CHAPTER 22


[the truth]
Dari jauh ji hyo lihat sehun duduk dihujung cafe sm.. Entah kenapa dia rasakan yang wajah itu terukir dengan garisan kekecewaan tak tahu adakah itu semua salahnya kerana dengan kejam menolak hasrat hati sehun dan juga menghinanya dengan perkataannya yang dia percaya tidak semua lelaki dalam dunia ini mahu mendengarnya iaitu 'gay' pada dia ketika dia mengucapkan perkataan itu hanyalah gurauan tapi dia percaya sehun mesti terasa hati dengan kata-katanya walaupun dia tak mengungkapkan itu secara terang-terangan tapi dengan layanan dingin sehun ketika latihan tadi dia dapat rasa yang sehun marahkannya.

Memanglah niatnya tadi nak minta maaf dengan sehun tapi tak tahu pula moment lain yang muncul.. Sedar dari tidur dia lihat tiada seorang makhluk pun dibilik latihan tadi,sebab itu dia bergegas turun dia perlu juga minta maaf pada sehun dan terangkan padanya kenapa dia menolak sehun..

Langkah kaki dihayun perlahan sesekali ji hyo menunduk hormat pada seniornya yang keluar masuk cafe..
Akhirnya dia berjaya sampai ke tempat sehun.. Bubble tea yang dibelinya tadi diletakkan dihadapan sehun..
Sehun memandang sekilas wajah rapper d.i.a kemudiannya dia menundukkan wajahnya kecewa.. Kenapalah disaat dia tidak mahu melihat wajah rapper d.i.a disaat itu jugalah dia muncul jadi bagi tahu macam mana caranya dia nak terima hakikat yang yeoja didepannya itu menolak cintanya.. Nasib baik dia berfikiran waras kalau tak mahunya dia terjum bangunan malu melihat muka orang yang buat cintanya bertepuk sebelah tangan.

Terdengar keluhan berat dari bibir milik rapper d.i.a namun sehun hanya diam dan menskroll iphonenya melihat-lihat gambar yang diambilnya pagi tadi.. Dia mahu rapper d.i.a faham yang saat ini dia malas nak bersuara.. Hatinya sakit jiwanya terluka dengan kata-kata rapper d.i.a.

"Mian"satu perkataan yang lahir juga dari mulut ji hyo apabila hampir 2 minit dia mahu mengajar lidahnya bersuara bila melihat wajah dingin sehun.. Memanglah sehun ni terkenal dengan muka dinginnya tapi kali ni dinginnya lain macam.

"Wae? "Soal sehun antara dengar dan tidak.. Dia menjeling bubble tea kegemaraannya itu.. Kalau tak disebabkan egonya mesti sekarang ni dia dapat menikmati minuman kegemaraannya itu.

"First.. Saya nak minta maaf sebab cakap awak gay hari tu.. Saya tahu yang saya tak patut... Saya betul-betul minta maaf"ucap ji hyo luhur saat ini rasa bersalahnya semakin menebal apabila melihat sehun masih tetap tidak mahu melayannya.

Sehun termenung menekur meja makan dan kemudiannya dia memandang muka rapper d.i.a.. Kenapa?? Wajah ini yang dia suka padahal tak ada yang istimewa pun pada rapper d.i.a tapi kenapa hatinya menginginkan dia..

"Awak perlu minta maaf pada hati saya.. "Jawab sehun berkias dengan kiasannya difahami rapper d.i.a

"Wae?? "Soal ji hyo blur..

"Sebab hati saya penuh luka.. Dan mungkin sekarang hati saya dah bernanah apabila awak menolak saya?? Disebabkan saya gay ke awak tolak saya? "Soal sehun ada getaran yang terlahir dari bibirnya, dia memandang riak wajah rapper d.i.a walaupun ditutupi dengan topeng dia dapat rasa yang rapper d.i.a cuba merangka ayat yang sesuai untuknya.

"Ani... Saya... "Kata ji hyo tergantung apabila melihat sehun menyeka air matanya perlahan kemudiannya dia terus bangun meninggalkan ji hyo..

"Saya belum bersedia"sambung ji hyo.. Dia kemudiannya mengejar sehun pandangan dari ahli exo yang baru sampai ke cafe tidak dihiraukan saat ini dia perlu memberi penjelasan pada sehun tentang perasaannya.

Sehun membawa rajuk hatinya ke tempat letak kereta dia memboloskan dirinya di dalam kereta disitu dia menangis ya! Menangis pedih hatinya apabila dia tahu yang rapper d.i.a ingin menolak cintanya lagi dengan kata-katanya yang langsung tiada kelembutan.

Terasa pintu keretanya dibuka.. Terjengol wajah rapper d.i.a dia kemudiannya duduk disebelah sehun memandang sisi tepi sehun.. Cukup membuatkan hatinya risau apabila melihat sehun menangis kerananya.

Sehun masih fokus memandang kedepan enggan memandang wajah rapper d.i.a. dia malu sepatutnya dia sebagai seorang lelaki harus kuat ni tak dia yang menangis ni kalau hyungnya tahu mahu setahun dia diketawakan.

"Saya minta maaf saya tak patut buat hati awak terluka saya langsung tak sangka yang awak suk.. "

"Saya tak sukakan awak saya cintakan awak susah sangat ke awak nak bezakan keduanya awak ni pergi sekolah ke tak? "Jerkah sehun sambil dia merenung wajah rapper d.i.a

"Maaf saya tak dapat terima awak.. Saya belum bersedia lagi satu, saya disini bukan nak bercinta tapi berkerja saya nak kejar cita-cita saya.. Saya harap awak faham.. Memang tak dinafikan saya memang sukakan awak.. Tapi bukan cinta.. Bagi saya dalam usia saya ni tak patut rasanya saya letakkan cinta sebagai keutamaan kerana saya tahu cinta akan memusnahkan idol macam kita.. Saya masih sayangkan kerjaya saya.dan saya percaya awak pun sayangkan kerjaya awak... Tapi saya boleh terima kalau kita berkawan.. "Luah ji hyo jujur memang dia sukakan sehun tapi untuk bercinta dia rasa itu bukan keperluan.

"Habis awak lebih suka saya jadi gay..? "Soal sehun

"Banyak lagi yeoja dekat luar kenapa awak nak jadi gay? "Soalan dibalas soalan.

"Sebab saya tak yakin saya akan cintakan yeoja lain macam saya cintakan awak.. "Jawab sehun berharap yang rapper d.i.a mengubah pendiriannya.

"Tiada siapa tahu apa akan jadi hari esok dan hari yang mendatang boleh jadi kata-kata awak itu akan memakan diri awak sendiri.. Mungkin sekarang awak cintakan saya boleh jadi satu hari nanti awak cintakan orang lain dan awak akan mengulang perkataan awak tadi.. Saya harap awak temui yeoja yang lebih baik dari saya"usai berkata-kata ji hyo membuka pintu kereta sehun namun tangannya digenggam kemas sehun dia menoleh melihat kan gelengan sehun buat dia tak sampai hati untuk pergi.

"Selangkah awak keluar dari kereta ni saya janji saya akan belajar lupakan awak.. Saya belajar macam mana nak sembuhkan luka saya sendiri.. Dan saya janji akan mencari yeoja yang lebih baik dari awak sesuai dengan keinginan awak"ugut sehun dia langsung tiada niat untuk menuturkan ayat itu dia tahu yang kata-katanya itu langsung tak memberi kesan pada rapper d.i.a

Ji hyo membelakangi sehun dia menangis... Dia memaksa dirinya untuk ukirkan senyuman. Dia menoleh dan memeluk sehun erat.
Keduanya larut dalam tangisan.
"Saya janji jika saya terlahir kembali saya akan jadi seseorang yang penuh kecintaan... Saya janji"ucap ji hyo dia kemudiannya meleraikan pelukannya dia memegang kedua belah pipi sehun dan melepaskannya.
Dia menghulurkan tangannya..
Dan lambat -lambat sehun menyambut.
"Anyeong sehun-shi"ucap ji hyo dan kemudiannya keluar dari kereta sehun tanpa menoleh walau beribu mana pun rembesan air matanya dia tak kan menoleh dia perlu kuat.. Melepaskan semuanya pergi..
Ji hyo menyembunyikan dirinya dibalik dinding tempat letak kereta berdekatan dengan pintu kecemasan di situ dia duduk memeluk lutut.
Dia memegang dadanya kenapa dengan hatinya kenapa hatinya sakit sewaktu dia menolak cinta sehun berbanding dengan suga.. Sedangkan dia dan suga sudah berteman Agak lama dan dia sedia tahu perasaan suga, tapi bila dengan sehun hatinya sakit seakan-akan hatinya dirobek apabila ayat penolakan terlahir dari mulutnya dia ingin sekali menuturkan ayat..
"Saranghae oh sehun"tapi ayat itu ditukar dengan kata-kata yang buat hati mereka sakit..
"Woo bin.. Hati saya dah terisi dengan nama sehun dan menghakis nama awak perlahan-lahan saya cuba mempertahankan nama awak dalam hati saya, tapi saya tak boleh sehun dah rampas posisi awak... Mian"..

Dalam pada yang sama sehun masih memandang tempat yang rapper d.i.a duduk tadi dia masih belum dapat terima yang rapper d.i.a pergi, masih terasa pelukkan hangat rapper d.i.a tanpa sedar dia memeluk bayangan rapper d.i.a.
Bibirnya tersenyum tangannya memeluk angin membayangkan dia sedang memeluk rapper d.i.a.. Dia kemudiannya menjatuhkan mukanya seakan dia meletakkan mukanya dibahu rapper d.i.a.
Kalau orang lain melihat perlakuannya pasti dia akan dicop gila. Tapi itulah hakikatnya dia gila.. Gilakan seorang yeoja yang dengan kejam menolaknya.
Dia kemudiannya menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan perkarangan sm sekarang ni dia perlu menenangkan hatinya...

[Cafe miracle]
Jam didinding cafe miracle sudah pun menunjukkan angka2 pagi namun song ji hyo langsung tiada niat untuk mengemas cafe dan pulang kerumah dia masih terbayangkan muka sehun yang memerah menahan tangisan dia merenung piano putih yang terhidang didepan mata dia lantas mendekati piano putih itu...
Not dimain dan ji hyo mula menyanyikan sebuah lagu kegemaraannya.. [Like rain, like music]

Lagu itu dihayati setiap not dimainkan dengan sempurna tanpa dia sedar seoarang namja yang masuk kedalam. Cafenya dan berdiri dihadapannya bajunya dibasahi dengan air hujan yang menitik diluar entah kuasa apa yang dimiliki namja itu ji hyo menyanyi sambil memandang bening mata namja dihadapannya
Wajah putih bersihnya dicemari dengan air mata dan itu membuatkan lagu ini bertambah sedih song jihyo terbuai dengan lagu itu dan dia turut menangis namja tadi mendekatinya dan berdiri memandangnya dan dia langsung tak mengalihkan pandangannya seolah-olah mereka sedang bercakap dalam hati..
Sehun memandang muka ji hyo yang dibasahi air mata entah kenapa dia seakan terpukau apabila mendengar bunyi piano yang terdengar dari luar cafe sebab itu dia berada disini seakan ada kuasa menariknya masuk ke dalam. Cafe ini dan dia terpegun melihat seorang yeoja yang menyanyikan lagu kegemarannya dan luhan hyung kesayangannya.

Not terakhir dimainkan dan dia mengakhiri nyanyiannya kemudian dia bangun dan sepantas kilat tubuhnya didakap sehun.

Song ji hyo tergamam ternyata sehun masih bersedih dia kemudiannya membalas pelukkan sehun bajunya yang basah tidak dihiraukan dia menepuk-nepuk belakang badan sehun memejuknya seakan anak kecil.
Terdengar esakkan halus dari bibir sehun dan dia membiarkan sehun menangis sepuasnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top