BAB 7

CL_7

“AWAK dah gila ke, Mr. Jimmy?” Hampir terjerit Adifa dibuatnya. Untung sahaja secebis kesabaran masih ada.

       Bertambah sakit hati apabila lelaki itu hanya mengangkat bahu dan tersenyum senget sebelum kembali duduk di kerusi pengarah dengan gaya bersahaja tanpa sebarang riak bersalah. 

        Adifa menarik nafas dan dihembuskan beberapa kali. Cuba tenangkan hati dan fikiran yang bercelaru gara-gara lelaki di hadapannya ini. 

  

         “Saya tahu saya ada lagi beberapa hari je masa untuk lunaskan hutang Tony tu. Tapi, awak tak patut buat saya macam ni dengan menipu Aisy macam tu.” 

           “Saya menipu? Ya, menipu untuk selamatkan awak dari diganggu si mangkuk hayun tu. Salah ke?” Kemarahan si manis yang mula bangkit itu langsung tidak menggerunkan Jimmy.

            “Ya, salah! Patutlah dengan selamba je dia hina saya perempuan jalang. Ni semua angkara penipuan awak yang mengatakan saya perempuan simpanan awak. Hey, I'm not your mistress!” Gila! Ada ke patut si penggertak hutang itu mengugut untuk membunuh Aisy jika mengganggu perempuan simpanan dia. Naik gila Adifa dibuat lelaki itu. 

          “Kalau dah itu je satu-satunya cara untuk buat dia berhenti mengganggu awak dengan mendesak awak kahwin dengan dia, apa salahnya?” Jimmy mula membuka fail kerja, mahu memeriksa baki hutang si penghutang yang belum dilangsaikan sepenuhnya. Malas mahu melayan amarah sang gadis. Buang masa baginya. Berlambak kerja yang masih tergendala. 

          “Mr. Jimmy, saya tak nak cakap banyak. Sekarang ni saya nak awak pergi jumpa Aisy bagitahu dia kebenaran. Kalau tidak, sampai bila-bila pun dia akan anggap saya perempuan jalang. Tolonglah…” rayu Adifa bersungguh. 

          Jimmy hanya mengendahkan gadis itu bagaikan si manis itu tidak wujud. 

           Adifa rasa sebu dada dia dilayan begini. “Ya Allah… kenapa nasib saya jadi malang macam ni? Lepas satu satu dugaan datang melanda. Mr. Jimmy… saya merayu sangat. Tolong jelaskan perkara sebenar pada dia dan tolong jangan cari pasal dengan Aisy tu kalau awak tak nak dapat susah. Awak tak kenal siapa dia. Saya sendiri pun tak boleh nak rangka apa yang bermain dalam fikiran dia. Dia tu lain sikit. Tolonglah... ” Gadis itu sanggup menyusun sepuluh jari mengharapkan lelaki itu bersihkan kembali namanya yang mula tercemar dengan bau busuk. 

       Rayuan sang manis berjaya menarik perhatian si Jimmy. Wajah kesedihan dan kusut Adifa dipandang lama sebelum membuka mulut. 

        “Kalau saya cari pasal jugak? Aisy tu nak bunuh saya? Siapa yang berani sentuh Mr. J? Dan… saya tak fahamlah dengan perempuan spesis macam awak ni. Kenapa masih nak pertahankan si mangkuk hayun tu sedangkan dia hampir rogol awak? Atau…” Jimmy bangkit dan menghampiri Adifa lebih rapat hingga berlaga bahu. Mukanya didekatkan dengan paras si manis dengan tenungan sesuatu. 

         Adifa mengelak dengan menjauhkan diri dari bersentuhan dengan lelaki itu. Air liur diteguk. Bimbang juga dengan sikap lelaki ini yang mampu berubah tak kira masa. Sekejap serius sekejap ceria semacam sekejap pula menjengkelkan. Sungguh dia tidak mengerti. Mana satu identiti sebenar lelaki ini. Sungguh misterius. 

           “Atau… apa?” 

     “Atau… awak memang ada hati dengan si mangkuk tu dan memang suka dia rogol awak?” 

  Pang!

      Satu tamparan melekap di permukaan pipi Jimmy berjaya mrmbisukan lelaki itu.

      Capone dan beberapa konconya terus menangkap Adifa, marah bos mereka ditampar. Namun, Jimmy memberi isyarat lepaskan Adifa. Mereka menurut arahan dan melepaskannya.

        “Jaga mulut tu! Dia tak ubah macam abang saya sendiri. Tak lebih. Mr. Jimmy jangan nak samakan saya dengan mana-mana perempuan yang Mr. Jimmy mungkin pernah tiduri. Saya bukan macam  mereka yang sewenang-wenang membiarkan tubuh diratah oleh manusia durjana macam tu!” Adifa membidas pedas lelaki itu dan terus pergi. 

        Jimmy tidak memberi sebarang riak seraya mengusap pipinya yang terasa perit. “Hailah cik manis… dari mana kau tahu yang aku pernah tidur dengan perempuan? Betul ke kau tu masih dara?” 

        Dia tersengih semacam sebelum kembali membuat kerjanya. Ayat yang dilantunkan gadis itu langsung tak berkudis padanya. Lentingan si manis itu ibarat sedang menyanyikan lagu cinta sahaja padanya. 

            “Capone, aku nak kau siasat pasal dia ni.” Jimmy menghantar pesanan ringkas bergambar pada aplikasi whatsapp Capone.

            “Baik, Mr. J.” Capone terus pergi bersama tiga orang lagi orang kepercayaan Jimmy.

……….

ADIFA menangis sebaik selesai solat. Berdoa kepada Allah agar memberi perlindungan padanya dari si penggertak-penggertak hutang itu. Tidak lama begitu, gambar arwah papanya dicermati rindu. 

       “Papa… kakak rindu papa. Kakak pun rindu Tony. Papa selalu pesan jadi seorang yang penyabar nanti Allah sayang orang yang sabar. Tapi, apa yang jadi pada kakak… kakak tak mampu papa. Aisy Fawwaz lelaki yang rapat dengan kita sejak menggantikan Uncle Aziz, sekarang dah berubah papa. Dia dah tak macam Aisy yang dulu. Yang jaga kakak sayang kakak macam adik dia. Lepas papa pergi, dia dah tunjuk belang dia….” Bertali temali air mata luruh mengenai pipinya.

       “Dia desak kakak kahwin dengan dia. Dia tak nak share butik tu dengan kakak dah. Dia nak tarik balik sebab hutang papa. Dia kata… kalau kakak sayangkan butik tu yang hampir merudum, kena kahwin dengan dia. Kakak tak nak. Dia hampir rogol kakak. Untung Mr. Jimmy selamatkan kakak. Tapi,  Mr. Jimmy pun sama je perangai macam Aisy. Dua dua tak boleh percaya. Kakak tak mampu nak tanggung semua seorang diri. Kakak buntu. Kakak dah tak tahu nak buat apa lagi…” Gadis itu menangis semahunya dan akhirnya tertidur atas tikar sejadah dengan bingkai ilustrasi arwah papanya dalam pelukan kasih. 

        Entah apalah nasib si manis ini nanti. Akankah ada sinar kebahagiaan di hari esok?

       ………..

       SATU pembedahan sedang dijalankan dalam sebuah bilik rahsia. Seorang doktor dan juga tiga orang pembantunya yang semua memakai serba sut putih menutupi seluruh tubuh bagaikan angkasawan. 

        Suasana agak serius apabila doktor rahsia itu mengeluar kedua belah mata dari corong mata dan meletakkan dalam trail khas. 

         Selanjutnya, doktor itu mengeluarkan pula paru-paru serta jantung penuh dengan hati-hati meletak ke dalam trail khas. Selesai mengeluarkan organ penting dan diperlukan, mereka mengangkat tubuh yang terlohong pada bahagian dada dan mata itu ke dalam sebuah kotak peti mayat. Lalu, dimasukkan ke dalam ketuhar simen besar dan menutupi pintu besi sebelum set suhu kepanasan api. Api menyala di dalamnya. Mereka membiarkan ia berlarutan selama masa yang telah ditetapkan sehingga api terpadam sendiri sebaik semuanya terhapus menjadi abu. 

         Sementara itu, mereka mengemas organ-organ mahal itu letak di dalam tiga kotak ais berwarna biru putih. Selesai semua, doktor itu keluar dari situ dalam keadaan berlumuran darah meninggalkan pembantu-pembantunya mengemas peralatan pembedahan serta membersihkan kesan darah manusia dalam ruangan itu. 

            Doktor itu masuk ke bilik air bersebelahan dengan bilik operasi organ manusia. Seluruh tubuh dibasahi air pancuran sehingga bersih sebelum keluar dari situ masuk ke bilik pejabatnya. Setiausahanya menyarung blazer biru mewah. Haruman Acqua Di Gio Giorgio Armani semerbak ke seluruh ruangan itu. 

          Sebaik memastikan kekemasan diri  tiada lagi bauan hanyir darah manusia, dia melangkah pergi diiringi setiausaha dan pengawal peribadi berbadan kekar tiga orang.   

            Kereta yang dipandu menuju ke suatu tempat. Tingkah Adifa Daaniya yang sibuk melayan pelanggannya dalam butik diperhatikan. Senyuman pada wajah itu tampak manis pada penglihatan semua orang. 

          Sungguhpun manis pada pandangan mata sesiapa sahaja yang melihat, lelaki itu tahu senyuman itu menyimpan seribu duka yang hanya gadis itu pendam sendiri. Dari pagi hingga menginjak ke malam dia di situ. Sedar tak sedar Adifa telah pulang berjalan menaiki grab menghairankan dia. 

          “Tolong siasat apa jadi dengan kereta dia. Bagi maklumat pada aku secepat mungkin.” Lelaki itu memberi arahan tegas pada setiausahanya yang menjadi pemandunya hari itu. 

         Mereka pulang ke vila mewah yang tersorok di atas kemuncak bukit peranginan rahsia. Kepulangannya disambut pembantu rumah dua tiga orang. Makan malam disediakan. Dia duduk menjamu selera hanya seorang diri dilayani oleh tukang masak dan pembantu rumah. Kaya sungguh kaya. Tak mampu dinafikan lagi. 

          Usai jamah makan malam, dia kembali ke bilik tidur merehatkan diri di balkoni menghadap kolam renang. Bersantai atas kerusi malas. Sambil itu jemarinya bermain dengan bibir kecil agak gelap sedikit miliknya itu. Jelas dia seorang perokok tegar. Dia mengarahkan pengawal peribadinya membawakan rokok padanya. Asap rokok berkepul dihembus ke udara sebaik puntung rokok itu dicucuh api oleh orang suruhannya yang setia berkhidmat beberapa tahun itu. Dia menyandar pada kepala kerusi mencenung ke langit yang ditaburi bintang malam. 

        “Adifa Daaniya…” Menyeringai sengih sampai ke telinga mengenangkan gadis itu. 

               “Ungkapan terima kasih tu, aku tunggu sampai sekarang.” Lama melangut memikirkan gadis itu sebelum terlelap di situ. 

       

…………

JIMMY keluar dari rumahnya ada tugasan penting. Tugasan apa lagi kalau bukan mengganggu si manisnya itu.
   
       “Sayang!” Satu suara lantang gedik menyeru namanya mengejutkan dia. Lantas berpaling. 

           “Haisy, dia ni!” rengus Jimmy sebaik setentang dengan gadis itu. Tidak menunggu dia bergegas mahu masuk ke kereta. 

            Malangnya, gadis itu lebih pantas menghadang dengan menarik kasar tangan lelaki itu menghadapnya. 

             “Sayang! Kenapa asyik lari dari baby je ni! Ish penat tau baby cari sayang. Dah berapa hari asyik elak je. Benci benci benci tau!” Gadis itu siap menumbuk manja dada Jimmy bertubi-tubi. Tak cukup itu ditambah dengan mimik muka budak tadika kemas ditayangkan meloyakan tekak si Jimmy. 

              “Hoi minah kangkung, kau blah dari sini. Merosakkan pandangan je.” 

                “Ish, dia ni kan… tak baik tau panggil kita minah kangkung. Kangkung kamgkung pun i ni pilihan daddy you okay. You jangan nak lari sayang!”  

                 “Baby baby baby Ulya Yalina… sayang kau ni kan, ada idea terbaik punya. Cuba teka apa dia?” Jimmy sengih sarkastik.

                “Apa apa apa apa dia sayang…?” Bertambah geletik si minah kangkung Ulya.

               “Aku rasa kau tak sesuai dengan aku sebab aku tak berminat sekelumit pun dekat kau tapi… kalau dengan abang tiri aku si peramah tu, tersangat perfect dengan kau. Atau atau atau pun… kau kahwin dengan daddy hot aku tu jelah. Si bengis tua gatal nak mampus tu sesuai dengan kau, si geletik macam kangkung ni. Faham? Ok bye!” Jimmy menarik gadis itu ke tepi dan terus bolos ke dalam perut kereta. Laju kereta dipandu pergi oleh setiausahanya tanpa menghiraukan pekikan dan lolongan si gadis hingga menghentak kaki ke jalan seorang diri. 

        Masak masak… Jimmy goyang  kepala pening melayan minah seorang itu yang terlebih sudu dari kuah dalam segala hal. 

             Tiba di lokasi setelah seminggu berlalu, lelaki itu perhatikan Adifa bersama stafnya mempromosikan pakaian dan rekaan terbaru dengan diskaun lima puluh persen. 

             “Ish, degil. Aku dah cakap jangan letak diskaun lima puluh persen. Rugi! Ish, dasar tak tahu meniaga betullah cik manis seorang ni. Nak jugak aku yang ajar.” Jimmy dengan selamba keluar menemui si manis menginjatkan mereka di situ. 

       Alamak, apa akan jadi? Apa pula si penggertak hutang ini mahu lakukan di situ? Jangan dia buat gila di situ sudahlah. 

         

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top