BLURB

JIMMY JEJAI- Pemilik syarikat peminjaman kredit komuniti, J&J Creditors. Mendengar namanya sahaja sudah digeruni si penghutang. Apatah lagi kemunculan dia bersama orang-orangnya, mampu menggegarkan dunia. Hutang tak dibayar, seluruh hidup jadi milik Mr. J.

      “I'm your creditors. You are my debtors. So, pay the debt on time, your life is safe and your soul is not disturbed by me.” - JIMMY JEJAI

ADIFA DAANIYA- Si gadis manis berbudi luhur dan tinggi keanggunan merupakan pemilik butik pakaian mewah terkemuka. Apa akan jadi apabila suatu hari butik mewahnya itu didatangi oleh satu gang gangster membuat kacau dengan mengugut mahu membakar butik itu jika enggan membayar hutang.

     “I will not pay a penny Mr. Loan Shark!”-ADIFA DAANIYA

     Hutang enggan dibayar, ADIFA diselubungi bayangan MR. J sehinggakan di mana-mana pun hanya muka lelaki itu menjadi santapan mata. Keadaan ini berlarutan hingga gadis itu naik fed up.

     “Okey, saya tak ada duit nak bayar hutang awak. Apa awak nak buat?”- ADIFA DAANIYA

    “Hutang tak dibayar, seluruh hidup awak jadi milik saya, Cik Manis!”- JIMMY JEJAI

     ADIFA terkejut dan dia tersepit lagi apabila…

      “Arwah papa awak amanahkan saya untuk jaga awak dengan memperisterikan awak, Adifa.”- AISY FAWWAZ

     AISY FAWWAZ- Rakan bisnes papa Adifa yang hot dan terkenal. Bahkan, memiliki perwatakan yang tegas dan akan dapatkan apa sahaja yang dia inginkan, mahu kahwini Adifa atas amanah arwah papa?

      Adifa kebuntuan akal. Dia benar-benar terhimpit dan jalan yang terakhir larikan diri dan termasuk ke alam ghaib yang membawa dia ke alam Yesayiberi. Yang di mana bahasa yang dituturkan tidak difahami dan gaya pemakaian ksatria penghuni alam itu membuat dia bingung. Lebih celaru bila perwatakan serta rupa penghuni dari alam sana sama dengan alam nyata. Sedar tak sedar 5 bulan menghilang dan kembali dengan diri Adifa yang baru.

    “Mr. Loan Shark, saya terima…”- ADIFA DAANIYA

     MR. J tersedak air liur sendiri dan kebingungan. Belum pernah lagi penghutangnya serah diri bulat-bulat. Apa sudah jadi?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top