teaser 6

Zap! Bang!

Tusukan bidasan serta tembakan bersatu. Beberapa penyerang mati bergelimpangan. Gigil tubuh Adifa kala menyaksikan adegan tragis di hadapan mata. Kini matanya bertaut dengan tenungan helang Jimmy.

       Kapak di tangan Jimmy angkat dan membaling tepat ke arah Adifa tanpa memberi hint menggugurkan jantung sang isteri.

       “Argh!” Adifa menutup mukanya dengan tapak tangan. Ketakutan.

       Buk!

      Sesuatu jatuh dari belakangnya menghentikan jeritan Adifa. Lalu, menoleh.

       Kapak tadi sudah mendarat di kepala seorang lelaki si penyerang. Cecair merah mengalir laju menjadi takungan menderaukan darah Adifa. Terlohong mulutnya hingga jatuh terjelepok. Tergamam.

       “Sekarang, kau dah tahu aku bukan samseng kecil-kecil. Dari dulu kau tak pernah tahu siapa aku yang sebenar. Hari ni kau akan tahu. Jimmy Jejai si kreditor yang dah berubah tu sebenarnya seorang pembunuh. Itulah kerja aku dulu. Kau masih nak cakap yang kau cintakan aku?” Jimmy mendekati dan berdiri di depan Adifa memerhati.

         Adifa masih diterpa kejutan. Air mata kegelisahan membasahi pipi. Tiada jawapan untuk persoalan Jimmy buat masa ini. Dia takut dan dia keliru dengan perasaan sendiri. Tak pernah dia lihat Jimmy membunuh di depan mata. Tetapi hari ini, semua berlaku sekelip mata. Nafasnya berlumba-lumba keluar. Semput. Wajah tegang Jimmy tidak sanggup ditatap. Gerun. Ini kali pertama dia melihat sisi zalim si Jimmy. Lebih zalim ketika dia dikurung lelaki itu dulu.

       Jimmy senyum hambar. “Aku tahu kau takkan berani lafaz kalimat tu lagi lepas apa yang kau saksikan hari ni. Ya, aku dah berubah. Aku insaf. Apa yang aku buat hari ni semata mata untuk lindungi nyawa kau dari mati di tangan bangsat-bangsat tu!  Hari ni aku nampak jahat di mata kau. Aku zalim. Kejam. Dan lelaki macam aku tak layak jadi suami kau. Tapi, satu je aku nak kau tahu... aku cintakan kau sampai mati. Dan Adifa Daaniya... nama itu hanya milik Jimmy Jejai sorang. Aku sanggup buat apa saja untuk lindungi  kau.”

        Melihatkan Adifa yang masih terhinjut menangis, Jimmy bertindak untuk pergi dari situ. Fahamlah dia maksud diam si isteri. Dia pasti kasih dan cinta yang disemai telah hilang dari hati seorang Adifa Daaniya.

         “Jimmy Jejai!  I don’t care who you are. My love for you remain infact until jannah.” Sebaris ungkapan cinta meresap ke dalam jiwa Jimmy yang mendengar dan berpaling.

        Adifa sedang berdiri setentang dengannya. Tidak sempat Jimmy membuka mulut, Adifa berlari ke dalam dakapannya. Tidak mungkin dia akan meninggalkan lelaki yang telah bertarung nyawa untuk lindungi dia.

        Zap! Zap! Zap!

       Beberapa peluru sesat menembusi tubuh kedua mereka. Kuat lilitan tangan Adifa pada Jimmy. Dia dongak mencari raut Jimmy apabila terasa cecair merah dimuntahkan dari dada dan mulut mengenai mukanya. Jimmy membalas pelukan Adifa lantas pejamkan mata.

       ‘Ya Allah, jika inilah pengakhiran hidupku dengan Adifa Daaniya... ampunkan dosa-dosa kami dan terimalah taubatku selama ni dan juga hari ni... temui kami di jalan syurga-Mu... terimalah hamba-Mu yang hina ini... terima kasih Allah kerana Kau hadirkan seorang wanita yang yang benar-benar tulus mencintai aku dan mengubah jalan hidup aku. Terima kasih si manisku sayang... kerana pernah bahagiakan aku...’ Sukma Jimmy mengalunkan doa buat Sang Pencipta.

       ‘Wahai Tuhanku... jika di sini pengakhiran kami, aku reda dan bersyukur kerana Kau masih menyatukan kami berdua dalam saat sukar dan bahagia. Takku duga, Kau temukan kami dalam keadaan tidak saling mengenali. Kau ikatkan hati kami dengan tanpa rela. Dan Kau jua yang tautkan hati kami menjadi buih cinta. Kau bibitkan benih kasih dalam sukma aku dan Jimmy sehingga tidak ingin dipisahkan. Terima kasih Allah. Kau hadirkan dia yang benar tulus menyayangiku dan mencintaiku... terima kasih...’ Sanubari Adifa turut berlagu syahdu dengan ungkapan terima kasih dengan percaturan hidup yang Allah telah tetapkan untuk mereka berdua tempuhi.

       Beberapa detik kejung di situ dan penghujungnya jatuh terbaring ke tanah. Langit yang mendung memuntahkan hujan. Membasuh darah yang membaluti tubuh kedua mereka. Pelukan masih kejap dan nafas yang berhembus perlahan hilang dibawa pergi bersama memori yang tercipta.

       Si penembak curi telah pergi dari situ.

🥰🥰🥰

“Doktor wife i dah nak bersalin ke?” soal Jimmy, risau.

“Belum masanya lagi. Puan cuma gastrik je,” jawab doktor itu sambil senyum-senyum.

“Kan i dah cakap, belum nak beranak lagi. You tu beria sangat usung i bawak ke hospital. Buat malu dekat doktor je!” Merona muka Adifa tahan malu dengan doktor main sikap over si Jimmy semenjak dua menjak ni.

    “Dah yayang tu terjerit jerit nampak macam sakit sangat. I ingat you dah nak bersalin. Tu yang i terkejar bawak ke sini.” Jimmy kerut kerut muka.

      “Mana ada. You je yang over. I cuma cakap sakit je kan? You tu tiba-tiba je heret i bawak datang sini. Ingat i nak bersalin bagai,” ngomel Adifa.
   
       “Yelah i risaukan you. I fobia you keguguran macam dulu, yayang. You tak faham perasaan seorang ayah tu macam mana. Boleh la you cakap i over macam tu,” luah Jimmy.

       “Dah tu i ni ibu dia tak risau pulak ke?”  Adifa menjeling Jimmy di sebelah.

        “Risau jugaklah. You kan isteri i yayang...” Jimmy mencubit pipi Adifa geram.

        “Dah dah dah. Tak payah nak gaduh dekat sini. Puan tak apa-apa. Sakit sikit sikit tu perkara biasa. Selagi belum tiba masanya selagi tu baby takkan keluar lagi, puan ... Mr. J.” Doktor itu menghalang perbalahan kecil pasangan comel itu.

       “Lega dengar. Hm doktor... ada tak aplikasi apa apa yang boleh bagitahu kita bila baby nak keluar contoh macam baby boleh berwhatsapp bagitahu kami bila nak keluar ke... ada tak doktor? Senang kami nak buat persediaan nanti.” Soalan pelik Jimmy dah keluar membuat Adifa tambah malu dengan doktor yang sampai tergeleng kepala melayan kerenah suami pesakitnya ini.

       “Tak de aplikasi macam tu Mr. J,” jawab doktor perempuan itu dengan sengihan lucu.

       “Bie... jangan tanya soalan pelik-pelik boleh tak? Mana ada baby dalam perut boleh berwhatsapp bagai. You ni kan... buat malu I je tau.” Adifa memuncung sebal.

      “Hah itulah yayang tak tau. Baby kita ni baby educated. Baby genius. Turun bapak dia. Dalam perut dah boleh berchatting berwhatsapp dengan mak bapak dia.” Jimmy mula membuat statement merepek demi menutup malunya di depan doktor.

      “Ek? Yelah tu...” Adifa herotkan bibir.

🌺🌺🌺

28 april 2022 di fb

Akan update full lps settle kerja proposal sis nanti😁😘stay tuned heheh

annecayunk
RohanahDandai

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top