan Ikhwan segera menahan. Lelaki itu menggunakan lengan Ikhwan untuk melompat ke udara,remaja itu terkedu sebelum lehernya terkena hayunan tendangan kaki yang kuat.
Alverta terkejut dan Hakuryu mendiamkan diri,melihat Ikhwan terbaring dan lelaki itu sekadar meregangkan otot lehernya. Melihat Ikhwan meniarap tidak bergerak,dia menoleh ke arah Hakuryu dan Alverta.
"Sekarang giliran kau orang tua.." ujar lelaki itu dengan renungan tajam dan Hakuryu menghela nafas pendek lalu melipat lengan bajunya.
"Fine.." ujar Hakuryu dengan tenungan mata yang dingin.
Hakuryu dan lelaki itu berbalas pandangan,suasana tegang seketika dan angin bertiup lembut. Lelaki itu terus menghayunkan tumbukan,Hakuryu sekadar mengelak dengan mudah walaupun tumbukan lelaki itu begitu pantas.
Lelaki itu menghayunkan tinjunya dengan pantas,tetapi Hakuryu kekal bertahan dan tidak sedikit pun air mukanya nampak seperti didesak.
"Damn it!"
Lelaki itu terus menukar rentak dan Hakuryu sedar keadaan itu,lantas menangkis satu hayunan mengejut. Tidak berhenti di situ,lelaki itu terus menyambung serangannya.
Hakuryu agak kagum dengan ketangkasan lelaki itu,namun dia juga bukanlah fighter yang sembarangan. Hakuryu mengelak serangan susulan kemudian bergerak pantas,beralih ke sebelah kiri lelaki itu.
Lelaki itu terkejut dengan gerakan Hakuryu,sebelum sempat mengatur langkah seterusnya. Pandangan mata seperti berpusing,Hakuryu menghayunkan tumbukan padu rahangnya dan lelaki itu terus rebah.
Suasana sunyi seketika,Hakuryu menghela nafas pendek tanda lega.
"Habis dah..?" soal satu suara dan Hakuryu menoleh dengan cepat.
Ikhwan dengan muka yang selamba,dalam keadaan berbaring mengiring menongkat kepalanya.
"Bila masa kau sedar?!" soal Hakuryu.
"Bila masa pula saya pengsan?" balas Ikhwan tersengih.
Hakuryu tercengang dan mulutnya ternganga luas,Ikhwan masih tersengih selamba dan Alverta yang menyaksikan keadaan sekadar mampu ketawa kecil.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys what's up?
Semua sihat belaka eh
Harap update kali menghiburkan korang semua
Teruskan sokongan kamu semua
Aku akan cuba update semana mampu
Okay guys
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top