BAB AKHIR
ULYA terpegun dengan reka bentuk dalaman vila yang diduduki pak cik aliennya itu. Di tengah kebun. Dikelilingi pokok buah-buahan. Sungguh nyaman udara di situ. Berbunga senyumannya dan senyuman itu dapat dilihat dengan hujung mata Aisy yang sejak tadi menjadi pemerhati.
Gadis itu berjalan mengelilingi sekitar.
“Jadi selama abang hilang abang tinggal dekat sini?”
“Yup.” Sepatah jawapan Aisy dengan kedua tangannya diikat ke belakang tubuh sendiri.
“Cantik tempat ni. Tenang. Jauh dari orang dan kota. Tapi, kenapa abang bawak Ulya ke sini? Abang nak Ulya tinggal dengan abang eh?” Ulya mula mengaju soalan nakalnya dengan mata mengecil merenung Aisy di belakangnya.
Aisy senyum senget. “Kalau kau nak, why not.”
Buntang Ulya mendengar jawapan Aisy. “Ish, tak naklah. Orang yang tak de ikatan mana boleh tinggal sebumbung.”
“Kalau macam tu, ikatlah supaya boleh tinggal sebumbung.” Sekali lagi jawapan pak cik alien itu menimbulkan rasa keanehan dalam jiwa Ulya.
“Abang! Ikatan tu maksud Ulya, kita kena kahwin tau. Abang ingat main ikat ikat macam tali tu ke?” duga Ulya.
“So, kau nak ke kahwin dengan aku?”
“Uhuk bluerk!” Tersedak terbatuk Ulya dengan soalan Mr. Aisy Fawwaz.
“Uh, baru tanya macam tu dah tersedak. Haisy, sudahlah. Lupakan!” Aisy kembali mahu masuk ke dalam rumah.
“Saya nak!”
Laungan ayat persetujuan itu memalingkan tubuh Aisy ke arah Ulya dengan kerutan di dahi. Adakah dia salah dengar?
Ulya kerdipkan mata beberapa kali dan berlari anak ke depan Aisy.
“Saya nak kahwin dengan pak cik alien! Eh, Abang Aisy!” Punya eksited sampai tersasul panggilan.
“Kenapa kau panggil aku, pak cik alien?” soal Aisy, pelik.
“Sebab... abang panggil saya budak alien,” bahas Ulya.
“Aku panggil kau budak alien sebab penampilan kau macam alien,” terang Aisy.
Ulya memuncung sedepa meleburkan senyuman Aisy. Kepala didekatkan ke telinga si gadis.
“Tapi, tu dulu... sekarang ni, kau tak ubah macam...”
“Macam apa?” Mendengus-dengus Ulya marah.
“Bidadari yang turun dari langit.” Aisy jarakkan kepala dari dekat dengan Ulya. Memandang wajah suram yang bertukar ceria itu menyenangkan hati Aisy.
“Ulya tak sangka, Ulya terjatuh dalam perangkap bidadara cinta.” Giliran Ulya mengungkap ayat manisnya.
“Nikah terus jelah senang.” Malek yang baru sampai ke vila setelah habis tugasannya, menyampuk setelah ternampak adegan romantik depan mata.
Kedua pasangan baru itu memandang Malek.
“Kau sanggup ke hidup macam pelarian dengan aku?”
“Sanggup! Jom abang!” Tak terduga Ulya betul-betul ajak Aisy nikah. Memandangkan bertahun mereka memendam rasa yang sama, ijab dan kabul menjadi pengakhirannya. Perkahwinan yang dirahsiakan. Hanya Aisy juga orang-orangnya saja yang tahu.
Kehilangan Ulya mengharu-birukan Jay dan Jimmy.
“Janji, pernikahan kita ni dirahsiakan. Abang tak nak orang luar tahu identiti sebenar abang. Kalau pecah rahsia ni, abang akan ke dalam. Ulya tentu tak nak kehilangan abang, kan?”
“Ulya janji takkan dedahkan perkara ni kepada orang luar termasuk Abang Jay dan Abang Jimmy.”
Mereka berpelukan dalam bilik sebelum Ulya pergi. Pesanan Aisy pasti diingati sampai mati.
Dia terpaksa kembali ke pangkuan abang-abangnya demi meneruskan misi penyembuhan Adifa Daaniya. Setahun dia rahsiakan dari mereka statusnya. Hubungannya dengan Jay juga tidak semesra dulu selepas insiden lamaran lelaki itu. Dia mulakan tugas di Dirga Maju sebagai naib presiden. Jay juga tidak lagi menyebut perkara itu. Takut Ulya lari lagi.
❤❤❤❤
"TERIMA kasih Adifa sebab awak dah bagi kesedaran pada saya. Awak juga dah bantu saya menangkap semua musuh dalam selimut Dirga. Maafkan saya sebab pernah anggap awak gila lepas baca diari awak tu. Kisah yang awak tulis tu memang nyata. Bukanlah hanya khayalan semata. Saya yang silap dan pernah tekad untuk hantar awak ke hospital mental dulu. Maafkan saya. Segalanya telah berakhir, Adifa Daaniya. Tapi, awak masih dalam dunia lain. Hati awak masih bersama mereka dalam alam sana. Walau kehilangan orang yang awak sayang tapi awak masih ada saya di sini bersama awak.” Jimmy mengusap lembut rambut Adifa yang berjuntaian di dahi.
Wanita itu diam saja sejak awal dia masuk ke situ. Pujukan berhari-hari tidak mampu mencairkan hati si manisnya ini.
“Dan awak masih fobia dengan gangguan bawah tanah tu. Saya dah hapuskan tempat tu. Awak janganlah takut. Tu cuma ikan. Saya dah jual pun ikan tu semua ke negara luar.”
"Awak ada Jay Jazley yang sama muka dengan Ādani yang anggap macam adik dia. Awak ada Ulya yang sama macam watak Tišeri yang sayang awak macam kakak sendiri. Adik atau baby yang awak sebutkan dan khayalkan tu saya faham... tu anak kita yang keguguran kan? Saya mintak maaf sebab tak de di saat awak tempuhi hari-hari sukar awak. Sampai sekarang saya menyesal pernah halau awak dari rumah. Tapi, percayalah dari apa yang saya belajar dari ustaz... anak kita yang keguguran tu sedang menanti kita di pintu syurga, sayang...”
Kesenyapan Adifa membuat kesabaran Jimmy kian menipis. Dia berusaha untuk berubah dan tidak lagi menjadi si kreditor yang digeruni.
Tidak lagi mengejar wang ringgit. Dia hanya fokus pada ternakan rusa dan anak-anak gelandangan. Perubahan yang berlaku berpunca dari Adifa.
Matanya masih meneroka wajah lesu dan pilu Adifa yang masih berbaring tenung ke siling.
“Di mana Adifa si kaki penggoda Mr. J? Yang berjaya lenturkan hati beku Mr. J? Yang mampu mengubah kehidupan Mr. J? Di mana minah sengal yang selalu kacau Mr. J tu? Oh ya, saya tahu siapa Zenidowi yang awak sebutkan selalu. Dia pemilik rupa ksatria aries yang sama macam muka saya. Itu tak mampu mengubat rindu awak ke?”
Apa yang dikatakan Jimmy bagaikan angin lalu saja pada Adifa. Pandangannya kabur dan masih berada dalam dunianya. Melamun jauh sehingga mampu menembusi siling.
Jimmy mencucuk dinding mulutnya dengan hujung lidah tercari-cari cara untuk kembalikan keceriaan wanita itu. Itulah tabiatnya yang tak mampu diubah sejak kecil.
"Untuk menebus rasa bersalah dalam hati saya dan untuk memulangkan semula kebahagiaan yang sebenar kepada awak... saya telah sediakan sesuatu yang cukup besar dan berharga buat awak. Saya pasti benda ni amat bermakna untuk awak ingati seumur hidup. Ikut saya." Jimmy bangkit dari bertenggek di birai katil seraya mengusap air mata Adifa yang masih mengalir. Lalu, menghulur tangan buat si isteri.
Dalam meladeni kesedihan, Adifa terpinga-pinga dengan huluran tangan Jimmy. "Ki... kita nak ke mana?"
Jimmy senyum nipis. "Ikut je saya, si manis sayang..." Dia masih menanti sambutan jemari Adifa.
Adifa bangun duduk dan menurunkan kaki ke lantai. Perlahan jemarinya menyambut huluran lelaki itu. Tanpa senyuman dengan muka penuh tanda tanya, dia menuruti jua kemahuan lelaki itu.
"Jimmy... kita nak ke mana ni?" soal Adifa lagi, masih tidak senang duduk selagi tidak tahu ke mana hala tuju mereka.
"Nanti awak akan tahu." Jimmy merangkul bahu Adifa dibawa rapat ke dadanya.
Sejurus kemudian, dia membawa tubuh yang makin susut itu turun ke tingkat bawah dan menuju ke sebuah bilik di hujung bangunan rumah emperor milik Jimmy itu.
Buka sahaja pintu dan masuk ke dalam ruangan itu, Adifa dikejutkan dengan suasana yang telah diubah reka bentuk sebuah studio. Dalam itu semua berwarna hijau. Kameramen dan set studio sudah lengkap. Beberapa krew berbayar ada dalam itu sedang menanti dirinya.
Ulya dan Jay turut ada sama sedang menggamit tangan padanya.
"Hai, Adifa! Sini!" panggil Ulya dan Jay serentak dengan nada ceria.
Adifa pandang Jimmy di sisi kebingungan. Jimmy memberi anggukan tanda mahu isterinya pergi kepada mereka. Tangannya yang masih merangkul bahu si isteri, dilepaskan.
Adifa melangkah ke arah mereka tanpa sepatah bicara. Wajah pucatnya menjadi santapan mata mereka di situ. Jimmy mengiringi dari belakang.
"Adifa... kitorang nak kau pakai VR ni." Jay mengeluarkan VR dan pakaikan untuk Adifa, adik iparnya itu.
"Kenapa kena pakai ni?" Adifa mahu membukanya semula kerana tidak memahami apa yang mereka cuba lakukan padanya. Namun, perbuatannya ditahan Jimmy.
"Saya tahu awak rindu mereka dari alam sana. Untuk menebus kebahagiaan awak yang hilang dari alam sana, saya dah sediakan sesuatu untuk kembalikan kebahagiaan awak tu. Mari ikut saya." Jimmy memimpin Adifa bawa ke ruang tengah hijau dan menyuruh wanita itu duduk atas satu kerusi yang disediakan di situ.
"Apa benda ni? Gelap je. Awak buat apa ni, Jimmy?" Adifa meraba-raba VR yang dipakaikan pada bahagian matanya. Gelap. Dia takut.
Jimmy bertinggung di hadapan Adifa. Kedua jemari Adifa diusap-usap lembut.
"Saya tak nak cakap apa-apa. Saya nak awak nikmati kebahagiaan tu hari ni saat ni. Malam ni. Jangan menangis lagi ya. Saya pasti lepas ni keceriaan awak akan kembali lagi. Nikmatinya sayang." Jemari Adifa dibawa ke bibir dan dikucup kasih sebelum meninggalkan gadis itu sendiri di situ dalam keadaan terjelengar pandangan.
Sebuah rakaman bermula sebaik Jimmy memberi arahan 'mula'. Mereka menyaksikan Adifa dalam rakaman yang ditayang dalam TV gamer yang dipasang Jay juga krew upahannya atas permintaan Jimmy beberapa hari lalu. Ulya pula tersenyum terharu dengan tindakan Jimmy buat Adifa yang dianggap seperti abang dan kakaknya sendiri. Dia dapat rasai suasana sentimental itu.
Tika ini Adifa tergemap apabila menyedari dirinya berada dalam sebuah taman. Dia tertoleh ke kiri dan kanan.
"Eh, saya kat mana ni?"
"Teluki Ābebochi..." Satu suara menyapa memeranjatkan Adifa lantas mengalih pandangan ke belakang.
Kelihatan kedua ibu bapanya sedang melambai tangan padanya dengan senyuman.
"Imama... ābate!" Adifa terus mendapatkan mereka dengan senyuman tangisan rindu. Mereka berbalas pelukan.
"Saya rindu awak berdua... Huletachihumi nafiqachihuñali..." luah Adifa bersungguh.
"Yeābeba qesi ina ābate ānitenimi inafiqaleni," balas mereka turut mengalirkan air mata rindu buat sang anak.
Maksud, 'Kami pun rindukan kamu, si bunga imama dan abate.'
"Kakak..." suara Tamani muncul menemani kesedihan mereka. Dia senyum manis buat Adifa menambahkan rasa sebak rindu buat lelaki itu.
"Tamani? A... akak rindukan kau, dik..." Adifa meraba wajah adiknya itu dan mengusap kasih. Tamani hanya berdiri kaku.
"Kakak, aku minta maaf sebab buat kau sedih. Aku nak kau senyum. Aku dengan imama dan abate di sini selalu merindukan kau." Adifa langsung memeluk adiknya erat. Tamani membelai lembut belakang tubuh kakaknya cuba meredakan kesedihan wanita itu bersama senyuman yang tidak lekang.
"Adifa?" Dalam melepaskan rindu, satu lagi suara menyinggah di halwa pendengarannya.
Suara itu datangnya dari belakang kedua ibu bapanya dalam alam itu. Pelukan dileraikan. Dia menjengah kepala ke belakang kedua ibu bapanya itu. Membulat besar matanya. Air jernih yang menghujani pipinya makin laju membanjiri wajah.
"Ze... Zenidowi Niusi?" Lelaki kesatria aries yang dirindui muncul di situ bagaikan satu mimpi baginya.
Lelaki itu dalam keadaan baik. Sihat gagah dengan pakaian kesatrianya tersarung pada tubuh tegapnya. Rambut perang panjang paras bahu kemas itu beralun-alun ditiup bayu. Tiada kecederaan dan lehernya yang dikelar oleh Dirganasa juga sudah tiada. Keadaannya seperti sedia kala.
Goyah kakinya menapak menghala ke arah Zenidowi yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Bibir itu memekarkan senyumannya. Tiada lagi riak dingin seperti dia pernah temui dalam alam Yesayiberi Bota dahulu. Kedua belah pipi Zenidowi itu dipegang dengan kedua tapak tangannya sebaik berdiri di hadapan lelaki itu.
Dia dapat merasai paras itu dengan jelas. Meski pun ia hanya gambaran rakaman. Pada dia, ia nampak benar mereka sedang berhadapan antara satu sama lain. Kenyataannya, dia hanya bercakap sendirian.
Mereka lain yang menonton ada yang meleleh air mata. Jimmy sendiri cuba mengawal rasa sayu di hati dengan situasi itu. Pun begitu, dia gembira kerana dapat penuhi impian isterinya yang disayangi itu.
Jay dan Ulya berpandangan. Kedua mereka sudah berbecak kolam mata dan lekas-lekas mengelapnya dengan lengan baju masing-masing. Sebak. Itu yang mereka rasai. Sebenarnya yang dipeluk kedua ibu bapa dan Tamani itu adalah mereka berdua. Mereka mahu Adifa rasai pelukan yang sebenar kerana rakaman itu tidak mampu membuat manusia menyentuh orang dalam rakaman itu. Hanya mampu menutur kata tanpa sentuhan.
"Ze... Zenidowi? A... awak masih ingat saya Adifa? Bukan Teluki?" Adifa bersuara lagi dalam nada serak basah dan tersangkut-sangkut.
"Adifa tetap Adifa. Adifa Daaniya? Kau pergi mana? Si kacak kau ada dekat depan kau. Kau rindu aku tak?" Pertanyaan demi pertanyaan Zenidowi langsung tidak mampu dijawab dek tenggelam dengan sesak sebu di dada.
"Adifa... kenapa kau menangis? Kau menangis sebab terkejut terjumpa si kacak kau ni lagi ke?" Gurauan Zenidowi melanjurkan esakan Adifa di situ. Tersedu hingga terkeluar air hidung.
"Ya... ya saya rindu awak si kacak. Awak... awak... kacak. Saya rindu awak... saya nak peluk awak. Saya rindu... awak... Zenidowi Niusi... saya nak... bersama awak... awak jahat... awak buat jatuh cinta pada... awak. Lepas tu... awak biar saya keluar dari pokok tu sorang diri. Awak... selamatkan saya tapi... awak... yang kena kelar leher. Tak... awak tak jahat. Saya... tak guna tinggalkan awak... sebenarnya... sebenarnya... saya yang jahat! Tak kenang budi awak... saya jahat!" Adifa cuba memeluk lelaki itu tetapi tak mampu kerana tertembus membuat dia menjerit menyalahkan diri sendiri hingga lembik tubuh terkulai jatuh jelepok.
Jimmy dan lain risau keadaan Adifa akan tambah memburuk. Tetapi, mereka tidak mahu mengganggu sentimen yang dilalui wanita itu.
"Abang Jimmy... Ulya rasa, abang pergilah jadi Zenidowi tu. Berdiri depan dia. Biar dia dapat rasa peluk Zenidowi tu walau yang sebenarnya dia peluk abang. Lagipun, Zenidowi tu dengan abang muka sama. Pergilah abang. Ulya tak sampai hati nak tengok dia salahkan diri dia macam tu," saran Ulya beria-ia dengan tangisan mula mengiringi. Sedih.
Jimmy mengangguk setuju dan pergi kepada Adifa. Menarik bahu wanita itu agar berdiri membuat Adifa terkesima. Jimmy menarik ke dalam pelukannya.
"Kau tak jahat. Kau wanita terhebat yang pernah aku kenal. Aku Zenidowi yang hebat disebabkan kau, Adifa Daaniya. Kalau kau sedih... aku takkan datang jumpa kau lagi. Janji dengan aku untuk senyum dengan ceria." Kata pujukan Jimmy berjaya menghadirkan senyuman Adifa semula walau tidaklah ceria. Itu sudah cukup mengembalikan ketenangan hati walang si Jimmy.
Adifa membalas pelukan itu. Lalu, dia membuka VR itu dari kepala Adifa. Gadis itu sedang pejamkan mata dan tidak sedar apa yang berlaku sebenar. Akhirnya, dia tersedar berada dalam pelukan Jimmy. Bukan Zenidowi. Dia tercengang kehairanan. Ke mana mereka semua menghilang. Dia tidak lagi melihat mereka yang dia rindui dan kasihi.
Yang ada hanya Jimmy di depan mata. Senyumannya perlahan-lahan merubah bentuk suram.
"Kebahagiaan ini yang saya maksudkan tadi, Adifa. Saya nak awak bahagia bila saya cuba penuhi impian awak yang nak jumpa mereka lagi. Penghujungnya, saya berjaya kembalikan senyuman awak..." ujar Jimmy seraya memegang kedua pipi Adifa sebaik meleraikan pelukan mereka.
"Jadi... Zenidowi yang saya peluk tu awak?" soal Adifa.
Jimmy menjawab dengan anggukan mengelukan lidah Adifa.
"Saya... minta maaf kalau apa yang saya buat ni buat awak kecewa. Tapi, saya cuma nak gembirakan awak. Berbulan saya, Jay dan Ulya usaha siapkan rakaman tu. Saya berhabis duit cari ramai pelakon untuk dapatkan rakaman real watak yang awak tulis dalam diari tu. Dan sebenarnya, watak Zenidowi tadi tu rakaman saya sendiri. Saya tak de niat nak..." Belum sempat Jimmy habiskan ayatnya, Adifa sudahpun menyembamkan wajah ke dada bidangnya memegunkan lelaki itu.
"Te... terima kasih Jimmy. A... awak berjaya mencari penawar rindu di hati saya. Terima kasih..." ungkap Adifa tulus lalu membiarkan tubuhnya perlahan dirangkul si suami bersama senyuman bahagia yang mula terbit di antara mereka.
"Ibu... adik senang hati tengok ibu dah bahagia dengan ayah..." Adifa dapat mendengar suara gemersik itu lagi seperti selalu. Perlahan hujung bibir menarik senyuman mekar.
Ulya dan Jay mengukir senyuman semula setelah terbenam dengan air mata. Mereka berdua saling berpaut bahu kerana berjaya membantu Jimmy mewarnai keceriaan Adifa Daaniya yang lama pudar itu semula.
1 may 2022 update
Akan ada special bab... Stay tuned acewah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top