CHAPTER 32
[Bakal menantu]
Sedang song ji hyo sibuk menyediakan coffee untuk tuan dan puan oh..
Puan oh mendekatkan bibirnya ke cuping telinga suaminya..
"Ni lah heroin yang selamat kan saya bulan lepas tak sangka pula dia bakal menantu kita"terang puan oh matanya melirik kearah song ji hyo yang sedang ralit membancuh kopi untuknya..
"Jinja? Daebak jadi awak setujulah dia jadi menantu kita? "Soal tuan oh dalam nada berbisik
Puan oh mengangguk laju sambil menunjukkan isyarat Bagus pada suaminya..
Seketika kemudian masing-masing diam apabila song ji hyo datang dengan membawa dua cawan kopi..
Kopi diletakkan dihadapan tuan dan puan oh..
"Jemputlah minum ni kopi special dari cafe kami"pelawa song ji hyo..
Tuan oh dan puan oh serentak menghirup kopi panas itu perlahan..
Tuan oh menggelengkan kepalanya menikmati keenakan kopi special dari cafe miracle jadi betullah yang cafe ini terkenal dengan keenakkan kopinya..
"Wah! Sedapnya kopi ni.. Kopi apa ni? "Soal tuan oh di ia kan puan oh dia juga mempunyai pendapat yang sama.
"Oh! Nama kopi ni sehunnie coffee.. "Jawab ji hyo dengan penuh yakin..
Puan oh tersedak apabila mendengar nama anaknya disamakan dengan kopi..
"Ji hyo minat sehun exo ke? "Soal puan oh..
"Mama oh kenal sehun exo ke? "Soal ji hyo tidak percaya yelah umur mama oh sudah lanjut jadi dia kira yang mereka mesti tidak mengenali siapa itu exo.
"Kenal sangat.. "Jawab mama oh..
"Aar.. Dia kan an... "Belum sempat tuan oh menyambung kata mulutnya ditutup puan oh memberi isyarat yang dia tak patut membocorkan rahsia mereka..
"Wae? "Soal ji hyo apabila melihat perlakuan aneh mereka.
"Aniyo.. Mestilah kami kenal sehun sebab kami minat exo juga"jawab tuan oh.
Mata ji hyo terbuntang mendengar kenyataan tuan dan puan oh..
"Jinja? Wah! Tak sangka pula yang mama oh dan.."
"Panggil saya papa oh"
"Tak sangka betullah yang saya jumpa exo-l senior.. "Kelihatan song ji hyo teruja mereka berdua adalah exo-l
Tiba-tiba timbul pula mentol lampu yang menyala dikepala puan oh.
"Ji hyo pergi tak konsert exor'dium? "Soal mama oh sambil menghirup sehunnie coffee perlahan.
"Entahlah tak pasti"jawab ji hyo..
"Pergilah dengan kami.. Nanti kami jemput kamu ye.. Inilah cara kami nak balas jasa kamu sebab tolong kami tadi"rayu tuan oh cuba memancing song ji hyo mengikut mereka ke konsert exo sesuai dengan perancangannya dengan sehun..
"Em.... "
"Please mama oh merayu sangat dahlah hari tu tak sempat singgah rumah mama oh lepas tu kali ni nak tolak juga ke permintaan mama oh? "Rayu puan oh pula tangannya memegang erat tangan ji hyo. Berharap sangat yang song ji hyo bersetuju dengan pelawaannya.
Ji hyo terdiam cuba untuk menimbangkan permintaan mama oh sebenarnya dia ada niat tak nak pergi ke konsert tu disebabkan dia terpaksa masuk ke studio untuk rakaman comeback nya yang dijangka akan berlangsung sebelum hari jadinya jadi tempoh dendanya dikurangkan menjadi tiga minggu dan minggu depan minggu terakhir 'rehatnya' sebelum dia kembali ke sm..
Tapi bila melihatkan muka mama oh hatinya jadi berbelah bahagi entah kenapa tiba-tiba kepalanya mengangguk setuju..
Mama oh dan papa oh berpelukan bila melihat reaksi song ji hyo cuma mereka sedikit bimbang kerana mereka terpaksa menipu bagi pihak anaknya dia tahu yang semua ini salah.. Mereka sedang memerangkap song ji hyo berkahwin dengan anak mereka tanpa persetujuan ji hyo dan juga pengetahuannya tapi nak buat macam mana dah tu keinginan anaknya.. Sehun nampak menyakinkan bila dia menyebut perkataan kahwin jadi dia sebagai ibu bapa menurutkan saja keinginan anaknya..
******
Sehun memulas tompol pintu dorm perlahan enggan menganggu penghuni dorm yang kebiasaannya akan tidur diruang tamu berbanding di dalam bilik masing-masing..
Keadaan yang gelap gelita menyukarkan pergerakkan sehun dia meraba-raba mencari tempat penyangkut kunci kereta.. Namun pergerakannya terhenti apabila lampu utama dibuka seseorang atau lebih tepat lagi ke lapan-lapan penghuni dorm sedang berpeluk tubuh sampai mata mencerlung tajam pada si maknae cuma lay saja yang masih mamai apabila ditarik oleh suho ketika dia sedang enak dilamun minpi indah..
Suho mendekati si maknae koler baju sehun ditarik menyuruh sehun duduk dan mereka yang lain berdiri memandang si maknae.
Sehun pula tidak berkedip memandang hyung-hyungnya yang sedang bermuka serius sambil memeluk tubuh.. Nampaknya sekejap lagi panaslah telinganya dihujah oleh hyung-hyungnya.
"Kau pergi mana? Dah seminggu kau tak balik dorm.. Kau create rumor lepas tu kau lesap apa cerita ni sehun? Sekarang ni kau balik nak tambah masalah yang dah sedia ada ke sehun? "Soal d.o langsung tak bertapis dia sememangnya begitu bila dia mahu cakap dia akan lepaskan semuanya langsung tiada niat nak menyindir atau apa kerana d.o tetap d.o tak kan pernah jadi hipokrit bila bersama dengan exo.
Sehun mengeluh dia tak tahu sama ada nak luahkan semuanya pada hyungnya atau tetap berdiam diri..
"Sehun.. Kenapa diam? Kenapa tak nak jawab soalan hyung.. Kau ni nak jadi apa? Sejak akhir-akhir ni kau dah banyak berubah sejak mama award tu kau dah jadi orang lain.. Dulu masa luhan hyung ada kaulah penyeri hidup kami semua masalah kau ceritakan pada kami sampaikan vivi kau cakar pun kau cerita pada kami.. Tapi sejak luhan tinggalkan kita kau jadi serius dan pendiam ye kami tahu kau rasa kehilangan yang itu kami boleh terima tapi perangai kau semakin menjadi-jadi bila kau kenal rapper d.i.a kau kenal cinta hati kau.. Kau ingat kami semua tak tahu apa hubungan kau dengan rapper d.i.a kami semua tahu tak payah lay hyung cakap pun kami dah tahu.. Kita kenal dah lama tau sehun kenapa masalah kau.. Kau pendam sorang-sorang habis tu kami ni apa tunggul kayu? "Panjang lebar leteran kai.. Dia jarang ambil pusing keadaan sekeliling kalau itu bukan berkaitan dengan exo.. Tapi bila melihatkan hyungnya yang lain mula risau dengan keadaan sehun dia kira yang dia patut masuk campur sebelum keadaan jadi parah dia tak mahu mereka jadi orang asing bila masing-masing memilih untuk pendamkan masalah untuk diri dia sendiri berbanding dengan meluahkan semuanya.. Dia tak mahu hubungan mereka retak gara-gara hal sekecil ini..
"Sehun tahu sehun salah rahsiakan semuanya.. Sehun malu nak buka mulut ceritakan semuanya pada hyung.. Sehun langsung tak ada keyakinan dan tak ada kekuatan untuk membuka cerita cinta sebelah pihak.. Hati sehun sakit sangat bila sehun tak dapat nak luahkannya pada hyung.. Sebab itu sehun memilih untuk simpan semuanya.. "
"Dan sehun. Memilih berkahwin untuk melupakan semuanya macam tu? Itu ke cara nak selesaikan masalah.. Kami sangka sehun kami dah besar rupannya sehun kami masih kecil.. Sehun masih perlukan kami untuk membimbing sehun.. Berkahwin bukan langkah bijak nak lupakan cinta sehun buat rapper d.i.a.. Ia bukan saja menyakitkan hati sehun malah bakal isteri sehun.. Pernah tak sehun terfikir apa perasaan bakal isteri sehun bila tahu yang sehun hanya mempergunakannya untuk melupakan yeoja lain.. Cuba sehun letakkan diri sehun dalam situasi bakal isteri sehun.. Hyung tak yakin yang sehun mampu terima semua ni.. "Sampuk suho tangan diletakkan dibahu si maknae..
Sehun menundukkan wajahnya setitis demi setitis air matanya jatuh.. Tangan suho dibahunya ditepis kasar dia berdiri melawan panahan mata kesemua hyungnya.
"Kalau berkahwin adalah satu cara untuk buat hati rapper d.i.a puas sehun sanggup.. Semua ini keinginan dia.. Semuanya disebabkan dia hyung patut salahkan dia.. Sehun bencikan dia.. Sehun akan buktikan yang sehun mampu cari yeoja yang lebih baik dari dia.. "Sehun lantas menolak tubuh lay dan baekhyun yang menghalang laluannya dia lantas masuk kedalam biliknya..
"When people get hurt, they learn to hate"kata-kata chen buat ketujuh-tujuh pasang mata memandangnya serentak..
******
Sedari tadi gary memandang adik perempuannya yang sedang termenung ditepi kolam berenang .hari Sudah pun larut malam tapi song ji hyo masih tetap ditempatnya sudah hampir 4 jam song ji hyo duduk memeluk lutut tangan kecilnya bermain dengan air sesekali mulut itu mengeluh.. Sudah lama dia perhatikan adiknya itu..
Gary menyinsing sedikit seluar jeans nya dan duduk disebelah ji hyo kakinya dijuntaikan kedalam air.. Sejuk mula mencengkam kaki gary yelah dah lewat malam.
"Are you okay? "Soal gary perlahan sambil memandang permukaan air kolam berenang..
"Oppa... "Panggil ji hyo perlahan..
"Em.. "
"Salah ke ji hyo kalau memilih untuk tetap setia.. Tapi dalam masa yang sama hati song ji hyo curang.. Hati song ji hyo sudah pandai menipu.. Di mulut song ji hyo sentiasa mengulang kata-kata penolakan tapi di dalam hati ji hyo.. Ji hyo betul-betul cintakan dia.. Bila dia hadir? macam mana dia hadir ?song ji hyo sendiri tak tahu.. Dan sekarang hati song ji hyo sakit bila kata-kata penolakan ji hyo diulang dan situasi itu terbalik ji hyo yang ditolak.. Ji hyo nak kan dia beri ji hyo lebih banyak masa tapi seminit pun dia tak pernah beri ruang untuk ji hyo..
Di saat hati song ji hyo betul-betul ikhlas nk belajar cintakan dia.. Dia berpaling dan buat ji hyo terfikir yang ji hyo yeoja paling malang dalam dunia ni.. And i feel like i'm never gonna be happy again.. "Luah ji hyo kepalanya dilentokkan ke bahu oppa kesayangannya itu..
"You know what?ji hyo dah semakin dewasa.. Dah semakin matang dalam berkata-kata tapi song ji hyo tidak matang dalam membuat keputusan.. Kalau betul ji hyo cintakan dia.. Tiada istilah menolak atau ditolak.. Cinta tu datang dari hati.. Ji hyo tanya pada hati ji hyo siapa yang ji hyo nak? Memang melupakan cinta lama perlukan masa seumur hidup.. Kita tak perlu melupakannya cukup sekadar memberi ruang pada hati untuk mengisi nama orang lain dan belajar untuk bahagia.. Yang pergi tak kan pernah kembali.. Tapi cinta yang pergi boleh kembali jika si pemberi cinta menginginkannya kembali.. Ji hyo dah besar dan oppa rasa ji hyo fahamkan maksud oppa.. Cari dia luahkan segalanya kalau dia masih tidak terima langkah yang perlu ji hyo ambil adalah berundur.. "Nasihat gary bahu adik kesayangannya itu ditepuk perlahan.. Dia jarang berada dirumah meluangkan masa dengan satu-satu adik perempuan yang dia ada tapi dia sentiasa mengikuti perkembangan adiknya.. Walaupun adiknya itu tidak pernah bercerita dengannya dia tahu yang adiknya itu sedang dilamun cinta... Cuma hatinya ego.. Untuk membuka cerita, yang dia pasti namja yang berjaya masuk ke dalam hati besi adiknya itu seorang namja yang hebat dan dia kagum dengan namja itu...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top