BAB 15

CL_15

"SA... YA... tak... tahu apa yang awak maksudkan, Mr. Jimmy?" Tergaguk-gaguk lidah Adifa ketika menutur kata.

"Mr. Jimmy? Siapa si bedebah tu? Dalam mimpi pun kau sebut nama tu. Sekarang dan semalam pun kau sebut Jimmy. Ha, aku tahu... Jimmy telah menghantar kau untuk masuk ke tempat aku dan mengintip aku, kan? Atau... Jimmy tu orang kuat Yeisati Niusi si perosak tu? Baguslah, kau dah tak boleh lari. Pengawal, bawak pembelot ni dan penjarakan dia ke dalam neraka perhitungan. Sekarang!" Zenidowi Niusi membuat spekulasi sendiri serta keputusan tegas tanpa memberi peluang untuk Adifa menerangkan siapa Jimmy mengagetkan gadis itu.

"Mr. Jimmy Jejai tu adalah awak. To... tolonglah jangan penjarakan saya, Mr. Jimmy. Di... di mana Mr. Jimmy yang saya kenal dulu? Saya percaya apa yang saya nampak tu sebenarnya tak seperti apa yang saya fikirkan. Saya tahu Mr. Jimmy bukan seseorang yang kejam sampai sanggup seksa perempuan yang lemah macam saya ni. Dan... sa... ya tahu perempuan tu semua dalam gudang tu mereka yang... yang hutang dengan Mr. Jimmy kan?"

"Kau jangan nak ada-adakan cerita yang tak wujud. Setelah onar duri kau berikan pada aku, kau ingat aku nak percayakan kau lagi dasar pengkhianat! Sepatutnya sejak dulu lagi aku bunuh kau dengan Tamani adik kau si bedebah penipu duit aku tu!" Zenidowi Niusi menolak kasar tubuh Adifa jatuh ke dalam tangkapan orang-orang kuatnya yang berbadan sasa itu dan beredar dari situ bersama kudanya yang tiba-tiba muncul gaya dunia magis tanpa menghiraukan pekikan gadis itu lagi.

Adifa dibawa pergi dengan keterpaksaan.

Beberapa minit perjalanan dengan tunggangan kuda, mereka tiba di sebuah kawasan yang tidak pernah tercapai dek akal sihat Adifa apabila matanya menyaksikan permandangan batu gunung yang dikelilingi laut biru gelap itu setinggi melangit dijadikan bentuk bangunan seperti istana bertingkat. Pintu masuk diperbuat dari besi kebal kalis peluru. Peluru? Yeisati Niusi? Ya, lelaki itu yang menggunakan senapang dan peluru itu. Pasti pintu besi kebal ini dicipta untuk mengelak dari ditembusi butir peluru sang musuh. Adifa membuat teori sendiri. Pun begitu, perasaan gentar tetap ada dalam diri kala memikirkan dirinya akan dikurungkan ke dalam neraka perhitungan seperti yang diarahkan Zenodewi a.k.a Jimmy itu.

Adifa melilau mata ke sekitar mencari kelibat si kesatria aries bengis itu yang tidak kelihatan langsung di situ. Ke manakah dia pergi? Saat ini juga, tubuhnya dibanting ke atas bahu lalu dibawa masuk ke dalam bersama beberapa lagi orang suruhan Zenidowi itu.

Semakin gadis itu melawan, semakin terasa sia-sia kerana tubuhnya yang kurus itu langsung tidak memberi apa-apa kesan pada tubuh kekar mereka. Bagaikan semut dengan gajah, memang sia-sia. Lebih naya hidupnya kini menjadi tawanan si bengis itu. Entah apa lagi akan jadi padanya selepas ini? Penjara neraka itu tempat apa agaknya? Kata-kata Zenidowi Niusi tadi jauh menusuk ke sanubari gadis itu.

Buk!

Dalam kalut mempremiskan fikiran dan keadaan, tubuhnya terasa sakit akibat dicampak ke tengah ruangan yang dilingkungi beberapa jeriji besi memuatkan beberapa figura. Di hadapannya pula, terdapat kerusi batu berukiran naga merah. Sang raja naga tiba-tiba terpaculkan diri di situ menegang wajah serta tenungan penuh bertenaga pada wajah Adifa bagai nak telan dengan mata seakan menyalanya.

"Mr. Jimmy? Tempat apa ni? To... tolong bebaskan saya." Adifa tunduk merayu lelaki itu.

Zenodewi Niusi memetik jari mengubah lokasi sekejap mata memeranjatkan Adifa. Mata sang gadis dilontar ke serata sudut pandangan. Mereka berada di kawasan tanah lembab berbatu-bata berlumut hijau gelap. Langit cerah menyangga awan mendung diselaputi kabus tebal. Tempat ini mengingatkan sang ratna pada sesuatu.

"Tem... tempat ni macam pernah tengoklah. Da... dalam mimpi tu ke? Mimpi saya berjumpa mama papa dan Tony. Mimpi kehancuran tempat ni. Awak pula yang selamatkan saya dan mati ditembak seseorang. Sa... saya tak nampak dengan jelas muka seseorang tu dan akhirnya saya pun ditembak sekali. Seluruh kawasan ni hancur dimamah bumi. Er... sungguh menggerunkan bagaikan hari sudah kiamat waktu tu." Perkhabaran rasian mimpi Adifa tempoh hari membuat Zenidowi Niusi memandangnya.

"Kau dengar sini, Teluki Ābebochi. Kalau kau menipu aku, kau tahu apa nasib kau dan di mana tempat kau?"

Langkah Zenidowi maju ke depan seiring dengan tolakan pada tubuh Adifa oleh orang-orangnya dibawa ke satu tempat. Lantas, dia memberi isyarat kepala dan mata mengunjuk ke satu arah sebagai santapan mata sang dara.

Adifa memandang ke arah yang ditunjuk lelaki itu. Terjojol biji matanya hingga jatuh tersila di situ gara-gara terkuncup hati dengan apa yang dilihat. Satu bekas mangkuk sebesar gergasi seperti bekas pemutar kuih dipenuhi orang dalam itu yang cuba memanjat mahu keluar dari situ. Namun tidak mampu kerana tubuh mereka ditarik ke dalam dengan pemutar itu hingga ada percikan darah mengecurkan liur Adifa.

"Di situlah tempat pengkhianat macam kau," ujar Zenodewi Niusi serius seraya menyebar renungan ke arah mangsa yang menerima hukuman mereka.

"Mereka tu semua mengkhianati aku macam kau juga. Ada yang berpaling tadah. Ada yang larikan harta aku. Ada pula hutang tak bayar. Lebih tragis lagi, ada yang sanggup bunuh diri dengan membakar tubuh dan rumah sendiri demi tak mahu menjalani hukuman Zenodewi Niusi, macam tu. Dan sekarang ni aku tengah mempertimbangkan hukuman yang sesuai untuk kau, wahai pengkhianat," tambah Zenidowi Niusi lagi apakala tiada respons dari sang gadis.

Adifa kala ini umpama tin kosong yang tidak mampu berkata apa-apa lagi bilamana hukuman ngeri dipertontonkan di hadapan mata. Bagaimana dia mahu membuktikan bahawa dirinya bukanlah pengkhianat seperti yang didakwa lelaki itu? Tak mungkin dia mahu akur begitu sahaja dituduh menjadi pengkhianat? Tidak! Itu bukanlah dirinya. Pantas, gadis itu dongak memindai figura si bengis itu.

"Saya bukan pengkhianat! Saya intai awak tadi sebab nak maklumkan tentang mimpi saya semalam. Saya mimpi musibah buruk menimpa seluruh rakyat di sini termasuk awak. Dalam mimpi tu, keluarga saya dan awak juga mati dibunuh makhluk yang entah sejenis apa. Dia cuba membunuh saya juga, tapi... ada sesuatu yang berjaya menghancurkan dia." Apa yang disampaikan Adifa berjaya menarik perhatian Zenidowi Niusi. Lantas, berpaling semula menilik air muka kesungguhan milik sang perawan di hadapannya ini.

Adifa mengangguk cuba meyakinkan lelaki itu dengan kisah mimpinya.

Zenidowi Niusi merapati Difireti lalu membisikkan sesuatu. "Difireti, Teluki Ābebochi yeneerehi iwineti yimesilihali?"

Maksud, 'Difireti, adakah kau rasa apa yang diceritakan Bunga Teluki itu benar?'

Difireti mengamati raut Adifa beberapa ketika seperti sedang menafsir sesuatu dari air muka gadis itu.

"Be'ayinochi iwinetini yinaeri neberi. Ine inidemasibewi isu Teluki Ābebochi āyidelemi mikiniyatumi bahiriwi yeteleye newi. Minalibati isu maraki lihoni yichilali."

Maksud, 'pada pandangan mata patik, dia bercakap benar. Patik rasa dia bukan Teluki Ābebochi kerana perwatakannya berbeza. Mungkin dia satu azimat perasian.'

Zenodewi Niusi mengendurkan wajah tegangnya memperhitungkan keputusan apa yang akan dibuat pada gadis ini nanti.

Zas!

Tika itu tiba-tiba ada seseorang bersama beberapa tenteranya muncul di situ diiringi badai melanda kawasan itu mengejutkan mereka.

Adifa terketar tubuh kerikuhan rasa di logika akal.

Siapakah yang muncul?

.................

"ETA HOYI, izihi mehoni silemayichili isuni mefelei minimi fayida yalewi āyimesilenimi," bahas Tamani yang berkuda seperjalanan dengan Yeisati Niusi mencari Teluki Ābebochi yang hilang sejak pagi itu.

Maksud, 'Tuan, saya rasa tak guna kita cari dia sekitar sini sebab dia tak mungkin ada di sini.'

Yeisati Niusi memperlahankan pergerakan kudanya dan menoleh ke arah Tamani yang menunggang kuda di sebelahnya. "Mini maletihi newi?"

Maksud, 'Maksud kau?'

"Āhuni yeti inidale yemawiqewi yimesileñali. Telekeleñi." Tamani meneruskan perjalanan memintas Yeisati Niusi dan diikuti lelaki itu dari belakang dengan penasaran.

Maksud, 'Saya rasa saya tahu keberadaan dia sekarang. Ikut saya.'

Kini mereka berada di hadapan pintu gerbang besi pencakar langit.

"Āhuni mini lemaleti inidefeleki ebañi Tamani. Ābebochi beyi izihi litaseri yichilali. Seti lige yezenodewi niyusi isireña iniditihoni ālifeqidimi." Si beku Yeisati Niusi mengangguk kepala sendiri.

Maksud, 'Sekarang saya sudah faham maksud kamu, Tamani. Teluki Ābebochi mungkin dikurungkan di sini. 'Saya takkan biarkan gadis saya menjadi tawanan Zenodewi Niusi.'

"Kezihi inasiwet'awi. Beminimi meliku minimi āyidelemi." Bersungguh Tamani tekad mahu keluarkan kakaknya dari situ dan mereka mula mencari jalan untuk masuk ke situ yang sudah tentu ada pengawal sekeliling Istana Naga Merah itu.

Maksud, 'Mari kita keluarkan dia dari sini. Tak kira walau apa cara sekali pun.'

Diam diam mereka menyelinap masuk sebaik meniup serbuk tidur di hadapan pintu besi utama yang terdapat lambang naga merah di atas puncak pintu itu.

Seluruh kawasan digeledah mencari Teluki Ābebochi langsung tidak temui sehinggalah tiba dalam satu ruangan seperti tempat singgah sana diraja pula. Sekelilingnya bagaikan balairung tempat penghakiman mahkamah pula.

Yeisati Niusi menaiki takhta dan duduk gaya raja yang memegang alam yesayeberi ini. Pengawal diraja semua sudah tertidur kesan tiupan serbuk yang dibawa mereka berdua.

Pada masa itu, Tamani membuat pemeriksaan kawasan situ mencari apa-apa bukti bahawa gadis yang dicari-cari. Jemari lelaki itu meleret sepanjang dinding batu bangunan yang berukiran naga merah dan bunga-bunga api naga. Cantik dan pandai pelukisnya menghasilkan karya seindah ini. Tamani mengkaguminya dan dengan tidak sengaja jemarinya tertekan salah satu dinding rata berkepala naga merah sehingga tubuhnya tertembus ke sebalik dinding itu menyentakkan Yeisati Niusi. Lantas. Dia bangkit mendekati tempat Tamani hilang. Dia cuba menyentuh dinding itu dan tiba-tiba terasa tubuhnya juga tertarik ke dalam dasar dinding dan tubuh itu ghaib.

Tahu tahu saja mereka telah berada di lokasi lain. Lokasi yang agak lembab berlumut hijau dan awan berputar gelap. Angin kuat menerjah tubuh kedua mereka menyukarkan mereka untuk meneruskan perjalanan. Angin apa yang kuat melanda kawasan ini? Dalam dihurung tanda tanya, kedua mereka gagah jua melangkah meninjau sekeliling mencari Teluki Ābebochi. Tidak jauh perjalanan, tiba-tiba mereka disajikan dengan pandangan yang tidak enak. Mereka perhatikan perbalahan yang berlaku. Terlihat gadis yang mereka cari ada bersembunyi di belakang sang raja naga. Yeisati Niusi memberangus marah.

"Isuni ifelialehu," pinta lelaki berwajah berapi dan pembawa badai melanda kawasan itu tadi.

Maksud, 'Aku mahu dia.'

"Inenina hizibeni Dirganasa ātasicheirañi!" larang Zenodewi Niusi sekerasnya dan langsung tidak mahu memberi muka pada mereka.

Maksud, 'Jangan ganggu aku dan juga orang-orang aku, Dirganasa!'

"Sifeliewi yenerebewi isu newi. Ina 200 āmeti kezihi yewet'abeti mikiniyati ānite nehi. Isuni sit'eñi ina nes'a tihonalehi. Minimi tech'emari neeri ālifeliimi." Dirganasa itu masih bertegas dengan kehendaknya tanpa berkompromi.

Maksud, 'Dia yang aku cari selama ini. Dan kau penyebab dia keluar dari sini 200 tahun. Bagi dia pada aku dan kau bebas. Aku takkan tuntut apa-apa lagi.'

"Beinati layi kadereiki bela hulunimi mebitocheni iniditiwesidi inidemefelii tasitawisalehi? Resayeni qadimehi irieñi, Dirganasa!" Pantas Zenidowi Niusi memanggil kudanya dengan sekilas kerdipan mata. Kuda coklatnya muncul. Dia petik jari dengan sekejap mata Adifa sudah berada di atas kuda. Kuda itu menggerakkan otot keempat kakinya dengan tangkas mendesup laju.

Maksud, 'Setelah apa yang kau dah buat pada mama aku, kau ingat aku nak biar kau rampas semua hak milik aku? langkah mayat aku dulu, Dirganasa!'

Adifa terjerit takut kerana dia tidak pernah menunggang kuda seumur hidup. Dia dikerumuni perasaan gelabah hingga hampir menyenget jatuh tubuhnya. Gadis itu berpaut kuat pada tali yang terikat pada bahagian kepala kuda. Entah sampai mana dia mampu bertahan. Jemarinya sakit dan hampir terlucut.

Yeisati Niusi dan Tamani mengejar Teluki Ābebochi demi menyelamatkan wanita itu terjatuh dari tunggangan kuda, tiba-tiba...

Zas!

Tubuh si dara ditarik naik tegak ke atas kuda dalam pelukan seseorang mengejutkan mereka. Adifa sendiri yang hampir terbang jantungnya ini juga terkinjut dan menoleh kepala. Wajah si bengis Zenodewi Niusi si gagah perkasanya itu sedang lurus memandang ke depan meneruskan tunggangannya tanpa secalit senyuman.

Dirganasa merengus lalu memberi arahan tegas pada dua orang kepercayaannya, Ādani dan Tišeri.

"Bekarilosi budini wisit'i ch'ach'ata kefet'ere bela inideti yidefirali. Lemini inide Ādani ātihomi? Ānite itiri nehi! Āre manimi liwaañi āyachilimi. Tišeri, Ādani, huletachihumi Zenidowini ina ligitani iniditimeleketu ifelialehu. Ina ānite Tišeri, lanite t'eqami sira āle."

Maksud, 'Berani dia melawan aku setelah membuat onar dalam kumpulan Carlos. Kenapa kau tak sama macam Ādani? Kau memang degil! Uh, tak ada siapa mampu lawan aku. Tišeri Ādani, aku nak kau berdua awasi Zenidowi juga gadis itu. Dan kau Tišeri, ada tugasan penting untuk kau.'

Mereka akur arahan dan masing-masing menghilang dari situ. Badai yang melanggar sekitar turut lenyap. Keadaan kembali seperti asal. Apa yang direncanakan Dirganasa bersama orang-orangnya yang sebenar? Mengapa dia mahukan Adifa?


Update pada 16 dec 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top