CHAPTER 44

[Pertengkaran]

haha memulas tompol pintu bilik hyungnya apabila dia mendengar esakan yang mengila dari bawah dah boleh dengar sebab tu dia berlari naik ke atas.masuk-masuk dua ekor makhluk sedang menghabiskan tisu dengan mengesat hingus dan air mata mereka.haha mengelengkan kepalanya.

"Yah!pabo"jerit haha namun suaranya yang kecik dan nyaring itu langsung tidak menganggu fokus kwang soo dan jong kook.

"Diamlah"marah kwang soo ditariknya lagi tisu yang berada disebelahnya.

"Kau sedaplah dapat pergi wedding ji hyo kita orang berdua mereput dekat rumah tengok video wedding ji hyo.terkilan tau terkilan"jawab jong kook dia juga sama menangis.

"Ye tau tapi tak yah lah over sampai satu hari satu malam dok terperuk dalam bilik lepas tu meratap pilu macam orang hilang bini.... chill lah..tapi best tau wedding ji hyo gempak gila"

"Pap"bantal yang dipegang kwang soo dibaling kearah hyungnya itu orang tengah sedih dia tambahkan lagi kesedihan denga bercerita pasal kemeriahan majlis perkahwinan ji hyo.hati mana tak sakit.

Haha ketawa dan keluar dari bilik hyungnya itu dia kasihan kan mereka, tapi tak reti nak tunjuk sebab diantara adik beradiknya yang dia yang paling kuat membahan orang.

Haha duduk ditangga bingkai gambar perkahwinan adiknya ji hyo ditatap, adiknya kelihatan bahagia berada di samping sehun yang kini bergelar adik iparnya tapi ada sesuatu yang buat tidak sedap hati iaitu rahsia besar adiknya.entah apa akan jadi pada perkahwinan mereka jika sehun mengetahui identiti ji hyo.adakah penceraian jalan yang mereka pilih disebabkan rahsia ini?.persoalan itu akan terjawab jika ji hyo berterus terang pada sehun.

********

Mpv hitam milik member exo hampir 20 minit berada diatas jalan raya meredah deretan kereta dan sepanjang perjalanan itu juga member exo lebih suka berdiam diri.d.o dan kai sudah lama terlelap chanyeol yang duduk dibahagian depan asyik termenung merenung jalan raya.sedari semalam pagi hatinya tidak sedap tentang isteri sehun dan perasaan tidak sedap hatinya semakin bertambah apabila dia lihat song ji hyo berbual dengan lelaki misteri di hadapan lotte hotel.
Semalam dia mengekori ji hyo dan dia ternampak ji hyo bertengkar dengan lelaki misteri butir bicara mereka langsung tidak difahami sebab itu dia rasa ada sesuatu yang dirahsiakan dan dia akan siasat siapa ji hyo sebenarnya.

"Chan okay tak ni?"soal suho yang sedang memandu.

Chanyeol berpaling menghadap hyungnya.

"Okay"jawab chanyeol perlahan.

"Yeke okay?habis diam je dari tadi,selalunya riuh mpv ni"soal suho.

"Aar hyung semalam dekat bilik dah macam tak ada penghuni selalunya malam-malam kita orang riuh.tapi semalam chan ni asyik termenung je"sampuk baekhyun.

Chanyeol terdiam masih mempertimbangkan sama ada mahu memberitahu keraguannya atau merahsiakannya.

"Chanyeol tak sedap hatilah pasal ji hyo tu,dia macam sembunyikan sesuatu dari kita dan sehun"jelas chanyeol masih bermain dengan teka-teki.

lay menepuk tangan secara tiba-tiba membuatkan dia menjadi perhatian.

"aku setuju dengan chanyeol"
Chanyeol menoleh melihat lay yang duduk dibahagian belakang.

"Sudah-sudahlah tu chan lay tak baik kita buruk sangka pada ji hyo nak-nak lagi ji hyo tu dah jadi isteri sehun maknae kita.cuba bayangkan kalau sehun ada dekat sini mesti dia kecik hati dengar kita cakap macam tu"bangkah suho namun chanyeol menjeling hyungnya.

"Hyung ni dari semalam asyik nak sokong ji hyo je..siapa sebenarnya kawan kita sehun ke ji hyo?"soal chanyeol panas hati.

Baru saja suho mahu membalas mulutnya tertutup rapat bila xiumin menegakkan badannya memandang kesemua member exo.

"Jangan jadikan sehun dan ji hyo isu kita bergaduh hari ini.chanyeol,lay please respect pilihan sehun kalau tak suka jangan tunjuk terang-terang korang kena ingat mangsa keadaan sekarang ni song ji hyo bukan sehun.jangan kerana sikap korang yang terlalu prejudis ni buat kita nampak jahat di mata ji hyo.sepatutnya kita semua ni patut..."jari telunjuknya dihalakan pada kesemua member exo.suasana di mpv yang tadinya riuh kini sunyi sepi masing-masing terdiam.

"Berterima kasih pada ji hyo sebab korbankan life dia untuk sehun.korang tak kesian kan dia ke awal-awal dah ada kelab hater macam mana nanti kontrak dia orang habis dan dia orang berpisah..yang dibenci,dihina dicaci dan di maki adalah ji hyo bukan sehun.ada korang fikir?em?lay?chanyeol?jawab kenapa senyap?"soal xiumin sambil memandang chanyeol dan lay silih berganti dia bukan marah cuma dia perlu buka mulut untuk menyedarkan mereka.

Tapi ternyata chanyeol dan lay hanya diam bermain dengan jari-jarinya Mereka.

"Jadi tolong mulai hari ini hyung tak nak dengar korang semua bergaduh disebabkan ini arreso?"putus xiumin dia sebagai ahli tertua harus bertegas jika tidak..kemungkinan isu akan jadi penyebab hubungan mereka satu kumpulan retak walaupun dia tidak pasti berapa lama lagi group ini akan bertahan,tapi yang pastinya selagi dia ada dia dalam group ini dia tak kan sesekali biarkan kumpulan ini bergaduh sesama sendiri.
itu janjinya pada bekas member exo.

********

kehulu kehilir sehun mencari ji hyo dari tingkat ke tingkat sampailah ke lobi namun bayang-bayang isterinya itu langsung tidak kelihatan,isterinya itu terus hilang setelah keluar dari kawasan kolam berenang panggilan telefonnya juga tidak bersahut.

Lantas kaki panjangnya menuju ke arah kaunter pertanyaan dimana dua orang yeoja yag sedari tadi merenungnya sambil tersenyum-senyum berada.

"Em..ada nampak wife saya tak?"soal sehun snapback dikepalanya ditanggalkan.

"puan ji hyo..em..kalau tak silap saya..dia ada dekat bilik karaoke tingkat 4"jawab yeoja yang memakai tag nama eun hye itu.

Sehun tersenyum lantas terus berlari menuju ke lif da bergerak ke tingkat empat bangunan lotte hotel.

Ting...
Pintu lif terbuka dan sehun terus berlari masuk ke bilik karaoke vvip..pintu di buka dan mulut sehun terlopong bila didalam bilik itu bukan ada ji hyo saja tetapi ada seorang namja yang hampir 2 tahun menghilangkan diri seorang namja yang sangat dirinduinya.

Song ji hyo dan tao serentak bangun dan membalas panahan mata sehun yang masih kaku ditempatkan.

Song ji hyo menelan air liur payau melihat muka sehun yang serius.tadi ketika dia keluar dari kawasan kolam berenang dia menghubungi tao untuk luahkan segalanya kebetulan pula tao belum lagi pulang ke china selepas majlis perkahwinannya jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi ke pusat karaoke tak sangka pula sehun mencarinya.

"Bro ak.."belum sempat tao menghabiskan kata-kata penumbuk sulung dari sehun tepat mengenai hidungnya.

"Sehun..."jerit ji hyo

"Itu penumbuk mewakili member kita"

Tao memegang hidungya yang berdarah namun sekali lagi penumbuk hinggap di pipinya.

"Itu penumbuk dari aku.."sehun menangis lalu memeluk tubuh tao chingu yang sudah lama menghilangkan diri.chingu yang mengubah kehidupan exo buat selamanya.

Mereka berpelukan dan menangis.ji hyo yang memerhatikan drama sebabak antara mereka juga turut menangis.

Sehun melepaskan pelukan mereka pergelangan tangan ji hyo ditarik kasar keluar dari bilik karaoke meninggalkan tao yang masih pelik dengan tingkah laku sehun.

*********

Raut wajah sehun serius pergelangan tangan ji hyo terus digenggam biar pun gadis itu merintih supaya dilepaskan.

Setibanya di dalam bilik tangan ji hyo dilepas mata ji hyo ditenung.

"Jelaskan aku apa semua ni"soal sehun tegas mukanya berbahang marah.

"Tao tu kawan baik saya dari highschool.."jelas ji hyo suaranya tersekat-sekat bila melihat sikap kasar sehun.

"Pergi matilah dengan kawan kau ke apa?sekarang ni aku tak nak kau jumpa tao lagi..selagi kau bersama aku..aku tak nak disebabkan scandal kau ni nama aku buruk"

Jeritan sehun buat ji hyo geram tangannya digenggam kemas.

"Owh awak kira nama awak je yang buruk.habis tu lepas kita dah tak ada apa-apa nama siapa yang akan busuk awak atau saya..awak siapa nak halang saya dari berkawan dengan tao..semua ni tak ada dalam kontrak so..saya bebas nak buat apa saja.."jerit ji hyo kesabarannya semakin menipis bila sehun cuba mengawal perilakunya.

"I'm your husband..jadi aku sebagai suami kau berhak melarang, aku tak nak kau ada kena mengena dengan tao mahu pun exo arreso"usai memberi amaran sehun terus keluar dari bilik.

Ji hyo terduduk merenung pintu yang dihempas sehun tadi, baru semalam hubungan mereka okay kini disebabkan tao semuanya jadi kucar-kacir macam mana kehidupan dia selama tiga bulan dengan si dingin sehun.
"Aku tak faham kau sehun kau pelik sikap kau selalu buat orang salah sangka"monolog ji hyo dalam hati.

Bunyi mesej masuk menganggu menunggannya mesej dari kwang soo.

Noona!lusa noona ada comeback stage pukul 8 so noona kena  balik ke sm esok
-kwang soo

Arreso
-ji hyo

Ah!sudah bala apa pula kali ni macam mana dia nak balik ke sm kalau mereka ada berbaki seminggu lagi untuk honeymoon.nak cakap apa dengan sehun dahlah angin dia tak berapa elok.aduh masalah-masalah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top