Lesson 30 : Salam Kenalan
"Haihh.." Luke mengeluh panjang diatas kerusi kerjanya. Jari jemarinya mengetuk satu file yang mempunyai biodata milik Farhan.
"Aku dah agak dia bukan orang biasa." Luke berbisik sendiri sebelum matanya jatuh pula pada lagi satu file berwarna hitam bersama satu tulisan emas di atasnya.
PEREGRINE FALCON
"Satu kumpulan rahsia huh.."
Luke termenung lama. Perasaannya berbelah bahagi sebelum tangan menarik phone miliknya. Chat Shiro dibuka.
Shiro
Bila nak balik rumah? Aku bosan.
Luke
Dua tiga hari atau mungkin seminggu lagi. Bosan pun kau jangan buat hal.
Shiro
Fuyu-chan ada big event ke?
Luke
Kind of.
Shiro
Hari-hati. Jangan sampai kena tembak lagi.
Luke tersenyum lalu menutup gajetnya itu. Nafas ditarik semula sebelum bangkit dan keluar dari bilik kerjanya itu. Luke kini berada di pejabat underground skuadnya. Tiada sesiapa yang mengetahui lokasi mereka kecuali ahli skuad. Pihak atasan juga tidak diberi maklumat mengenai lokasi tersebut.
"Something wrong Luke?"
Rostam merangkap pasangan fighternya dalam skuad,menegur. Tanganya berbalut anduh akibat misi lalu. Luke sekadar tersenyum tipis dengan teguran itu.
"Maybe. I don't know."
"C'mere."
Luke sekadar mengikut Rostam seakan anak itik apabila mendengar arahan itu. Gelagatnya berjaya membuat Rostam menggeleng kepala. Mungkin kerana Luke paling muda, jadi apa sahaja yang dibuatnya sangat mudah menjadi hiburan mereka.
"Kau runsing dengan kolaborasi kita dengan kumpulan tu kan?" Rostam menyoal sambil tangan mengambil mengambil kopi yang sudah dibancuhnya tadi.
Luke mengangguk lalu melabuhkan duduk di atas kerusi makan di dapur mereka. Matanya memerhati sahaja tindak tanduk Rostam.
"Kenapa?"
"Sebab aku kenal budak tu.."
Sebelah kening Rostam terangkat. Seakan menyoal 'apa?'.
"Dia.. Masuk sekolah aku beberapa minggu lepas. Transfer student." Terang Luke lagi sebelum Rostam membalas tenang.
"Jadi? Kau rasa betrayal?" Air kopinya dihirup.
"Sebab dia tak cerita pada kau?"
"Tak ada lah rasa betrayal sebab aku sendiri pun tak bagi tahu kerja sebenar aku dekat dia. Apatah lagi Shiro. Yang diorang tahu aku bodyguard tak berbayar ayah aje."
Rostam tersenyum dengan balasan jujur Luke.
"Then what?"
"Itu.. Aku tak tahu. Mungkin sebab aku risau? Macam mana kalau kumpulan tu tak seperti yang kita agak? Maklumat, semua tak ada." Rungut Luke.
"Kumpulan tu macam tak wujud tapi hakikatnya memang wujud. Leader pun kita tak kenal."
"Tapi Lord Hakuryu sendiri approved. Apa kau nak risau? Susah sangat kau tanya lah dia."
Luke mencebik.
"Memang dia nak bagi tahu pun. Dah tanya dah hari tu, tapi dia gelak aje lepas tu. Senyap macam tu aje lah."
"Eh, typical Lord."
"Senior."
Rostam mengangkat bahu sahaja.
"Tak payah pikir. Yang penting kau settlekan misi kali ni. Advisor bodoh tu pun dah siapkan apa yang patut untuk kau.."
'Advisor bodoh..' hati Luke berbisik.
"Cakap fasal Advisor.. Mana dia?"
Pap!
Bahu Luke terhinjut apabila Rostam meletakkan cawannya di atas meja dengan agak kuat. Liur diteguk apabila melihat wajah seniornya itu.
"Dead. He's freaking dead."
"S-senior."
"I will kill him tonight."
'What the hell are you doing Advisor?!!' Luke menjerit di dalam kepalanya..
***
Dalam masa yang sama, Senjuro yang merupakan Advisor skuad White Hawk itu bersiul-siul sambil masuk ke dalam sebuah kedai. Matanya mencari sesorang lalu senyumannya melebar.
Senjuro menghampiri namun tiba-tiba sahaja dia mendengar seakan meja jatuh dibelakang. Terus kepalanya dipusing ke arah bunyi tersebut.
Seorang lelaki dan dua penyangak. Senjuro mengguling matanya ke atas.
"Sehari kalau homosapiens kat dunia ni tak buat masalah tak boleh ke?" Bebelnya lalu mendekati dua penyangak tersebut. Senyuman manisnya semakin melebar.
"Hello brotha. What is cha' doing? " Senjuro menegur seakan rakan lama. Dua penyangak tersebut jelas terkejut. Namun belum sempat mereka membalas..
"Oh shh shh. Don't say anything. It's annoying and I have work to do. So, boleh tak berambus? Ah, tapi jangan usik laki ni lah ek?" Ujar Senjuro bersama tangan sengaja mencuit pipi penyangak itu dengan selamba.
Mereka yang melihat situasi itu jelas terkejut dan terkebil-kebil.
"Jangan cemarkan mata orang dengan keganasan ya? Tak baik lah."
"Berani kau!"
BAMMM!!
Senjuro melepaskan sepakan sehingga salah seorang daripada penyangak itu melayang dan hilang kesedaran. Rakanya memucat.
"Oya? Sorry. Tadi kat perut kau ada cicak. Aku nak halau aje. Tehe." Senjuro sengih lalu menatap rakan penyangak tadi.
"Kau pun. Macam ada-"
Terus penyangak yang masih berdiri tadi melarikan diri seakan tidak cukup tanah. Senjuro hanya ketawa kecil lalu membantu lelaki tadi. Malas mendengar ucapan terima kasih dan segalanya..
"Take this money then shut up."
Terus Senjuro beredar. Membiarkan sahaja mereka yang melihat situasi tadi terkesima.
Kecuali seorang.
"Heee.. Tak sangka kau yang datang pada aku. " Senjuro berhenti melangkah. Kaca mata hitamnya dipakai sebelum berpusing ke belakang.
"Farhan aye?"
Farhan hanya tenang merenung tajam ke arah Senjuro. Dia yang hanya berehat di Caffe tadi, terkejut apabila terdengar satu dentuman. Apabila melihat ke arah bunyi tersebut, rasa terkejutnya bukan pada penyangak yang sudah terhumban jauh akibat ditendang, namun matanya terbeliak apabila melihat Senjuro memegang satu kad hitam yang sama dia terima beberapa hari lepas.
"Apa kau nak? Dan macam mana kau tahu mengenai Peregrine Falcon dan aku?"
"Shhh.." Senjuro membuat isyarat senyap.
"Tempat lain okey, brotha? Dekat sini.." Mata Senjuro menjerling beberapa figura yang panik apabila penyamaran mereka dikesan.
"Banyak lalat."
Farhan juga menjerling.
"Ya. Banyak sangat."
***
"Advisor jumpa Farhan?!"
Rostam mengeluh panjang bersama anggukan. Wajahnya jelas jengkel apabila terkenangkan ketua skuad mereka itu.
"Memang depan kau dia macam tak kesah, padahal dia lah yang paling risau. Kau sendiri tahu setiap misi yang kita terima, dia yang akan review dan lihat pros and cons misi tu."
"Ouh.." Luke hilang kata-kata. Melihat wajah Luke, Rostam meneruskan kata-katanya.
"Dia main-main dalam banyak benda. Ketika meeting, berlawan, misi dan apa-apa sahaja keadaan walaupun bahaya. Tapi.."
Rostam menggeleng kepala.
"Apabila berkait dengan skuad, dia serius."
"Huh?"
Luke keliru membuatkan Rostam ketawa.
"Once he cares, he cares too much."
Luke berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju.
"Well.. That's what we call romance right?"
Rostam tersenyum tipis.
"Romance that once killed him from the inside."
Luke tidak lagi berkata apa-apa.
***
"He reminded me of my puppy. "
Farhan membuat muka blur. Senjuro sekadar sengih sambil membelek lelaki yang baru sahaja dia belasah sehingga lunyai. Sengaja dia mencuit-cuit lelaki itu.
"Halaluhaluga? Moshi-moshi? Aik? Mampus?"
"First of all, drop that man you just beat to death-"
Senjuro melempar lelaki yang dibelasahnya sebelum mengangkat kedua-dua belah tanganya ke udara. Wajahnya serious.
"I dropped him."
"I want to punch you."
"Sure but not at the face. Luke will be worried if he saw the bruise. Don't wanna crack up your friendship yes? Ah, please put an effort when you punch me. The pain is beautiful."
'How the hell does Luke work with this mad dog?!' Farhan mengeluh panjang.
"Jangan mengeluh sangat. Hilang anak tekak tu." Tegur Senjuro sebelum menyumbat lolipop ke dalam mulutnya.
"Logik apa kau guna setan?" Farhan tahan sabar.
"Logik da logikal?" Senjuro membalas dengan sengihan.
"I swear -"
"No swearing and back to business."
Farhan tersentak apabila suasana berubah tengang. Peluh sedikit merinik turun dari dahi. Dapat dia rasakan Senjuro bukan sebarangan walaupun tingkah lakunya masih seakan main-main. Semasa berlawan tadi juga, Senjuro menggunakan satu teknik berlawan tentera yang agak bahaya.
Close-quarters combat (CQC). Salah satu teknik yang boleh digunakan bersama senjata atau fizikal sahaja.
"Hakari Senjuro, ketua Skuad White Hawk. Aku mengaku kau bukan sebarangan. Di dalam file pihak kami, data kau tak banyak." Ujar Farhan serius.
"Talk about yourself aye? Data kau pun tak ada sangat dalam file kami. Soooo, win-win for both of us right? Although, you work with my beloved junior." Balas Senjuro sebelum menghampiri sehingga mata mereka bertaut.
"Aku tak kesah jika ini kolaborasi or whatever the piggy higher up tengah rancang." Senjuro menyerahkan satu file kepada Farhan.
"Tapi tujuan utama skuad kami cuma mahu menggumpul seberapa banyak data untuk hapuskan piggy tu semua dalam syarikat. The real deal? We don't care about it. Although, we can't make it too obvious, so we still need to work with your clan."
"Take down your own people now?" Farhan mengambil file daripada tangan Senjuro. Matanya mengibas maklumat yang ada didalam file tersebut.
"Wrong. We take out the corruption." Senjuro sengih.
"For some bodyguard company, you guys sure is something."
Senjuro ketawa bersama gelengan kepala.
"Bodyguard company hanya sebagai ilusi dimata orang ramai. We do some illegal work too you know. Kerja yang government tak boleh lakukan. Kami bergerak dalam underground, cumanya sebagai 'side character'." Terang Senjuro mendapat anggukan Farhan.
"Kau semua tidak terikat dengan apa-apa kumpulan. Seakan mercenary?"
"Kinda? Tapi lebih bertamadun."
Farhan hanya mengangguk sahaja lalu mengeluh.
"Aku akan lihat lagi data dan maklumat kau bagi ni. Jadi lokasinya di Hokkaido?"
"Agak tak dijangka bukan? Dan tempat yang kau dan Luke akan pecah masuk juga merupakan satu tempat yang agak bahaya."
Farhan tersengih sinis.
"Hidup underground memang dah bahaya. "
Senjuro bersiul dengan keberanian Farhan.
"HOD company. Company yang diterajui keluarga Kenjuro. Be careful. Who's know why all the file was keeping by them." Nasihat Senjuro sebelum menepuk bahu Farhan.
"From what I see, kau memang boleh dipercayai. I give my approval. Hic." Senjuro mengambil sapu tangan sebelum mengelap air mata.
Farhan terkebil-kebil.
"The fuck is wrong with you?"
"Don't talk to me. I said I'll give my approval for you to be w-with.. Luke. My, I can't believe he take a gay path like me. Hic.."
"...."
"Oh dear, serius benar muka tu. Macam oni."
"Grit your teeth now, old man..."
"Ah, another Rostam junior."
DUSSH!!
***
"HACCU!"
Luke terkebil-kebil sebelum menatap Rostam yang menggosok hidungnya.
"You good senior?"
"I'm good. But somehow I feel proud and well..." Rostam membelek pisau ditangannya dengan serius.
"Aku rasa memang nak bunuh advisor kau malam ni. Dah lah kertas kerja dia campak dekat aku walaupun Ikmal dah kata aku kena rehat. Selamat bini dia tolong aku." Rostam membebel geram.
"Kalau dia dah balik,call aku dekat pejabat. Malam ni memang aku nak lukis muka dia guna pisau." Terus Rostam beredar meninggalkan Luke sendirian. Remaja itu hanya mampu meneguk liur.
"Advisor memang suka cari nahas dengan Rostam betul." Tegur Doctor Ikmal serta isterinya Elysia yang baru sampai. Luke terkejut sedikit dengan kemunculan kedua-duanya, namun hanya mengangguk sahaja.
"Tapi serius lah diorang straight? Macam laki bini." Ujar Elysia.
"Sayang, please. Senjuro dah kahwin. Ada anak perempuan tiga tahun dah pun."
"Ouh, ya."
Luke terbutang.
"A WHAT?!"
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
Untuk chapter kali ini
Dikarang sepenuhnya oleh Lovelive122003
Dalam sibuk aku paksa dia hehe,dia gatal sangat nak bagi idea heheh..
Joke aside
Aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023
Juga sempena Tahun Baru 2023
Aku bagi double update,okay aku rehat semula
Moga kita kekal sihat walafiat
Jaga kesihatan ya semua..
Virus masih wujud guys!
See you!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top