CL S2 (2)
🌺ULYA, JAY DAN AISY KEMBALI 🌺
ULYA dan Jay bersama seorang lagi pembantu mereka, Erisha melangkah masuk lif hendak turun ke aras bawah ofis. Ada seorang berjaket biru dengan hoodie di kepala sedang menunduk ke lantai. Mungkin ada urusan kerja di situ. Begitulah tanggapan Ulya, Jay dan Erisha.
Jay sibuk membincangkan urusan projek bangunan yang syarikat mereka sedang jalankan kini seraya menilik fail dengan Ulya yang dipegang Erisha.
Seorang yang berjaket itu mengundur ke belakang sedikit dan menyandar pada dinding cermin tembus pandang lif. Ulya yang berdiri di belakang Jay terasa seperti ada sesuatu merayap di jemarinya. Dia tidak sedap hati dan langsung melihat pada tangannya. Ada jemari seseorang dengan bernainya sedang menyentuhnya. Segera Ulya usaha leraikan. Malah, jemarinya digenggam kemas menderaukan darah Ulya yang mengalir dalam tubuh. Dia mahu menjerit memanggil Jay, tiba-tiba mulutnya disenpai dari belakang. Dia menoleh dan membulat mata. Abang Aisy? Aduh, macam mana ni kalau Jay nampak? Matilah nak! Ulya keluh kesah. Mujur Jay tidak perasan kerana kedudukannya agak ke hadapan sedikit dengan Erisha, pembantu mereka. Ulya sama seperti Aisy jenis suka menyandar di dinding lif.
Lelaki itu membuat isyarat zip mulut. Ulya angguk faham. Tangan sasa Aisy yang menekup mulut Ulya dilepaskan. Diam-diam Ulya membalas genggaman Aisy sambil tersenyum sipu. Jarang-jarang mereka bertemu, mahu tak rindu. Semuanya angkara pernikahan rahsia mereka.
"Ulya? Lepas ni ikut abang ke side. Nak lawat tapak projek dekat Bangi." Jay bersuara menghentikan aksi asmara rindu mereka yang berpegangan tangan. Ulya berusaha mahu leraikan pegangan tangan. Tetapi, Aisy tidak mahu melepaskan dan...
Pap!
Ah, sudah! Tangan mereka tertampar punggung Jay. Tergamam kedua-duanya. Aisy jarakkan sedikit tubuhnya sebelum Jay menoleh ke belakang dan tunduk. Pura-pura tak tahu apa-apa.
Gulp!
Ulya menelan liur. Aduh! Apa aku nak bagi alasan ni? Jay pandang dia dengan kerutan di muka.
Jay mengundur ke belakang sedikit dengan menarik Ulya dua tiga lamgkah jauh dari Erisha juga seorang lelaki yang tidak diketahui siapa itu. Lalu, berbisik sebaik merapatkan tubuh dengan Ulya. Tidak mahu yang lain mendengarnya.
"Kenapa tadi tu? Atau... Ulya dah ubah fikiran, hm?" Soalan Jay menimbulkan kerut di muka gadis itu. Tidak memahami apa yang dimaksudkan Jay.
"Ubah fikiran untuk apa?"
Jay tersengih sesuatu sambil merenung Ulya di sisi. "Lupa ke apa yang buat Ulya hilang beberapa hari dulu disebabkan apa? Kejadian punca dari dalam panggung tu, masih ingat?"
Sebut sahaja tentang kejadian dalam panggung itu, memerah muka Ulya. Mustahil dia boleh terlupa detik yang menggemaskan itu. Semua angkara Jay Jazley. Tetapi, punca lelaki itu juga dia kini dengan rasminya bergelar isteri teragung si pak cik alien secara rahsia. Pantas, dia mengerling ke arah Aisy di hujung penjuru dinding. Lelaki itu hanya diam memendam rasa cemburu di hati meski tenungannya tampak tenang dari sebalik pelitup muka.
"Kalau Ulya dah ubah fikiran, abang sedia untuk mulakan semula lamaran tu." Jay bersuara lagi mendenguskan Ulya.
"Stop it, abang. Ulya tak nak dengar dan jangan mulakan kalau tak nak Ulya hilang lagi!" Ugutan Ulya mencetuskan keseriusan Jay. Hilang habis sengihan mengusiknya tadi.
"Hmph, itu jelah modal dia. Mengugut tak habis-habis. Sorry!" Jay kembali berdiri di sebelah Erisha melegakan Ulya.
Ulya dapat menangkap riak mencuka si Jay. Biarlah begitu, sudah dianggap seperti abang sendiri. Sampai bila-bila kekal begitu. Yang penting hati Aisy Fawwaz terjaga.
Mereka keluar dari situ sebaik pintu lif terbuka dan menuju ke tapak projek bersama. Aisy terus pulang dalam penyamarannya.
🌺🌺🌺
DIAM-DIAM Ulya menemui Aisy setelah tamat kerja, meluahkan rasa hatinya di vila.
"Sampai bila kita nak terus hidup macam ni, Abang Aisy? Ulya penatlah hidup macam ni. Abang tak rasa ke kita patut dedahkan hubungan sebenar kita ni pada Abang Jay dan Abang Jimmy?"
Aisy mengusap kepala Ulya yang bersandar di bahunya dalam laman vila menikmati udara segar petang berdua.
"Tak boleh, my alien baby. Berapa kali abang nak bagitahu, pecahnya rahsia kita... riwayat abang akan tamat ke tali gantung. Ulya pun tahu siapa abang sebelum ni, kan? Dari awal abang dah maklumkan Ulya yang abang tak nak risikokan nyawa Ulya kalau masuk dalam hidup abang. Tapi, Ulya degil. Sekarang, dah nyesal ke hidup dengan abang? Nak tarik diri dan tinggalkan abang lepas buat keputusan nak hidup dengan abang?"
Ulya angkat muka, renung Aisy dalam keadaan cuak ekspresi terpamer.
"Abang! Jangan cakap macam tu. Sorry... Ulya tak nak jauh dari abang. Ulya janji akan lindungi abang dan takkan bangkitkan hal ni lagi." Bersungguh Ulya mengikrarkan janjinya semata-mata tidak mahu berpisah dengan pak cik alien kesayangannya. Tidak sanggup untuk kehilangan lelaki itu.
Aisy diam mencongak ke langit mengenang nasib diri serta kata-kata kembali terakam jelas dalam kotak ingatan. Tangan kekarnya melingkar ke bahu Ulya dan dibawa rapat ke dada. Melimpah rasa cinta buat si budak aliennya ini.
Dia juga ada terfikir tentang status hubungan mereka berdua akan dirahsiakan sampai bila. Dia sendiri tidak pasti pengakhirannya bagaimana. Yang pasti dia bahagia hidup begitu. Pun begitu, dia tidak mahu mementingkan diri dengan ketepikan perasaan Ulya. Gadis itu juga mahukan kehidupan yang selesa seperti isteri orang lain. Bukan hidup bersembunyi begini. Dia hela nafas panjang. Buntu.
🌺🌺🌺🌺
Rumah Pangsa Milik Jimmy di KL
"IBU, dulu ibu pergi ke mana? Kenapa lama ibu tak datang jumpa kitorang? Asyik-asyik Father Jimmy, Uncle Eshan je datang jenguk kitorang dengan Uncle Zal." Awal-awal Adifa sudah diserbu dengan soalan cepu campur emas oleh anak-anak jagaan Jimmy si Aineen.
"Ha'ah balik-balik muka yang sama je datang. Kitorang rindu Ibu Difa!" Seorang lagi menyampuk.
Adifa hadirkan senyuman indah buat mereka. Dilihatnya Jimmy sedang melayan beberapa anak jagaan di ruang tamu makan malam. Dibantu Capone dan Hasrizal. Adifa kembali tumpu kepada anak-anak kesayangannya di bilik tidur.
"Ibu Difa tak ke mana-mana pun, sayang. Ibu balik kampung dulu tu. Ha, sekarang ni Ibu Difa kan dah ada depan mata korang semua?"
"Ibu Difa tahu tak, Aineen ni selalu sebut-sebut nama Ibu Difa. Tak percaya, tanya Isya," adu Hifza beria-ia.
"Ha'ah betul cakap Hifza tu. Kadang sampai nangis-nangis." Isya yang tua dua tahun menyokong cerita Hifza.
Tersentuh kalbu Adifa kala mendengarkan luahan hati mereka. Dia memeluk mereka seorang demi seorang. Aineen paling lama kerana budak itu baru berusia 3 tahun. Masih memerlukan kasih sayang yang kuat dalam seusia itu.
Jimmy mencari Adifa mahu diajak makan bersama sebaik menyedari ketiadaan wanita itu seusai solat isyak jemaah tadi. Akhirnya, terhenti di muka pintu bilik dan dapat menyaksikan babak sedih antara anak-anak dengan wanita yang dikasihi. Dia tersenyum sendiri. Anak-anak itu sebagai pengganti syurga mereka yang diambil Ilahi. Berharap suatu hari nanti akan ada rezeki cahaya mata buat mereka berdua. Doa Jimmy dalam hati.
Sepulangnya mereka ke Mr. J Emperor World, Adifa mula mengutara soalan yang berlegar dalam mindanya sejak di rumah pangsa tadi.
“Rindunya dekat budak-budak tu. Terutama Aineen,” lafaz Adifa.
“Nanti kita pergi jumpa dorang lagi ya, sayang...” balas Jimmy dengan senyuman.
“Em, bie... siapa Uncle Eshan yang disebut anak-anak tadi?”
Jimmy melabuh duduk di atas kerusi menghadap kolam renang di luar kabinnya. Diikuti Adifa dari belakang dan mengambil tempat di sebelahnya.
“Uncle Eshan tu si Capone, orang kanan i tulah.” Jawapan Jimmy menyentakkan Adifa.
“Seriuslah nama sebenar Capone, Eshan?” Pertanyaan Adifa dijawab anggukan Jimmy.
“Uish, sedap namanya. Tapi, kenapa jauh dari nama panggilan dia si Capone tu?”
“Dia dulu berlagak ala-ala mafia luar negara. Dah direkrut jadi ahli tetap Mr. Dragon, terus dia tukar nama Capone. Biar nampak mafia katanya.”
“Itu yang dia fikir sampai tukar nama?” Adifa beliakkan matanya merenung Jimmy di sebelah sedang bersantai-santai merenung ke langit.
Jimmy angguk lagi meledakkan tawa kecil si Adifa hingga berkerut dahi lelaki itu dibuatnya. Jimmy beralih pandang ke arah si isteri. Apa yang lucu? Dia tergeleng dan turut tersengih melayan tawa Adifa. Biarlah jika itu buat dia bahagia.
Updated 27 sept 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top