#9-Sekeping Hati Najib Dibawa Berlari
"Hello, Assalamualaikum. Arriyana sayang..ya, kenapa call mama ni?" Ucap Puan Dahlia setelah mengangkat panggilan anaknya, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.
"Arriyana balik lewat sikit tau, mama. Ada janji dengan client pukul 8 nanti. Jumpa dekat salah satu coffee house kita tu, Berjaya Selamanya Indah Dimana-mana Coffee House." Arriyana bercakap di hujung talian. Kenapa hujung?Bukan tepi,tengah,sempadan,atas atau bawah? Penulis masih tertanya-tanya.
"Alaa..mama baru nak kenalkan kita semua dengan orang gaji baru. Kejap lagi kami nak rasa masakan pertama dia kat rumah ni."
"Takpe lah mama..balik nanti pun boleh jumpa juga kan? Okey, Arriyana nak drive ni. Love you mama. Assalamualaikum.."
"Love you too sayang. Waalaikumussalam."
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menghidupkan enjin kereta. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tersenyum nakal. Di dalam benaknya sudah terfikir bermacam-macam perkara nakal yang ingin dipraktikkan kepada orang gaji baru itu. Harap-harap orang gaji yang ini lebih muda, cantik, comel dan berbadan lebih solid dari Mak Nab. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menggigit bibirnya tanda geram.
...........................................................................
Najib telah menukar pakaian kepada jubah dan serban yang nampaknya sesuai dengan tema hidangannya hari ini. Dengan penuh cermat Najib menghidangkan Nasi Mandy Kambing ala Arabian Najib, Sos Harrah dan Salad Arab kepada semua yang berada di meja makan. Encik Raja Ahmad Irham, Puan Dahlia dan Puan Chi Hwa Hwa sudah tidak sabar lagi mahu menjamah.
Bau-bauan dari Nasi Mandy Kambing ala Arabian Najib membuatkan mereka terasa seperti sedang berada di tanah Arab. Meja makan telah bertukar kepada permaidani indah. Kini mereka tiba-tiba duduk dalam keadaan bersila. Bagaikan terdengar-dengar muzik Arab di telinga. Mereka menikmati muzik Arab itu sambil memejamkan mata. Tak semena-mena Encik Raja Ahmad Irham menepuk tangannya sebanyak 2 kali dan muncullah 5 orang belly dancer yang cantik dan seksi menari melenggok-lenggokkan badan. Sangat indah pemandangan itu di mata Encik Raja Ahmad Irham, Puan Dahlia, Puan Chi Hwa Hwa dan tidak terkecuali juga Najib. Najib hanya memandang kesemua belly dancer itu sambil menahan air liurnya dari menitis.
Encik Raja Ahmad Irham mengajak Najib sama-sama duduk di atas permaidani. Mereka makan dengan begitu berselera. Sedar tak sedar, sudah sekawah Nasi Mandy Kambing ala Arabian Najib habis dimakan. Mungkin ada salah seorang yang membela hantu raya. Setelah itu, semuanya tertiarap kekenyangan. Sempat lagi Encik Raja Ahmad Irham, Puan Dahlia dan Puan Chi Hwa Hwa mengangkat ibu jari tanda good kepada Najib sebelum semuanya tertidur di atas permaidani. Buruk betul perangai.
......................................................................
Najib terjaga apabila terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Digosok-gosok matanya dengan malas. Sebelum semua tertidur tadi Puan Dahlia sudah berpesan kepada Najib untuk membukakan pintu kepada anaknya yang akan pulang pada tengah malam. Menurut Puan Dahlia, anaknya ada membawa kunci rumah tetapi anaknya lebih suka kalau ada yang membukakan pintu dan menyambutnya pulang. Hal itu akan meningkatkan mood anaknya sebanyak 62 peratus.
Najib berjalan ke arah pintu dan membuka 26 selak yang ada. Maklumlah, rumah orang kaya, hal keselamatan perlu dititik-beratkan. Najib menolak daun pintu sambil menunduk. Tiada bunyi engsel berkarat seperti yang selalu disiarkan dalam cerita hantu di stesen TV. Kalau berkarat buat malu sajalah.
Ketika Najib mengangkat wajahnya dan memandang ke hadapan...
Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal.
Kelihatan Rahim Maarof sedang menyanyikan lagu Cinta Kristal di halaman rumah. Tapi apa yang membuatkan Najib berhalusinasi sebegitu adalah disebabkan seorang wanita yang sedang berada di hadapannya ini.
Wajahnya yang lebih cantik dari Ariana Grande itu betul-betul buat Najib terpana. Matanya yang berwarna coklat itu bersinar-sinar bagaikan coklat yang telah mencair secair hati Najib. Hidungnya yang elok terbentuk itu terletak dengan sempurna di wajahnya. Bibirnya yang merah semulajadi itu nampak sangat menggoda naluri lelaki Najib. Rambutnya yang hitam bersinar melepasi paras dada itu beralun lembut dengan tiupan angin yang datang disebabkan hari hendak hujan. Bentuk badannya yang sempurna itu tiada jemu mata memandang. Sikunya yang putih tanpa kerak hitam itu nampak bersinar di bawah cahaya bulan. Ibu jari kakinya yang......
"Najib..sampai bila kau nak describe kecantikan dia ni?" Kata penulis yang sejak tadi menongkat dagu.
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa melayang-layangkan tangannya di hadapan muka lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini. Dari tadi nampaknya terlopong. Okey ke tak?
"Adakah aku sudah jatuh cinta?" Bisik Najib.
"Masih ada lagi ke lelaki yang tanya macam ni dalam zaman moden ni?" Penulis menyibuk lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top