#19-Debar
Pada suatu pagi yang ceria, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terus ke dapur, ingin berjumpa dengan lelaki yang bertakhta di hatinya pada saat ini. Dilihatnya Najib sedang berhempas-pulas mengacau dodol seorang diri. Najib hanya memakai seluar trek dengan baju sleeveless yang orang pakai untuk bersokan tu. Dapat dilihat otot-otot di tangan Najib naik semasa dia mengacau dodol. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berasa ghairah seminit dua.
"Najib.." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memanggil Najib.
Najib mengangkat mukanya yang dari tadi hanya fokus pada dodol. Puan Dahlia yang meminta Najib buatkan dodol. Katanya cacing di dalam perutnya sedang mengidam.
"Come here." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menggerakkan jari telunjuknya, mengisyaratkan Najib supaya datang ke arahnya. Najib menurut saja. Dia tidak dapat menolak. Wajah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang comel dengan gayanya yang menggoda itu sangat menggugat naluri lelakinya.
"Petang nanti teman saya lagi eh Najib..boleh? Saya ingat nak jogging lepas Asar nanti." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa buat gaya manja serta aksi kenyit-kenyit mata berulang kali. Najib mula membayangkan semula aksi Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sewaktu berjongging dengannya tempoh hari. Namun dia menggeleng laju, cuba mengusir bayangan itu kerana takut-takut dia perlu mengetuk lututnya lagi.
"Boleh je Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sakit mata ke? Terkenyit-kenyit tu. Okey tak?" Di rumah ini Najib perlu memanggil nama penuh Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Dia hanya boleh menggunakan panggilan Arriyana apabila mereka sedang berdua sahaja untuk mengelakkan cakap-cakap belakang.
"Saya okey je Najib, jangan risau. Kita jumpa petang ni tau." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tersenyum kepada Najib, tetapi mencebik semasa berlalu, oleh sebab cubaannya untuk beraksi manja dan kenyit-kenyit mata kepada Najib itu tidak menjadi. Ya, dia kuciwa. Tetapi tidak mengapa, petang ini dan esok-esok masih ada untuk dia terus menggoda Najib.
Mak Nab yang sedang menggoreng karipap inti sardin jenama Ayam Brands menjeling geram ke arah Najib. Ya, dia sedang jeles. Mana taknya, senyuman mesra dan lirikan manja Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak lagi ada untuk dia. Ya, Mak Nab kuciwa. Mak Nab hanya dapat membayangkan semula kenangan-kenangan indah bersama Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, sambil mengacau karipap dengan sayu. Tangannya kemas memegang sudip. Tanpa sengaja, sudip yang dipegang Mak Nab terpatah tiga dan tenggelam di dasar kuali.
.................................................................................
Hati Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terasa berbunga-bunga apabila dapat meluangkan masa dengan berjogging bersama Najib.
'Najib, kau telah mencuri hatiku!' Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bermonolog dalaman sewaktu memandang Najib yang berpeluh-peluh di sebelahnya. Sungguh Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak sangka Najib nampak sangat maskulin dengan kuasa kehensemannya bertambah sebanyak 62.8 peratus sewaktu berjogging. Sungguh Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak menyangka bahawa hatinya boleh berubah dengan menyukai lelaki.
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berjogging dengan matanya yang asyik tertancap pada Najib. Najib hanya fokus pada trek di hadapannya. Bukan apa, Najib risau kena ketuk lutut lagi kalau dia asyik menjeling saja pada badan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Sebagai lelaki budiman, dia harus menjaga pandangannya. Tiba-tiba..
"Arriyana!"
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terasa tangannya ditarik tiba-tiba. Najib jatuh terlentang di tepi trek. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa pula jatuh di atas Najib. Ini semua sebab pakcik motor aiskrim. Yang dia pergi lalu trek jogging ni dah kenapa? Pakcik motor aiskrim hanya menayangkan isyarat peace sambil berlalu. Najib rasa mahu maki hamun pakcik itu. Namun makian Najib tidak jadi keluar dari mulut apabila dia terasa ada badan yang sedang tertiarap di atas badannya. Najib buka mata. Dia nampak Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa blushing. Najib turut blushing.
Kedengaran pemuda dan pemudi dari balik semak sedang bersiul melihat Najib dan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang bertindih. Najib dan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa segera bangun. Mereka berdua menepuk-nepuk belakang badan Najib yang berdebu. Siulan tadi masih kedengaran.
"Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa, jom lah kita balik. Selagi kita dekat sini selagi itulah diorang ni bersiul agaknya."
Kini pemuda dan pemudi di balik semak itu mula membakar mercun dan bunga api pula, bagai meraikan satu festival. Ada juga yang sedang berkira-kira untuk mengadakan parti liar. Najib menggeleng lemah. Najib dan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menuju ke kereta dan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terus memandu untuk pulang ke rumah. Masing-masing masih terasa debar di dada. Dan masing-masing juga masih blushing. Di saat ini juga Najib mengetuk perlahan lututnya. Mengharapkan dirinya menjadi lebih tenang.
Sampai di rumah, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bersuara, "Najib, awak turun dulu. Saya nak keluar kejap. Emm..malam ni tak perlu masak tau. Sebab...saya nak masak untuk awak." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tersenyum manja.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top