Lisan 17 : Maklumat & Serangan

"Diorang tu okay ke?" soal Shiro.

"Kenapa?" Luke menyoal.

"Sebab Ikhwan macam nak tibai mamat tu je.."

"For now we wait.." kata Luke.

Ikhwan meletup-letup jari-jemarinya merenung tajam tepat ke arah Rayyan,manakala pemuda itu mula risau dan gelabah.

"H-hey calm down okay? Are you siscon?"

"Say all what you want.." Ikhwan tidak termakan dengan apa yang Rayyan katakan mengenai dirinya yang dikatakan sebagai Sister Complex!

"I said I got crush on your sister.. tapi aku tak ada buat apa-apa pada dia okay?"

"Kau fikir aku percaya?"

"Aku sibuk dengan kerja aku,bukan ke aku ada cakap tiada kesempatan menegur kakak kau!?"

Sebaik mendengar penjelasan Rayyan,Ikhwan menurunkan kedua-dua tangannya kemudian kembali duduk.

"Ah..dia dah duduk.." kata Shiro.

"Mungkin salah faham sudah dijelaskan.." ujar Luke tenang.

Rayyan memerhatikan Ikhwan agak lama,remaja itu menyilangkan kedua-dua tangan di bahagian dada. Ikhwan menyandar pada kerusi,bagai lagak raja.

"So... Kau nak terangkan?" soal Ikhwan dan Rayyan tersedar kemudian berdehem.

"Maafkan aku,sebenarnya ada maklumat yang ingin aku sampaikan.." jelas Rayyan.

"Teruskan.."

"Abang kau.. ada hantar beberapa orang untuk membawa kau pulang.." jelas Rayyan dan Ikhwan tergelak spontan.

"Ianya melucukan.. dia halau aku.. kali ni nak aku balik?" Ikhwan menyoal bagai tidak percaya.

"Orang-orang yang diupah bukan normal.. mereka berkebolehan.."

"Heh..." Ikhwan tersenyum sinis.

Farhan memerhatikan Ikhwan dan Rayyan berbicara,agak lama dan ianya merisaukan dirinya.

"我可以告诉尤斯里会在这里 (Akak dapat tahu,Yusri akan ke sini?)" soal Reena dan Farhan menoleh ke arahnya,Luke terkejut melihat dua individu berbahasa mandarin.

"是的..但不确定他什么时候到达. (Ya..tapi tak pasti bila dia akan sampai.)" jawab Farhan pantas menangkap.

"首先你被踢出去了..你想要求回来吗?不知道这两个人在想什么 (Mula-mula dihalau..ni nak mintak balik? Akak tak tahu apa fikiran dua orang tu..)" ujar Reena merengus lembut tidak puas hati menggelengkan kepala.

"他们开始担心......如果阿姨从昏迷中醒来,Ikhwan 就不会在马来西亚了(Mereka mula risau..jika auntie sedar dari koma,Ikhwan tak ada di Malaysia).." balas Farhan dan Reena menghela nafas pendek,tanda menamatkan perbualan.

Luke mendiamkan dirinya,kakak Ikhwan ini bukan sembarangan orang. Dia perlu cari maklumat mengenai perempuan itu,Reena menyedari pandangan Luke ke arahnya dan Luke tersentak lalu cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Ah..diorang dah siap berbual.." ujar Shiro dan Luke memandang ke arah Ikhwan berada.

Mendengar kata-kata Shiro,Reena dan Farhan memandang ke arah di mana Ikhwan sedang bersalaman dengan Rayyan. Pemuda itu melambai ke arah mereka,kemudian beredar meninggalkan Ikhwan.

"Weh kau bual apa?" Shiro menyoal.

"Ianya rahsia.." balas Ikhwan

"Sikit pun tak boleh kongsi?" Shiro mencuba nak tahu,tapi..

"Nope.." balas Ikhwan tersengih dan Shiro mencebik kerana gagal.

"Jangan sibuk hal orang lah.." Luke berkata sambil meneguk air sehingga habis.

"Jadi akak?" Ikhwan menyoal.

"Hah?" Reena kehairanan.

"Jom ler jalan-jalan.. takkan nak duduk di sini lama-lama..." Tambah Ikhwan dan Reena tersentak.

"Ah..hehe..maaf-maaf,blur kejap.." ujar Reena mengusap-usap belakang kepalanya.

Ikhwan sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala,Farhan pula tersenyum simpul dan Fara kehairanan. Shiro dan Luke bingkas bangun,mereka beredar selepas membuat bayaran.

Takkan nak dine and dash?

Setiap kedai di survey,dari pakaian dan beg tangan wanita. Sehingga ke kedai toys,Ikhwan membelek kotak bergambar robot ataupun bahasanya Gunpla.

"MG.. siap dengan METEOR.." ujar Ikhwan sendiri.

"Aku rasa minat kau masih ada.." Farhan menyapa sebaik menghampiri Ikhwan.

"Kau semak sini apahal? Tunang kau tu tak temankan?"

"Hek eleh...kau cemburu ke?"

"Tak ada masa aku nak cemburu,maksud aku.. kau dengan dia first time jumpa kan? Cuba la kenal lebih mendalam.." kata Ikhwan membelek kotak gunpla yang lain.

"Hmm aku tahu tu bro,tapiiiii...dia temankan kakak kau.."

"Diorang kat mana?"

"Tuuu..." Muncung bibir Farhan menunjukkan tempat yang dimaksudkan.

Lingerie Shop..

Auwww ..

"Ouhhh...." Ikhwan mula faham dan Farhan menjeling ke arahnya,Ikhwan tersengih.

"Reena!" Arbielle melambai tangan ke arah Reena.

Arbielle disusuli Kelvin mendekati Reena,pandangan mata Ikhwan bertembung dengan mata Kelvin. Mereka berdua berbalas sapaan dengan hanya menundukkan kepala masing-masing,pada masa yang sama seseorang memerhatikan dari jauh serta membuat panggilan.

"Hey dia ada di sini.."

"Kita jumpa lagi nanti.." Reena mengusap kepala Ikhwan.

"Okay.. hati-hati perjalanan pulang.." kata Ikhwan tersengih.

Reena hanya membalas dengan senyuman,kemudian beredar pergi bersama Arbielle dan Kelvin. Fara yang bersama mereka,menyedari sebuah kenderaan putih berhenti di sebelah mereka.

"Saya balik dulu.." ujar Fara tersenyum dan Farhan membalas senyuman tunangnya itu.

"Hati-hati perjalanan pulang.." ujar Farhan pula dan Fara tersenyum manis sebelum masuk ke dalam kenderaan.

Mereka berempat memerhatikan kenderaan putih itu,meninggalkan mereka sehingga tidak lagi kelihatan.

"......" Mereka berempat senyap seketika berdiri di tepi jalan.

"So... let's just go home.." kata Ikhwan.

"Yeah.. that will do.." balas Shiro.

"Hey.. wanna grab ramen? I know halal place for you guys.." kata Luke.

"Sure.. how bout you,Ikhwan?" Farhan menyoal memandang ke arah Ikhwan.

Ikhwan tersenyum tanda setuju dan Farhan mengangkat ibu jari,Shiro dan Luke berbalas pandangan lalu tersenyum.

Namun saat mereka ingin mendapatkan motorsikal mereka,ada beberapa figura menghalang jalan.

"Siapa pulak diorang ni?" Shiro menyoal.

"Ikhwan Syah Solleh?" Suara garau menegur,muncul seorang lelaki dewasa sambil menghisap rokok cerut di hadapan mereka.

"Dan...kau?" Ikhwan turut membalas dengan soalan.

"Kau tidak perlu tahu,yang penting kau kena ikut kami.." jelas lelaki itu.

"Untuk apa?" soal Ikhwan masih tenang.

"Aku dah cakap tadi kan? Kau tidak perlu tahu.." jelas lelaki itu dengan angkuh.

"Jadi aku juga tidak perlu mengikut arahan korang.." balas Ikhwan dan lelaki itu tersenyum menghembuskan asap rokok cerut.

"Aku rasa kau tidak faham.." kata lelaki itu, orang-orang yang bersama lelaki itu mula mengeluarkan senjata.

Jumlah yang mengepung mereka bukan sedikit,hampir melebihi lima puluh orang dan semuanya bersenjata.

"Serta.. aku tak jamin keselamatan kakak kau..kalau kau tidak mahu ikut arahan aku.." jelas lelaki itu dengan yakinnya,

"Hey that's dirty!" Shiro tidak dapat menahan marah.

"Shut your mouth brat.. don't interfere.." kata lelaki itu dengan muka bengis.

Ikhwan tersengih begitu juga Farhan,Luke kehairanan begitu juga Shiro.

"Apa hal korang senyum? Kakak korang dalam bahaya!" Shiro berkata risau,lelaki itu hanya tersenyum.

"Hey encik.. kau mengugut aku dengan nak mengancam kakak aku?" soal Ikhwan tersengih.

"Ya.. kalau kau dah faham,ikut sahaja kata-kata aku dan mereka akan selamat.." jelas lelaki sambil berpaling dan mengarahkan lelaki yang di sebelahnya mendapatkan Ikhwan.

Lelaki yang menghisap cerut berjalan dengan megah,tetapi terkejut kerana sesuatu terbang melepasinya.

Individu yang dia arahkan terbang dan masuk ke dalam tong sampah yang besar,lelaki cerut itu memalingkan badannya ke arah di mana Ikhwan berada.

Ikhwan dengan gaya kaki sebelah diangkat,tanda baru menghayunkan tendangan kemudian diturunkan perlahan-lahan kakinya menjejak ke tanah semula.

"Kau!?"

"Aku tak kan ikut kau.." balas Ikhwan tersengih.

"Tak guna.. kau yang mintak! Tangkap dia!!" Arah lelaki yang menghisap rokok cerut.

Puluhan minion lelaki cerut itu terus menyerbu ke arah mereka berempat,Luke menghayunkan tumbukan dan Shiro melakukan tendangan terbang.

"YEAAHHH BARU SERONOK!! HAHAHA!!"

Farhan turut beraksi dengan bergerak pantas,Ikhwan melompat dan melakukan tendangan dengan gaya berpusing.

DUSSH!

"Wow nice Wan! Jeet Kune Do eh?" soal Shiro.

"Yeah.. Shiro, belakang.." balas Ikhwan selamba.

BRAKK!!

"Apa kau cakap?" Shiro menyoal sebaik menumbuk musuh tanpa melihat.

"Lupakan.." ujar Ikhwan dan seseorang cuba menyerang mengejut namun..

PAAKK!!

Sudah tentu gagal cubaan mereka,lalu Ikhwan melakukan pukulan kombo.

"Wan.. aku tak perlu tahan kan?" Farhan pula menyoal dan Ikhwan tersenyum.

"Ya.. sila menibai puas-puas.." kata Ikhwan tersengih.

"Geez..tak pasal-pasal aku pun terlibat.." rungut Luke.

BOKKK!!

"Kan seronok lepaskan stress macam ni.." ujar Shiro tersengih.

KDUSSH!!

"Seronok kau!" Luke berkata bengang.

BAKK!! BOKKK!!

DUSSH!!

KDUSSH!!

Tidak sampai setengah dari setengah jam,gangster di bawah lelaki cerut itu terbaring di atas jalan mengerang kesakitan.

"Bapak ah.. penat siyei..!" Shiro mengeluh.

"Bahasa tu jaga.." Luke meleter.

"Baik pak cik.." balas Shiro menabik di kepala.

Lelaki cerut itu seperti tidak percaya,melihat keadaan tersebut. Empat remaja melawan lima puluh lelaki dewasa,satu pun tidak mampu cederakan mereka?

"Kau yang mintak.. jangan salahkan aku!?" Lelaki cerut itu menerima panggilan.

"Heh.. aku dah bagi amaran.." ujar lelaki cerut itu menjawab panggilan.

"B-boss...maaf boss..."

"Huh?"

Lelaki cerut itu kehairanan,mendengar nada suara budak bawahan yang bercakap seperti menahan sakit.

Puluhan lelaki terbaring di lain kawasan,Arbielle menekan-nekan badan salah seorang dari mereka. Kelvin pula menghela nafas pendek,penat berlawan agaknya.

"B-boss... perempuan tu bukan sembarangan orang boss..." ujar orang bawahannya yang jelas kesakitan,telefon pintar miliknya dirampas.

"Hey..kau.." suara seorang wanita di dalam talian,siapa lagi bukan Reena.

"Kau sememangnya berani cuba sentuh adik kesayangan aku huh?" kata Reena dengan nada yang tegas.

"Apa?" Lelaki cerut itu bagai tidak percaya,Shiro dan Luke berpandangan.

Ikhwan berjalan ke arah lelaki itu,langkahnya dicepatkan ketika lelaki cerut itu masih fokus bercakap di dalam telefon pintar.

"Aku beri kau amaran.. kau buat lagi sekali,aku akan cari kau dan pastikan ICU tempat kau.." Reena memberi amaran.

"Kau perempuan..." Lelaki cerut itu menahan marah,Ikhwan mula berlari.

"Itu pun kalau kau dapat larikan diri daripada adik aku.." tambah Reena dan terus mematikan talian,Ikhwan sudah melompat dan menujahkan kakinya.

"Hello? Hey! Hey! Huh?" Lelaki cerut itu tersedar tindakan Ikhwan,namun sudah terlambat untuk mengelak.

Tendangan terbang yang padu tepat mengenai perut lelaki cerut itu,Shiro seperti merasai kesakitan lelaki itu manakala Luke dan Farhan hanya menghela nafas pendek. Rokok cerut terlepas dari mulut,mukanya pucat dan terduduk lalu menyembam ke tanah dengan keadaan menunggeng.

"Uuu.... Acha.." Ikhwan bergaya ala Bruce Lee.

"Posisi yang agak kurang menarik.." kata Luke terasa loya.

"Well kalau lelaki ya.. kalau perempuan.. aumm.." Shiro berseloroh dan Luke menjeling dengan muka blur.




🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

Bagaimana untuk chapter kali ini

Harap korang berpuas hati

Komen dan vote

Harap bersabar untuk update seterusnya

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top