CHAPTER 50

[sebulan kemudian]

Hari terakhir dalam bulan september dipangkah ini bermakna masih berbaki dua bulan lagi dia akan meninggalkan rumah ini meninggalkan sehun dan juga meningalkan hatinya disini.. Dia jika dia luahkan isi hatinya pada sehun ini semua akan menjadi semakin rumit jadi dia memilih untuk pendam dia tak mahu dengan perasaannya ini buat sehun terluka kerana dirinya lagi dam dia juga tidak mahu memperbodohkan sehun. Setiap hari mulutnya selalu menyebut nama rapper d.i.a tanpa dia sedar yang sentiasa disisinya adalah rapper d.i.a.

Ji hyo mengeluh lantas dikerling sehun yang sedang nyenyak tidur wajah polos sehun dipandang dari jauh melihatkan wajah sehun dia jadi serba salah selama ini sehun melayannya baik tak pernah pun sehun berkasar dengannya. Dia sudah mula selesa dengan sehun tapi kenapa masa terus berjalan sehun menghitung hari untuk meninggalkannya tapi dia sedaya upaya untuk menghentikan masa supaya dia terus berada disisi sehun.

Langkah kaki ji hyo dihayun lantas dia duduk bersebelahan dengan sehun sekali lagi wajah sehun ditatap lama..
Tangan kanannya diletakkan ke dada...
Debaran yang selalu ada ketika dia sedekat ini dengan sehun kini tidak pernah berkurang malah jantungnya semakin sakit setiap kali jantungnya berdegup laju dari biasa..
Lantas tangan kirinya mengusap pipi sehun berlahan.
"Aku minta maaf.. Hanya itu saja kata yang aku mampu ungkap untuk setiap pembohongan aku.. "Monolog ji hyo dalam hati.
Tiada air mata tapi sebuah senyuman bahagia untuk seketika.. Baru saja air matanya ingin mengalir terasa tangannya yang masih dipipi sehun digenggam.

Ji hyo memandang sehun yang ketika ini juga sedang memandangnya.. Perlahan-lahan sehun bangun tangan ji hyo masih tidak dilepaskan sekarang ini hanya mata yang membuka seribu cinta baik sehun mahu pun ji hyo mereka langsung tiada kata untuk diungkap.. Sehun berwajah sayu manakala ji hyo hanya tersenyum senyuman yang semakin pudar dan bertukar tangisan halus tapi pandangan mata mereka masih kekal begitu.
Sehun mengusap air mata dipipi ji hyo.hatinya juga sebak melihat air mata ji hyo entah kenapa dia rasa air mata itu berpunca darinya.

"Do.. Do.. You love.. Me?? "Soalan yang terlahir dari mulut ji hyo buat sehun tersentak..
Dia diam merenung wajah ji hyo. Kemudiannya dia menundukkan wajahnya perlahan-lahan kepalanya digelengkan perlahan walaupun hatinya berkata lain.
"Aniya... "Jawab sehun namun dia sedikit terkejut apabila bibir ji hyo mendarat di bibirnya. Sehun diam tanpa kata..
Kemudiannya ji hyo mencium dahi sehun lama.
"I'm fine.. I'm fine"kata-kata itu diulang cuba memberi isyarat pada hatinya yang dia okay..
Kedua belah pipinya dipegang sehun.
"Tidurlah.. Esok nak bangun pagi.. "Tubuh ji hyo ditolak dan diselimutkan tubuh isterinya itu.. Perlahan-lahan mulutnya didekatkan ke telinga ji hyo.
"Tidurlah dan pastikan esok kau bangun dengan penuh pengharapan yang hati aku akan terbuka untuk kau..mian.."mata ji hyo ditutup menggunakan kedua belah tapak tangannya kemudiannya dia turut berbaring disebelah ji hyo..
Dibiarkan ji hyo masuk kedalam dakapannya.
Dalam diam dia rasa bersalah kerana mendera perasaan gadis sebaik ji hyo. Dia tidak mahu memberi harapan pada ji hyo sedangkan dia sendiri tak tahu kemana perasaannya ketika dia berhampiran dengan rapper d.i.a dia yakin yang dia masih cintakan yeoja itu, tapi bila dengan ji hyo yeoja yang baru sebulan bergelar isterinya dia rasa macam perasaan sayang itu sudah ada.. Sehun mengeluh dia mengusap kepala ji hyo tidak pasti sama ada gadis itu sudah tidur atau pura-pura tidur.
"Kalau kau tak ada perasaan dengan ji hyo kenapa kelakuan kau tunjuk sebaliknya.. Apa yang ada dekat kepala kau oh sehun"monolog sehun dalam hati. Perlahan-lahan matanya berat dan dia tertidur sambil mendakap ji hyo.

***********

Ji hyo bangun sambil mengalih tangan sehun yang elok memeluk pinggangnya. Dia duduk bersila sambil memandang sehun yang masih pulas tidur..
Peristiwa semalam bermain di dalam kepalanya lantas mulutnya ditepuk kasar dahinya diurut lembut mengenangkan kelancangannya meluahkan perasaan pada sehun semalam buat kepalanya sakit. Dan mulutnya dicubit-cubit berkali-kali menyesal kerana sudah terlanjur mencium hantu susu tu..

Sehun terbangun apabila mendengar rungutan pagi dari ji hyo mak nenek ni selalu bangunkannya dengan perangai yang tak berapa nak matang lantas dahi isterinya itu ditepuk kuat sampai merah.
"Kau dah kenapa? Gila.. Dah tak waras ke? "Soal sehun sambil menonton matanya yang gatal biasalah pagi-pagi lagi. Dikerling jam di dinding baru pukul 6 pagi.
"Er... Em... Say.. Saya"ji hyo gagap rambutnya dipintal kasar gugup rasanya nak mengeluarkan suara setelah apa yang terjadi pada mereka malam tadi.
"Dah gagap pula.. Cakaplah cepat aku tepuk mulut kau baru tau"ugut sehun mereka memang macam ni selalu bergurau kasar dan yang ajarnya mesti si kenit 19 tahun ni. Kalaulah orang diluar sana tahu life mereka kompem mereka ingat dia mendera isterinya tapi itu salah satu cara untuk buat mereka tak nampak berpura-pura dan mereka selesa dengan cara ini jadi persetankan kata-kata mereka diluar sana.
"Saya minta maaf pasal semalam anggap je saya mengigau saya tak sepatutnya cakap macam tu dekat awak.. Lupakan ye pasal semalam"luah ji hyo kepalanya ditundukkan enggan melihat mata sehun takut termalu sendiri.
Sehun ketawa perlahan lantas kepala isterinya dipegang.
"Ala tak payahlah minta maaf bukan salah kau.. Salah aku sebab hensem sangat tu yang kau mengigau tu"jawab sehun selamba.
"Tak sangka pula awak selalu bawa bakul angkat sendiri hensem lagi d.o oppa"jawab ji hyo.
"Eleh kalau dia hensem pergilah kahwin dengan dia tak yah kawin dengan aku"jawab sehun sedikit pelik intonasinya cemburu mungkin??. Lantas tubuh ji hyo ditolak ketepi dan dia terus masuk ke dalam bilik air meninggalkan ji hyo yang terkebil-kebil melihatnya.
"Sumpah aku tak faham dengan Mamat ni.. Lama-lama duduk dengan dia aku pun tak faham dengan diri aku sendiri.. "Bebel ji hyo lantas dia membawa diri ke almari putih dibuka dan diselak satu persatu bajunya dan baju sehun.
T-shirt biru dan seluar jean pendek kepunyaan sehun dikeluarkan dan diletakkan diatas katil mereka, kemudiannya dia turut mengeluarkan baju yang sama dengan sehun diletakkan diatas katil. Setiap hari rutinnya begini bangun je dari tidur dia akan memilih pakaian bagi pihak sehun selepas itu baru dia mandi.

***********

Kereta bmw milik sehun membelok ke kiri dan berhenti di perkarangan dorm hari ini mereka akan bermalam di dorm exo dan keesokan harinya mereka akan bertolak ke jepun untuk konsert exo mujurlah jadual ji hyo tidak padat bolehlah juga dia mengikut sehun, dia terpaksa juga ikut sehun takut-takut namja itu dapat hidu kemana dia pergi selama ini jadi untuk menjadikan rahsianya kekal rahsia dia terpaksa berkorban masa untuk sehun.

Sehun mematikan enjin kereta dipandang ji hyo yang duduk disebelahnya lantas tangannya mengapai beg kertas di tempat duduk belakang dihulurkan beg kertas itu pada ji hyo.
"Apa ni? "Soal ji hyo lantas kain panjang bercorak nama sehun dikeluarkan dari beg kertas itu.
"Itu selendang aku beli dekat malaysia bulan lepas.. Tu hadiah hari jadi kau sorry lambat bagi aku harap kau suka"jawab sehun.
"Lagi satu aku nak cakap.. Kau jangan terasa hati dekat lay dan chanyeol dia orang sebenarnya baik. Kalau dia cakap apa-apa yang menyakitkan hati please ingat yang dia tak berada dalam situasi kita. Dan jangan rapat dengan suho"sambung sehun lantas dia membuka pintu kereta dan keluar.
Ji hyo senyum lantas selendang yang diberi sehun dililit kelehernya.....cantik..

************

Kesemua member exo sedang bersantai sambil menonton televisyen riuh apabila suara chen dan baekhyun bergabung menjerit teruja yelah bukan senang dapat berkumpul sebegini lantaran jadual mereka yang padat jadi inilah masa mereka bergembira..

Pintu terkuak dari luar membuatkan kesemua member exo mengalihkan kepala mereka serentak kearah sehun dan ji hyo..
Chen, d.o, kai, baekhyun, suho dan xiuman menyambut mereka baik tapi sebaliknya lay dan chanyeol mereka hanya diam languang tidak bersuara .
"Ingat sehun datang sorang hun dah lupa ke? ni dorm lelaki jadi yeoj tidak dibenarkan"lay bersuara sambil berpeluk tubuh memandang ji hyo dan sehun silih berganti.
"Lay"xiumin menyengol lengan lay memberi isyarat pada lay supaya diam namun itu dapat didengari chanyeol yang berdiri disebelah lay.
"Betullah apa kata lay hyung ni dorm lelaki jadi dia buat apa dekat sini"sokong chanyeol.
"Boleh tak korang jangan lancang sangat. Ji hyo isteri sehun dan sehun masih member kita jadi tak salahkan sehun bawa isterinya korang ni dah kenapa? "Soal suho geram selalunya dia diam bila lay dan chanyeol merungut berkenaan ji hyo dihadapan mereka. Tapi bila lay dan chanyeol terang-terangan menunjukkan ketidak selesaan mereka pada ji hyo itu Agak melampau.
"Sudahlah hyung kenapa nak bergaduh pasal hal kecik ni. Kalau hyung tak suka ji hyo itu bermakna hyung tak suka kan pilihan sehun. Hyung tak pernah nak suka setiap keputusan hun,ni life hun kenapa hyung nak aturkan. Makin lama makin sehun rasa yang hyung semua akan jadi penyebab sehun keluar dari exo.. "Usai berkata-kata dia terus menarik tangan ji hyo keluar dari dorm.

"Puas hati korang berdua puas? Ke nak tunggu sehun keluar dari exo baru korang puas dah banyak kali hyung cakap itu pilihan sehun baik buruk pasangannya itu kita tak boleh nak tentukan hidup sehun. Sekarang ni hyung nak dengar dari mulut korang berdua sebab apa korang bencikan ji hyo?"soal xiumin dipandang lay dan chanyeol silih berganti namun kedua namja itu hanya menunduk menukur lantai.

"Tak ada kan?? Korang kena ingat ji hyo bukan saja isteri sehun tapi juga exo-l jadi mana janji korang berdua untuk selalu menyayangi exo-l?lepas mereka berpisah rasanya ji hyo akan kekal exo-l atau tidak selepas layanan buruk yang dia terima dari group kesayangannya?korang dah besarkan?jadi fikir sendiri jangan nanti korang menyesal kerana korang berdua punca sehun keluar dari exo"selesai bercakap xiumin dan diikuti yang lain naik keatas meninggalkan lay dan chanyeol.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top