my

Ibu, masih ingat Ryujin?

Satu-satunya gadis yang Hoseok tunggu.

Hoseok hampir lupa dia waktu ayah meninggal.

Tak.

Hoseok dah lupa dia waktu ayah genap 3 hari pergi tinggalkan kita.

Kenapa Hoseok ceritakan pasal dia?

Sebab Hoseok teringatkan dia waktu Hoseok jalan-jalan dekat Chinatown.

-----

Jung Hoseok, 21 tahun.

Hoseok jalan seorang diri. Benci betul dirinya nak balik rumah.

Ayahnya sudah pergi tak kembali akibat kemalangan.

Tak pernah terbayang dalam hidup Hoseok.

"Jung... Hoseok?"

Hoseok menoleh lemah ke arah gadis berpakaian sopan. Jelas keayuannya.

"Ya Tuhan, Hoseok!" Teruja dia buat Hoseok geram.

Hoseok lansung tak kenal siapa gadis itu.

Lantas tubuh Hoseok dipeluk erat.

Hoseok terdiam sepi. Pelukannya, seakan-akan diperlukan oleh Hoseok.

"S-siapa kau?" Hoseok cuba meleraikan pelukan.

"Hoseok, ini akulah. Shin Ryujin!"

"R-ryujin?" Hoseok memandang dari atas ke bawah.

"Mana janji aku? Aku nak balik." Tangan halusnya dihulur.

"D-dekat rumah."

---

Ibu tahu tak? Ryujin cantik sangat waktu tu.

Hoseok tak mampu cakap apa-apa waktu tu.

Kedatangan Ryujin bagaikan satu keajaiban selepas kehilangan ayah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top