CHAPTER 61
[Busan day2]
Pagi song ji hyo dikejutkan dengan morning breakfast diatas katil macam sweet tapi ji hyo tak suka baginya kalau nak breakfast mestilah atas meja dah kena sampuk apa si sehun semalam.. Namun demi menjaga hatinya aku melemparkan senyuman sebagai ganti atas kebaikannya.
"Makanlah hari ni special sikit aku akan layan kau sebaiknya arreso cakap je kau nak apa aku tunaikan"pelawa sehun penuh yakin lantas dua keping sandwish disumbat kemulut ji hyo tanpa amaran.
"Nak jet peribadi boleh tak"ji hyo mengebil-ngebilkan matanya berharap yang aksinya itu nampak comel tapi mungkin comelnya tak jadi tepukan didahi yang dia dapat dari sehun.
"Kau ni agak-agak ar, kau ingat husband kau ni kaya sangat ke? "Bebel sehun lantas dia mengurut lembut dahi isterinya yang ditepuk tadi lantas keduanya ketawa lepas..
Sememangnya itulah rutin harian yang sehun rindukan bila dia bermalam di dorm tapi nampaknya selepas ini dia akan belajar untuk menghadapi kenyataan, kenyataan yang mereka sedang menghitung hari untuk membawa haluan masing-masing.
"Ji hyo kau pergi mandi biar aku pula sediakan baju kita"tubuh isterinya itu ditolak turun dari katil.
"Kita? Sejak bila pula awak ni sweet ke semalam awak tertelan lori candy"seloroh ji hyo namun dia segera mengunci mulut apabila mulut sehun mula memuncung lantas dia segera mendekati sehun diserabutkan rambut suaminya yang tadinya tersisir elok.
"Dah cepat pergi mandi lepas ni kita nak keluar date"sekali lagi tubuh ji hyo ditolak masuk ke dalam bilik air..
Lantas dia menyelongkar luggage miliknya mencari baju yang sesuai untuk date santai mereka..
Dua Jeans koyak berwarna hitam sehelai t-shirt berwarna biru untuknya dan sehelai blouse nipis berwarna biru untuk ji hyo, dua jaket tebal berwarna hitam dihamparkan Di atas katil. Jarinya telunjuknya yang runcing digigit cuba mengingat kembali apa yang tak lengkap lantas dia mengeluarkan dua snapback berwarna putih yang disponsar dari jenama halyang.
"Ok siap"sehun tersenyum bila dia berhasil menyediakan keperluan mereka selalunya song ji hyo yang menjalankan rutin harian mereka.
***********
Chanyeol meluru masuk ke dalam dorm luggage dibiarkan tersadar diluar saat ini ada yang lebih penting dari luggage sampul surat sebesar 4r yang digenggam hampir lunyai dibawa bersama kerana isi di dalamnya itulah yang penting..
"Hyung.. Hyung "jerit chanyeol sekuat hatinya 2 minit kemudian kesemua hyungnya berkumpul diruang tamu kecuali si maknae..
Chanyeol memanjangkan kepalanya cuba mencari sehun tapi hampa bila si maknae masih tidak muncul lagi.
"Mana sehun? "Soal chanyeol tergesa-gesa.
"Sehun honeymoon dengan wife dia dekat busan wae? "Soal xiumin apabila melihat chanyeol yang kelihatan resah.
Chanyeol membuka sampul surat yang sedari digenggam 4 keping gambar dikeluarkan lalu dicampak diatas atas meja diruang tamu.
Suho orang pertama yang mengambil gambar yang dibaling chanyeol mulutnya melopong melihat kenyataan didepan mata.
"Apa semua ni chanyeol mana chan dapat gambar ni semua.. kalau chan tak suka ji hyo sekali pun please jangan buat macam ni"mata chan ditenung kembali gambar tadi dirampas kai yang sedari tadi diam.
"Hyung dah kenal chan berapa tahun? Kenapa tak ada satu pun yang percayakan chan.. Apa yang korang semua tengok tu betul no photoshop, kan chan dah pernah cakap ada sesuatu yang ji hyo sembunyikan dari kita"ulas chan.
"Jadi ji hyo dan rapper d.i.a orang yang sama? "Soal d.o sambil menganalisis.gambar ji hyo ketika dia masuk ke tandas dan keluar dengan identiti rapper d.i.a baju yang sama tempat yang sama dan penampilan yang sama? Orang buta je tak tahu apa makna gambar ni.
"Perempuan tu dah tipu kita dan paling teruk sekali dia tipu sehun.. Sehun yang selama ini gilakan dia.. Dia sanggup buat maknae kita macam ni.. Kenapa dia sanggup buat macam ni chan langsung tak percaya.. Chan nak call sehun biar dia tahu siapa ji hyo sebenarnya perempuan jahat.. "Belum sempat chan mendail iPhone nya ditepis kasar lay yang tadi langusng tak masuk campur dalam bendebatan mereka..
"
Hyung"..jerit chanyeol tidak percaya dengan tindakan lay.
"Jangan call sehun jangan ada sesiapa pun buka mulut beritahu perkara sebenar sebab ji hyo bukan seperti yang kita sangka dia tak sejahat apa yang chan sangka selama ini. Dia berkahwin dengan maknae kita atas desakan sehun sendiri.. hyung sudah tahu siapa ji hyo sebenarnya dari mula lagi hyung tahu semuanya tapi hyung diamkan sebab apa yang ji hyo buat tak ada kena mengena dengan kita.. Dia tentu ada sebab kenapa dia rahsiakan semua ni.. "Jelas lay. Sebulan yang lepas dia mengikuti ji hyo ke villanya dan apa yang tersaji di depan mata buat dia tahu selama ini yeoja misteri yang menyembunyikan identitinya dengan memakai topeng adalah song ji hyo iaitu isteri sehun pada mulanya dia mahu memberitahu sehun tentang rahsia besar ji hyo tapi melihat layanan ji hyo pada sehun dia tahu yang yeoja itu tidak pernah ada niat jahat.. Yeoja itu ikhlas menjadi isteri kepada maknae mereka dan tambahan lagi cinta sehun tidak pernah sia-sia kerana sehun terlalu cintakan rapper d.i.a iaitu song ji hyo sendiri.
"Tapi apa yang dia buat tu salah setelah dia hancurkan hati sehun lepas tu dia berkahwin dengan sehun apa yang dia nak sebenarnya? Hyung pernah tak fikir perasaan sehun bila dia tahu semua ni? "Soal kai saat ini dia hanya bimbangkan sehun dia takut sehun terluka kerana pembohongan ji hyo.
"Memang tindakannya itu salah tapi ini semua takdir untuk sehun walau kita menegah sekali pun kita tak boleh menidakkan takdir"jawab lay.
Xiumin dan suho masing-masing diam duduk disofa sambil termenung.
"Sehun tolong jangan lepaskan ji hyo.. Dia orang yang kau cinta selama ni"pohon xiumin di dalam hati.
"Sehun hyung harap takdir tidak memisahkan korang berdua"monolog suho di dalam hati.
"Betul kata lay biar sehun dengar semua ni dari mulut ji hyo sendiri kita semua tak ada hak. Jadi tolong rahsiakan semua ini untuk sehun. Kita serahkan pada ji hyo. Kalau jodoh mereka panjang mereka akan tetap bersama dan andai kata jodoh mereka tidak panjang hyung tak nak ada seorang pun yang bencikan song ji hyo.. "Xiumin bangun dan masuk ke dalam bilik. Masing-masing diam kenyataan yang menyakitkan hati mereka membuatkan mereka letih dan tak dapat nak bayangkan apa reaksi sehun bila dia tahu perkara yang sebenar saat ini hanya keajaiban yang mereka perlukan demi melihat maknae mereka bahagia.
***********
[Check in busan]
Cafe sarapan pagi 'chek in busan' menjadi destinasi pertama acara date mereka walaupun cuaca sejuk fan sehun tidak pernah menjadikan sejuk itu sebagai penghalang untuk mereka menangkap moment sweet sehun dan isterinya tambahan lagi sehun tidak dijaga manager mahu pun pengawal sebab itu mereka sentiasa di asak tapi nasib baiklah cafe itu menyediakan privasi untuk mereka walaupun privasi tapi tetap juga mereka dikelilingi fan yang berebut merempuh masuk ke dalam cafe sampaikan pelayan dicafe itu sendiri mengabaikan kerja mereka demi merenung idol pujaan ramai.
Dan untuk pertama kalinya ji hyo memegang tangan sehun erat dan merenung fan yang melemparkan pandangan mengoda untuk suaminya dan pandangannya itu bermaksud 'sehun aku punya' .
Sehun tersenyum dia tahu ji hyo jeles sebab genggam tangan ji hyo tersangatlah kuat sampaikan sakit tangannya..
Mereka memesan dua latte matcha dan satu marshmallow coklat Bakar selepas itu mereka berbual-bual kosong pandangan dan pancaran lensa kamera dari peminat sehun langsung tidak menganggu mereka.
Pelayan yeoja yang sedari tadi tersenyum-senyum bila melihat sehun mengambil tugas menghantar makanan ke meja jejaka pujaannya itu sambil berjalan sambil itu jugalah dia tersenyum-senyum macam kerang busuk dan ji hyo melihat yeoja itu dengan pandangan meluat yelah melihatkan penampilan yeoja itu yang sengaja menyingkatkan skirt yang sudah pun singkat.. Dan tambah merimaskan lagi bila si sehun ni pun gatal melihat yeoja itu.. Apalagi tangan sehun menjadi mangsa cubitannya.
Dua cawan latte matcha dan sepinggan marshmallow coklat Bakar dan ekstra sekotak pepero perisa coklat diletakkan diatas meja.
"Eh! Kami tak order pun pepero ni? "Soal ji hyo
"Hello cik"tangannya digawangkan didepan mata pelayan yeoja tadi yang masih merenung sehun.. Dan sehun hanya ketawa comel melihat pelayan yeoja itu yang leka menelek wajah sempurnanya itu.
Setelah sedar pelayan itu tersenyum melihat melihat isteri sehun dan kemudiannya senyuman itu bertukar masam apabila dia baru tersedar yang idol kesayangannya itu sudah pun berkahwin.
"Mian.. Cafe kami bagi free pepero ni "jawab pelayan itu dan ji hyo mengangguk memberi isyarat mata supaya yeoja itu segera beredar.
Setelah pelayan itu meninggalkan mereka berdua ji hyo mengecilkan matanya melihat sehun yang sedang ketawa perlahan.
"Wae?? "Soal sehun bila melihat ji hyo merenungnya.
Ji hyo geram lantas kotak pepero itu dibuka kasar diambil dan disumbat kemulut sehun dengan kasar dan sehun masih juga ketawa melihat sikap ji hyo yang comel pada pandangannya..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top