Lesson 33 : Samaran
HOD Company,pada mata pandangan luar. Mereka merupakan syarikat koporat biasa,melakukan jualan beli normal seperti syarikat koporat yang lain.
Pihak syarikat itu sering melakukan kerja-kerja amal,untuk membuatkan orang awam fikir kebaikan mereka.
Namun di sebalik sisi gelap,mereka banyak bekerjasama dengan pihak Yakuza dan juga Mafia. Melakukan pemerdagangan organ secara haram,gelandangan yang merempat menjadi sasaran.
Selain golongan gelandangan,mereka juga mengupah pihak lain untuk menculik kanak-kanak atau remaja.
HOD Company diterajui oleh Kenjuro Family,antara nama keluarga besar yang ada di Jepun. Mereka merupakan antara seteru Ryuzaki Group,walaupun Ryuzaki Group antara yang teratas nama mereka.
Aku tekun membaca maklumat yang dihantar oleh senior aku,Aisy Qaiz dan dia merupakan informer dalam skuad kami.
Apa yang aku faham dalam dunia korporat,ada beberapa buah family yang berpengaruh. Selain dari Keluarga Ryuzaki,ada satu lagi nama yang lebih besar dari Keluarga Ryuzaki.
Keluarga Yamasato atau lebih dikenali Yamasato Group,keluarga ini begitu besar dan mempunyai tiga lagi buah keluarga bernaung di bawah Yamasato Group.
Antaranya..
Kurogami Group..
Kusanagi Group
Yagami Group
Tiga group ini bukan calang-calang punya syarikat,tiga syarikat mempunyai pengaruh yang amat besar.
Aku menekan tetikus membaca data dari syarikat HOD,setiap butiran maklumat mengenai ahli penting aku baca dengan tekun.
Aku perlu ingat semua data penting ini,aku tertanya dalam hati kenapa datuk setuju kerjasama dengan White Hawk?
Apa yang aku tahu,White Hawk ini di bawah seseorang yang datuk aku kenal.
Bagaimana dengan personaliti seseorang yang datuk aku kenal ini?
"Haaa...." Nafas aku helakan.
Tiba-tiba telefon pintar aku berdering,nama yang tertera pada skrin..
Ikhwan..
Why did he call me?
"Ha.. what's up?.."
"How's going?" soal Ikhwan dan aku tersenyum kelat.
"Good.. I think? You know.. kind awkward..."
"Because of him?" soal Ikhwan merujuk kepada Luke.
"Yup.. I hope everything going smoothly.."
"Heh.. you worry too much.. relax.." kata Ikhwan.
"Easy for you to say like that.." jawab aku menghela nafas pendek.
"That aside.. I got intel about them.." ujar Ikhwan dan nadanya berubah.
"Mereka? Kau maksudkan..."
"Ya.. si celaka buatkan ibu aku terlantar di hospital.." kata Ikhwan dan aku menelan air liur.
"Dari maklumat yang aku terima.. mereka ada di sekitar bandar Osaka.. menghasilkan dadah.. malah mereka ada payung kuat dari gangster Jepun.." kata Ikhwan.
"YAKUZA..." ujar aku.
"Tapi itu tidak menghalang aku.." jelas Ikhwan dan aku terkejut.
"Jangan beritahu kau..." Aku menduga.
"Yeah.. aku akan mulakan gerakan aku.."
"Hey,kau patut tunggu aku.."
"Nah..kau tumpu je misi kau sekarang ni,aku boleh uruskannya.. plus abang Yusri ada.." jelas Ikhwan dan talian ditamatkan.
Aku menghela nafas pendek,kerisauan aku mula membelenggu diri. Tetapi aku tak boleh balik camtu je,jatuh air muka datuk aku nanti.
Mahu tak mahu,aku kena selesaikan misi aku juga.
"Kau cakap dengan siapa?" Luke menegur,aku memandang ke arahnya.
Luke berjalan sambil mengeringkan rambutnya,lama betul dia berendam di kolam mandian air panas.
"Nothing... Nice muscle you have.." puji aku tersengih,tubuh Luke nampak je macam keting tapi berotot.
Aku rasa dia rajin lakukan workout,Luke pula mukanya dan pucat semacam. Apa benda dia fikir dalam kepalanya.
"H-hey,aku straight okay?"
"Apa? Aku puji je kot..sebab kau macam kurus keding je.." jelas aku dan Luke mengangguk.
"Ouh...kau pun apa kurangnya.. rajin workout eh?"
"Haha..yup,aku kerap berlatih.." jelas aku tersenyum.
"Misi kita esok..kau dah sedia?" Luke menyoal.
"Yeah... I think?"
"Are you serious?"
****
Seorang wanita berambut hitam tersenyum kepada figura dihadapanya. Badannya ditunduk sedikit sebagai tanda hormat.
"Thank you Mr. Helios for helping me before. I'll never forget your kindness."
Lelaki bernama 'Helios' sekadar ketawa lalu menggelengkan kepalanya. Badannya kemas bersalut tuxedo hitam.
"It's nothing Madam Park. You help my Lady Fuyuki a lot. What I'm doing, is nothing with what you have done for her."
Madam Park tersenyum dengan balasan itu sebelum menghulurkan sekeping kad hitam bersama corak keemasan diatasnya.
"Here what you want. I won't pray for what you'll do with it, but please be careful. That place is nothing but.. Well, shit." Wanita itu ketawa sedikit bersama riak jijik.
"I know. But still, thank you."
"You're welcome young man. Now, off you go."
Helios mengangguk lalu mengucup tangan wanita itu sebelum beredar, hilang daripada pandangan wanita tersenyum.
"Helios?"Farhan menegur bersama kening yang terjungkit sebelah apabila 'Helios' muncul dihadapannya. Lelaki itu sekadar sengih.
"Aku pergi banyak misi bahaya, kill here and there. 'Helios' cuma salah satu daripada identiti aku." Helios atau Luke membalas bersahaja. Farhan mengangguk.
"Wanita tu pulak?"
"Boleh kata informer rahsia skuad aku. But never know my real identity. Dia just tahu aku as 'Helios de Luke' from German yang jaga 'Princesse Fuyuki' dari Jepun. How romantic!" Luke ketawa bersama gelengan kepala.
"She kinda ship me with my lady. I just go along with it."
"Hurmmm.." Farhan sekadar senyuman penuh makna membuatkan Luke mengangkat kening hairan.
"Kau kenapa?"
"My lady ek? Aku tertanya jugak kau dengan 'Lady Fuyuki' ni. Korang memang rapat?"
Terus muka Luke merah padam.
"Shut up. That's not i-important now. Focus on mission."
"Sure, Helios. Hehe."
Luke sekadar membalas dengan jelingan tajam.
"So, apa kau dapat daripada dia?" Farhan kembali serius.
"Parti."
"Huh?"
"We're gonna go to the party, partner."
***
"Hehe, Sir. Helios really look stunning as ever."Seorang wanita seksi, lenggok berjalan merapati Luke yang hanya membalas dengan senyuman.
"Why thank you my lady. Should I return that compliment at you? I mean, you look more gorgeous." Luke membalas tenang sambil menatap anak mata wanita tersebut.
"Kyaa!!" Jerita para wanita jelas dapat didengari Farhan yang berdiri dibelakangnya sambil menghidang air kepada para tetamu.
"Are you for real?" Sempat Farhan berbisik membuatkan Luke tersengih. Semuanya terima kasih pada Leadernya Senjuro. Daripada kecil lagi ketuanya sudah mengajar cara melayan perempuan, sebagai distraction.
"From the kitchen, there's no guard. I already hack the CCTV. Go from there then use stairs. Try find floor 0001 like we discussed."
Farhan tidak berkata apa dan terus melayan beberapa tetamu sebagai pelayan sebelum menyelinap ke dapur. Luke pula mengalihkan perhatian mereka yang berada di parti Keluarga Kenjuro tersebut.
Luke dan Farhan mendapat tahu bahawa keluarga itu bakal mengadakan parti besar-besaran untuk menyambut perkahwinan kepala keluarga itu untuk yang ke-lima kalinya. Mahu sahaja Luke dan Farhan muntah apabila mendapat tahu bahawa pengantin wanita itu tersebut hanya baru sahaja menghabiskan pelajaran di sekolah menengah!
"Disgusting. Dah ada empat isteri, kau pergi tambah lagi? Dah lah budak tu tak sampai 20 tahun lagi!" Luke meluah rasa tidak puas hati.
"Dari maklumat aku, itu semua sebab keluarga. Political case." Jelas Farhan
"I should tell my skuad about this.." Luke berbisik namun dapat didengari Farhan.
"And what your squad can do?"
Luke tersengih sinis.
"That's for us to keep and you to be surprised."
Farhan ternaik sengih juga.
"Somehow you really resembles that leader of yours."
Luke melepaskan tawa sebelum mengeleng bersama tangan yang dinaikan ke atas.
"I beg for differ. He.. More crazy.."
Lelaki disebelahnya hanya mengangguk sahaja sebelum mereka kembali membincangkan rancangan. Salah satunya, mereka akan masuk bersama kad yang Luke dapat daripada Madam Park sebagai tetamu undangan. Apabila waktu yang sesuai, Farhan pula yang akan menyelinap sebagai salah seorang staff dibawah 'Mr.Helios'.
"Daripada apa yang aku dapat, bilik VVVIP ada dalam aras yang sama dengan bilik yang mengandungi file syarikat." Farhan menjelaskan sambil mengetuk plan bangunan diatas meja perbincangan mereka.
"Kenapa letakkan benda berharga dekat dengan bilik VVVIP?" Luke menyoal.
"As far as I know, VVVIP ni semua orang-orang diorang jugak. Dia kira macam, VVVIP ni sebagai layer pertama untuk keselamatan bilik tu. Bukan VVVIP? Jangan harap kau boleh jejak bilik tu."
"A first layer huh.. Guess we're lucky." Luke tersengih.
"Hurmm?"
Kad yang diserahkan kepada Luke mengandungi satu simbol yang membuatkan Farhan membutang mata.
"VVVIP?"
"Told you. Madam Kim really is something. That's why aku tak pernah bagi tahu identiti sebenar aku dalam underground pada dia."
"She's dangerous."
"Yeah. Remind me a lot about someone I know."
"That's that. But what if they know we're not one of them?"
"Not we but me."
Farhan menjongket kening.
"I beg your pardon?"
"Mereka tak akan pelik kalau aku yang pergi. Selain jadi bodyguard Lady Fuyuki, aku ada jugak jadi fake fiancée dia."
"Fake?"
"To blind the old pig that pray for her." Luke tersengih sinis daripada biasa.
"Boleh pergi mati kalau nak lady aku. Dah tua bangka, beristeri semua, masih nak Lady? Haa, aku lesapkan diorang dulu sebelum tu semua." Luah Luke tanpa sedar.
"Ehem." Farhan berdehem menyedarkan Luke.
"Okey.. Balik pada misi. Daripada maklumat yang aku dapat, bilik tu terletak ditengah-tengah bangunan." Farhan menyambung.
"Dan tak ada lif yang turun disitu." Tambah Luke.
"Sebab hanya ada satu lif sahaja yang ada untuk ke situ." Farhan pula berkata.
"Aku akan cari lif tu dan selinap masuk. Aku ada agak tiga tempat dimana lif tu berada."
"Dan aku akan ikut kau selepas itu."
Farhan menatap Luke.
"Kau pergi dulu dan cari apa yang patut. Lepas kau jumpa, aku akan selinap sekali dan pantau bilik VVVIP."
Farhan mengangguk dan rancangan mereka diteruskan setelah beberapa jam berbincang.
***
"For fucking sake, do they really need to put the lif at.." Farhan menarik nafas panjang sebelum dihembus kasar.
Luke yang ketika itu berbual dengan beberapa kenalan dalam parti itu,dia dihubungi oleh Farhan dengan tiba-tiba.
"Hey Luke.."
"Yeah? How's going?" jawab Luke sebaik ke tempat jauh sedikit dari pengunjung parti.
"Aku dah jumpa lift tu.." kata Farhan.
"Cantik.. di mana?"
"Err... Ada baiknya kau datang sini.. lokasi aku ada send.."
Seketika kemudian Luke terkebil-kebil,melihat keberadaan lift tersebut kemudian memandang ke arah Farhan.
"Are they serious?" soal Luke dan Farhan mengangkat bahunya.
Kenapa Luke kata begitu?
Ini kerana....
Lif itu berada betul-betul dibahagian dalam bilik mandi wanita.
"Those damn pervert VVVIP."
Farhan dan Luke menekup muka,mereka macam tak percaya dengan apa yang mereka nampak. Lift di dalam bilik mandi wanita? Are you serious second-author?!
"It's not the time we think about this.." ujar Farhan dan Luke tersentak.
"Yeah.. yeah.. carry on the mission first... Okay.. yeah right.." kata Luke.
"Get a hold yourself bro.."
"I am!"
Luke terus berlari menuju ke pintu lift,mereka menekan butang pintu lift terbuka dan dua remaja itu segera melangkah masuk.
"Aku harap ada pintu lain untuk keluar dari bilik yang kita nak pergi ni.." omel Luke.
"Jangan mengharap sangat.." balas Farhan.
Pintu lif terbuka dengan bunyi 'ding!',Luke memandang ke arah Farhan.
"After you..." Farhan berkata sambil tersenyum.
Luke melangkah masuk kemudian disusuli Farhan,hanya ada satu tingkat sahaja khas untuk ke bilik yang dikatakan menyimpan fail penting.
"As expected... Only for one floor.. pretty impressive I told you.." Farhan memuji.
"Except the location.." bidas Luke dan Farhan sekadar tersenyum.
Selang beberapa minit kemudian,kelihatan ada 4 orang sedang duduk membuat hal sendiri. Dua orang daripadanya,bermain daun terup. Seorang membelek telefon,lagi seorang sedang tidur.
"Ha! Aku menang!" ujar pengawal yang bermain kad.
"Urghh! Kalah lagi.. kau main khadam eh?" Rakannya tidak puas hati.
"Mana ada main khadam... Haram tu.. plus bukan main duit pun.. relax ah.. ha! Nak teruskan..?" soal pengawal itu.
"Malaslah,10 kali main.. 10 kalah.. tak nak lah.." balas rakannya.
Pengawal yang membelek telefon pintar miliknya,menghela nafas pendek dan dia meregangkan lehernya lalu menguap.
"Weh guys,bila shift kita nak tamat ni? Lapar siak.." ujar pengawal itu yang baru lepas menguap.
"Ada sejam lagi,sabar lah..aku pun lapar.."
Perbualan mereka diperhatikan oleh dua pasang mata,Farhan dan Luke memerhatikan mereka dari sebalik dinding.
"Ada 4.. seorang tidur.." ujar Luke.
"So... Nak buat senyap-senyap or terang-terangan?" Farhan menyoal.
"Senyaplah..kita cuma mahukan fail penting di sebalik pintu tu.." ujar Luke memandang ke arah pintu hitam yang dijaga oleh 4 orang itu.
"Relax.. sekejap.." kata Farhan dan Luke kehairanan.
3 orang pengawal itu berbual rancak,seorang lagi tidur mati walaupun rakan-rakannya berbual macam nak runtuh keadaannya.
Tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi benda pecah,membuatkan mereka bertiga terdiam. Mereka bertiga berpandangan,masing-masing mula terasa seram.
"Bunyi apa tu?" soal salah seorang daripada mereka.
"Mana aku tahu,kau pergi check.." kata rakannya.
"Apasal aku pulak?"
"DAH KAU PALING MUDA!"
"Ek eleh...."
"Cepat.. jangan derhaka.."
Maka pergilah pengawal yang paling muda itu dengan menyumpah seranah rakannya,pengawal itu memerhatikan keadaan gelap tingkat tersebut. Selain di lokasi mereka bertugas,semua kawasan tingkat itu gelap gelita. Dia memeriksa dengan penuh berhati-hati,air liur ditelan dan jantung berdegup laju.
Lampu suluh dihalakan ke setiap kawasan,sehinggalah menyuluh ke arah satu wajah.
"Surprised.."
"Hah? Apa ka-urghh!!?" Sebelum sempat pengawal itu nak berkata lebih,Luke memukulnya sehingga pengsan.
Luke menarik pengawal yang pengsan itu,ke tempat yang tertutup. Farhan mencebik dengan tindak balas Luke.
"Come on bro,aku baru nak buat.."
"We don't have a time.."
Luke terus berjalan sambil menyeluk tangannya ke dalam suit hitam,kemudian dia menarik keluar sepucuk pistol. Farhan agak terkejut dengan tindakan Luke,tanpa membuang masa Luke menembak tiga lagi orang pengawal.
Tiga-tiga tidak sempat memberi reaksi,lalu rebah dan tidak sedarkan diri. Luke memeriksa salah seorang daripada mereka,memastikan mereka benar-benar pengsan.
"Huh?" Luke menyedari ada senjata seperti senjata kecil ninja,ataupun kunai terpacak pada kamera yang dipasang.
Luke menoleh ke arah Farhan yang berjalan selamba,menggeledah pakaian salah seorang pengawal yang tidak sedarkan diri.
"Nice.. a guard pass...what?" Farhan kehairanan dengan cara Luke memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa.
"Nothing.." jawab Luke.
"Here..take it.." kata Farhan mencampakkan kad pass pada Luke.
"What about you?"
"Someone have to guard outside.."
Luke mengangguk faham lalu menggunakan pass yang diberikan oleh Farhan,manakala Farhan menunggu di luar untuk berjaga-jaga. Luke menutupi pintu perlahan-lahan,dia memandang ke depan dan melihat sebuah bilik yang dalamnya ada sebuah komputer.
"Alright... Let's go down to business.." ujar Luke menyucuk masuk alat gadget kecil ke dekstop.
Jari-jemari Luke mula menari menaip mencari di mana folder yang menyimpan fail penting yang dimaksudkan,Farhan hanya berdiri tenang di luar dan saat itu terdengar bunyi tapak kaki. Farhan mengeluh sahaja dan seorang lelaki berjaket kulit hitam,berkaca mata hitam serta seluar jeans biru gelap muncul.
"Patutlah diorang tak menyahut..." ujar lelaki itu.
Farhan hanya memerhatikan tindak-tanduk lelaki di hadapannya,lelaki itu tersenyum sinis.
"Ada tikus yang menyelinap..." tambah lelaki itu namun Farhan kekal mendiamkan diri.
"Bagaimana korang boleh masuk?" soal lelaki itu lagi,tersenyum sinis.
Farhan tidak menjawab kemudian memasang gaya siap-sedia untuk berlawan,lelaki itu hanya tersengih dan menggelengkan kepala.
"Tak mahu jawab? Terus ke titik utama? Bunyi elok je bagi aku..."
Farhan dan lelaki itu berbalas pandangan,lalu dengan gerakan serentak mereka terus berlaga tinju. Farhan kena melengahkan masa untuk Luke dapat semua fail-fail penting itu!
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Lama betul aku senyap ya?
Sama dengan siri-siri lain
Ada masa rasa nak give up pun ada
Hahahah
Harap korang boleh terus bersama aku berikan sokongan
Aku cuba dalam tahun ini,siri ini aku dapat ditamatkan tanpa sebarang masalah!
Tu je lah
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top