CHAPTER 70
[Happy birthday daniel]
-5 tahun kemudian-
Seorang staff berkulit putih menghampiri song ji hyo yang sedang kusyuk di hadapan laptop..
"Ji hyo.. Fanmeeting di japan dibatalkan sebab kita kena uruskan visa dan juga masih ada dua fanmeeting yang kita kena kendalikan dekat sini.. "Terang lisa pembantu peribadinya..
Ji hyo hanya mengangguk dan memberi isyarat supaya meninggalkannya sendirian di studio..
5 tahun sudah berlalu.. Bukan jangka waktu yng singkat untuk aku membina nama ku semula macam-macam yang aku tempuhi dihina, dimaki malah kontrak ku bersama leisure and Entertainment turut dibatalkan kerana isu di korea yang dipanjangkan.. Namun semuanya terjadi diluar jangkaannya dia bersama hyolyn dan tao sama-sama mencipta nama baru di UK dan sedikit demi sedikit muzik mereka diterima dan akhirnya berkat usaha mereka, mereka berjaya menubuhkan syarikat entertainment sendiri iaitu miracle entertainment yang sudah pun berusia 2 tahun..
Song ji hyo mengeluh pen ditangannya dicampak ke atas meja.. Headphone yang terlilit dilehernya juga dicampak keatas meja..
Kemudiannya jari jemarinya diketuk diatas permukaan meja sementara menunggu mak buyung hyolyn keluar dari bilik rakaman..
Pintu bilik rakaman ditutup dengan mengusung perut 7bulan hyolyn mendekati ji hyo yang sedang duduk..
"Kau ni takut aku tengok perut kau tu dah besar sangat aku suruh rest dekat rumah tak nak degil nak datang.. Ni kalau tao tau bukan kau yang kena bebel aku ni ha! "Bebel ji hyo.. Sudah acap kali dia berpesan pada hyolyn supaya ambil cuti duduk dirumah kerana kandungannya sudah sarat.. Hyolyn dan tao berkenalan ketika mereka menjaganya yang sarat mengandung selepas itu mereka mula bertunang dan akhirnya berkahwin pada tahun lepas.. Kisah cinta mereka sangat simple hanya kisah cinta dia saja penuh dengan konflik sampaikan ji hyo sudah pasrah dengan pengakhiran cerita cintanya sendiri.. Sekarang hidupnya hanyalah tertumpu pada muzik dan juga daniel..
Hyolyn duduk bersandar sambil mengusap perutnya yang sudah membulat..
"Ala kau ni.. Dekat rumah tak ada oranglah tao bukannya selalu ada dekat rumah dia kan busy dengan pembukaan entartainment kita dekat korea.. Semenjak kau busy dengan butik kau tu.. Dia yang kena uruskan.."jawab hyolyn.. Sebab itu dia lebih suka ke agensi berbanding duduk dirumah buat terberanak dekat rumah sorang-sorang haru jadinya..
Ji hyo mencebik saja je nak suruh dia balik ke korea bukan dia tak tahu agenda suami isteri ni sibuk je..
"Ji hyo... Dah 5 tahun dah.. Kau tak nak.. "
"Dah hyolyn jangan nak mulakan...kan aku dah cakap kalau sehun dah matang dia akan datang cari aku dengan daniel.. Dah lima tahun dia tak datang cari aku.. Tak kan aku nak terhegeh-hegeh cari dia.. Kalau dia sedar yang dia tu dah ada anak mungkin dia akan cari aku.. Tapi kau tengoklah sekarang lima tahun aku besarkan oh sehyo sorang-sorang.. Lama-lama macam ni aku jadi dah terbiasa tanpa kehadiran sehun"luah ji hyo..
"Kau masih sayangkan sehun? "Soalan yang betul-betul menjerut perasaannya.. Tipulah kalau dia cakap dia tak cintakan sehun.. Cintaku pada sehun semakin bertambah bila melihat anak kami daniel yang membesar saban hari peribadi dan mukanya seiras sehun anak yang manja, tegas dan sombong.. Semuanya di copy paste dari sehun..
"Cinta aku pada daniel lebih besar dari cinta aku pada sehun.. Kerana aku dah jadi seorang ibu.. "Jawab ji hyo..
Hyolyn mengangguk sungguh besar cinta sahabatnya itu pada sehun.. Cuma orang buta macam sehun yang lebih memilih ego dari cintanya sendiri sampai sekarang dia tidak faham tentang cinta ji hyo dan sehun.. Katanya hidup tanpa cinta tapi mana datangnya daniel.. Kalau buat novel kompem membaca akan muntah dan pening bila jalan cerita cinta mereka macam tiada kesudahan.. Ji hyo punya ego sebesar UK manakala sehun si namja dingin mempunyai ego sebesar kota seoul.. Ditambah pula dengan cahaya mata mereka yang sebiji perangai macam mama dan papa dia haru betul family oh ni..
"Terpulanglah ji hyo aku tak nak paksa kau turunkan ego kau.. Cuma aku nak cakap kau dah belikan hadiah untuk birthday daniel lagi 2 minit genap umur dia 5 tahun.. "Pesan hyolyn..
Ji hyo yang baru sedar dia lupa membelikan hadiah untuk anak lelakinya segera bangun dia bukan saja lupa membelikan hadiah hari lahir untuk anaknya tapi juga lupa yang hari ini hari jadi anak bujangnya itu.. Mati.. Kena bebel.. Mati..
Ji hyo mencapai jaket lalu berlari keluar..
Hyolyn menggelengkan kepalanya melihat keletah ji hyo setiap tahun dia yang kena ingatkan hari jadi daniel..
************
Gambar.. Majalah dan juga surat yang diberi song ji hyo tahun lepas dikeluarkan dari kotak..
Sehun duduk bersila sambil membuka sampul surat... Walaupun sudah berapa kali dia membaca surat kiriman ji hyo dia seakan ketagih mahu membaca isi surat itu lagi..
Gambar anak mereka ketika berusia 1 tahun dicium bersama linangan air mata. Surat dari isterinya dibuka lantas dibaca..
Oh sehun..
Saya tahu awak sudah tidak sudi membaca atau menerima apa-apa pemberian dari saya.. Dan saya tak pernah berharap untuk awak baca surat ini.. Kalau awak sedang membaca surat ini.. Saya nak ucapkan terima kasih pada awak kerana awak sudi membaca surat dari perempuan murahan macam saya.. Tapi percayalah saya tiada niat nak menipu awak.. Saya ikhlas ketika saya bersetuju untuk berkahwin dengan awak.. Saya lansung tak sangka ini semua akan terjadi.. Pada mulanya saya hanya mahu menebus kesalahan rapper d.i.a tetapi akhirnya saya terjerut sendiri..
Oh sehun biar pun sejuta maaf saya pohon dari awak itu tak akan mengubah apa-apa pun kita tetap terpisah..
Awak tetap tak cintakan saya.. Tapi tak apa saya dah boleh terima kenyataan yang awak betul-betul mahu saya pergi dari hidup awak..
Sebelum saya meninggalkan bumi korea saya sangat berharap yang awak kejar saya dan maafkan saya.. Tapi semua itu hanya terjadi di dalam drama.. Awak langsung tak datang.. Saya sedih sebab awak langsung tak nak tengok perut saya yang ketika itu sudah membentuk satu nyawa di dalamnya.. Itu saya sangat terkilan..
Hari ini nak awak dilahirkan dan awak masih tiada disisi saya..
Nama anak awak oh sehyo gabungan nama kita.. Anak kita comel macam saya.. Haha.. Setiap hari saya selalu bisikan dekat telinga anak kita yang awak seorang papa yang baik.. Cuma awak masih belum matang untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa..
Saya minta maaf.. Jika anak kita nanti ada cacat celanya sebab saya juga msih belum matang macam awak tapi saya berusaha untuk kearah itu demi daniel.. Owh lupa nama timangan anak kita daniel sebab kejiranan sukar menyebut nama anak kita.
Oklah sehun.. Saya rasa ini surat pertama dan terakhir dari saya untuk awak sebab saya tak nak kacau awak dengan irene..
Tapi andai kata awak nak berjumpa daniel.. Dan seterusnya kembali pada saya.. Saya sentiasa menanti hari itu tiba.. Sebab tiada siapa mampu ubah posisi awak dalam hidup saya.. Ingat tu..
Anyeong saranghae...
Sehun melipat kembali surat itu disimpannya di dalam kotak.. Kali ini tiada air mata.. Hanya satu perkataan yang menghantuinya selama lima tahun iaitu penyesalan.. Kerana ego dia melepaskan isteri dan anaknya pergi.. Dan kerana ego juga lima tahun sudah berlalu dia masih tiada daya untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya dia jadi malu dengan perilakunya.. Dia takut ji hyo dan juga daniel sudah mula menerima ketiadaannya.. Tentang irene dia langsung tiada hubungan istimewa dengan yeoja itu.. Sampai sekarang dia masih tidak menjelaskan hubungannya dengan irene pada media sebab itu gosip cintanya bersama irene semakin bertiup kencang... Semakin meningkat usia dia jadi semakin matang... Dia malas mahu ambil pusing tentang gosip yang langsung tidak masuk akal,hidupnya cuma tertumpu pada exo dan juga ig song ji hyo... Melihat foto-foto anak lelakinya saja sudah cukup buat dia melepaskan rindu..
Sehun menghitung detik dan tept pukul 12.00 malam sehun meniup lilin diatas sekeping kek..
"Happy birthday oh sehyo and happy birthday to me"...
**********
Ji hyo masuk ke apartmentnya apabila maid anak lelakinya membuka pintu untuknya..
"Daniel mana? "Soal ji hyo
"Daniel ada dekat dapur puan"jawab maid jessy..
Ji hyo mengangguk lantas berlari masuk ke dapur..
Dilihat anak kecilnya sedang duduk diatas kerusi kepala disembamkan diatas meja..
"Happy birthday.. Oh sehyo.. "Ucap ji hyo namun anak itu masih diam..
Lantas tubuh daniel diciut..
"Daniel.. "Panggil ji hyo..
Daniel mengangkat wajahnya yang masam sambil berpeluk tubuh dia memandang mamanya.
"Mama lambat wish birthday daniel.. Mama lambat 11 minit.. Daniel tak nak kawan dengan mama"jawab daniel lantas sikecil itu berlari masuk ke ruang tamu..
Ji hyo memandang maid nya..
"Dari tadi daniel tak nak makan tunggu puan balik"luah maid jessy yang tugasnya menjaga daniel ketika dia sibuk di agensi.
Lantas song ji hyo masuk ke ruang tamu ingin memujuk anaknya.. Rambut anaknya dikusutkan ingin memujuk daniel..
"Alah sayang sorry lah mama busy sikit.. Sorry lagi pun 11 minit je lambat.. Kan.. Janganlah merajuk"pujuk ji hyo ubun-ubun anaknya dicium penuh kasih..
"11minit tu penting tau mama.. Patutnya mama orang pertama yang wish birthday daniel bukan mama hyolyn bukan papa tao.. Mama tak sayang daniel.. "Rajuk daniel muncungnya memanjang.. Alahai anakku rungutan sayang sama macam papa..
Ji hyo tersenyum lantas hadiah yang dibelinya tadi dihulurkan pada daniel.. Pada mulanya sekecil itu menolak tapi akhirnya anak kecil itu mula mengoyakkan balutan hadiah..
"Wow gambar papalah.. Kyeopta.. Sayang mama.. Daniel nak tampal gambar ni dekat bilik daniel"usai menerima hadiah daniel terus masuk ke biliknya.. Song ji hyo senyum lantas cebisan balutan hadiah dipungut..
"Puan ni hadiah dari fan puan untuk daniel nak letak mana? "Soal maid jessi..
Ji hyo diam sambil memandang beberapa bungkusan hadiah untuk daniel..
"Simpan je dekat situ nanti daniel buka.. Itu jeke hadiahnya? "Soal ji hyo..
"Ada lagi dekat luar saya belum ambil"jawab maid jessi sambil menyusun hadiah di atas meja..
"Anak awak memang copy paste perangai awak.. "Monolog ji hyo dalam hati...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top