#5-Tiada Lagi Air Mata

Najib segera mendapatkan ibunya yang sudah tersembam di depan pintu biliknya. Nafas Puan Saiya Sukhaporn tercungap-cungap. Tangan kanannya kelihatan mencengkam di perutnya.




 
"Ya Allah..apa dah jadi ni mae? Kenapa ni?" Najib bersuara dalam nada cemas tak teragak.




 
"Perut mae, Najib. Sakitnya perut mae ni. Kenapa kau tak masak lagi? Mae dah lapar giler dah ni."




 
'Nasib baiklah orang tua ni mae aku. Kalau tak...' Najib hanya bermonolog dalaman sambil tersenyum penuh makna.




 
Najib mendukung ibunya menuju ke bilik tidur dan dengan perlahan-lahan penuh kasih sayang menurunkan ibunya ke atas katil. Najib kemudian meluru ke dapur dan membuka pintu peti ais, mengeluarkan kentang goreng segera, sosej dan cheddar serta mozzarella cheese. Sebenarnya dari pagi tadi dia sudah terfikir untuk memasak siput sedut, udang karang dan siakap senohong gelama ikan duri sebagai lauk makan tengah hari. Tetapi nampaknya niat itu perlu dibatalkan. Dia perlu cepat menyediakan makanan untuk ibunya. Dalam tempoh tidak sampai 26 minit, siaplah sosej dan kentang goreng cheese. Hari ini ibunya lunch in bed.

....................................................................................




 
Najib masuk ke bilik dan kembali mengunci pintu biliknya dengan dua biji mangga selepas habis menonton The Lion King bersama ibu dan ayahnya. Menangis jugaklah ayahnya tadi bila sampai part sedih. Tak sanggup Najib tengok ayahnya tersedu-sedan sebegitu. Walau bagaimanapun, Najib nekad mahu lari dari rumah malam ini juga. Walaupun itu akan membuatkan ayahnya menangis lagi. Najib mengoyakkan sehelai kertas dari drawing block dan mengambil pen Unipin mata 0.1 cm dari pencil box. Najib mula menulis surat yang akan diselitkannya di dalam peti surat bawah pokok jambu.




 
Kehadapan Mae dan Ayah yang Najib sayangi sepenuh hati ini.



 
Najib minta maaf. Najib memang tak dapat menerima permintaan mae untuk mengahwini Rosmah Germaine. Najib tidak mencintai dia.Lagipun Najib tak nak kahwin dengan wanita yang namanya Rosmah. Najib tak mahu jadi macam ...........................(censored atas sebab keselamatan) Najib minta mae dan ayah halalkan makan minum Najib selama Najib tinggal di rumah ini. Assalamualaikum.
P/s : Ayah jangan lupa masakkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk mae. Najib risau mae tak makan. Nanti Najib kirim duit bulan-bulan.



 
Yang benar,
Anakmu Najib.




 
Saat ini pelupuk mata Najib sudah bergenang dengan air mata. Disedutnya air mata itu supaya masuk semula. Dia tidak akan menitiskan air matanya lagi. Hidup ini memang tidak adil tapi dia harus kuat! Najib segera menyumbatkan baju yang terakhir ke dalam begnya. Ouro datang dan menggesel-geselkan kepalanya ke kaki Najib. Najib memandang Ouro dan Ouro memandang Najib. Najib mengangkat kening. Mata Ouro mengeluarkan sparkles tanda minta kesian. Nak bawa Ouro sekali ke?




 
Najib kini baru saja turun dari tingkap biliknya dengan Ouro dalam bajunya. Kepala Ouro terjengul dengan sangat comel dari bahagian dada Najib. Ini kalau pencinta kucing tengok mesti diorang suka. Jadi tanpa membuang masa Najib mengeluarkan phone dari dalam poket dan selfie bersama Ouro. Diupload gambar itu dalam page I <3 Kitty Cat dengan caption 'Fly with my baby!'. Bukannya nampak sangat pun gambar Ouro, cuma nampak bentuk kucing sajalah sebab Najib pakai tshirt putih. Tak sampai 2.6 saat, sudah 206 orang Like post Najib. Bukannya apa, gambar itu sedikit mendedahkan bahagian dadanya yang putih melepak, sangat kontra dengan warna bulu Ouro.




 
"Ouro tengok..ramai awek suka Ouro." Najib menunjukkan postnya tadi kepada Ouro.




 
Najib sememangnya tidak sanggup meninggalkan Ouro. Ourolah yang sering menjadi penemannya di kala sunyi, tambahan lagi selepas Najib baru putus dengan Liyana Mirkova, gadis yang dikenalinya sewaktu di Akademi Seni Lim Kick Wing dahulu. Tidak mengapalah, Liyana Mirkova sudah pun terbang pulang ke kampung halaman neneknya di Serbia.




 
Hampir terlupa Najib akan niatnya untuk lari dari rumah. Mana taknya, Ouro meronta-ronta ingin panjat pokok kelapa sampai ke atas. Najib menunggu dengan sabar sampailah Ouro puas main. Dah tu, dipujuknya pula Ouro supaya masuk ke kereta Kancil Turbonya apabila Ouro masih mengada mahu memanjat pokok pinang di belakang rumah. Dibababnya juga montot Ouro sebab nakal sangat.




 
Najib menghidupkan enjin Kancil Turbonya. Ouro tidak henti-henti mengiau oleh sebab terlalu teruja. Inilah kali pertama Ouro naik kereta sejak Ouro buat perangai tercirit dekat seat belakang kereta suatu masa dahulu. Nak salahkan Ouro pun tak boleh juga, sapa suruh Najib bawa Ouro buat drift. Masa tu dia pun nak tercirit sebenarnya tapi dia perlu control macho.Kali ini Najib telah siap sediakan pasir kucing satu tupperware di seat belakang. Bijak kan Najib? Setelah memanaskan enjin selama 26 minit, Najib meninggalkan halaman rumahnya dengan penuh perasaan sayu, sedih, sebak, murung, sendu dan sesak di dadanya.




 
Selamat Tinggal Mae..
Selamat Tinggal Ayah..
Najib pergi dulu...




 
Najib menyedut semula air matanya yang hampir tumpah. Entah kenapa asyik menangis saja kerjanya. Mungkin faktor genetik.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top