BAB 2
BAB 2 MR J & CIK MANIS
ADIFA membuka kelopak mata dan menebar renungan ke sekitar. Tiba-tiba terjengul figura beberapa orang di hadapan mukanya menginjatkan dia hingga terbangun duduk.
“Est-ce que ça va?” Mirabelle yang berdiri di sisi katil, kebimbangan. Maksud, ‘awak okey ke?'
Gadis itu menyentuh kepala yang terasa berkunang. Anak matanya masih menetap pada wajah memeranjatkan dia tadi.
“Mme Mirabelle, je suis désolé. En fait, il y a un malentendu près d'ici. Lui, pas M. Jimmy Kimmel. Je ne suis pas la bonne personne.”
Maksud, ‘Puan Mirabelle, saya minta maaf. Sebenarnya ada salah faham dekat sini. Dia, bukan Mr. Jimmy Kimmel. Saya salah orang.’
“Quoi? Alors, vous m'avez trompé tous les deux ? Comment osez-vous me traiter comme ça. Heureusement que je n'ai pas encore payé. Maintenant, s'il te plaît, sors de chez moi ! Menteur!” Mirabelle berang sebaik mengetahui kebenaran. Lantas mengusir mereka dari rumah agam itu tanpa berkompromi.
Maksud, ‘Apa? Jadi, awak berdua dah tipu saya? Tergamak awak berdua buat saya macam ni. Nasib baik saya belum bayar lagi USD71K. Sekarang, sila keluar dari rumah saya! Dasar penipu!’
“Mme Mirabelle. S'il vous plaît, donnez-moi une autre chance d'expliquer la vraie chose. Je n'ai rien à voir avec lui. J'ai été trompé. Crois-moi. Tout ceci n'est qu'un malentendu. Je promets de chercher M. Le vrai Jimmy. Donnez-moi le temps d'obtenir M. Jimmy encore, s'il vous plaît…” Gadis itu berusaha merayu Mirabelle hingga sanggup turun katil memeluk kaki wanita itu membuatkan Jimmy terperangah dengan aksi spontan si manis.
Maksud, ‘Puan Mirabelle. Tolong bagi saya peluang sekali lagi untuk jelaskan perkara sebenar. Saya dengan dia tak ada kena mengena. Saya tertipu. Percayalah. Semua ni hanya salah faham. Saya janji akan cari Mr. Jimmy yang sebenar. Bagi saya masa untuk saya dapatkan Mr. Jimmy semula, please…’
“Déjà! Je ne veux rien entendre. Vous m'avez embarrassé. Qu'est-ce que je veux répondre avec mes invités plus tard ? Vous voulez que je vous dise que M. Ce Jimmy Kimmel chaud est faux ? Imitation? Tout cela est ridicule et embarrassant ! Sortez de cette maison avant que j'appelle la sécurité et vous traîne tous les deux dans le couloir parce que vous avez triché ! Aller!” Mirabelle langsung tidak mahu memberi gadis itu peluang dan menghalau mereka keluar dari situ dengan muka mencukanya.
Maksud, ‘Sudah! Saya tak nak dengar apa-apa. Awak dah memalukan saya. Apa saya nak jawab dengan tetamu saya nanti? Awak nak saya bagitahu yang Mr. Jimmy Kimmel yang hot tu adalah tiruan? Penyamaran? Semua ni tak masuk akal dan sungguh memalukan! Pergi dari rumah ni sebelum saya panggil sekuriti heret awak berdua ke balai sebab dah menipu! Pergi!’
Gadis itu masih mahu merayu Mirabelle sehingga kedua-dua mereka diangkut bawa keluar dari banglo itu dan menutup pintu gerbang besar. Gadis itu jatuh terduduk menangis memeluk lutut. Kepalanya diketuk beberapa kali dengan tangan sendiri menghairankan Jimmy yang melihat.
“Haisy, dahlah tu. Tak payahlah nak bazirkan air mata demi orang yang dah buang kita. Haisy lagi satu, tak perlulah sampai nak melutut merayu orang macam tu. Jatuh martabat awak sebagai seorang wanita. Tsk tsk tsk…” Lelaki itu menggoyang kepala ke kiri dan kanan.
“Awak tak faham. Hari ni adalah hari terpenting bagi saya. Sekarang, semua dah lesap. Habis! Musnah semuanya!” Gadis itu bangkit dan melangkah gontai pergi dari situ meninggalkan Jimmy tergagu.
Tidak lama di situ, Jimmy mengikut jejak si gadis. Dia terheran-heran apa yang dimaksudkan gadis itu, musnah?
“Cik Manis! Nanti dulu. Apa maksud awak yang cakap musnah tu?” Jimmy berjaya menyaingi si gadis.
Gadis itu hanya diam tidak menjawab sepatah. Mukanya muram dan tiada tanda mahu membuka mulut.
Gadis itu membolos diri ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Jimmy cepat-cepat masuk kereta dan mengambil tempat di sebelah si manis.
“Eh. Ni kita nak pergi mana? Tadi awak cakap nak temukan saya dengan debtors saya. Mana dia? Dah lama saya cari dia tahu.” Bebelan Jimmy langsung tiada respons dari gadis itu. Pandangannya juga menghala ke luar tingkap kereta.
Jimmy berkerut-kerut muka pelik dengan situasi kini. Langsung dia menghubungi Capone. Panggilan tidak berjawab. Dia cuba hubungi lagi, eh telefonnya kehabisan bateri pula.
Kini tiba di lapangan terbang, gadis itu menyuruh Jimmy turun dari kereta.
“Eh kenapa turunkan saya di sini? Awak dibayar untuk uruskan saya dan bawa saya ke rumah ladang tu. Bukan dekat sini!”
“Rumah ladang tu bukan untuk awak Mr. Jimmy. Tapi, orang lain. Jadi, encik boleh cari pengurus encik yang sebenar. Saya nak balik. Terima kasih kerana telah memusnahkan harapan saya hari ni. Monsieur, continuez.” Gadis itu mengarahkan pemandu meneruskan perjalanan mereka meninggalkan Jimmy terkontang-kanting sendirian di situ. Maksud, ‘Encik, teruskan.’
“Cik Manis! Hoi! Jangan biadap tinggalkan saya kat sinilah! Hoi!” Lelaki itu benar-benar marah. Sudahlah telefonnya kehabisan bateri. Dalam memprotes, dia baru tersedar beg bagasinya masih dalam kereta si manis itu. Alamak! Tangannya naik mencekup kepala.
“Aduh! Beg aku pun dia rembat sekali ke? Aduh Cik Manis! Semua ni disebabkan kau, Ray! Kau… kalau aku dapat kau, mati aku kerjakan! Dasar bangkai lembu betul!” Lelaki itu menyumpah sendiri dan melilau mencari teksi.
Sudahlah dia tidak memahami bahasa mereka. Nasib baik ada teksi yang mahu tumpangkan dia hingga ke hotel. Dia hanya sebut hotel dan dia sendiri tidak tahu hotel mana mereka bawakan. Turun sahaja dari kereta ketika hendak membayar tambang teksi itu, bertambah gawat apabila dompetnya juga tiada dalam kocek seluar. Dia pasti dompet itu sudah tercicir dalam kereta si manis tadi. Mati! Punah! Apa dia nak cakap dengan si mamat Italy ini? Bahasa Inggeris pun kelaut apatah lagi Bahasa Ibunda Perancis itu? Memang kirim salamlah jawabnya. Disebabkan itulah Capone sudah mengupah seseorang yang fasih berbahasa melayu untuk menguruskan dia di sini. Tetapi, gadis yang dibayar itu sudah lesap. Dia kematian daya fikir.
“Monsieur, s'il vous plaît payer le prix d'abord.” Lelaki Italy itu meminta bayaran tambang. Tetapi si dungu Mr. J tidak memahaminya. Maksud, ‘Encik, sila bayar tambang dulu.’
“Menatang apa dia cakap? Mampus! Capone… kau memang tak guna! Kau cari pengurus cabuk mana ni sampai tinggal aku kat tepi jalan macam ni? Nahas kau aku balik Malaysia nanti! Tak guna!” Puas Jimmy memikirkan cara untuk mengelak dari membayar kerana dia sendiri tiada wang dalam tangan.
“Er… you wait. I berambus dulu. You stay you tunggu sini!” Bahasa Inggeris yang dituturkan berterabur dan dia pergi. Pemandu itu marah dan mengejar dia kerana sudah tahu taktik penumpang yang mahu lari dari membayar tambang.
Manakala gadis tadi, baru perasan dompet lelaki itu ada di tempat duduk sebelahnya. Lantas, dia mengarahkan pemandunya itu berpatah balik dan mencari lelaki tadi. Puas pusing dalam kawasan lapangan terbang yang di mana lokasi terakhir dia meninggalkan si kaya itu. Batang hidungnya pun tidak kelihatan. Ke mana dia pergi? Gadis itu tidak berputus asa meneruskan pencarian ke setiap hotel-hotel sekitar situ.
Dalam sibuk mencari, dia ternampak satu kejadian tidak jauh dari hadapan. Kelihatan seseorang ditangkap oleh beberapa lelaki dan dibawa ke lorong. Seperti dia mengenali gerak tubuh itu. Langsung dia menyuruh pemandunya berhentikan kereta di bahu jalan dan berlari ke arah itu.
Dia diam-diam mengekori mereka masuk lorong. Dia mendapati mereka cuba membelasah seorang lelaki berbaju kemeja putih bercorak batik gold. Sah, memang dia kenal lelaki itu. Dia pergi mahu membantu tetapi dilihatnya lelaki itu yang membantai mereka seorang demi seorang seperti sudah handal dalam teknik lawan menggunakan fizikal. Dia termangu di situ perhatikan adegan itu tidak berkalih.
“Siapa dia? Handal betul dia berlawan dengan mereka yang gagah perkasa tu.”
Polis tiba dan menangkap lelaki itu. Gadis itu segera menghalang mereka dan menerangkan keadaan yang sebenar. Dia berjaya meleraikan mereka.
“Je suis désolé monsieur. Il vient d'arriver et s'est perdu. Son portefeuille est tombé plus tôt. Ce n'est pas qu'il ne veut pas payer le billet. Je l'ai trouvé et je paierai le prix. Alors monsieur et monsieur, s'il vous plaît, relâchez-le.”
Maksud, ‘Maafkan saya tuan. Dia baru tiba di sini dan tersesat. Dompet dia tercicir tadi. Bukan dia tak nak bayar tambang. Saya dah temuinya dan saya akan bayar tambang tu. Jadi encik dan tuan tolong lepaskan dia.’
“Mais il a fait des histoires et a fait un gâchis près d'ici.” Maksud, ‘Tapi dia dah buat kecoh dan buat kacau dekat sini.’
“Mais ils ont commencé les premiers. ils l'ont frappé. Si je fais un signalement, ils seront également poursuivis pour avoir maltraité les étrangers.” Gadis itu cuba membela Jimmy dan langsung tidak memberi muka kepada mereka. Akhirnya mereka termati kata dan membebaskan Jimmy sebaik gadis itu tolong membayarkan tambang.
Maksud, ‘Tapi mereka yang mulakan dulu. mereka memukul dia. Kalau saya buat report mereka juga dikenakan tindakan kerana melayan orang asing dengan teruk.‘
Mereka bersurai. Gadis itu membawa Jimmy pergi dari situ menuju ke rumah ladang.
Mereka masuk ke dalam rumah yang luas dan besar yang terletak di tengah-tengah ladang anggur.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?”
“Sebab encik dah selamatkan saya tadi.” Gadis itu tersenyum manis seperti mula-mula mereka temui.
Jimmy tenung pelik si manis itu.
“Eh, awak silap ni. Awak yang tolong saya bebas dari polis tu tadi. Bukan saya.”
Sengihan meleret tercetus dari sang gadis.
“Pertolongan tu hanya sikit jika nak dibandingkan pertolongan awak. You know pakaian design Mr. Jimmy Kimmel tu?”
“Kenapa?” Jimmy mencantum kening.
“Mr. Jimmy sendiri hubungi saya yang dia tak nak datang sebab dia tahu Puan Mirabelle tu sudah merancang penipuan dengan rakannya. Perjanjian untuk pembayaran USD 71K tu sebenarnya fake. Dia takkan bayar sebanyak tu. Jadi apa yang jadi ni ada hikmahnya. Kalau tak kerana awak, tentu saya dah ditipu Puan Mirabelle tu. Mr. Jimmy cakap, baju fesyen tadi tu bukan yang original. Itu juga fake. Jadi, Puan Mirabelle juga tertipu. Haisy tak sangka betul.” Apa yang dijelaskan gadis manis itu menimbulkan sengihan Jimmy.
“Oh patutlah awak jadi baik semacam ni. Jadi, kenapa awak bawa saya ke sini?”
“Rumah ni disewa mahal oleh Mr. Jimmy Kimmel. Tapi, disebabkan dia tak jadi datang, rumah ni dia minta saya carikan orang untuk inap. Alang-alang saya teringat awak lepas ternampak dompet awak yang tercicir dalam kereta tu, saya bawalah awak ke sini sebagai penghargaan dari saya untuk awak. Atau awak dah ada tempat lain yang dah ditempah awal?”
“Sebenarnya ya tapi… pengurus saya pun entah hilang ke mana. Saya nak hubungi staf saya pun tak boleh. Bateri telefon pun dah kong. Saya rasa okey kot kalau saya tinggal di sini sehari dua sampai saya jumpa dengan orang yang saya cari.”
Gadis itu senyum lagi dan menunjukkan bilik untuk lelaki itu berehat.
“Ha cik manis? Cik Manis tinggal di mana?”
“Di sini.” Jawapan gadis itu mencengangkan Jimmy.
“Ni rumah awak?”
“Bukan. Tapi rumah arwah papa saya. Rumah ni dijadikan guesthouse. Rumah tamu. Jadi, sesiapa saja boleh sewa bilik di sini. Makan semua akan disediakan.”
“Oh rumah tamu rupanya. Patutlah…” Lelaki itu mengangguk-angguk kepala.
Tidak sempat gadis itu memaling tubuh mahu pergi dan membiarkan lelaki itu berehat, dia ditegah.
“Nanti. Tapi, kan… takkan awak tak kenal Mr. Jimmy Kimmel tu? Macam mana awak boleh tak cam Mr. Jimmy awak tu?”
“Kami tak pernah bersua muka sebelum ini. Hanya tahu nama. Mr. Jimmy sendiri tak pernah tayang muka dia di TV. Sebab tu saya tak tahu rupa dia yang sebenar. Hm, awak berehatlah. Saya nak sediakan makan malam.”
Jimmy hanya mengangguk dan gadis itu keluar dari ruangan itu.
Malam itu, mereka makan malam bersama hanya berdua kerana hari itu tiada tetamu lain yang menyewa. Mr. Jimmy Kimmel telah menyewa seluruh rumah itu dan kini hanya mereka berdua di situ. Selesai makan malam, lelaki itu memerhati tindak-tanduk sang gadis yang sibuk membasuh pinggan mangkuk. Ponselnya berdering. Capone yang hubungi. Pantas dia menjawab dan memarahi lelaki itu hingga berbakul. Capone katakan Ray janji hendak membayar hutangnya esok dan mahu menemui dia di hotel.
“Mak!” Tiba-tiba Jimmy dikejutkan dengan suara jeritan dari ruang dapur. Dia segera ke situ sebaik memutuskan talian.
“Cik manis? Oh cik manis?” Lelaki itu mencari kelibat si manis yang langsung tidak kelihatan.
Ketika dia melangkah ke bahagian singki, dengan tidak semena tergelincir air sabun yang ada di atas lantai hingga tidak mampu mengimbangi tubuh. Dia jatuh tersembam ke atas sesuatu.
Ada debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat bertembung mata dengan seseorang. Tenungan mata lembut itu bersatu lama. Ops!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top