CHAPTER 49
[Coming soon]
Suga merenung biasan wajahnya dicermin bilik air aparment nya ditepi cermin itu tertampal gambar ji hyo..
Suga merenung gambar itu dengan dendam yang semakin membara kerana ji hyo berani mencabar kelakuannya dengan mengugutnya..
"Argh... "Suga menumbuk cermin itu berkali-kali tangannya yang berdarah dijilat dan dia tersenyum sinis, kemudiannya dia tertawa sambil menanggalkan gambar ji hyo..
Dia duduk bersandarkan tab mandi kaki dilunjurkan jarinya mengitari gambar ji hyo yang sedang tersenyum gambar yang diambil ketika ji hyo sedang sibuk melayan pelanggan di cafe miracle..
Suga ketawa mengenangkan betapa lemahnya ketika dia diugut ji hyo tadi dalam sejarah hidupnya tidak pernah seorang pun yang memijak-mijak maruah dan harga dirinya selama ini dia disanjung tetapi bila dia kenal yeoja yang mempunyai dua personaliti itu hidupnya dipenuhi dengan dendam dia kalah bila melihat mata milik yeoja itu hatinya berbelah bahagi dengan dendam dan cinta ya! Cinta dia tak menipu dia memang cintakan ji hyo tetapi ketika yeoja itu menolaknya dia tak terima dan dendamnya semakin bercambah ketika yeoja itu memukulnya di parking lot.
"Cinta boleh membunuh dan juga boleh menyembuhkan dan... Cinta aku boleh membunuh cinta kau pada sehun... Aku benci kau.. Aku benci kau.. Argh... "Suga menjerit gambar ji hyo digenggam kemas bergema jeritannya di dalam bilik air..
Suga bangun dengan titisan darahnya yang mengalir ditangannya, dia keluar membuka almari dan mencapai sebuah beg yang disorokkan dicelahan baju..
Lantas kotak itu dibuka kasar pistol yang terletak elok di dalam kotak dipandang tanpa niat untuk pegang lantas matanya kabur dengan air mata fikirannya bercelaru lantas kotak itu dibaling ke dinding..
Suga merentap rambutnya kasar,mukanya diraup berkali-kali fikirannya diasak dengan perasaan dendam hati kecilnya mula mempersoalkan tindakan kejamnya manakala otaknya masih merangka agenda yang mampu diberi gelaran sebagai pembunuh ya! Dia ada niat untuk membunuh ji hyo tapi setiap kali dia punya perasaan itu hatinya selalu kalah melihat kembali segala kebaikan yang pernah ji hyo beri padanya sampailah dia menyimpan perasaan pada ji hyo.
Perasaan yang mengubah segalanya cintanya ditolak buat dia rasa terhina habis semua terkambus segala kebaikan ji hyo padanya dulu..
Suga menghempas badannya diatas katil merenung siling kosong lantas pil tidur yang digenggamnya tadi dimasukkan ke dalam mulut..
"I ha... Te... You"perkataan itu diulang sampailah matanya tertutup rapat..
***********
"Ji hyo... "Jerit sehun dari dalam biliknya. Manakala ji hyo yang berada di ruang tamu terkejut dengan jeritan padu bukan takut dengan jeritan tu tapi lebih kepada geram yelah bukannya telinganya pekak nak dengar panggilan hantu susu tu jadi tak payah lah menjerit sampai timbul urat tekak.
Ji hyo mengambil langkah pura-pura tak dengar tu mesti suruh ambilkan tuala macam tak boleh ambil sendiri apa guna tangan panjang kalau ambil tuala pun nak harapkan orang..
Biskut panda yang masih berbaki di dalam piring disumpat ke dalam mulut sesekali matanya bersinar melihat actor kesayangannya iaitu lee min ho yang sedang beraksi di dalam kaca televisyen hilang terus bebelannya bila melihat senyuman Bintang halyu itu.
"Oh! Lee min ho saranghae.. "
Pap TV dimatikan oleh siapa lagi kalau bukan hantu susu..
"Bwo. Saranghae yah! Budak katek kau tak dengar ke aku panggil kau.. Asyik-asyik dengan lee min hoo kau tu.. Saranghae?? Ei geli aku kalaulah actor kau tu dengar perkataan tu dari mulut kau kompem mati berdiri dia"bebel sehun sambil mencapai remote control dan menutup televisyen.
"Jeles cakaplah jeles masalah betullah awak ni saya baru nak tengok TV yang awak mengedik panggil saya dah kenapa? "Soal ji hyo sambil mencapai majalah diatas meja disebelah sofa.
"Nah pakai ni"sehun membaling sehelai t-shirt hitam bercorak berkataan 'wife'..
"Awak nampakkan saya pakai baju nak pakai apa lagi"tolak ji hyo baju itu dibaling kemuka sehun..
Sehun menahan geram lantas t-shirt yang dipakai ji hyo ditarik kasar..
"Yah!! Awak buat apa ni? "Soal ji hyo sambil memukul tangan sehun yang cuba membuka bajunya.
"Pakai atau aku yang pakaikan pilih"
Berdesup ji hyo berlari naik ke atas menyalin baju sebelum hantu susu tu buat benda yang aneh-aneh. Sehun tersenyum dengan kemenangannya lantas punggungnya dilabuhkan ke sofa mencapai biskut panda yang sering menjadi santapannya.
"Alamatnya hari-harilah kena makan biskut... "Sehun ketawa perlahan.
*********
[Cafe dance]
Diluar cafe dance sudah dipenuhi dengan fan yang mula sedar kehadiran sehun dan isterinya sebab itu pintu cafe ini ditutup bagi memberi privasi pada sehun dan ji hyo..
Sehun mengenggam tangan ji hyo dan duduk dimeja yang berhampiran dengan dinding kaca bagi memudahkan fan melihat kemesraan mereka..
Sementara menunggu pelayan datang sehun mengambil kesempatan untuk meramas tangan ji hyo yang berada di atas meja maka jeritan histeria daripada para peminat mula meriuhkan suasana ji hyo tidak kekok malah dia juga turut bermain dengan jemari sehun sudah acap kalu sehun berperangai begitu dan dia layankan saja..
"Nak tanya boleh? "Soal ji hyo..
Sehun mengangguk perlahan
"Baju ni dah okay dengan perkataan wife tapi kenapa ada perkataan coming soon dekat bahagian bawah baju ni? "Soal ji hyo pelik sebab baju ni Agak aneh..
"Nasib aku betul dapat isteri bengap abadi ni.. Coming soon tu baby lah bengap"jawab sehun
"Baby?? "
"Kau jangan fikir bukan-bukan pula ni baju tajaan so nak tak nak kena pakai arreso lagi pun comel apa"jawab sehun.
Namun perbincangan mereka terhenti apabila pemilik kedai itu datang sambil mengendong baby..
"Mian lambat anak saya meragam tu yang saya dukung bawa ke sini.. Nak pesan apa ya? "Soal pemilik kedai yang kelihatan Agak muda mungkin berusia lewat 20an.
"Em. Boleh tak saya nak dukung baby ni"soal sehun sambil bermain dengan jemari sikecil.
"Jinja?? Sure... "Lantas si anak kecil dihulurkan pada idol pujaan ramai itu.
Ji hyo hanya memerhati setiap gerak geri sehun nampak yang sehun betul-betul sukakan budak-budak. Tanpa sedar ji hyo memegang perutnya berfikir adakah dia pantas melahirkan zuriat sehun walaupun dia belum tahu kepastian hubungan mereka..
Selepas mengambil pesanan pemilik kedai itu meninggalkan anak lelakinya dipangkuan sehun..
"kyeopta lah bo gum ni.. "Pipi sikecil dicubit lembut teruja betul dapat memangku anak kecil itu.
"Kan... Lagi comel bila saya yang gendong dia meh sini giliran saya pula"kedua tangannya dihulurkan bagi menyambut si kecil itu tapi sehun malahan menepuk tangannya kuat.
Sehun bermain dengan anak pemilik cafe itu tanpa sedar dia mengabaikan ji hyo. Kesiankan ji hyo sehun menyerahkan juga bo gum pada ji hyo jelas sekali ji hyo juga sukakan budak-budak ji hyo tak nampak kekok ketika melayan anak kecil itu entah kenapa dia sukakan wajah tenang ji hyo ketika memujuk anak kecil itu daripada menangis terserlah sikap keibuannya dia pasti satu hari nanti ji hyo akan menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya selepas dia melepaskan ji hyo pergi nanti..
Dua kopi mint dan dua keping kek Tiffany blue terhidang dihadapan mereka ji hyo langsung tak tertarik dengan hidangan mereka tapi ji hyo lebih tertarik pada bo gum..
"Maaflah bo gum susahkan kamu berdua"
"Eh! Tak adalah kami memang suka budak-budak lagi pun bo gum ni comel sangat"jawab sehun sambil memegang tangan bo gum.
Pemilik kedai itu ketawa perlahan..
"Nanti bila kamu berdua ada anak kompem lagi comel dari anak saya"
Baik sehun mahu pun ji hyo masih berpandangan sesama sendiri dan sehun ketawa perlahan..
"Haha.. Coming soon... "Jawab sehun jelas sekali sehun tidak selesa dengan kenyataan pemilik kedai itu..
Dan ji hyo juga turut ketawa habis tu tak kan nak menangis bila mendengar kenyataan balas si hantu susu ni..
Bo gum diserahkan kembali pada ibunya dan mereka mula menikmati hidangan di depan mata tanpa sedar sehun sedang memerhatikan ji hyo yang sedang menikmati kek Tiffany blue kesukaannya itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top