CHAPTER 53
[Cerita sebenar]
Hampir 3 jam song ji hyo mengulang step tarian untuk lagu barunya tapi tetap juga guru koreografinya masih tidak berpuas hati.. Lee jong suk selaku guru koreagrafinya asyik-asyik menyuruh rapper d.i.a mengulangi step tariannya kerana hampir keseluruhan step rapper d.i.a lupa baginya kesalahan ini tidak sepatutnya terjadi pada seorang idol yang terkenal..
Sekali lagi dia merengus kasar lantas dia mencampak snapback yang digenggam..
"Kan saya dah tunjuk stepnya semula kenapa masih ada kesilapan? Boleh tak fokus.. Jangan kerana awak dah famous awak boleh buat ikut sedap tekak awak je.. Saya ni banyak kerja lain bukan nak duduk menghadap awak hari-hari.. Lepas tu step yang simple pun awak tak boleh carry.. "Bebel lee jong suk..
"Awak ingat ni agensi appa awak pun.. "Belum sempat jong suk menyambung kata penumbuk sulung rapper d.i.a hinggap dimulutnya dia tergamam nyata terkejut dengan tindakan diluar jangkaannya selama ini rapper d.i.a hanya diam ketika dia memarahi yeoja itu..
Tangan yang sakit tidak dihiraukan baginya kali ini jong suk betul-betul dah melampau dia pantang orang kaitkan nama appanya atas sikapnya sendiri. Ya dia mengaku dia memang tidak memberi fokus untuk latihan hari ini tapi perlu ke jong suk begitu lancang berkata-kata..
Lantas jari telunjuknya ditunding kearah guru koreagrafinya yang hampir 3 tahun berkhidmat untuknya.
"Kalau aku nak aku boleh beli agensi ni dengan kau sekali. Jadi please jaga mulut kau.. Sebab aku tak suka kata-kata kau dan kalau aku nak aku boleh singkirkan kau dari sini jika benar agensi ni aku punya... "Ji hyo terus mengambil begnya yang diletakkan dihujung bilik latihan langsung tak fikir tindakannya itu akan buat dia nampak jahat sebab mereka yang dluar sana selalu beranggapan yang idol macam dia hidup dikelilingi dengan kemewahan dan sanjungan tapi hakikatnya hidupnya seakan robot semuanya diatur.. Ah! Persetankan kata-kata mereka.. Mereka tiada disituasinya jadi dia tak perlu kisah dengan mulut jahat netizen..
***********
Habis semua staff mahu pun seniornya dilanggar dia langsung tak nak ambil pusing pasal pandangan orang hatinya marah bukan marah dengan sesiapa tapi dirinya kenapa?? Dia memilih jalan ini walaupun dia penat dia tetap mahu berdiri diatas pentas kerana pentas adalah sebahagian impiannya dengan woo bin tak kan semudah itu dia mahu berundur..
IPhone digenggamnya menjerit minta diangkat nak tak nak kena jawab dikerling skrin telefon bimbitnya nama jungkook tertera..
Ji hyo mengeluh panggilan itu dijawab..
**********
Song ji hyo melabuhkan punggung dihadapan jungkook yang sedia menantinya entah apa yang mahu dibincangkan jungkook sampaikan perkara itu tidak boleh dibincangkan di dalam telefon jarang sekali jungkook mahu menelifonnya jika itu bukan hal yang penting..
"Kau kena tolong suga"kata-kata jungkook buat ji hyo fokus pada bicara jungkook yang seterusnya..
"Tolonglah kami.. Kami tak nak suga terus hanyut dalam cinta dendamnya.. Kami tak nak nyawa kau jadi taruhan sebab suga sangat bencikan kau.. "Jelas jungkook langsung berterus terang baginya hanya seorang saja yang boleh menyedarkan suga iaitu rapper d.i.a yeoja yang buat hyungnya itu separuh gila. Dia tidak pernah salahkan rapper d.i.a sebab dia tahu perasaan memang tidak boleh dipaksa dan hyungnya terlalu obses sampaikan sanggup mempertaruhkan masa depan kumpulan mereka.
Ji hyo terdiam.. Dia mati kata untuk terus bersuara baginya dia bukan penyebab kepada ketidak warasan suga... Tapi dia juga perlu bertanggungjawab walau apa pun jadi dia perlu mencuba.
"Baiklah aku cuba tapi jangan salahkan aku jika pujukan aku tak memberi kesan pada suga sebab aku hanya mampu nasihat dia yang kena ubah dirinya sendiri.. Arreso.. "Ji hyo terus bangun dan meninggalkan jungkook sendirian sekarang ini dia perlu mengatur strategi untuk berjumpa dengan suga.
********
Sehun berhenti di hadapan bilik latihan rapper d.i.a hampir sebulan dia tidak bertemu dengan yeoja itu.. Tiba-tiba rindu mula memainkan peranan dan membuatkan kakinya melangkah masuk ke bilik latihan yang sudah kosong..
Dipandang sekeliling kenangan ketika first date mereka terlakar kembali dia lantas menghayunkan langkah kakinya ke tengah bilik latihan itu dimana accident kiss terjadi antaranya dan rapper d.i.a sehun diam tidak mahu tersenyum mengenangkan yeoja yang tegar menolaknya dulu.. Entah kenapa bayang-bayang rapper d.i.a diganti dengan wajah song ji hyo isterinya. Kalau dulu telefon bimbitnya penuh dengan video dan gambar rapper d.i.a tapi sejak akhir-akhir ini dia sering mengantikan gambar rapper d.i.a dengan gambar ji hyo video ketika ji hyo sedang bertungkus lumus didapur dan karenahnya ketika mereka bersama tanpa sedar dia tersenyum..
Matanya meliar disekitar bilik latihan tiba-tiba matanya tertarik pada kain yang berada dibawah meja, dia seakan pernah melihat kain itu.. Lantas kakinya diatur dan dicapai kain yang jatuh dibawah meja.. Matanya terbuntang luas apabila itu selendang yang diberinya pada ji hyo macam mana selendang ini berada disini.. Ya! Dia pasti selendang ini milik isterinya kerana design selendang ini adalah rekaannya sendiri tidak mungkin selendang ini ada dua.. Sehun mengenggam selendang itu..
Lantas sakunya diselok rantai berhuruf j yang dia ambil di studio rapper d.i.a beberapa bulan lepas dipandang lama..
Cuba mengaitkan rantai itu dengan selendang... Argh.. Fikirannya serabut..
"Tak mungkin sehun.. "Kata-kata itu diulang supaya fikirannya tidak mengarut lagi.. Dia lantas keluar dari bilik latihan rapper d.i.a membawa selendang itu bersama entah kenapa dia rasa ada yang tidak kena dengan semua ini..
************
Pergelangan tangannya digenggam hyolyn song ji hyo menoleh sekilas pada wajah sahabatnya yang tampak risau dengan tindakannya.sekarang ini mereka di tempat letak kereta apartment yang didiami suga.. Dia tahu maksud pandangan hyolyn itu.. Tapi mereka sudah pun sampai jadi dia perlu teruskan.. Dia perlu menamatkan apa yang dia mulakan dulu..
Lantas tangan sahabatnya itu dirungkai..
"Ji hyo.. Kau betul ke nak naik sorang aku risau tau.. Macam-macam yang suga boleh buat dekat kau nanti.. Bahaya tau.. Biar aku ikut sekali.. Please"rayu hyolyn risaunya mengunung..
Ji hyo tersenyum lantas tubuh hyolyn dipeluk..
"Gomawo sebab risaukan aku.. Aku janji dengan kau yang aku tak kan apa-apa.. Aku akan jaga diri aku baik-baik aku tahu sejahat-jahat suga dia tak kan apa-apa kan aku.. Kalau aku tak turun dalam masa 15 minit ni.... "Ji hyo terjeda..
"Call police.. Arreso"ji hyo terus merungkaikan pelukan dan dia terus berlari menuju ke lif.
**********
J
i hyo berhenti dihadapan pintu apartment suga tiba disini hatinya berbelah bahagi sama ada mahu masuk atau patah balik sebab dia tidak tahu apa nasibnya jika dia masuk ke dalam.. Matanya dipejamkan tiba-tiba wajah sehun menghiasi matanya dia seakan dapat melihat sehun sedang memberi galakan padanya walaupun dia tahu yang itu hanya hanyalannya saja.
Lantas langkah diatur loceng ditekan menanti tuan rumah membuka pintu.. Lima minit menunggu masih tiada tanda-tanda penghuni rumah itu mahu membuka pintu..
Baru saja kakinya mahu melangkah pergi pintu apartment itu terbuka.. Song ji hyo masuk ke dalam apartment milik suga kelihatan suga sedang berdiri membelakanginya sambil memandang dinding yang tertampal gambarnya tiba-tiba rasa takut menyelebunginya..
"Kenapa kau datang ke teratak buruk aku? Nak ejek aku.. Nak berbangga dengan pencapaian kau sekarang kau nak ketawakan aku sebab kau berjaya buat hidup aku susah ha?? "Soal suga badannya menghadap yeoja yang sangat dibencinya..
Ji hyo terdiam lantas dia memandang suga yang kelihatan tidak terurus.. Bau hapak memenuhi rongga hidungnya membuatkan dia hampir termuntah..
"Kenapa kau benci aku suga?? Aku tak rasa kau bencikan aku sebab aku tolak cinta kau? "Soal ji hyo...
Suga menghampiri ji hyo yang berdiri membelakangi pintu..
Ketawanya lepas mendengar pertanyaan ji hyo.
"Ada dua benda yang buat aku benci pada kau.. Pertama.. Kau tengok tu... "Jari telunjuknya disua ke sekeping gambar bersaiz besar yang tertampal di dinding gambar ketika dia menerima anugerah di mama award.
"Trofi tu sepatutnya jadi milik aku bukan milik budak mentah macam kau.. Aku benci setiap kali aku kena ucapka tahniah pada kau.. Tahniah atas trofi yang berjaya kau rampas dari aku...malah title the Best rapper world sepatutnya jadi milik aku.. Milik suga.. Tapi mereka semua buta mengiktiraf yeoja yang langsung tidak layak bawa gelaran itu.. Hati aku sakit bila aku terpaksa jadi bayang-bayang kau aku kena rapat dengan kau untuk pastikan kehadiran aku disedari.. Mereka langsung tak nampak aku dan bakat aku.. Aku benci kau.. Aku benci semua orang yang sayangkan kau.. Aku benci tengok kejayaan kau.. Aku.. Benci"pekikan suga ditelinga ji hyo membuat yeoja itu menutup kedua belah telinganya.. Esakan halus mula kedengaran...
"Kedua.. Aku benci kau sebab kau berjaya curi hati aku.. Curi perhatian aku.. Aku bukan saja benci kau tapi diri aku sendiri aku cintakan musuh aku sendiri aku nak kau jadi milik aku tapi dalam masa yang sama aku nak kau hancur .. Berkali-kali aku cakap pada hati aku yang aku tak cintakan kau.. Tapi setiap kali itu juga cinta aku jadi semakin dalam.. Dan aku bencikan sehun sebab berjaya miliki kau.. "Suga memegang kedua belah pipi milik ji hyo.. Melawan panahan mata ji hyo..
"Aku... Tanya kau sekali lagi... Kau cintakan aku?? "Soal suga..
Ji hyo menundukkan wajahnya perlahan-lahan kepalanya digelengkan.
Suga mencengkam pipi ji hyo kuat membuatkan yeoja itu kesakitan..
"Berambus dari sini sebelum kau menyesal seumur hidup.."Tubuh ji hyo ditolak keluar dia lantas menendang pintu apartment sekuat hatinya..
Ji hyo jatuh terjelupuk diatas lantai akibat tolakan kasar suga.. Hyolyn yang baru saja tiba dihadapan apartment suga segera berlari mendapatkan sahabatnya itu.. Tubuh song ji hyo dipeluk erat dan yeoja itu menangis dibahunya....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top