#21-Najib Sedar
"Ar..Arriyana.."
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang sudah tersembam mukanya di atas perut Najib segera mengangkat muka, memandang tepat pada mata Najib yang sudah terbuka.
"NAJIB!!" Jeritan nyaring Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bergema di seluruh wad.
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terus memeluk bahu Najib dan meletak pipinya di pipi Najib. Najib blushing seketika. Tanpa disedari, pakcik katil sebelah telah berjaya mendaratkan mukanya dahulu ke lantai akibat terkejut mendengar jeritan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sebentar tadi. Kini air mata pakcik katil sebelah sudah mengalir laju tatkala jururawat cantik sedang memapahnya untuk bangun semula. Tidak dapat dipastikan sama ada pakcik katil sebelah menangis disebabkan rasa sakit atau rasa malu. Mungkinkah kedua-duanya sekali?
"Pakcik tak pape? Nape jatuh ni pakcik?" Pertanyaan dari jururawat muda yang berwajah keibuan itu semakin menambahkan sendu di hati pakcik katil sebelah. Sehinggakan dia menekup mukanya dengan bantal. Jururawat itu mengusap-usap belakang badan pakcik katil sebelah.
"Najib..saya minta maaf buat awak macam ni..saya tak tau awak tak boleh makan kangkung.." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sebek. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa rasa mahu menangis sekali lagi.
"Takpe, Arriyana. Kan saya dah bangun ni. Saya okey. Jangan risau tau." Najib tersenyum dengan machonya. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terasa mahu cair. Mereka berpelukan sekali lagi. Membuatkan penulis sedikit berbulu.
"Panggil doktor la, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa uii. Kan selalunya dalam drama bila orang tu dah lama koma dan dah sedar, diorang melolong panggil doktor." Penulis mengganggu sebentar.
Setelah disuruh oleh penulis, barulah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa melepaskan pelukan pada Najib kemudian memanggil doktor. Dengan langkah larian gelak perlahan, seorang doktor lelaki datang bersama dua orang jururawat. Doktor itu buat-buat sibuk mencari stetoskopnya yang tidak ada di leher, walaupun dia sudah teringat bahawa stetoskopnya telah tertinggal di dalam tandas selepas dia buang air tadi. Doktor itu berlari lagi dengan gerak perlahan menuju ke tandas. Nasibnya baik kerana stetoskop masih tersangkut elok di pintu tandas. Sebab apa stateskop itu ditinggalkan di situ masih lagi menjadi tanda tanya.
Kini doktor yang dipanggil Dr.Meor itu sedang memeriksa seluruh badan Najib. Najib geli-geli seketika apabila Dr.Meor menyentuh perlahan-lahan bahagian dada Najib. Tangan Dr.Meor mula menjerama turun makin ke bawah. Pastinya Dr.Meor sudah tergoda dengan kehenseman Najib. Namun tangannya ditampar oleh seorang jururawat yang ayu berlesung pipit di pipi. Disertakan juga renungan yang tajam. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa juga memandang DR.Meor dengan pandangan tak puas hati. Mahu saja dia ganyang Dr.Meor kerana menyentuh Najib sesuka hati dengan niat mencabul.
Dr.Meor berdehem sebelum memulakan bicara. "Pada pandangan saya, Encik..." Dr.Meor berhenti bersuara sebelum memeriksa nama Najib di atas kertas. Ya, Najib sudah agak Dr.Meor mahu ketawa berdasarkan tangannya yang sudah diletak di mulut, badannya yang sedikit menggeletar dan matanya yang mula berair akibat menahan ketawa. Najib mengeluh.
"Mengikut pandangan Dr.Meor, Encik Najib dah boleh discharged." Jururawat bernama Nasha Azli itu memberitahu bagi pihak Dr.Meor.
Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman. Nasha Azli bagaikan faham akan gelodak jiwa Najib yang hampir murung akibat melihat Dr.Meor yang sini sudah menghamburkan tawanya sambil diheret seorang lagi jururawat untuk beredar dari situ. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu. Kemudian dia mula mengemas barang-barang Najib.
"Najib, saya janji lepas ni saya tak masak lagi." Kata Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sambil dia mengemas.
"Takpe Arriyana. Nanti saya ajar awak." Najib menjawab dengan gaya macho.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top