BAB 4
Mr. J& Cik Manis...
“MR. JIMMY, kan?” Gadis itu bersuara lagi apabila lelaki itu masih mendiamkan diri.
Segugus debaran dalam dada Jimmy bergoncang hebat.
‘Aduh, macam mana dia boleh ada di sini. Patutlah semalam dengan hari ni aku rasa tak sedap hati. Inilah dia. Apa dia buat dekat sini? Jangan cakap yang dia… oh shit!’
Mahu tak mahu Jimmy terpaksa mengangkat muka semuka dengan gadis yang berjaya menggetarkan jiwanya. Dia mengawal rasa itu sehabisnya di hadapan konconya demi melencongkan tanggapan mereka terhadap tingkah gugupnya tadi. Dia kembalikan riak seriusnya dan tegapkan tubuh memasak renungan tepat ke paras sang gadis.
“Cik manis... buat apa dekat sini? Bukan ke cik manis dekat Perancis?”
“Oh saya ada emergency dan sebab tu saya balik ke sini. Tapi tadi pembantu saya call kata ada gangster nak jumpa saya dan nak bakar butik ni. Dan Mr. Jimmy, awak buat apa dekat butik saya ni?” soal gadis itu pula.
“Ha Cik Adifa, merekalah orang yang ugut nak bakar butik ni dan buat kecoh tadi minta bayar hutang.” Pembantu Adifa mencelah menceritakan mereka kepada majikannya itu memerangahkan Jimmy dan Adifa sendiri.
Mereka berpandangan beberapa saat, cuba mencerna kata hati.
“Mr. Jimmy? Betul ke apa yang pembantu saya cakap?” aju Adifa mahukan kepastian yang sahih.
Jimmy bermain dengan lidah. Sesekali dia menggaru dahi yang tidak gatal. Bibirnya tersenyum senget. Sah, apa yang bermain dalam awan mindanya sudah terjawab sekarang.
“Jadi, awak pemilik butik ni?”
“Ya. Jadi betul ke awak dengan orang-orang awak yang ugut nak bakar tempat ni?”
Hari ini wajahnya tiada senyuman manis kerana perasaan hibanya masih tersembunyi dalam lubuk kesedihan.
Jimmy masih kekalkan riak bersahajanya tadi, cuba mengawal perasaan aneh bila bersua muka dengan gadis itu yang entah dia sendiri tidak tahu apakah ia.
“Oh awaklah kakak angkat Tony?” Pertanyaan lelaki itu hanya dijawab anggukan si gadis.
“Ok memandangkan kita dah pun berjumpa, saya tak nak panjang panjang cerita. Kita selesai dekat sini je. Lagipun kita saling kenal sebelum ni. Jadi kita mudahkan cerita, awak tolong lunaskan hutang adik angkat awak tu. Itu je.”
“Hutang? Saya tak tahu pulak Tony ada hutang. Kami pun dah lama tak jumpa. Berapa banyak dia berhutang dengan awak?”
Jimmy senyum lebih lebar lagi dan mengelilingi Adifa.
“Tak banyak. Hanya MYR100k.” Apa yang diberitahu lelaki itu memeranjatkan Adifa.
“What? Banyaknya. Masalahnya Tony yang hutang dengan awak, tapi… kenapa saya yang kena bayar?” Sungguh gadis itu tidak mengerti mengapa harus dia?
Jimmy berdiri teguh di hadapan si manisnya dan kembali serius. Lalu mengarahkan Capone membuka fail dan menjelaskan syarat perjanjian penghutang.
Capone tampil menerangkan perjanjian yang dibuat Tony kepada Adifa bahawa jika si penghutang menghilangkan diri atau mati, seluruh hidupnya jadi milik Mr. J jika mereka juga tidak mahu membayarnya.
Kata-kata bagaikan belati tajam menghujam jantung Adifa saat mendengarkannya.
“Dah dengar, kan? Jadi, sila bagi kerjasama. Cik manis bayar MYR100K, dan saya juga staf saya pergi. Selesai.” Jimmy kenyitkan mata sebelah kanan buat sang gadis.
Lama gadis itu memikir dan akhirnya dia teringat sesuatu. Lalu menanggalkan sesuatu dari lehernya serta menyerahkan ia kepada Jimmy.
“Apa kata Mr. Jimmy ambil balik loket ni. Anggap saja hutang Tony selesai.”
Jimmy sengih tenung loket itu. Figura si manis ditenung dalam.
“Cik manis, loket ni hadiah pemberian istimewa dan saya tak terima ia sebagai bayaran. Jadi, ambil balik. Saya nak bayaran tunai. Sekarang.”
“I will not pay a penny, Mr. Loan Shark.” Adifa sudah membuat keputusan dan takkan sesekali membayar hutang itu dalam nada yang masih dilembutkan.
Jimmy mendekatkan diri dengan gadis itu. Mati senyumnya.
“Pembetulan cik manis. Saya bukan ah long atau Mr. Loan Shark yang awak gelarkan tu. Saya cuma nak tolong orang yang perlukan duit dengan syarat bayar mengikut tempoh yang ditetapkan. Dan… dalam dokumen perjanjian antara kreditor dan debtors ada mengatakan… sesiapa tak bayar hutang, maka seluruh hidupnya jadi milik Mr. J. Begitu juga situasi sekarang. Hutang tak dibayar, seluruh hidup awak jadi milik saya, cik manis!” Cetusan kata-kata lelaki itu memercikan sinar kejutan pada wajah Adifa.
Wajah itu beku menatap Jimmy mencengangkan semua mata yang memandang.
“Baik. Saya akan bayar hutang tu.” Adifa setuju untuk bayar hutang itu dari menjadi tawanan lelaki yang baru dikenalinya itu.
“Kalau dalam tempoh tu awak tak mampu bayar?” duga Jimmy kini benar-benar serius.
“Saya akan pastikan saya bayar dalam masa dua minggu ni. Dan kalau saya berjaya lunaskan hutang Tony dalam masa ditetapkan, awak dan saya dah tak de apa-apa kaitan.”
“Baik. Dalam masa tu juga, awak tak boleh halang saya keluar masuk butik ni termasuk hidup awak. Okey cik manis?”
“Okey.” Mereka mencapai kata sepakat. Jimmy pergi bersama orang-orangnya.
Capone menahan lelaki itu di luar butik dan menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan majikannya itu yang sewenang-wenang setuju ditambah masa untuk si penghutang. Sebelum ini lelaki itu gila duit dan takkan berkompromi dengan mana-mana debtors. Apa kes hari ini jadi begini? Sungguh dia keliru.
“Mr. J? Apa sudah jadi? Sepatutnya kita kena tuntut hutang tu, bukan bagi dia masa dua minggu. Nanti kalau dia tipu dan lari macam Encik Ray tu macam mana? Lagipun, syarikat kita ni ada matlamat dan prinsip. Mr. J dah lupa ke? Kenapa hari ni jadi baik hati nak bagi masa dekat perempuan tu?”
Jimmy yang berdiri membelakangi Capone, menoleh memandang butik mewah di hadapannya ini. Mukanya berselirat dengan agenda yang tidak dapat ditafsirkan oleh mereka yang melihat.
“Prinsip tetap prinsip. Aku tak pernah lupa prinsip aku. I'm your creditors. You are my debtors. So, pay the debt on time, your life is safe and your soul is not disturbed by me.” Ayat-ayat meluncur keluar dari bibir Jimmy berjaya menyengkangkan kelopak mata setiausahanya dan semua konconya.
“Mr. J? Dari mana Mr. J belajar bahasa inggeris? Sejak bila? Setahu saya B.I Mr. J ke laut dalam.”
“Sejak aku ke Perancis.” Lelaki itu terus pergi meninggalkan riak cengang pada wajah mereka.
Beberapa minit Jimmy dan orang-orangnya pergi meninggalkan kawasan itu, sebuah kenderaan mewah pula masuk dan memarkir betul-betul di hadapan butik.
Seseorang bersama setiausaha dan pengawal peribadinya mengiringi masuk ke dalam butik menemui si manis Adifa Daaniya.
“Assalamualaikum Adifa Daaniya?” Seorang lelaki memberi salam sebaik masuk ke bilik pejabat milik si manis itu.
Adifa yang tengah runsing memikirkan cara untuk membayar hutang Mr. J itu, menjawab salam perlahan dan menoleh ke arah suara itu.
“Aisy Fawwaz? A… awak buat apa dekat sini?”
Lelaki itu senyum manis lalu mendekati gadis itu. Matanya masih tunak ke dalam anak mata olive oil milik Adifa.
“Saya datang ni nak jemput awak keluar dinner dengan saya malam ni.”
“Oh tapi… saya sibuk. Lain kali boleh tak?” Penolakan Adifa membuat Aisy tersengih kaustik.
“Gosh! Ini dah kali ke lima awak tolak ajakan saya. Tell me why?”
Adifa menunduk mencari idea dan sungguh dia terputus akal untuk membina alasan yang kukuh. Habislah. Gadis itu mengeluh susah hati. Namun demikian, dia berusaha untuk mempertunjukkan senyumannya di hadapan lelaki itu.
“Adifa? Please be rasional. Kita perlu berbincang sesuatu. Ia mengenai arwah papa awak dan perniagaan ni,” tutur lelaki itu cuba memujuk Adifa keluar bersamanya.
Adifa diamkan diri. Dia tidak tahu mahu memberi keputusan apa.
##########
ADIFA turun dari kereta sebaik tiba di hadapan restoran mewah setelah dijemput oleh pemandu Aisy tadi.
Dia berjalan masuk ke dalam sendirian menemui lelaki itu yang sudah menunggu di dalam. Dia memilih untuk selesaikan apa yang sepatutnya dengan lelaki itu malam ini. Itu tekadnya.
Kini dia berdiri betul-betul di hadapan meja makan yang ditempah Aisy. Aisy angkat muka dan tercetus senyuman meleret saat terpandangkan Adifa. Dia bangkit berdiri dan menarik kerusi untuk sang gadis. Adifa duduk sebaik melafaz ucapan terima kasih dan mereka duduk makan beradab.
Selesai makan malam, Adifa terus menyoal tujuan lelaki itu mahu bertemu dengannya.
“Apa yang awak nak bincangkan tadi tu? Awak kata ia mengenai arwah papa saya dan perniagaan. Apa ia?”
Aisy masih kekal tenangkan wajag bila berhadapan dengan si lembut dan ayu Adifa Daaniya.
“Ya. Seperti yang awak tahu… butik mewah tu atas nama perkongsian perniagaan kami berdua. Saya…”
“Kalau awak nak ambil butik ni, saya sama sekali tak setuju Aisy. Saya sayangkan butik ni. Butik ni satu-satunya peninggalan arwah papa saya untuk saya jaga,” sela Adifa sedikit tegas dalam kelembutannya.
“Tapi butik ni dah nak muflis disebabkan hutang papa awak yang banyak. Saya datang jumpa awak ni untuk selamatkan awak dan butik ni dari diganggu semua money grubber tu nanti.”
Lama Adifa diam memikir dan akhirnya…
“Tak pe, kalau pasal tu awak tak perlu risau. Saya akan usahakan untuk selamatkan butik tu.”
Aisy mencapai jemari Adifa atas meja dan menggenggam erat.
“Adifa sayang… awak ingat saya tak tahu projek awak di Perancis yang bernilai MYR300K tu dah gagal. Walau pun kita jauh, tapi saya sentiasa pantau setiap gerak-geri awak di sana untuk memastikan awak selamat. Untuk itu, saya cadangkan butik tu serah pada saya seratus peratus untuk saya handle. Semua hutang arwah papa awak saya yang akan selesaikan.”
Adifa yang tidak selesa dipegang jemarinya begitu segera meleraikannya dan wajah lembut itu mula serius.
“Tapi, kalau saya serahkan butik tu pada awak seratus peratus macam mana dengan saya? Awak tahu tak, saya hanya ada satu je butik mewah tu. Dia umpama nyawa saya. Ya, saya tahu saya dah gagal dapatkan MYR300K untuk bayar hutang arwah papa ditambah dengan Tony lagi yang dah mati tu… saya tetap akan usahakan cari duit dengan apa cara sekalipun untuk selamatkan butik tu.”
“Itu tak jadi masalah. Sebenarnya, sebelum meninggal arwah papa awak amanahkan saya untuk jaga awak dengan memperisterikan awak, Adifa.”
Satu lagi kejutan yang menghimpit perasaan Adifa. Terbersit gundah di lubuk atmanya arkian menunduk tenung jari sendiri. Amanah itu amat menyesakkan dada.
“Tapi… saya hanya anggap awak, abang. Tak lebih. Maaf…” jujur Adifa mengubah air muka Aisy. Lelaki itu kemam bibir seketika sebelum membuka bicara.
“Adifa… cinta atau sayang itu bukan pilihan. Tapi, bisnes yang awak anggap nyawa itu akan hilang jika awak menolak saya sekali lagi. Sebab saya tahu, buat masa ni hanya saya satu-satunya orang yang mampu selamatkan butik tu dari muflis. Awak pun dah tak de duit sekarang ni. Fikirkanlah Adifa. Untuk miliki cinta tu… saya tak pernah desak dan ambil masa awak untuk terima saya sebagai cinta awak, bukan lagi abang... lepas kahwin. Pilihan di tangan awak.” Lelaki itu bingkas pergi meninggalkan Adifa mengambil masa untuk membuat keputusan.
Malam itu, Adifa pulang sendiri sebaik menghubungi pemandu peribadinya. Gadis itu menghirup nafas dalam-dalam cuba tenangkan fikiran. Dia dalam dilema. Tersepit dengan dua masalah angkara hutang. Satu keluhan berat terluah dari rekahan bibirnya.
Tidak lama begitu, tiba-tiba pandangan matanya terbanting ke arah seseorang yang baru keluar dari kedai makan tepi jalan. Dia cepat-cepat mengarahkan pemandunya itu berhentikan kereta di tepi jalan dan keluar mendapatkan figura itu.
“Abang!” Adifa menyeru nama itu mengejutkan insan itu. Lantas membalik tubuh memandangnya.
Satu decitan kecik terbit dari bibir nipis lelaki itu sebelum kembali mengorak langkah membiarkan Adifa terperangah sendiri.
Adifa mengejar lelaki itu. “Abang? Abang pergi mana? Kenapa abang menghilang selepas kematian arwah papa? Abang! Berhentilah. Kita perlu bercakap kejap.”
Lelaki itu tidak menghiraukannya membuatkan Adifa geram pantas memangkah aturan langkahnya dengan menarik kuat tangan lelaki itu menghadapnya.
Wajah masam lelaki itu ditenung dalam. “Abang… tolonglah jangan pergi lagi. Dah lama saya cari abang. Kenapa abang menghilang? Saya perlukan abang.”
Ada air mata mula bertakung di kelopak mata. Namun riak itu hanya dicemuh lelaki itu tanpa rasa kasihan.
“Kau baliklah ke tempat asal kau. Kau tahu tak, kerana kau dengan bapak kau tu hidup aku dapat susah. Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi!” Lelaki itu merentap tangannya dari pegangan Adifa.
“Tapi apa salah saya dengan papa saya? Kenapa abang sanggup cakap macam ni? Abang lupa ke arwah papa dulu layan abang macam anak sendiri. Segala keperluan abang papa uruskan. Malah, papa bagi abang pangkat dan darjat. Dan kenapa bila papa dah pergi dan butik juga bisnes arwah papa hampir muflis, abang nak lepas tangan dan tinggalkan saya macam tu je? Saya hanya ada abang je sekarang. Abang je satu-satunya orang yang boleh tolong selamatkan butik tu dan kita kahwin. Please, Abang Faaeq…” Adifa merangkul lengan berlapik lelaki itu dengan penuh sinar pengharapan menyekat langkah lelaki itu.
Faaeq merengut marah. Sekali lagi dia menepis pegangan gadis itu.
“Kau pergi bina kerjaya dekat Perancis. Aku dekat sini dapat penghinaan macam-macam. Naik panas telinga aku ni dengar tohmahan orang mengatakan aku cuba ambil kesempatan ke atas kekayaan kau dengan bapak kau tu. Mentang-mentang aku asal dari rumah yayasan, aku dipandang hina. Kau tak tahu apa-apa sebab sibuk dengan dunia butik kau tu sampai aku ni pendam sendiri semua penghinaan tu. Aku dah tak tahan dengan semua ni. Kau pergilah hidup dengan cara kau. Jangan ganggu aku lagi. Pergi!” Tak disangka-sangka lelaki itu menolak tubuh Adifa kuat hingga jatuh terduduk mengejutkan gadis itu.
“Abang…” Meleleh air mata Adifa tidak dapat ditahan lagi.
Lelaki itu segera ingin pergi, Adifa lebih pantas menarik kakinya dan memeluk kejap. Merayu agar tidak meninggalkannya lagi.
“Abang… jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa lagi. Papa dengan Tony dah pergi buat selamanya. Takkan abang pun nak pergi. Saya merayu abang… saya perlukan abang… kahwinlah dengan saya…” Rayuan gadis itu dibalas dengan tendangan kaki hingga terbersut tubuh Adifa ke belakang dan…
Buk!
Faaeq jatuh terlentang menyentakkan Adifa.
“Jangan biadap dengan perempuan!” suara ganas itu menarik keinginan Adifa untuk melihat si empunya suara. Satu figura mendekatinya dan menghulur tangan. Mendelip mata Adifa bertembung mata dengan si penyelamatnya itu.
“Mr. Jimmy?”
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top